fbpx

24 Resipi Kek Yang Sedap dan Lazat (Resipi Asli Chef)

0

Inginkan koleksi resepi kek-kek kegemaran ? Kami sediakan 24 Resipi Kek yang enak dan sedap. Resipi kek ini mesti dicuba untuk hidangan bersama keluarga.

1. Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan : 

  • 11/4 cawan susu segar*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak*
  • 1/2 cawan gula*
  • 1/2 cawan koko*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 1 camt baking soda
  • 2 camca mkn butter
  • 3 biji telur

Nota : Ayak tepung, baking soda dan baking powder

Sos Coklat :

  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan koko
  • 1 camb butter
  • 1/2 cup susu segar(tak nak pun tak pe)

Cara Penyediaan
Kek :

  1. Masak semua bahan bertanda (*) atas api kecil sampai sebati dan sejukkan
  2. Pukul telur dan butter
  3. Masukkan bahan koko yang di masak tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Kukus dalam api sederhana 20 minit (untuk bekas kecil). Lebihkan masa kukus untuk saiz sebiji kek

Sos Coklat : 

  1. Masak atas api kecil hingga sebati.
  2. Setelah kek yang di kukus masak, curahkan sos coklat di atas nya dan simpan di dalam peti. 

2. Brownies

Brownies

Bahan-bahan :

  • 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko 

Cara Penyediaan :

  1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya.
  2. Satukan coklat masakkan dan butter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
  4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 
  5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  6. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.
  7. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
  8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
    Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
  9. Siap !

3. Kek Cheese

Kek Cheese

Bahan-bahan :

  • 150gram cream cheese 
  • 10gram tepung kastard (jenama bird custard)
  • 60gram tepung gandum
  • 4 biji telur ( asing putih dan kuning) telur
  • 100ml whipping cream
  • 70gram gula ( gula dibahagi dua bahagian, separuh utk meringue separuh utk utk diputar bersama krim keju nnt)
  • 40gram mentega
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit sugar powder untuk hiasan

Cara Penyediaan :

  1. Pertama sekali, panaskan pengukus, kemudian di dalam bekas adunan, campurkan krim keju, separuh kuantiti gula dan mentega, putar hingga semua bahan2 lembut dan gula agak hancur.
  2. kemudian putar kuning telur hingga agak berbuih
  3. selepas itu masukkan dalam adunan krim cheese tadi, putar lagi hingga semuanya sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga semuanya sebati.
  5. Masukkan pula tepung castard. Putar lagi.
  6. selepas itu masukkan pula jus lemon.
  7. serta whipping cream putar lagi dan pastikan semua nya sebati.
  8. Di dalam bekas adunan yang lain, putar putih telur hingga agak berbuih.
  9. kemudian baru masukkan baki gula.
  10. Putar sehingga putih telur menjadi meringue,( langkah ini penting dan pastikan putih telur betul2 kembang.
  11. bahagi meringue pada 3 bahagian dan campurkan dalam adunan krim keju tadi, campurkan sedikit demi sedikit meringue dan pastikan meringue sebati dalam adunan tepung krim keju. ( cara kaup balik menggunakan spatula, masa ni jgn guna hand mixer takut overmix)
  12. Alas loyang kek ber ukuran 18cm dengan kertas minyak dan pastikan bahagian tepi loyang di alas juga dan lebihkan sedikit ukuran nye di tepi itu, tuang adunan kek keju di dalam loyang.
  13. Tutup dan balut atas loyang dengan aluminium foil bagi memastikan tiada air kukusan jatuh pada permukaan kek nnt, akhir sekali kukus kek keju selama 40 minit hingga 1 jam.
  14. Tutup api dan biarkan kek didalam pengukus selama 10 minit baru keluarkan, setelah kek keju suam atau sejuk baru keluarkan kek dari acuan dan hias dengan sugar powder, kalau nak simpan dalam peti ais semalaman pun lagi bagus, kek akan jadi makin moist dan sedap.
  15. Hias Kek mengikut kreativiti masing-masing dan potong Kek Keju Gebu pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan

4. Red Velvet

Red Velvet

Bahan-bahan :

  • 2 1/2 cawan all-purpose flour
  • 1 sk garam
  • 2 sb cocoa powder
  • 1 1/3 cawan vegetable oil
  • 1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
  • 2 sb red food colouring
  • 1 sk vanilla extract
  • 2 biji telur gred A - suhu bilik
  • 1 1/4 cawan gula kaster
  • 1 sk white distilled vinegar
  • 1 sk baking soda 

Cara Penyediaan :

  1. Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
  4. Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
  5. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
  8. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  9. Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. 
Best Ever Cream Cheese Frosting


Bahan bahan:
  • 8 oz cream cheese - sejuk
  • 5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
  • 2 sk vanilla extract
  • 2 cawan gula ising - ayak

Cara Penyediaan :

  1. Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
  2. Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

5. Kek Marble 

Kek Marble

Bahan-bahan :

  • 1 cawan butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sdb baking powder (ayak)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3 sdb susu pekat manis
  • 2 sdb serbuk koko.
  • (guna loyang saiz 6@7)

Cara Penyediaan :

  1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. 
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko.
  4. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak.
  5. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
  6. Ulang hingga habis adunan tersebut.
  7. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
  8. Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.Gunakan api atas dan bawah.(Sebaiknya juga ikut kepanasan oven masing-masing ya).

6. Kek Pelangi 

Kek Pelangi

Bahan-bahan:

  • 3 cawn tepung gandum
  • 4 sudu kecil “baking powder”
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 250gm butter – suhu bilik
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 5 biji putih telur – suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar – suhu bilik
  • 6 jenis pewarna – ikut suka hati anda lah
  • Beberapa keping baking paper

Cara Penyediaan :

  1. Ayakkan tepung, baking powder & garam dan kemudian ketepikan
  2. Pukul butter & gula sampai kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai sebati dan gebu . (Masukkan putih telur sedikit demi sedikit)
  4. Masukkan esen vanila
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan pukul hingga sebati.
  6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan dan kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dilapik baking paper dan bakar satu per satu. Tips: jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis
  8. Bakar pada suhu 170C/ 180C  sekitar 12 hingga 15 minit. Tips: Cucuk dengan lidi atau chopstick ke dalam kek dan pastikan tiada adunan melekat di lidi apabila ditarik keluar.
  9. Bakar sampai habis 6 loyang dan sejukkan.
  10. Apabila kek sudah sejuk – lapiskan dengan cream cheese.

Cara Penyediaan Cream Cheese.

  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 125 butter
  • 1 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • Sepotong kecil lemon.

Cara Penyediaan :

  1. Pukul cream cheese dan butter sehingga gebu dan masukkan gula icing kemudian esen vanilla dan juga perahan lemon. Pukul lagi sehingga sebati.

7. Kek Butter 

Kek Butter

Bahan-bahan :

  • 250 gram pure butter jenama Anchor
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 180 gram gula kaster
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
  4. Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau di spray terlebih dahulu.
  5. Kacau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

8. Kek Pisang Kismis

Kek Pisang Kismis

Bahan-bahan :

  • 200g mentega
  • 5 kuning telur
  • 4 putih telur (pukul hingga berkrim)
  • 3 sdb susu tepung
  • 100g walnut (rendam dgn air panas, cincang kasar)
  • 75g kismis (rendam dgn air mendidih 150 ml selama 1 jam , hiris)
  • 225g tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1/2 sdt soda bikarbonat

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven dgn suhu 175 C 
  2. Pukul mentega hingga halus , masukkan kuning telur satu per satu pukul hingga adunan mengembang. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung, gaul rata, tambahkan susu tepung.
  3. Masukkan pisang dan kurma yang sudah dikisar bersama. Kacau hingga adunan rata
  4. Masukkan krim putih telur , gaul tambah walnut cincang dan kismis yang telah direndam dan kacau rata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang kek span yaang telah disapu mentega dan ditabur tepung .
  6. Bakar selama 45 minit sehingga kek masak.
  7. Angkat dan keluarkan dari loyang. 

9. Kek Pisang Gajus

Kek Pisang Gajus

Bahan-bahan :

  • 500g pisang berangan/ embun (lecek)
  • 150ml jus dari buah oren
  • 4 biji telur (kacau ringan)
  • 125 ml mentega (dicairkan)
  • 50g kismis
  • 125g kacang gajus (panggang, cincang)
  • 50g bijan (sangai)
  • 100g oat segera
  • 300g tepung gandum
  • 2 sdt serbuk penaik
  • 1/4 sdt garam
  • 1/2 serbuk vanila

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven 175 C
  2. Campurkan pisang yang dilecek dengan campuran oat dan tepung gandum, kacau rata. Tambahkan air oren , kacau rata. 
  3. Masukkan telur yang sudah dikacau rata , masukan mentega cair dan teruskan kacau.
  4. Masukkan kismis kacang gajus cincang dan bijan dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas acuan yang sudah disapu mentega.
  6. Bakar selama 20 minit sehingga kek masak.
  7. Angkat dan siap. 

10. Kek Aiskrim

Kek Aiskrim

Bahan-bahan :

  • 2 perisa aiskrim kegemaran: Coklat/Vanila/Strawberi/Papermint/Karamel (dilembutkan)
  • Kepingan biskut pilihan: Oreo/Digestive/Marie (dihancur kasar)
  • Butter (dicairkan)
  • 1 loyang tin
  • Plastik pembalut makanan  (alas loyang)
  • Kekacang, bijirin atau hirisan coklat sebagai hiasan (ditabur atas kek)

Cara Penyediaan :

  1. Alas loyang dengan plastik jernih pembalut makanan terlebih dahulu supaya mudah mengeluarkan kek dari loyang kemudian. Letak tepi.
  2. Masukkan kepingan biskut pilihan ke dalam plastik kemudian ketuk ia hingga hancur kasar menggunakan objek keras seperti batu lesung atau penggelek doh. (sukatan biskut adalah mengikut kelebaran loyang serta lapisan kek yang anda mahukan. Lebih besar dan lebih banyak lapisan kek, lebih banyak biskut yang perlu dihancurkan).
  3. Alihkan biskut hancur/ serbuk biskut tersebut ke dalam mangkuk besar kemudian curah butter cair dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Gaul sehingga serbuk biskut kelihatan berketul membentuk crumble.
  4. Ceduk sedikit campuran biskut tadi dan tabur ia menutupi dasar loyang… Tekan untuk mampatkan serbuk biskut berkenaan agar hasil kek nampak kemas dan cantik.
  5. Setelah itu, lapiskan ia dengan aiskrim pilihan tadi.
  6. Lakukan dalam keadaan berselang (aiskrim, serbuk biskut, aiskrim, serbuk biskut) sehingga ke permukaan loyang.
  7. Pastikan anda telah mengeluarkan aiskrim dari peti ais 10 minit lebih awal sebelum anda mula membuat kek ini. Jangan panik jika ais krim menjadi lembut kerana tekstur begitu memudahkan anda untuk meratakannya di atas lapisan serbuk biskut.
  8. Litup bahagian atas sekali dengan aiskrim sebelum taburkan kekacang, bijirin atau hirisan coklat untuk rasa rangup enak.
  9. Tutup loyang dengan plastik sebelum biarkan ia membeku dalam peti ais selama beberapa jam.
  10. Siap! Keluarkan kek aiskrim anda dari loyang dan nikmatinya sebagai pencuci mulut atau sebagai kek hari jadi bagi meraikan Hari Jadi tersayang!

11. Kek Mocha Kurma

Kek Mocha Kurma

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur 
  • 2 sdt kopi segera (campurkan dengan 3 sdb air panas, biarkan sejuk)
  • 1 sdt pes mocha 
  • 75g mentega(cairkan)
  • 25g kurma (buang biji , hiris nipis)

Jem Kurma :

  • 75 g kurma (buang biji , potong kecil)
  • 50ml susu cair
  • Masak sambil kacau hingga pekat

Ayak :

  • 150g tepung gandum
  • 2 sdb tepung jagung
  • 1 sdt serbu penaik
  • 1/4 sdt soda bikarbonat

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan Oven 175 C
  2. Pukul telur hingga lembut masukkan bancuhan kopi segera dan pes moka , gaul rata. 
  3. Maskkan campuran tepung gandum sedikit sambil dikacau rata dan masukkan mentega cair dan gaul rata.
  4. Masukkan jem kurma dan kacau sambil tambahkan hirisan kecil kurma. Gaul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 4 segi yang sudah disapu mentega bakar selama 35 minit hingga kek masak.
  6. Siap !

12. Kek Badam Ceri

 Kek Badam Ceri

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur 
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sdb madu
  • 50g mentega (dicairkan )
  • 50g badam (dipanggang & cincang)
  • 120g tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 25g buah ceri merah (potong 8)

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven 175 C 
  2. Pukul telur bersama kuning telur hingga lembut masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk penaik.
  3. Masukkan madu , gaul. Masukkan mentega cair dan terus kacau hingga semua adunan rata.
  4. Tambahkan badam cincang dan gaul rata
  5. Tuang adunan ke dalam loyang bulat yang sudah disapu mentega.
  6. Taburkan permukaan nya dengan potongan ceri dan bakar selama 25 minit hingga kek masak
  7. Siap 

13. Kek Talam Aneka Buah

Kek Talam Aneka Buah

Bahan-bahan :

  • 3 biji putih telur
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb madu
  • 100 ml susu cair + 2 sdb susu tepung
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 sdt serbuk penaik

Lapisan buah:

  • (rendam dalam 2 sdb cuka epal)
  • 200g buah ceri merah (potong 4)
  • 50g aneka buah kering (hiris nipis)
  • 100g kismis (belah 2)
  • 200 g kurma potong kecil

Cara penyediaan :

  1. Siapkan kukusan dan panaskan
  2. Pukul putih telur dan kuning telur hingga lembut , tambahkan madu , masukkan campuran tepung gandum perlahan-lahan sambil terus dikacau rata. Tuang susu sedikit demi sedikit hingga semua sebati.
  3. Tuang 1/3 bahgian adunan ke dalam loyang 4 segi yang sudah disapu mentega dan ditabur tepung. Kukus 10 minit.
  4. Buka tutup periuk kukus , masukkan 1/3 bahagian campuran buah-buahan . Ratakan permukaan kuih , tutup dgn 1/3 bahagian  adunan lagi kukus semula 10 minit.
  5. Buka lagi dan masukkan 1/3 campuran buah -buahan tutp dgn 1/3 adunan  dan kukus 10 minit
  6. Buka kembali tutup pengukus , tuang sisa campuran buah , kukus 5 minit hingga kek masak
  7. Angkat dan siap.

14. Kek Labu Ceri Manis

Kek Labu Ceri Manis

Bahan-bahan :

  • 125 g mentega
  • 1 sdt esen vanila 
  • 4 biji telur
  • 200g labu kuning (kukus dan lenyekkan )
  • 75 g buah ceri (potong 4)
  • 50g kismis
  • 125 g tepun gandum
  • 1/2 serbuk penaik dan bikarbonat
  • 50g walnat(rendam air panas , hiris )

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven suhu 175 C 
  2. Pukul mentega hingga halus dan lembut, masukkan esen vanila masukkan telur satu per satu sambil terus dikacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung selang seli dengan labu kuning dan kacau rata
  4. Masukkan ceri kismis , serbuk kayu manis dan gaul rata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang loaf tabur bahagian atasnya dengan hirisan walnat
  6. Bakar selama 35 minit hingga kek masak
  7. Sejukkan kek. 

15. Kek Epal

 Kek Epal

Bahan-bahan :

  • 125g mentega
  • 3 biji telur
  • 3 biji epal (kupas, cincang halus)
  • 150 jus epal
  • 150g kismis
  • 200g tepung gandum
  • 100g oat segera
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1/2 serbuk bikarbonat

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven dengan suhu 175 C
  2. Pukul mentega hingga lembbut , masukkan telur satu persatu sambil kacau shingga adunan likat. Biarkan sekejap.
  3. Masukkan sebahagian epal cincang , jus epal dan kismis ke dalam campuran tepung gandum dan gaul. 
  4. Masukkan adunan mentega-telur dan kacau. Masukkan lagi baki epal cincang , jus epal dan kismis dan gaul rata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang loaf yang sudah dialas kertas minyak disapu mentega dan ditabur tepung. 
  6. Bakar selama 35 minit hingga perang keemasan
  7. Angkat. 

16. Penkek Strawberi

Penkek Strawberi

Bahan-bahan

  • 100g jem blueberry
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum – ayak
  • 1 sudu besar susu tepung -ayak
  • 1 sudu kecil baking powder – ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan telur, gula, air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn “hand whisk”.
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.

Nota:

  1. Pancake ini dah ada rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
  2. Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.

17. Penkek Pandan

 Penkek Pandan
Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu baking powder
  • 1/2 sudu baking soda
  • secubit garam
  • 1 1/2 sudu besar gula kaster
  • 1 biji telur besar
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1 sudu teh esen pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Sedikit mentega - untuk gris

Cara Penyediaan :
  1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.
  2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu, mentega cair, esen pandan dan pewarna hijau kacau dengan whisk hingga rata.
  3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.
  4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit.
  5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
  6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya.

18. Muffin Polkadot 

Muffin Polkadot

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
  • 220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette**
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
    pewarna

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
  2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
  4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
  6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
  7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

19. Muffin Tapai Ubi Kukus

Muffin Tapai Ubi Kukus

Bahan-bahan :

  • 125g gula pasir
  • 125g gula merah(diracik)
  • 150ml air
  • 200g tepung gandum
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 100ml minyak masak
  • 100g tapai ubi (dicincang halus )

Cara Penyediaan :

  1. Sediakan acuan mufin. Letakkan kertas pembalut kek didalamnya.
  2. Didihkan gula pasir dan gula merah sehingga larut. Biarkan sejuk
  3. Adunkan tepung gandum dengan larutan gula secara perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan telur dan sebatikan. Kemudian, tambahkan minyak dan terus kacau. Masukkan tapai ubi , soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
  5. Adunkan sehingga sebati
  6. Biarkan adunan selama 15 minit.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minti sehingga merekah dan masak.
  8. Siap.

20. Muffin Mentega Tapai Ubi

Muffin Mentega Tapai Ubi

Bahan-bahan :

  • 400g tepung gandum
  • 1 sdm ragi segera
  • 400 ml air kelapa
  • 10 kuning telur
  • 200g gula pasir
  • 100ml susu pekat
  • 200g mentega(cairkan)
  • 100g tapai ubi(cincang halus)

Cara Penyediaan :

  1. Sediakan loyang bentuk bulat dan alaskan kertas minyak.
  2. Campurkan 250g tepung gandum dengan ragi dan air kelapa.
  3. Adunkan sehingga sebati dan biarkan selama 30 minit.
  4. Puku telur dan gula sehingga adunan menjadi lembut. Masukkan tepung gandum , adunan tepung , susu pekat dan mentega yang sudah dicairkan.
  5. Adunkan sehingga sebati kemudian masukkan tapai ubi dan kacau rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan rehatkan selama 30 minit sehingga adunan mengembang
  7. Bakar adunan selama 40 minit sehingga masakdan berwarna kekuningan 
  8. Keluarkan dan hidangkan. 

21. Bahulu

 Bahulu

Bahan-bahan : 

  • 10 biji telur sederhana
  • 250gram Tepung gandum
  • 250gram Gula

Cara Penyediaan : 

  1. Pecahkan kesemua 10 biji telur, Masuk kan Gula.
  2. Pukul hingga kembang selama 5 minit.
  3. Masukkan tepung perlahan-lahan
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Panaskan oven 180-200C
  6. Tuang adunan dalam acuan
  7. Bakar hingga bahulu naikdan berwarna keemasan

22. Kek Bakar Laici

Kek Bakar Laici

Bahan-bahan :

  • 50g mentega 
  • 3 biji kuning telur
  • 100g buah laici
  • 3 biji putih telur (pukull kmbng)
  • 200g tepung gandum
  • 30g susu tepung
  • 1sdt serbuk penaik
  • 1/2 sdt soda bikarbonat

Cara Penyediaan :

  1. Panaska oven 160 C
  2. Pukul mentega bersama telur kuning hingga lembut masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Selang seli dengan buah laici yang dikisar
  3. Masukkan adunan ke dalam putih telur yang dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam dulang acuan kek cawan yang sudah disapu mentega. Hiaskan dengan potongan kecil laici di atasnya. 
  5. Bakar selama 15 minit hingga masak
  6. Siap 

23. Kek Nanas

Kek Nanas

Bahan-bahan :

  • 50g mentega cairkan
  • 350g nanas manis (buang air , potong 2)
  • 200g buah prun potong memanjang
  • 25g buah ceri merah(belah 2)
  • 125g mentega 
  • 1/4 sdt garam
  • 150g nanas manis (kisar kasar )
  • 50 ml jus nanas
  • 225 g tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1/2 sdt serbuk bikarbonat

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven 175 C
  2. Lapisan nanas : Sapu loyang loaf dengan mentega yang dicairkan (pada permukaan dan dinding loyang ) Susun potongan nanas tin , buah prun serta ceri  di permukaan loyang.
  3. Kek : Pukul mentega bersama garam hingga lembut . masukkan kisaran nanas dan kacau rata. Tambahkan jus nanas. Masukkan campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus digaul rata hingga adunan benar-benar sebati. 
  4. Tuang adunan ke dlm loyang yang sudah diisi susunan nanas prun dan ceri. Bakar selama 45 minit hingga kek masak.
  5. Biarkan 15 minit sebelum kek dibalikkan di atas jaring. 

24. Kek Carrot

Kek Carrot

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur 
  • 175 ml mentega dicairkan
  • 150g karot (parut halus )
  • 150 isi oren
  • 50ml jus oren
  • 2 ssdt kulit oren (parut)
  • 150g kismis
  • 175g tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1/2 sdt soda bikarbonat

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan oven hingga 175 C 
  2. Pukul telu hingga lembut , masukkan mentega cair dan pukul hingga tercampur rata. Masukkan parutan karot , isi oren jus oren parutan kulit oren serta kismis adun rata.
  3. Masukkan campuran tepung gandum sedikit demi sedikti sambil kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang loaf yang sudah disapu dengan mentega dan ditabur tepung .
  5. Bakar selama 45 minit hingga masak dan siap !

Nampak macam semua sedap kan? Kesemua resipi ini sudah dicuba dan ternyata hasilnya memang menakjubkan. Bahkan pastinya keluarga anda akan minta buat lagi. Silap haribulan, boleh buka kedai =)

Leave A Reply

Your email address will not be published.