fbpx

5 Resepi Maggi Goreng Seafood Simple Dan Sedap!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi Maggi Goreng Seafood yang simple dan sedap. Resipi ni mudah, kiranya siapa pun boleh masak. Anda boleh letak seafood seperti sotong, udang atau kerang ikut selera anda. Nak sedap lagi boleh letak telur mata di atas maggi goreng seafood anda. Anak-anak pasti suka maggi goreng seafood ini. Pasti terliur punya sesiapa yang terbau keharuman Maggi Goreng Seafood ini.

Resepi Maggi Goreng Seafood Mat Gebu

MAGGI GORENG SEAFOOD MAT GEBU

Maggi Goreng Seafood: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya, guna 1 sahaja
  • 1 1/2 camca besar cili kisar (boleh kurangkan)
  • 1 camca besar sos cili
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 3 helai daun salad (boleh guna sawi), cuci dan potong
  • 1 genggam taugeh, dibersihkan
  • 1 genggam isi kerang
  • 4 ekor udang saiz besar, dibersihkan
  • 1/3 cawan air
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • Telur digoreng mata kerbau, untuk hiasan
  • Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama maggi goreng

Cara-cara:

  1. Mi maggi dicelur hingga lembut tapi jangan sampai kembang, tos dan gaulkan dengan sedikit minyak masak. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili dan 1 paket perencah kari maggi, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, tambah isi kerang dan udang. Masak hingga udang berubah warna dan bahan tumisan pekat.
  3. Masukkan mi maggi yang dicelur tadi. Kacau hingga rata. Masukkan daun salad (atau sawi) dan taugeh. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan telur mata dan cili hijau jeruk. Jika suka boleh perahkan jus limau kasturi sebelum dimakan… Selamat mencuba!

Resepi Maggi Goreng Seafood Ila Dila

Maggi Goreng Seafood

Maggi Goreng Seafood: Sumber Ila Dila

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Sotong
  • Isi seafood

Bahan Sayur campur:

  • 10 gram Lobak merah
  • Daun bawang secukupnya
  • 10 gram Kobis bunga
  • 10 gram Sayur jagung
  • 10 gram Kacang buncis

Bahan tumisan:

  • Sedikit Halia hiris
  • 1 ulas Bawang putih
  • 1 ulas Bawang merah kecil

Bahan kicap:

  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu kecil cili kisar
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram

Sayur:

  • Bayam secukupnya
  • 1 bungkus maggi yg siap direbus
  • Sedikit minyak bijan
  • Minyak tumisan secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan.. panaskan minyak masukan bahan tumisan dan masak sehingga naik bau, kemudian masukkan sayur campur.
  2. Setelah itu masukkan bahan-bahan seafood, kemudian masukkan bahan-bahan kicap. Setelah itu masukkan serbuk maggi.
  3. Setelah itu masukkan maggi yang telah direbus.. dan goreng sebentar dan masukkan bayam dan daun bawang kacau seminit dan akhir sekali letak minyak bijan secukupnya dan perahan limau. Siap untuk dinikmati.

Resepi Maggi Goreng Seafood Alia Farhan

Maggi Goreng Seafood Alia Farhan

Maggi Goreng Seafood: Sumber Alia Farhan

Bahan-bahan:

  • 1 keping maggi kering direbpppus dan ditoss
  • 1 biji telur
  • 3 ekor udang
  • 1 ekor sotong dipotong bulat 
  • 2 biji bawang merah dipotong nipis 
  • 3 ulas bawang putih dipotong nipis/diketuk
  • 1 biji tomato
  • Sedikit carrot dipotong panjang 
  • Daun bawang dipotong panjang
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan pecah kan telur ke dalam kuali. Biarkan telur masak sedikit kemudian kacau dan hancurkan telur yang digoreng tadi. Jangan hancurkan kecil sangat… Sebab kita nak texture telur goreng tu ya. Ketepikan telur goreng tadi ke sisi kuali. 
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali… Kalau minyak kurang boleh tambah sedikit minyak. Bila dah naik bau.. Masukkan carrot dan maggi yang di rebus tadi. 
  3. Masukkan satu sudu ibu sambal, tomato, udang dan sotong ke dalam kuali dan kacau sehingga rata ke seluruh maggi tadi. 
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit perasan. Goreng dan kacau sehingga semua rasa sebati dan boleh lah masukkan daun bawang. Aku suka goreng kering-kering and ada rasa char sikit… Baru best… Bila da nampak semua ok boleh la tutup api.

Resepi Maggi Goreng Seafood Afy Al Habibi

Maggi Goreng Seafood Afy Al Habibi (1)

Maggi Goreng Seafood: Sumber Afy Al Habibi

Bahan-bahan:

  • Maggi
  • Udang
  • Sotong
  • Sebiji bawang merah besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil cili boh atau cili kisar

Bahan  perasa:

  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu  besar sos cili
  • 1/2 sudu besar gula

Bahan sayur:

  • Kubis
  • Carrot
  • Sawi (masuk selepas kubis layu)
  • Taugeh (masuk sebelum ditutupkan api)
  • cili padi
  • air

Cara-cara:

  1. Didihkan air. Celur sebungkus maggi kari dalam 2-3 minit. Toskan.
  2. Kemudian  rebus sekejap dengan udang. Kupas kulitnya. 
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  4. Selepas  garing, masuk 1/2 sudu kecil cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah maggi.
  5. Masukkan seekor sotong yang dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan fishcake.
  6. Tambahkan bahan perasa.
  7. Tuang 1/2 cawan air kosong.
  8. Kemudian masukkan maggi yang telah dicelur tadi. Biarkan maggi sebati dengan kuah.
  9. Kacau sehingga sedikit kering.
  10. Tutup api sehingga maggi goreng masak sempurna.
  11. Hidangkan.

Resepi Maggi Goreng Udang Mammy Kitchen

Maggi Goreng Udang Mammy Kitchen

Maggi Goreng Udang: Sumber Mammy Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 paket maggi
  • 3 paket rempah maggi sedia ada (mamy kurangkan)
  • 7 ekor udang saiz besar
  • segenggam kubis(hiris nipis)
  • 3 ulas bawang merah(hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih(ketuk)
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan…celur maggi terlebih dahulu dan toskan.

  2. Tumis bahan bertanda sehingga naik bau dan masukkan pula rempah maggi sedia ada kacau sebati.

  3. Kemudian masukkan udang kacau-kacau sehingga masak.

  4. Masukkan telur biarkan masak seketika kemudian kacau, masukkan pula sayur kacau rata.

  5. Kemudian masukkan maggi yang telah dicelur kacau rata dah siapp.

Penutup

Mudah je nak buat Maggi Goreng Seafood ini. Sekali sekala nak makan seafood apa salahnya masak dengan Maggi. Sedap..

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.