fbpx

15 Resepi Sambal Sotong Petai Viral (Sotong Sambal Cili Padi Petai Simple Dan Paling Sedap!)

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal sotong petai. Sambal yang sedap perlulah ada rasa pedas, manis dan masin, kira sambal tu kena secukup rasa. Menu sambal sotong sememangnya akan bertambah enak jika ditambah petai, lebih sedap dengan aroma petai segar. Untuk memasak dan menghidangkan sambal sotong petai ini, sotong apa pun boleh. Sambal sotong yang pekat ini memang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih atau dicicah ubi rebus, lempeng, roti jala dan sebagainya. 

Resepi Sambal Sotong Petai Mat Gebu

Sambal Sotong Petai Mat Gebu

Sambal Sotong Petai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang, saiz besar
  • 3 papan petai
  • 1 biji bawang besar, potong kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji buah keras, dihiris
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Sotong dipotong kecil (atau ikut saiz yang anda suka), cuci dan celur sekejap, dalam 1 minit, toskan. Petai diambil isinya, cuci dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah petai dan sotong, kacau rata dan masak sekejap. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan bawang hiris, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Resepi Sambal Sotong Petai Hafizah Yahaya

Sambal Sotong Petai Hafizah Yahaya

Sambal Sotong Petai: Sumber Hafizah Yahaya

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong saiz kecil
  • 2 papan petai
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 500 gram sotong saiz kecil
  • 2 papan petai
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

Bahan Kisar Halus:

  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, cuci dan toskan, tak perlu kerat (kalau anda guna sotong besar, perlu dikerat pada saiz sederhana). Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  4. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah.

Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai Azie Kitchen

https://www.aziekitchen.com/2012/08/sambal-tumis-sotong-dengan-petai.html

Sambal Tumis Sotong Dengan Petai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong saiz besar – hiris kecil
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili kisar secukupnya – ikut pedas disukai
  • Petai – buang kulit dan belah
  • 1 asam keping
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga ianya benar benar garing.
  2. Masukkan petai dan gula. Kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
  3. Akhir sekali masukkan asam dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Saya tak memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.

Resepi Sotong Petai Sambal Nyonya

Sotong Petai Sambal Nyonya

Sotong Petai Sambal Nyonya: Sumber akuman99

Bahan-bahan:

  • 300 gram sotong
  • 1 Biji Bawang Holand dihiris
  • Sos Plum
  • Serbuk lada Hitam
  • garam dan gula

Bahan Kisar:

  • Cili kering dibersihkan dan direbus. Toskan.
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Sedikit cili api (jika perlu)
  • Daun ketumbar (batang dan akarnya sahaja)
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Semua bahan dikisar hingga lumat.
  2. Tumis seperti sambal biasa hingga garing (guna api kecil) dan masukkan sos plum, garam, gula dan serbuk lada hitam. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bawang holand hiris kasar. Bila bawang sedikit layu masukkan petai. Besarkan api sedikit terus masukkan sotong yang telah dibersihkan. Gaul rata. Pastikan api besar dan kacau jangan bagi hangit.
  4. Masukkan daun ketumbar (daun sahaja) lebihan dari yang diblend untuk sambal.
  5. Perasakan jika perlu.

Resepi Sambal Petai Udang Dan Sotong Sedap Qaseh Honey

Sambal Petai Udang Dan Sotong Sedap Qaseh Honey

Sambal Petai Udang Dan Sotong Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang galah

  • 4 ekor sotong

  • 1 papan petai

  • 2 sudu besar cili giling

  • 1 cawan air pes udang – guna air biasa pon boleh

  • 1 sudu besar sos cili

  • 1 sudu besar asam jawa extra

  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 5 biji bawang merah

  • 1 biji bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 inci halia

  • 1 inic kunyit

  • 2 batang serai

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan minyak.

  2. Masukkan cili giling dan kacau biarkan sehingga pecah minyak.

  3. Masukkan air pes udang dan sos cili. Kacau sebati.

  4. Masukkan pula petai, asam jawa extra, gula dan garam secukup rasa.

  5. Masukkan sotong dan biarkan sehingga air sotong keluar.

  6. Masukkan pula udang dan kacau.
  7. Biarkan sehingga masak sempurna.
  8. Perasakan rasanya. Jika sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Sambal Petai Telur Sotong

Sambal Petai Telur Sotong: Sumber Resepi Masakan Malaysia

Bahan-bahan:

  • 500 gram telur sotong.
  • 2 papan petai.
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar.
  • 1/2 camca besar pes asam jawa.
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 1/3 cawan air.

Bahan Kisar Halus:

  • 7 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 keping hirisan nipis halia.
  • 1/2 inci belacan.

Cara-cara:

  1. Telur sotong dibersihkan, potong ikut saiz yang anda mahu.
  2. Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu.
  3. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan).
  5. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak.
  6. Guna api kecil dan kacau selalu.
  7. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai.
  8. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  9. Masukkan telur sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar.
  10. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa.
  11. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  12. Siap dihidangkan.

Resepi Sambal Sotong Petai Dapur Cahaya Hayati

Sambal Sotong Petai Dapur Cahaya Hayati

Sambal Sotong Petai: Sumber Dapur Cahaya Hayati

Bahan-bahan:

  • 600 gram sotong di potong sederhana kecil  ( 6-7 ekor sotong besar)
  • 3 -4 papan petai – di ambil isi saja
  • 1-2 ulas bawang besar – di kisar
  • 2 ulas bawang putih  – di kisar
  • 2 cm halia – di kisar
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • gula
  • garam
  • minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak seketika sehingga garam dan gula sebati.
  4. Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan petai dan biarkan sehingga petai masak.
  5. Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.
  6. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Sambal Sotong Petai

Sambal Sotong Petai

Sambal Sotong Petai: Sumber Azlina Ina

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dicincang/dhiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 4 biji cili padi (dibelah tengah)
  • 4 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil sesedap rasa
  • Segenggam petai (dibelah dua)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Berikut bahan-bahannya.
  2. Tuangkan minyak ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dicincang ke dalam kuali. Masukkan juga bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan sotong dan petai. Masak sehingga mendidih menggunakan api sederhana.
  4. Akhir sekali masukkkan garam, gula, perasa. Gaul sebati. Siap.

Resepi Sambal Sotong Petai Mudah Suri Amanda

Sambal Sotong Petai Mudah Suri Amanda

Sambal Sotong Petai Mudah: Sumber Suri Amanda

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong dipotong kasar
  • 15 biji cili kering – dikisar
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 6 ulas bawang putih – dikisar
  • sedikit asam jawa diambil jusnya
  • 1 biji bawang besar – hiris bulat
  • Garam
  • 1/2 inci belacan – dikisar
  • Gula
  • Petai 3 keping

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. 
  2. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering. 
  3. Akhir sekali, masukkan garam, jus asam jawa dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.  Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sambal Tumis Sotong Petai Padi Mak Tok

Sambal Tumis Sotong Petai Padi

Sambal Tumis Sotong Petai Padi: Sumber Mak Tok

Bahan-bahan:

  • 600 gram sotong basah – dipotong gegelang
  • 100 gram petai padi yang telah siap dikopek
  • 1 biji bawang besar, potong kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan Dikisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji buah keras, dihiris
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Sotong disiang dan dibersihkan.  Kemudian dipotong gegelang (lebih kurang 2 cm).  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah petai dan sotong, kacau rata dan masak sekejap. Perasakan dengan garam secukupnya dan  gula. Akhir sekali masukkan bawang hiris, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Resepi Sambal Tumis Sotong / Dried Cuttlefish Sambal

Sambal Tumis Sotong / Dried Cuttlefish Sambal

Sambal Tumis Sotong / Dried Cuttlefish Sambal: Sumber Patyskitchen

Bahan-bahan:

  • 3-4 keping sotong kering rendam semalaman 
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar gula merah
  • garam dan perasa secukupnya

Bahan untuk diblend (pes basah dan halus):

  • 25 tangkai cili kering rendam
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga agak kering.
  2. Masukkan sotong dan biar seketika.
  3. Masukkan  1/2 cawan air, garam gula merah dan air asam jawa.
  4. Biar atas api sehingga sotong masak dan naik minyak.
  5. Akhir sekali masuk hirisan bawang besar.

Resepi Sotong Cili Padi Petai MYKMU

Sotong Cili Padi Petai: Sumber MYKMU

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ genggam cili api
  • 2 ulas cili merah
  • 1 batang serai
  • Segenggam petai (sukatan mengikut anggaran sendiri)
  • 500 gram sotong (hiris dan potong bulat)

Cara-cara:

  1. Goreng dahulu sotong yang telah diperasakan dengan garam dan sedikit kunyit.
  2. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan kecuali serai.
  4. Tumbuk pecah serai.
  5. Tumiskan bahan kisar, masukkan serai.
  6. Apabila cili telah mula garing, masukkan sotong yang telah digoreng awal tadi.
  7. Masukkan petai dan biarkan sehingga semua bahan sebati. Siap.

Nota:

  • Untuk mengelakkan sotong berair anda boleh letakkan ia didalam periuk dan panaskan ia sehingga air sotong mulai kering, kemudian gorengkan ia sebelum ditambah cili api. 

Resepi Sotong Cili Padi Petai Bicara Hati

Resepi Sotong Cili Padi Petai

Sotong Cili Padi Petai: Sumber Bicara Hati

Bahan-bahan:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili api campur sikit yang merah
  • Serai
  • Petai
  • Sotong

Cara-cara:

  1. Blend semua kecuali serai, petai dan sotong.
  2. Serai titikkan je, tumis semua yang di blend tadi.
  3. Masukkan la serai, petai, sotong dan perasa-perasa sewaktu dengannya.

Resepi Sambal Cili Api Sotong Bersama Petai

Sambal Cili Api Sotong Bersama Petai

Sambal Cili Api Sotong Bersama Petai: Sumber Yanie Yusuf

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Cili api hijau
  • Cili besar merah
  • Cili besar hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia (hiris)
  • Garam & perasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Blend kan semua jenis cili, bawah besar dan bawang putih (kisar sedikit kasar)
  2. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan bahan kisar dan halia yang dihiris.
  3. Selepas sedikit garing / cili telah masak, baru masukkan sotong dan petai.
  4. Kemudian masukkan garam & perasa.
  5. Siap!

Nota:

  • Untuk cili kalau korang tak ada cili besar, boleh gunakan cili api sahaja. Macam yang Mamayanie kongsikan ini untuk mengurangkan sedikit pedas, jadi Mamayanie campurkan dengan cili besar. Sotong pulak Mamayanie guna yang bahagian badan sahaja dan dipotong berbentuk ring / cincin.

Resepi Sotong Petai Cili Api Nur Fatin Azira

Sotong Petai Cili Api Nur Fatin Azira

Sotong Petai Cili Api: Sumber Nur Fatin Azira

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong (besar)
  • 5 tangkai petai
  • garam
  • gula
  • 1 sudu kecil sos tiram

Bahan Kisar Kasar:

  • 3 – 4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • i inci kunyit hidup
  • 5 – 7 batang cili api hijau
  • 3 – 4 cili api merah
  • sedikit belacan (pilihan)

Cara-cara:

  1. Panas kan minyak secukupnya untuk menumis bahan-bahan kisar.
  2. Setelah minyak dalam kuali panas, tumis semua bahan  sehingga naik bau dan sedikit garing. Tapi ingat jangan sampai hangit pula.
  3. Kemudian masuk kan 1 sudu kecil sos tiram,  kacau-kacau lah sikit ye bagi rata dalam bahan tumisan kita.
  4. Masukkan sotong, jangan risau kalau rasa kering sebab sotong tu nanti akan mengeluarkan air. So tak perlu tambah air tau!
  5. Nanti terlebih pula, dan kita juga tak nak sotong tu terlebih masak dan mahu rupa yang kering.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa, bergantung pada citarasa masing-masing ye.
  7. Masukkan petai, kacau sedikit untuk sebatikan rasa sotong dan petai itu.

Penutup

Memang sedap sambal sotong petai ini jika kena cara masaknya! 

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.