fbpx

15 Tempat Menarik di Madinah Yang Mesti Dikunjungi

0

Musim haji telah tiba, jadi pasti para jemaah mencari tempat-tempat yang menarik di Madinah dan Mekah. Disini terdapat 15 tempat menarik yang kami cadangkan yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Madinah. Memang rugi lah kalau tak pergi alang-alang dah sampai sana. Mari kita lihat.  

Tak lupa juga untuk panduan haji dan umrah bagi rujukan anda. Klik sini

1. Masjid Nabawi 

 Masjid Nabawi

Tempat pertama yang wajib anda kunjungi bila sudah sampai di Madinah adalah Masjid Nabawi dimana ia merupakan simbol paling penting dari agama Islam dan ia merupakan tempat ke-2 paling suci didunia. Tempat ini memang menjadi tempat wajib bagi yang akan menunaikan haji dan umrah.

Masjid Nabawi telah dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 Masihi. Di sinilah letaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Sabda  Rasulullah SAW "Solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di masjid yang lain, kecuali di Masjid al-Haram." 

Beliau juga bersabda, "siapa yang mengerjakan solat di masjidku 40 kali solat fardhu,tidak kurang satu solat pun,maka ia terbebas dari neraka,bebas daripada azab dan bebas daripada kemunafikan." Sabda baginda lagi, "jangan bersusah payah akan perjalanan,kecuali ke tiga masjid,Masjid al-Haram,masjidku ini dan Masjid al-Aqsa." 

2. Kota Kuno Al-Ula

Kota Kuno Al-Ula

sumber : https://twitter.com/imamkhairul

Kota Kuno Al-Ula ini pula terletak di antara Madinah & Tabuk di wilayah Arab Saudi. Tempat ini sering dikunjungi kerana pemandangan yang unik dan cantik. Al-Ula ini merupakan tempat perdagangan di negara arab saudi dahulunya dan tempat ini dihitung sudah mencapai 2,000 tahun lama kewujudannya. 

3. Jannat Al-Baqi

Jannat Al-Baqi
IklanIklan
Iklan

sumber : Youtube

Tempat ini pula sangat istimewa kerana terdapat ahli keluarga , ibu mertua , datuk dan teman-teman Nabi Muhammad SAW yang dikebumikan disini. Jadi jika singgah disini sedekahkanlah ayat-ayat suci alQuran buat mereka. Moga akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Bahkan sekitar 7 ribu sahabat Nabi Muhammad SAW yang dikebumikan disini juga. Alangkah indahnya jika kita juga dapat dikebumikan disini juga kan. 

4. Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain

sumber : https://www.khazzanahhaji.com

Masjid Qiblatain terletak di sebelah barat daya Madinah. Pada awalnya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah dan pada permulaan Islam , kiblat dihadapkan mengarahkan kepada Baitul Maqdis di Jerusalem namun RAsulullah telah menerima wahyu pada tahun ke-2 Hijrah seerti dalam surah al-baqarah ayat 144. Maka pada waktu zohor , solat nya mengiblatkan kearah masjid al-haram. Kerana itulah masjid ini diberikan nama Masjid Qiblataini yang bererti masjid 2 Kiblat.  

5. Madain Saleh 

Madain Saleh

sumber : http://saudi-archaeology.com

Madain Saleh tempat yang pernah menjadi sebagai penghubung perdagangan antara Arab Selatan dan Petra merupakan salah satu pusat peradaban Arab. Medain Saleh di Arab Saudi adalah sebuah kota kuno tempat dihiasi dengan reruntuhan dinding, menara dan juga rumah-rumah. Tempat ini juga dikenal sebagai tempat yang indah dan kaya akan sejarah. Terletak di Al-Ula , Madinah , Arab Saudi. 

6. Jabal Uhud

Gunung Uhud

sumber : http://pratamahajiumroh.blogspot.com

Selain Madain Saleh yang kaya akan nilai sejarah, Jabal Uhud di Arab Saudi adalah salah satu tempat bersejarah lainya dan merupakan tempat saksi pertempuran Uhud terjadi. Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya lebih kurang 5km dari pusat Kota Madinah,berada di pinggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di Kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain di mana pada umumnya gunung-gunung di Madinah ini adalah sambung menyambung,kerana itulah disebut Jabal Uhud yang bererti gunung menyendiri.

Di Jabal Uhud ini juga terjadinya Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara Islam dengan tentera kafir Quraisy. Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada satu peperangan yang tidak kurang pentingnya dari Badar al-Kubra,bahkan Uhud telah menjadi saksi tumpahnya darah 70 orang syuhada’. Dengan peristiwa Uhud,Allah menganugerahkan pahala kesabaran bagi Junjungan s.a.w. dan umatnya.

7. Masjid Quba

 Masjid Quba

sumber : https://www.islamiclandmarks.com

Masjid Quba  merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan is merupakan salah satu masjid yang tertua di Arab Saudi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itula,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah SWT. 

8. Pasar Lambak

Pasar Lambak

sumber : http://www.mstar.com.my

Di Pasar Lambak yang terletak di Madinah ini merupakan tumpuan pengunjung apabila disini terdapat pelbagai barangan dan makanan-makanan yang sangat murah tambah-tambah lagi anda jenis yang pandai tawar-menawar. Dari pakaian , makanan , cenderamata dan macam-macam lagi yang murah disini. 

9. Muzium Al-Quran

Muzium Al-Quran

sumber : http://www.gempak.com

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang al-Quran bolehlah melawat Muzium Al-Quran ini kerana disini terdapat berbagai koleksi al-quran dari seluruh dunia. Sama-sama kita doakan supaya kita dapat menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. InshaAllah. 

10. Bangali Market (makan) 

Bangali Market

Bagi anda yang suka membeli dan makan , boleh singgah ke Bangali Market ini kerana katanya nasi briyani disini memang kaw habis. Haa nanti boleh lah cuba sendiri. Tapi harus diingatkan bahawa satu pinggan makanannya boleh dimakan dengan 2 orang. Mungkin bagi orang arab 1 pinggan untuk 1 orang kerana kita ketahui mereka memang makan banyak. Tengok sahajalah saiz badan mereka dengan kita orang Malaysia ni. Takat Siku mereka je. Berhati-hati juga ketika membawa barang berharga di kawasan ini. 

11. Makam Nabi Muhammad SAW

Makam Nabi Muhammad SAW

Makam Nabi Muhammad SAW salah satu tempat bersejarah madinah yang terletak di sebelah timur Masjid Nabawi. Di tempat ini dahulu terdapat dua rumah, yaitu rumah Rasulullah SAW bersama Aisyah dan rumah Ali dengan Fatimah. Sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 H (632 M), rumah Rasulullah SAW terbagi dua.

Bagian arah kiblat (selatan) untuk makam Rasulullah SAW dan bagian utara untuk tempat tinggal Aisyah. Sejak tahun 678 H (1279 M), pada masa Dinasti Mamluk, di atasnya dipasang Kubah Hijau. Tepat di bawah Kubah Hijau jasad Rasulullah SAW dimakamkan. Di situ juga dimakamkan kedua sahabat, Abu Bakar dan Umar bin Khattab  yang dimakamkan dibawah kubah, berdampingan dengan makam Rasulullah SAW.

12. Raudhah 

 Raudhah

Raudhah adalah tempat beribadah yang paling munajat setelah Arafah dan Masjidil Haram. Ianya terletak di bahagian depan sisi kiri Masjid Nabawi , antara imbar dan kamar Rasulullah SAW. Raudhah adalah tempat yang memiliki keutamaan karena rahmat dan anugerah kebahagiaan yang turun ke tempat itu dipercaya seperti anugerah yang turun ke taman surga, karena banyaknya dzikir kepada Allah SWT yang dilakukan terus menerus ditempat itu. Raudhah juga dianggap sebagai taman surga, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah. Rasulullah bersabda :

Diantara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga , dan mimbarku di atas telingaku”.

13. Jabal Magnet

Jabal Magnet

Gunung magnet menjadi tumpuan para jemaah haji dan umrah untuk melakukan ibadah disini. Pemandangan nya yang sangat cantik membuatkan kita tidak akan berhenti memuji kebesaran Kuasa Allah. Jabal Magnet terletak kira-kira 60 kilometer dari Kota Madinah dengan lokasi kanan kiri terdapat perbukitan. 

14. Parit Khandaq (Masjid Khamsah) 

Parit Khandaq (Masjid Khamsah)

Manakala ini pula Masjid Khamsah yang terletak 3km sebelah barat laut Masjid Nabawi. Sejarah Masjid Khamsah ini berawal dari perang Ahzab. Kaum muslimin sebanyak 3000 pasukan berhadapan dengan pasukan koalisi yang terdiri dari 4000 pasukan kafir Quraisy yang bergabung dengan pasukan Yahudi dari Bani Quaraidhah dan lain-lain sebanyak 6000 orang, sehingga pasukan gabungan itu berjumlah 10.000 orang.Untuk menghadapi pasukan Ahzab ini, Salman al-Farisi memberikan masukan yang cemerlang dengan cara membuat parit (Khandaq) sepanjang kurang lebih 2,5 km, kedalaman kurang lebih 3,5 meter dan lebar kurang lebih 4,5 meter. Kaum muslimin bertahan di belakang parit itu, sehingga pasukan lawan mendapat kesulitan untuk menyerang secara langsung. Salah satu kemenangan pejuang islam ketika dulu. 

15. Pasar Souq Al-Manakhah 

Pasar Souq Al-Manakhah

Souq Al-Manakhah ini terletak di sebelah barat daya Masjid Nabawi,. Tempat ini merupakan tempat warisan sejarah yang berkaitan dengan kehidupan Rasullah SAW.  Tempat ini sesuai untuk anda yang mencari jubah-jubah , pakaian ataupun makanan yang mahu dibawa pulang ke tanah air nanti kerana disini herganya agak murah dan jika anda pandai tawar menawar , lagi murah anda akan dapat.  

Rugilah kalau dah datang ke Madinah namun tak berkunjung ke tempat-tempat menarik ini. Bahkan terdapat juga tempat menarik di Mekah. Untuk melihat dengan lebih lanjut. Klik di sini

Leave A Reply

Your email address will not be published.