Hari ini saya nak kongsi resepi kerabu sotong ala thai. Kerabu merupakan salah satu juadah yang sihat kerana tidak menggunakan minyak untuk membuatnya. Oleh itu, kandungan lemak di dalam juadah ini sangatlah rendah. Boleh kecur liur dibuatnya, ada masam, masin, manis, dan pedas! Semuanya cukup lengkap dan amat menyelerakan. Kerabu sotong ini boleh dimakan begitu saja iaitu ratah tanpa nasi. Nak lebih sedap, boleh dimakan bersama nasi dengan hidangan sup atau tomyam.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Chef Wafi
Kerabu Sotong Ala Thai: Sumber Chef Wafi
Bahan-bahan:
-
500 gram sotong – potong dan cuci bersih
-
3 ulas bawang putih – diketuk
-
3 biji cili merah – tumbuk kasar
-
2 sudu besar air asam jawa
-
2 sudu besar sos ikan
-
2 biji limau nipis – perah dan ambil airnya, kulit limau jangan dibuang
-
daun ketumbar – hiris kasar
-
2-3 biji kacang panjang – potong suka hati
-
2 biji tomato – hiris nipis
-
secubit gula dan garam – sebab sos ikan dah masin
Cara-cara:
-
Celur sotong sekejap kemudian masukkan kedalam air berais supaya sotong segar dan apabila sotong sudah agak-agak gebu boleh angkat ( jangan telur terlalu lama suaya mengelakkan sotong liat).
-
Satukan semua bahan dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata, perasakan dengan secubit gula dan garam, tapi ingat jangan bubuh garam berlebih sebab sos ikan dah masin. pandai-pandai seimbang rasa.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Blogger Malaya
Kerabu Sotong Ala Thai: Sumber Blogger Malaya
Bahan-bahan:
- 6 ekor sotong
- 2 biji bawang besar – potong dadu
- 2 biji tomato – potong dadu
- 10 biji cili api – dipotong
- 3 tangkai daun ketumbar
- 2 batang serai – dipotong halus
- 1 @2 biji asam limau – perah air
- 1 sudu sos ikan
- Gula dan garam
Cara-cara:
- Rebus sotong seketika kemudian toskan.
- Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan-bahan yang telah dipotong.
Resepi Kerabu Sotong & Suhun Kak Nor
Kerabu Sotong & Suhun: Sumber Kak Nor
Bahan-bahan:
- 500 gram sotong sederhana besar
- 50 gram suhun [rendam dan celurkan air panas]
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu besar sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 sudu kecill kiub ikan bilis dihancurkan]
- 1 sudu kecil gula
- garam [jika perlu]
- 2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
Bahan Tumbuk:
- 3 tangkai cili api
- 3 tangkai cili merah
- 2 ulas bawang putih
Bahan Mayang:
-
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sebab lupa nak beli. K.Nor ganti dengan carrot dan tomato
-
1 labu bawang besar
-
1 batang timun [kecil]
-
3 tangkai cili merah
Cara-cara:
- Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
- Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Rasakan masam dan masinnya.
- Hidangkan.
Nota:
- Masa masak sotong dalam kuali tu jangan masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Resepi Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai Che Nom
Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai: Sumber Che Nom
Bahan untuk kerabu:
- 4 ekor sotong, dibuang kulit dan kelar
- 6 ekor udang, dibuang kulit
- 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
- sedikit suhun (glass noodles)
- 1/2 batang timun, hiris nipis
- 1 biji tomato, buang biji dan hiris nipis
- 1 tangkai daun ketumbar, cincang kasar
- 1 tangkai daun bawang, potong 2 cm panjang
- 1 batang serai, hiris nipis
Bahan Untuk Sos Kerabu:
- 5 biji cili padi, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, tumbuk kasar
- 3 sudu besar sos ikan Thai
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar gula melaka
- 2 biji limau nipis, diambil jus
Cara-cara:
- Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
- Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan dalam masa anggaran 1-2 minit sahaja kerana jika terlebih masak udang dan sotong akan menjadi keras dan liat.
- Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula melaka, bawang putih dan cili padi. Kacau sebati.
- Tuangkan sos ke dalam bahan untuk kerabu dan gaulkan sehingga sebati.
- Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Yang Sangat Sedap Saidatul Abdullah
Kerabu Sotong Ala Thai Yang Sangat Sedap: Sumber Saidatul Abdullah
Bahan-bahan:
- 1/2 kg sotong
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
- 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
- 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
- 1 biji tomato – potong dadu
- Sedikit daun ketumbar
Cara-cara:
- Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan.
-
Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga agak halus.
-
Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
-
Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
-
Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
-
Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Simple Sedap Afy Al Habibi
Kerabu Sotong Ala Thai Simple Sedap: Sumber Afy Al Habibi
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong saiz XL
- 2 sudu besar kicap sotong
- 1 sudu besar sos tiram
- 3/4 sudu besar gula perang castor
- 1/3 sudu besar garam bukit
Bahan-bahan hiris:
- 1 biji mempelam lemak
- 1/6 setiap jenis lada benggala
- 1/3 bunga kantan
- 1/3 carrot
- 3 biji tomato ceri
- 1 batang serai
- 1 batang daun ketumbar
- 1 biji bawang merah
- 1/4 bawang besar
- 4 tangkai cili padi merah dan hijau
Cara-cara:
- Sediakan 3 ekor sotong saiz XL dan hiris bulat seperti dalam gambar di atas. Kemudian celurkan sekejap dengan air panas dan toskan. Kuantiti sotong boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa anda sendiri.
- Kemudian masukkan bahan-bahan hiris dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dan sesuai dengan semua bahan tersebut.
- Selepas itu, perahkan 3 hirisan buah lemon dan ambilkan jus lemon sahaja. Tambahkan juga secubit dua serbuk lada hitam dan cili flakes. Kacau sehingga sebati.
Resepi Kerabu Sotong Dengan Sayuran Segar
Kerabu Sotong Dengan Sayuran Segar: Sumber Resepi Bonda
Bahan-bahan:
- 6 ekor sotong saiz sederhana
- 2 biji buah pelam muda – diracik halus
- 1 batang daun ketumbar – dihiris kasar
- 1/2 bjiji bawang besar merah – dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar holland – dihiris nipis
- 1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah – dihiris
- 1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau
- 10 biji tomato ceri – dibelah dua
- 1 peket kecil suhun
Bahan Sos:
- 3 susu besar sos ikan
- 1 1/2 sudu besar gula perang
- 2 biji limau nipis – diambil jus
Cara-cara:
-
Panaskan air sehingga mendidih, kemudian celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan, supaya dapatkan keringkan sotong. Di dalam air rebusan yang sama celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
-
Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar, supaya mudah dikacau. Bahan sos disatukan dan dituangkan ke dalam bekas. Kemudian, rasa dan sesuaikan mengikut selera manis, masam, masin dan pedasnya.
-
Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi Kerabu Sotong Kerisik Mat Gebu
Kerabu Sotong Kerisik: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 500 g sotong
- 1 biji besar buah kuini yang mengkal
- 2 kuntum bunga kantan, hiris halus
- 2 batang serai, ambil bahagian putih saja, hiris halus
- 2 biji bawang besar, hiris halus
- 1 1/2 camca besar sos ikan
- 1/2 biji lemon, perah jusnya
- 2 camca besar kerisik
- 1 camca teh gula halus
- 10 – 15 biji cili padi, hiris halus
- 2 biji tomato, potong kecil
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Sotong, dibersihkan, kelar-kelar dan potong sederhana besar, cuci dan toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan celur sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Kupas buah kuini, hiris dan potong sederhana besar. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan bawang, sos ikan, serai, bunga kantan, cili padi, gula, tomato dan kerisik. Kacau rata. Masukkan buah kuini dan sotong, gaul hingga sebati.
- Perasakan dengan jus lemon dan sedikit garam, rasa dan tambah apa yang perlu sehingga mendapat rasa seimbang. Hidangkan segera bersama nasi hangat.
Resepi Kerabu Sotong Simple & Mudah Fatimah Nabila
Kerabu Sotong Simple & Mudah: Sumber Fatimah Nabila
Bahan-bahan:
- Sotong yang dah dicelur air panas.
- Setengah bawang besar
- 3 batang serai
- Sebatang cili merah
- 3 batang cili padi
- Sekuntum bunga kantan
- Sos ikan & jus limau secukupnya.
- Garam & gula
Cara-cara:
- Semua bahan-bahan hiris halus. Sotong tu celup-celup dalam air panas, lepas tu gunting sikit.
- Dah siap semua, gaul je. Masukkan sos ikan, jus limau dan perasakan dengan garam dan gula. Adjustlah sampai dapat rasa yang anda suka.
- Siap! Lagi sedap kalau ada tomato dan daun ketumbar.
Resepi Kerabu Sotong Tomato Emma Suzaima
Kerabu Sotong Tomato: Sumber Emma Suzaima
Bahan-bahan:
- 12 ekor sotong | dihiris bulat
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 batang serai | dihiris halus
- 2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
- 5 biji cili padi | dihiris halus
- 2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- Secubit garam
- Gula secukup rasa
Cara-cara:
- Celur/kukus sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
- Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk.
- Gaul rata. kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
Resepi Kerabu Sotong Kering
Kerabu Sotong Kering: Sumber ICook4Fun
Bahan-bahan:
- 90 gram cincang sotong kering
- 1 mangga hijau kecil, dikupas, dibiji dan dipotong menjadi jalur
- 1/2 biji timun, buang biji kemudian dicincang
- 2 biji cili merah segar, hiris halus
- 6 biji cili padi/cili padi, hiris halus
- 7 biji bawang merah, dikupas dan dihiris halus
- 3 – 4 biji limau nipis/limau nipis atau secukup rasa, dijus
- 2 sudu besar gula atau secukup rasa
Cara-cara:
- 1. Basuh dan toskan kepingan sotong. Kemudian, jemurkannya di bawah sinar matahari atau dalam ketuhar yang dipanaskan hingga 150 C / 300 F
2. Sementara itu, satukan semua baki bahan, dalam mangkuk. Apabila sebati, pindahkan ke colander dan biarkan toskan selama 1 jam. - Sejurus sebelum dihidangkan, toskan kerepek sotong dengan bahan lain untuk sebati. Hidangkan segera.
Resepi Kerabu Sotong & Mangga Muda
Kerabu Sotong & Mangga Muda: Sumber NoorMasri
Bahan-bahan:
- 1 kg sotong
- 3 biji mangga muda sederhana besar
- 1 labu bawang besar
- 3 batang serai -ambil bahagian ubinya sahaja
- 1 tangkai daun ketumbar
- 2 tangkai cili merah
- 5 tangkai cili padi jika nak pedas
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu besar sos ikan – jika suka
Cara-cara:
- Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
- Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
- Bila masak angkat dan toskan.
- Bahan-bahan lain dimayang halus.
- Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan-bahan mayang kemudian gaul sekata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Resepi Kerabu Sotong Kasih Ilmar
Kerabu Sotong: Sumber Kasih Ilmar
Bahan-bahan:
- 4 kacang botor
- 3 kacang panjang
- 8 ekor sotong, dibuang kulit
- 4 ulas bawang merah dihiris nipis
- 4 helai daun muda limau purut, dibuang urat dan dihiris nipis
- 2 batang serai yang segar
- 5 biji cili padi (terpulang)
- Jus 1/2 biji lemon (terpulang)
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Kacang botor dan kacang panjang dicelur sekejap dan kemudian segera rendam dengan air paip supaya suhu panas sayur yang dicelur turun mendadak.
- Kacang botor dihiris nipis dan kacang panjang juga dipotong kecil.
- Sotong dicelur sekejap dan dihiris.
- Tumbuk serai dan cili padi sehingga lumat.
- Masukkan bahan yang ditumbuk, kacang botor, kacang panjang, sotong, bawang merah, garam, daun limau purut dan jus lemon ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.
- Biarkan 30 minit sebelum dihidang.
Penutup
Bahan-bahan kerabu sotong ala thai ini ringkas sahaja. Kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedas pasti membuka selera.