fbpx

5 Love Language Pasangan vs 5 Tangki Emosi Anak: Word of Affirmation

Hari ini saya nak kongsi mengenai 5 tangki emosi anak yang wajib anda ketahui sebagai ibubapa. Emosi, dalam bahasa mudahnya ialah perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain (Dewan Bahasa Dan Pustaka). Dalam mengurus emosi anak, penting bagi kita sebagai ibubapa mengurus tangki emosi kita dahulu seperti disarankan oleh Pn Maznah Ibrahim, seorang penulis dan kaunselor yang berpengalaman luas di bidang kaunseling kanak-kanak dan keluarga. Emosi sangat penting kepada manusia, bukan sahaja kepada orang dewasa, malahan kanak-kanak. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jenis dan Level Emosi

Jenis dan level emosi

Sumber gambar: Tian Lustiana

Dalam psikologi manusia, terdapat 6 tahap emosi negatif dan 3 tahap emosi positif. Oleh itu, dengan mengetahui tahap emosi ini, kita boleh lebih memahami diri kita sendiri. Memahami pada tahap mana kita boleh menerima input daripada orang lain dan pada tahap emosi mana kita hanya perlu bersendirian. 

5 Love Language vs 5 Tangki Emosi Anak

Jika dilihat dari perkongsian Puan Maznah  Ibrahim, 5 TANGKI EMOSI ANAK yang perlu kita penuhi ini hampir sama dengan 5 LOVE LANGUAGE / 5 BAHASA CINTA.

Penulis buku “The Five Love Languages: How to Express Heartfelt Commitment to Your Mate ” Gary Chapman telah menggariskan lima cara umum bagaimana pasangan romantis menyatakan cinta, yang Chapman panggil “bahasa cinta“. Agar mudah difahami, perasaan cinta kepada orang lain atau sering dipanggil bahasa cinta, boleh diekspresikan dalam 5 bahasa cinta. Pada dasarnya, bahasa cinta adalah cara seseorang meluahkan rasa cintanya kepada orang lain. 

5 LOVE LANGUAGE / 5 BAHASA CINTA:

  1. ‘Word of affirmation’.
  2. ‘Quality time’.
  3. Receiving gifts’.
  4. ‘Act of service’.
  5. Physical touch’.

Manakala 5 tangki emosi anak yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:

5 Tangki Emosi Anak:

  • Pertama, tangki perkataan yang baik.
  • Kedua, tangki sentuhan selamat.
  • Ketiga, tangki masa istimewa.

  • Keempat, tangki layanan yang baik.

  • Kelima, tangki material bersesuaian.

5 love language - coffee example

Sumber gambar: UPLB Learning Resource Center

5 TANGKI EMOSI ANAK

Gunakan Word of Affirmation vs Perkataan Yang Baik

Hari ini saya nak kongsikan bahasa cinta yang pertama; word of affirmation vs perkataan yang baik. Bahasa cinta pertama ini adalah untuk anda yang sering mendengar ayat-ayat positif seperti pujian, penghargaan, atau ayat yang menyatakan rasa sayang. Contohnya, anda sangat gembira apabila pasangan anda berkata “Saya sangat sayangkan awak”.

Selain itu, ayat-ayat penghargaan seperti “Terima kasih banyak-banyak sayang, kerana telah membahagiakan saya selama ini” merupakan ayat yang paling ditunggu-tunggu bagi pasangan anda yang sukakan “word of affirmation“.

Kerana dengan ini pasangan anda rasa dihargai atas usaha anda. Ia mungkin terdengar klise sedikit. Tetapi tidak ada yang salah dengan jenis bahasa cinta ini. 

Begitu juga dengan anak anda, tangki emosinya perlu dipenuhi dengan perkataan yang baik. Menurut Pn Maznah Ibrahim:

Keluarga kita perlukan perkataan baik yang menggalakkan (encouraging), untuk terus ‘hidup’ sebagai manusia yang sihat, terus tumbuh sihat cemerlang, dan capai potensi terbaik mereka.

(Maznah Ibrahim, 2018)

Sebaiknya stabilkan emosi anak anda dengan penuhi tangki yang pertama dengan menggunakan perkataan yang baik dan mengesahkan. Antaranya dengan mulakan memberikan pujian secara spesifik. Anda juga boleh gunakan ayat dan perkataan yang menenangkan, menggalakkan, belajar mempercayai anak, cuba sokong ideanya, dan biasakan validate emosi mereka walau emosi tak baik.

Sebagai ibubapa yang baik, belajar urus emosi anda dahulu.  Anak-anak  biasanya belajar dari kita dari segi ayat dan penggunaan bahasa. 

Elakkan perkataan negatif:

  • Marah
  • Tempelak / Herdik
  • Maki 
  • Kritik
  • Kondem
  • Sindir 
  • Bebel

Gunakan ayat yang positif. Contohnya, dalam website Maznah Ibrahim (2018), beliau memberikan beberapa cara yang bagus yang boleh kita cuba bersama apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Antaranya:

  1. Pujian spesifik terhadap tingkahlaku betulnya.
  2. Kata menenangkan.
  3. Kata yang menunjukkan sokongan.
  4. Kata yang menunjukkan anda percaya potensinya.

PUJIAN SPESIFIK TERHADAP TINGKAHLAKU BETULNYA 

“Mama suka tengok Abang kongsi mainan dengan Adik. Nanti Adik hormat Abang dan akan kongsi mainan dengan Abang pula”. 

(Maznah Ibrahim, 2018)

KATA MENENANGKAN

“Fateh tarik nafas, nanti sakit kat kaki ni kurang. Relek, relek, Mummy sapukan minyak ya”.

(Maznah Ibrahim, 2018)

KATA YANG MENUNJUKKAN SOKONGAN

“Fateh boleh, boleh. Cuba lagi :D”.

(Maznah Ibrahim, 2018)

KATA YANG MENUNJUKKAN ANDA PERCAYA KEPADA POTENSI NYA 

“Mummy yakin bila Fateh berlatih lagi dan lagi, Fateh akan boleh bergayut semua batang tu :D”

(Maznah Ibrahim, 2018)

Jika anda melihat anak tolong buangkan sampah, tidak salah ucapkan rasa terima kasih dan ucapan penghargaan diatas tindakannya membantu kerja rumah. Apabila anak anda masuk semula rumah, cuba biasakan cakap “Asyraf, terima kasih sebab tolong mama buangkan sampah”.

Penutup

Kita mempunyai cara yang berbeza untuk menyatakan cinta kita kepada orang di sekeliling kita dengan mengucapkan kata-kata manis kepada orang yang tersayang sama ada pasangan dan anak-anak. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.