Teringin menghafal Al-Quran? Tapi tidak tahu cara untuk mulakan dari mana ? Mari lihat 10 Tips Menghafal Al-Quran yang mungkin dapat membantu anda menghafal dengan mudah. InsyaAllah.
Niat Yang Ikhlas
Untuk menghafal , anda harus tajdidkan niat (perbaharui niat) terlebih dahulu dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Jika dipaksa oleh ibubapa , muhasabah diri kembali dan ikhlas kan kepada Allah. Ingin mengetahui anda ikhlas atau tidak tanya kepada diri adakah anda merasa terbeban untuk menghafal al-Quran ini ? Jika ya , perbaharui kembali. Niat untuk mendapat keredhaan Allah.
Doa Sebelum Mula Menghafal
Mulakan penghafalan anda dengan doa pembuka supaya Allah permudahkan urusan penghafalan anda dan kekal ingat sampai bila-bila. Contohnya membaca :
- Al Fatihah
- Surah 3 qul
- Istighfar 7x
- Selawat kepada Nabi SAW 7x
- inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
Masa Terbaik Untuk Menghafal
Masa yang terbaik untuk menghafal adalah selepas waktu subuh atau fajar dimana minda kita ketika itu masih segar. Selain itu waktu antara Maghrib dan Isyak. Ditambah pula melakukan penghafalan selepas qiamullail pada 2/3 malam. Sangat membantu sebenarnya ketika ini. Tidur jangan terlalu lewat.
Dengar Bacaan Ayat Al-Quran
Sering mendengar ayat suci al-quran lebih-lebih lagi surah yang sedang kita hafal. Sambil membuat aktiviti yang lain , anda boleh pasangkan di kaset atau di telefon anda surah-surah yang anda sedang hafal atau surah yang seterusnya yang bakal dihafal. Ia akan memudahkan anda untuk mengingati dan akan terbiasa dengannya apabila jika sering kali didengar.
Mushaf Yang Sama
Kebanyakan guru-guru akan menyuruh pelajar mereka untuk menggunakan mushaf yang sama yang akan mengurangkan kekeliruan kepada pelajar mereka dari segi baris , cara penulisan , warna dan hiasan dalamannya. Bila sudah habis menghafal barulah anda disarankan mengambil mushaf yang sama kerana ketika itu anda sudah terbiasa dengan yang mushaf yang lama.
Pelajari Bahasa Arab Dan Makna Ayat Untuk Memantapkan Hafalan
Pernah dengar tentang bahasa arab merupakan bahasa syurga ? Jadi kita diharuskan untuk belajar bahasa arab untuk memudahkan kita memahami makna ayat di dalam Al-Quran tersebut. Sebenarnya bila kita memahami ayat dalam surah yang dihafal , ia akan menjadi kata kunci untuk kita mengingati ayat yang seterusnya dan memnghafal dengan lancar. Contohnya ayat seterusnya mempunyai perkataan Ardhi = Bumi , jadi anda boleh mengagak permulaan ayat yang dihafal tersebut.
Strategi Hafalan
#1- Tulis Dan Tandakan Pada Mushaf
dengan jelas berapa potong ayat yang ingin dihafal dalam sehari. Sebagai contoh, jika kita ingin menghafal 3 baris ayat sehari, mulakan dengan membaca ayat-ayat tersebut terlebih dahulu daripada mushaf (baca minimum 10 kali).
#2- Menghafaz Secara Berdikit-Dikit
jika kita tidak yakin dengan ayat yang dibaca secara hafalan (samada betul atau tidak)lihat kembali pada mushaf. Setelah yakin hafalan ayat tersebut baru ke strategi seterusnya.
#3- Menghafal Tanpa Melihat Mushaf
Jika kita masih tidak pasti sama ada bacaan kita betul atau salah (terutama dari segi harakat) kita boleh merekod suara kita semasa menghafal dan kemudian menyemak hafalan dengan mushaf.
Jika didapati hafalan adalah betul dari segi bacaan dan tajwid. Teruskan lagi.
#4- Menghafal 3 Baris Ayat Tersebut Sambil Melakukan Pekerjaan Seharian Kita
Ya, kita boleh menghafal sambil memandu, memasak, ketika menunggu dan sebagainya. Gantikan lagu-lagu di dalam kepala kita dengan ayat-ayat hafalan.
#5- Esok Hari Tambah 3 Ayat Baru Ke Dalam Strategi Hafalan Kita
Kaedah sama digunapakai – baca dari mushaf minimum 10 kali, kemudian menghafal secara berdikit di samping dipimpin oleh mushaf, kemudian menghafal secara tidak melihat kepada mushaf sehingga hafalan adalah mantap.
Namun, 3 baris ayat baru apabila telah tersemat di minda ini, kemudiannya diulang hafalan dengan ayat-ayat yang telah dihafal hari sebelumnya.
#6- Baca Secara Hafazan Keseluruhan Ayat-Ayat Yang Telah Dihafal
Ketika di penghujung hari, sebelum merehatkan diri untuk tidur, (maksimum semuka surat) dengan merekodkan bacaan tersebut dan perdengarkan dengan melihat pada mushaf untuk memerhati hafazan terdapat sebarang kesilapan atau tidak.
Dalam seminggu ada 7 hari – kita boleh merancang untuk menghafal ayat-ayat baru selama 5 hari dan 2 hari berikutnya digunakan untuk mengulangkaji hafalan supaya hafalan semakin mantap.
Ayat-ayat yang telah dihafal, dimasukkan sebagai bacaan (selepas Al-Fatihah) di dalam solat supaya kita lebih seronok untuk menghafal (dapat membaca ayat atau surah baru semasa solat) di samping menambahkan lagi ketajaman ingatan kita terhadap ayat-ayat yang telah dihafal.
Walaupun strategi dan kaedah ini kelihatannya seperti menghafaz secara sendirian, seseorang masih memerlukan seorang guru untuk membantu dalam mencapai target hafalan dan menyemak kelancaran hafalan tersebut.
Carilah seorang guru yang membolehkan kita hormat dan takut padanya. Beliau akan mendisiplinkan dan memotivasi kita untuk terus berjaya dalam perjalanan menghafal Al Quran.
Berkawan Dengan Orang Yang Turut Menghafal
Benar atau tidak kita disarankan untuk berkawan dengan orang yang menghafal al-quran kerana ia akan memberi semangat kepada kita untuk terus menghafal dan mengulang. Jadikan mereka sebagai motivasi anda dan jangan mudah untuk berputus asa.
Jaga Mata
Ingatan yang lemah sebenarnya datang daripada perkara haram yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Contohnya mendengar/ mnegumpat tentang orang lain dan melihat aurat yang berlainan jantina. Bahkan jika juga dilarang untuk melihat najis kita sendiri kerana ia akan menumpulkan fikiran begitu juga dengan membaca nama jenazah di kelindan atau batu nisan di kubur. Jaga mata , telinga , mulut anda. Bercakap bila perlu sahaja dan jika tahu benda itu sia-sia , elakkan. Allah tidak akan memudahkan kerja seseorang itu jika mereka tidak bertaubat dan berterusan melakukan dosa.
Makan Makanan Sunnah
Makanan sunnah amat penting untuk orang yang sedang menghafal al-quran. Ini kerana kita megikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Seperti yang kita ketahui , kismis , kurma dan madu dapat menguatkan ingatan hafalan anda. Insya Allah. Jadi, elakkan juga memakan makanan syubhah yang kita sendiri tidak pasti status halal makanan itu. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang muncul pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik.
Doa Restu IbuBapa
Doa ibubapa ini akan sampai terus kepada Allah. Tiada pengantara antara malaikat. Jadi pentingnya doa rsetu ibubapa kepada kita dan minta mereka mendoakan kita bagi yang masih mempunyai ibubapa. Kepada yang sudah tiada , kita yang harus mendoakan mereka agar tergolong dengan orang-orang yang beriman. 3 perkara yang akan meletakkan mereka dikalangan orang yang beriman iaitu sedekah , doa anak yang soleh yang akan membantu mencerahkan kubur mereka. Sesungguhnya doa ibubapa amat berkat dan sangat membantu memudahkan urusan hafalan kita.
Tasmii'
Apabila sudah menghafal , carikan kawan , guru tasmii' atau ahli keluarga anda yang tahu membaca al-quran dengan betul supaya apabila anda membaca di depan mereka , mereka akan betulkan kesalahan yang anda buat. Cara ini sangat berkesan kerana ia dapat menguatkan lagi ingatan anda untuk mengingati tempat mana yang anda mungkin terlupa.
Tahan Diri daripada Gajet
Apabila anda sedang menghafal al-quran , pastikan tiada telefon pintar atau playstation dan sebagainya berada berdekatan kerana apabila notification naik , ia akan mengganggu konsentrasi anda. Seeloknya senyapkan notification anda. Bahkan di media sosial sekarang ini , terlalu banyak perkara pelik yang muncul. Ia akan menumpulkan fikiran anda.
Muraja'ah
Muraja'ah bermaksud membaca kembali surah-surah yang dihafal sebelum ini dan carilah seseorang untuk mendengarnya. Bila anda sudah menghafal al-quran tidak bermaksud anda boleh meninggalkan nya begitu sahaja. Amalkan dan selalu melakukan pengulangan a-quran setiap hari.
Jangan Putus Asa
Jangan anda mudah untuk berputus asa walaupun susah untuk anda lakukan namun sentiasa berusaha agar mencapai target yang anda inginkan. Kerana berputus asa di tengah jalan adalah perkara yang sia-sia. Lakukannya dengan perlahan-lahan supaya bila sudah terbiasa , anda akan cepat menghafal kerana otak anda sudah terbiasa dengannya.
Semoga tips menghafal Al-Quran ini dapat membantu anda menjadi seorang yang hafiz dan hafizah. Dengan izin Allah tiada yang mustahil yang penting kita harus sentiasa berusaha , berdoa bertawakkal kepada Allah kerana Dia lah yang mengatur perjalanan hidup kita.