fbpx

15 Resepi Tomyam Sedap (Resepi Istimewa Anda Patut Cuba)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi tomyam yang istimewa dan sedap! Tomyam perlu seimbang rasa masam, masin, manis dan paling utama aroma daun limau purut, serai dan daun ketumbar, itu yang memberi identiti tomyam. Sedap digandingkan dengan telur dadar! Anda boleh cuba versi tomyam kung yang berkuah pedas dan merah atau versi tomyam yang berkuah putih. Sangat mudah dibuat, malahan pes tomyam boleh dibuat banyak banyak dan simpan untuk kegunaan bila-bila masa. Pasti lebih jimat dan puas hati. Anda boleh letakkan ayam/ udang/ sotong atau daging, mengikut selera anda. Manakala, tomyam campur menggunakan campuran potongan ayam kecil-kecil, potongan daging, udang, sotong dan sayuran.

Resepi Tomyam Thai Istimewa Che Nom

Tomyam Thai Istimewa che nom

Tomyam Thai Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan tomyam paste:

  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kuah tomyam:

  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara-cara untuk paste tom yam:

  1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
  3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
  4. Angkat dan sejukkan.

Cara untuk masak tomyam:

  1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:

  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

Resepi Tomyam Putih ala Restoran Thai Che Nom

Tomyam Putih ala Restoran Thai che nom

Tomyam Putih ala Restoran Thai: Sumber Che Nom

Bahan-bahan

  • 1/2 liter air
  • 1 kiub ayam
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3-4 helai daun limau purut
  • cendawan tiram
  • 5-10 ekor udang
  • 6-10 cili padi
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor sotong
  • gar am secukup rasa
  • tomato
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jus)
  • daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Hiris nipis serai, lengkuas dan bawang Holland.
  2. Tomato dan limau nipis belah empat.
  3. Buang tangkai cili padi kemudian belah dua kat hujung, nak tumbuk kasar pon boleh.
  4. Cendawan tiram basuh, dilap kering dan carikkan sederhana besar.
  5. Buang kulit udang sehingga hujung kepala, belahkan dan buang tali hitam, kulit ke ekor dan kepala biarkan jgn cabut.
  6. Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong bulat.
  7. Rebus air sampai mendidih.
  8. Kemudian masukkan kiub ayam, hirisan serai lemgkuas dan bawang holland.
  9. Biarkan reneh sekejap.
  10. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah buang tulang tengah.
  11. Seterusnya masukkan cendawan, udang, cili padi dan sos ikan thai. ‘
  12. Masukkan pula sotong dan garam secukup rasa.
  13. Bila dah mendidih tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis secukupnya.
  14. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:

  • Kulit dan kepala udang dibiarkan untuk memberi rasa manis seafood yang sedap bila direbus.
  • Buang tulang tengah daun limau purut supaya kuah tak pahit.
  • Sotong perlu masukkan lambat sebab sotong tak boleh masak lama sgt kalau tidak sotong akan liat dan keras.

Resepi Tom Yam Thai Azie Kitchen

Tom Yam Thai Azie Kitchen

Tom Yam Thai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Pes Tom Yam:

  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan – bakar
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Semua bahan di atas di kisar. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
  5. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tom Yam:

  • Ayam – potong kecil
  • Makanan laut (udang, sotong, lala)
  • 1 labu bawang besar-di potong 6
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 inci lengkuas – di ketuk
  • 2 batang serai – di ketuk
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato – belah 6
  • 2 ketul kiub tomyam
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu besar susu cair (tak bubuh)
  • 6 biji cili padi-di ketuk
  • Garam
  • Daun ketumbar

Sayuran:

  • Bunga kubis
  • Karot
  • Cendawan
  • Putik jagung

Cara-cara:

  1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
  3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
  4. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Resepi Tomyam Ayam Mat Gebu

Tomyam Ayam Mat Gebu

Tomyam Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 keping kepak ayam saiz besar, potong 3 setiap 1, cuci bersih dan toskan
  • 1/2 batang lobak merah, potong dadu
  • Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum2
  • 5 batang putik jagung, kerat 4 setiap 1
  • 1 biji tomato, potong kiub
  • 5 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap 1
  • 1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akarnya sekali
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai, diketuk
  • 8 biji cili padi merah Thai, belah 2 tapi tak putus
  • 2 biji bawang besar, belah 4 setiap 1
  • 1 inci lengkuas, hiris nipis
  • 2 biji limau nipis, perah jusnya
  • 2 sudu besar penuh pes tomyam pilihan anda (che mat guna jenama LIFE)
  • 3 camca besar sos ikan
  • 3/4 cawan susu cair @ santan
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji tomato (pilih yang masak ranum)

Cara-cara:

  1. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar halus dan serai hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1.2 liter), kacau dan biarkan mendidih. Tambah pes tomyam dan lengkuas. Masak sekejap,masukkan lobak merah dan ayam. Biarkan mendidih
  2. Tambah daun limau purut, cili padi, bunga kobis, cendawan butang dan bawang besar. Kacau dan masak hingga ayam empuk dan sayur lembut. Masuk sedikit gula dan sos ikan, kacau rata. Boleh masukkan daun ketumbar (dipotong kasar). 
  3. Tuang jus limau nipis, kacau rata dan akhir sekali masukkan susu cair (@ santan), kacau perlahan dan masak dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebelum masukkan garam, sebab dah taruk sos ikan), masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau mi hoon. Sedap juga dimakan begitu sahaja.

Resepi Tom Yam Thai Mat Gebu

 Tom Yam Thai Mat Gebu

Tom Yam Thai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Pes Tom Yam:

  • 6 biji bawang merah*
  • 2 biji cili merah*
  • 7 tangkai cili kering (kerat dan rendam)*
  • 2 batang serai, hiris*
  • 1 camca besar udang kering rendam sekejap dan toskan*
  • 4 helai daun limau purut, buang bahagian tengahnya*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci belacan bakar*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tom Yam:

  • 1 keping besar bahagian peha ayam, potong kecil, cuci dan toskan
  • 6 -7 ekor udang bersaiz besar
  • 2 – 3 ekor ketam, dibersihkan dan kerat 2 setiap 1
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 bahagian akar ketumbar, cuci bersih dan diketuk
  • 7 biji cili padi thai,, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 10 kuntum cendawan butang, kerat 2 setiap 1
  • 3 batang putik jagung, hiris
  • 1 batang lobak merah, hiris
  • 7-8 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 1 genggam hirisan daun ketumbar
  • 2 biji limau nipis, perah jusnya
  • 3 -4 camca besar susu sejat
  • 1 camca besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. UNTUK PES TOMYAM :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa garan dan gula secukup rasa. Kacau dan masak sekejep. Matikan api dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk (anggaran 4 cawan). Masukkan serai, lengkuas, akar ketumnar, kiub tomyam dan masak hingga mendidih. Tambah ayam dan 4 camca besar penuh pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, cendawan, lobak merah dan putik jagung. Kacau dan tambah udang serta ketam. Masukkan sos ikan. Biar hingga udang dan ketam masak serta ayam empuk. Tambah garam secukupnya dan jus limau nipis. 
  4. Akhir sekali tambah tomato ceri dan susu sejat. Masak sekejap dengan api kecil dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Resepi Tomyam Pedas Masam Mat Gebu

Tomyam Pedas Masam Mat Gebu

Tomyam Pedas Masam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/4 ekor ayam, potong kecil, cuci bersih dan toskan
  • 10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 inci halia, hiris
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 2 akar pokok ketumbar, cuci bersih dan diketuk
  • 10 biji cili padi merah thai, diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 kiub ayam (optional)
  • Sos ikan secukupnya
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2 – 3 biji limau kasturi, perah jusnya
  • Air secukupnya (2 liter)

Bahan-bahan Sayur:

  • Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 10 tangkai sweet pea
  • 1/2 batang lobak merah, kupas belah 2 dan hiris serong
  • 10 kuntum cendawan butang, belah 2
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 1 batang saleri, potong kecil

Cara-cara:

  1. Masukkan pes tomyam, serai, bawang besar, lengkuas, halia, akar ketumbar dan air ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau rata. Tambah ayam, cili padi dan daun limau purut. Masak hingga ayam empuk. Tambah lobak merah, bunga kobis dan cendawan. Tambah kiub ayam jika guna.
  2. Masukkan lada hitam, udang dan sweet pea dan saleri. Kacau rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, tambah jus limau kasturi secukupnya, terpulang kemasaman yang anda inginkan. Hidangkan panas dengan hirisan daun ketumbar.

Resepi Tom Yam Makanan Laut Mat Gebu

Tom Yam Makanan Laut mat gebu

Tom Yam Makanan Laut: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam saiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap ekor
  • 2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
  • 10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos.
  • 1/2 batang lobak merah, hiris serong
  • 3 batang putik jagung, hiris serong
  • 1 batang saleri, hiris serong
  • 8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih dengan akar2nya sekali
  • 10 biji cili padi siam warna merah, dititik
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 2 camca besar penuh pes tomyam jenama “LIFE”
  • 2 biji limau nipis, diperah jusnya
  • Sos ikan secukup rasa @ garam
  • 2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
  • Sedikit gula
  • Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Masukkan air kedalam periuk, tambah pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas titik, cili padi, daun ketumbar bersama akarnya dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan. Bila lobak sedikit lembut, masuk ketam dan udang. Kacau rata dan tambah putik jagung. Masukkan sotong dan perasakan dengan sos ikan secukupnya atau garam. Masukkan sedikit gula. Biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau nipis, rasa dan jika kurang masam tambah lagi. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas.

Resepi Tom Yam Lemak Mat Gebu

tom yam lemak mat gebu

Tom Yam Lemak: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 400 g udang sederhana besar, buang kotoran dikepalanya cuci dan toskan
  • 6 – 8 ekor ketam, kupas, potong kakinya dan bersihkan
  • 1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan
  • 100 g bunga kubis, potong sekuntum2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap biji
  • 5 batang putik jagung, belah dua setiap 1 dan kerat 2
  • 8 kuntum cendawan butang, belah dua setiap satu
  • 2 kiub stok ayam ‘MAGGI”
  • 2 camca besar penuh pes tomyam
  • 1200 ml air (atau secukupnya)
  • 5 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3/4 cawan santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 – 3 camca besar sos ikan
  • 10 – 15 biji cili padi, dititik
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit gula
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Didihkan air, masukkan kiub ayam, pes tomyam, serai, lengkuas dan bawang besar. Biar mendidih, kemudian kecilkan sedikit api. Masukkan lobak merah, cendawan dan sos ikan.
  2. Kemudian masukkan, putik jagung dan bunga kubis, kacau rata dan letak daun limau purut dan daun ketumbar. Masukkan serbuk lada hitam dan cili padi. Bila mendidih, masukkan udang dan ketam.
  3. Tambah secubit gula dan jus limau kasturi. Rasa dan jika perlu tambah garam. Tuang santan dan masukkan tomato, masak dengan api kecil sehingga mendidih, kacau selalu.
  4. Hidangkan segera dan hias dengan hirisan daun bawang. Jika menggunakan susu cair, didihkan sekejap sahaja.

Resepi Sup Tom Yam Putih Mat Gebu

sup tom yam putih mat gebu

Sup Tom Yam Putih: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang bersaiz sederhana, kerat hujung muncungnya dan kaki2nya juga, cuci dan toskan
  • 3 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 7 batang kacang sweet peas, kerat 2
  • 1 biji tomato belah 6
  • 1 batang saleri, kerat
  • 10 biji cili padi thai merah, dititik
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 1/2 inci halia, titik
  • 1/2 inci lengkuas, titik
  • 1/2 cawan santan
  • 2 camca besar sos ikan
  • 4-5 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Air secukupnya (yang ni agak2 yea)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang besar, cili padi thai dan lobak merah. Biar mendidih hingga sayur lembut sedikit.
  2. Tambah sos ikan, garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan saleri, santan dan kacau rata. Renihkan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan sweet peas, tomato, cendawan dan jus limau kasturi, kacau dan sesuaikan rasa, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau dihidangkan begitu sahaja.

Resepi Thai Style Tom Yum Seafood Azlita Aziz

Thai Style Tom Yum Seafood Azlita Aziz

Thai Style Tom Yum Seafood: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 5 ekor udang
  • 6 ekor kupang
  • 3 ekor sotong
  • 3 1/2 cwn stok ayam
  • 3 kepingan hirisan  lengkuas muda
  • 2 keping daun limau purut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 4 biji tomato ~ dibelah empat
  • 6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
  • 10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
  • 1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
  • 1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
  • 1 sudu besar daun ketumbar  ~ dicincang
  • 1 sudu besar daun bawang ~ dicincang1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Cara-cara:

  1. Panaskan stok ayam di dalam kuali.
  2. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
  3. Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
  4. Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
  5. Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
  6. Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
  7. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
  8. Boleh dihidangkan.

Nota:

  • Sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Resepi Classic Tom Yum / Tom Yum Santan Azlita Aziz

tom yum santan azlita aziz

Tom Yum Santan: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap ~ disiang dan cuci bersih
  • 2 batang serai ~ dihiris halus
  • 2 inci lengkuas ~ dihiris halus
  • 5 helai daun limau perut ~ dihiris halus
  • 6 batang cili padi ~ diris halus (kurangkan jika tak suka pedas)
  • 2 biji limau nipis ~ ambil jusnya
  • 4 biji tomato buah ~ belah 2
  • 1 pokok daun ketumbar ~ dimayang

  • 1 peket perencah Tom Yum ~ ita guna ADABI
  • 1 kiub Tom Yum
  • 1 Kiub Ikan bilis
  • 2 sudu besar stock ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 100 ml santan KARA
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus air bersama, hirisan serai, daun limau perut, dan lengkuas hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih masukkan perencah Tom Yum, kiub Tom Yum, kiub ikan bilis, stock ikan dan cili padi.
  3. Biar kuah mendidih lagi, Masukkan santan, jus limau nipis dan perasakan dengan gula secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan ikan dan tomato. Tutup kuali dan biarkan ikan masak sempurna.
  5. Sedia dihidangkan bersama taburan daun ketumbar.

Resepi Tomyam Campur Tumis Pedas

tomyam campur tumis pedas

Tomyam Campur Tumis Pedas: Sumber Hana Memories

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang besar – hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar – leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai – ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas – ketuk
  • 4-5 biji cili padi – ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis – ikut suka
  • tomato – belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • garam
  • air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  2. Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  3. Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  4. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

Resepi Tom Yam Santan

tom yam santan

Tom Yam Santan: Sumber Wanita Kelantan

Bahan-bahan:

  • Isi ayam, udang (boleh masukkan daging atau seafood)
  • 1 sudu besar Thai Tom Yum Paste (saya guna jenama Pum)
  • 1 sudu besar Thai Chili Paste (saya guna jenama Mae Pranom)
  • 4 sudu besar santan (saya guna santan kotak Ayam Brand)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai *dipotong serong
  • 5 biji cili padi *ketuk-ketuk
  • 6 helai daun limau purut *siat-siat urat daun
  • 2 biji limau nipis *perah airnya
  • Cauliflower
  • Tomato
  • Cendawan enoki (boleh tukar dgn cendawan tiram atau butang)
  • Capsicum
  • *boleh masukkan sayuran lain seperti lobak merah dan jagung

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi.
  2. Masukkan tom yum paste dan chili paste.
  3. Masukkan ayam dan daun limau purut.
  4. Masukkan santan dan air.
  5. Masukkan air limau nipis, sos ikan dan gula (ikut citarasa masing2 utk imbangkan rasa masam, masin dan manis).
  6. Masukkan sayur.
  7. Masukkan udang (didih sebentar dan boleh diangkat).

Resepi Tomyam Thai Pekat

tomyam thai pekat

Tomyam Thai Pekat: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1 paket perencah tomyam
  • 4 biji tomato
  • 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
  • 3 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm lengkuas
  • lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • 2 sudu besar sos tiram – optional
  • 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara:

  1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
  2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan pula lobak merah.
  4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  6. Kemudian masukkan tomato, cendawan dan daun limau purut.

  1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
  2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan pula lobak merah.
  4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  6. Kemudian masukkan tomato, cendawan dan daun limau purut.
  7. Siap untuk dihidang.

Resepi Tomyam Campur Kuah Pekat Ala Thai

tomyam campur kuah pekat ala thai

Tomyam Campur Kuah Pekat Ala Thai: Sumber Small Kitchen

Bahan-bahan:

  • Beberapa ulas bawang putih ( diketuk tanpa buang kulit, rasanya lagi sedap )
  • 2-3 biji bawang merah kecil ( diblend )
  • 2-3 tangkai cili kering ( diblend )
  • 1-2 biji buah tomato ( diblend )
  • 2 batang serai ( dititik )
  • 1 inci lengkuas ( diketuk )
  • Beberapa helai daun limau purut ( dicarik kasar dan dibuang uratnya, untuk elak rasa pahit )
  • Limau nipis atau limau kasturi ( di ambil airnya )
  • Lobak merah ( dipotong panjang atau bulat )
  • 1 biji bawang besar ( dipotong )
  • 1 biji tomato ( dibelah 4 atau 8 )
  • 2-3 biji cili padi ( diketuk ) – ikut kepedasan yang anda mahu
  • Isi ayam ( dipotong sederhana )
  • Beberapa ekor udang
  • Beberapa ekor sotong
  • Air 
  • Garam
  • Daun ketumbar ( optional )
  • 1-2 sudu kecil perencah tomyam ( pes,kiub atau serbuk pun boleh…saya pakai perencah tomyam putih ADABI )
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Beberapa biji bawang merah kecil, cili kering, dan buah tomato dikisar lumat bersama sedikit air.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Apabila  minyak sudah panas, tumis bawang putih yang telah diketuk tadi sehingga naik bau dan berwarna kekuningan, dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga wangi. Selepas itu, masukkan serai yang telah dititik tadi bersama dengan lengkuas, daun limau purut, lobak merah, isi ayam, udang, dan sotong. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan air, cili padi, sedikit perencah tomyam, dan sedikit garam. Rebuskan seketika dan biarkan sampai mendidih sehingga lauk di dalamnya benar-benar masak.
  4. Selepas ianya mendidih dan rasanya sedap, akhir sekali masukkan potongan bawang dan buah tomato, serta hirisan daun ketumbar ( optional ). Biarkan mendidih sebentar. Tutup api, dan sedia dihidang.

Penutup

Penggemar tomyam pasti suka resepi ini. Menariknya, anda boleh cuba buat resepi tomyam menggunakan ikan siakap juga. Pasti sedap! Yang penting, untuk memasak tomyam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat.

Anda juga boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.