fbpx

Cara Daftar Caruman Sukarela Suri dan Kelebihan i-Suri

0

Sudahkah anda tahu tentang Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah (i-Suri) ? Mari kita lihat apa itu Caruman Sukarela Suri dan cara daftar Caruman Sukarela Suri. Juga saya kongsikan kelebihan i-Suri yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu meringankan beban rakyat. 

Apakah i-Suri ? 

Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah yang Berdaftar dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) - Caruman Sukarela KWSP.

Program Caruman Sukarela Suri membolehkan dan memberi peluang kepada surirumah menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa.

Fasa 1 bermula dengan suri rumah menyimpan minimum RM5 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing manakala kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan. Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri daripada para suri rumah kepada ketua isi rumah.

Fasa 1 bermula dengan surirumah menyimpan minimum RM5 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing manakala kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan.

Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri-isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.

Bahkan fasa ke-2, sumbangan daripada RM40 dinaikkan menjadi RM50 sebulan bagi sumbangan kerajaan, di mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).

Fasa 2 sumbangan akan dinaikkan menjadi RM50 sebulan.

Bagi fasa ke-3 pula, 2% daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke dalam akaun isteri namun untuk sampai ke fasa ketiga ini akan mengambil masa kerana ia memerlukan pindaan dilaksanakan  terhadap Akta KWSP 1991.

Fasa ke-3 ini dijangka akan dilancarkan pada awal 2020. Hal ini kerana kerajaan Pakatan Harapan ingin memastikan surirumah dan keluarga dapat membantu kewangan keluarga dan meneruskan kehidupan harian walaupun bersederhana. 

Fasa 3 pula akan menyaksikan 2% daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke dalam akaun isteri.

37

Cara Daftar i-Suri?

  • Pendaftaran ahli KWSP/i-Suri bagi individu yang layak bermula pada 15 Ogos 2018 di mana-mana kaunter KWSP
  • Seramai 359,065 orang wanita yang layak secara automatik menerima intensif melalui KWSP

Boleh layari laman web E-Kasih untuk melihat status kelayakan anda : Klik sini

Kelayakan i-Suri

Golongan suri rumah SUMBANGAN KERAJAAN yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018, termasuk :

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • KIR – Balu, bercerai atau bujang
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Manfaat I-Suri

SUMBANGAN KERAJAAN

  • Sumbangan Kerajaan RM200 untuk tahun 2018.
  • Sumbangan RM480 setahun bagi tahun berikutnya!
  • Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi
    tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.

MANFAAT AHLI KWSP 

  • Manfaat sebagai ahli KWSP adalah termasuk :

    • Dividen Tahunan
    • Bantuan Hilang Upaya
    • Bantuan Kematian
    • Pengeluaran Simpanan
    • Pelepasan Cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Pembayaran Caruman

Boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB)

Saluran Pertanyaan

i-SURI

  • Untuk maklumat berkenaan i-Suri, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

INSENTIF i-SURI

  • Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)

Jadi tahniah kepada penerima yang layak. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup anda ke arah yang lebih selesa. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.