fbpx

Cara Bayar Zakat Selangor Online (Terkini)

Zakat ialah antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum menjelangnya hari Raya Aidilfitri.

Zakat Fitrah merupakan zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ianya dilaksanakan bertujuan untuk  membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Biasanya, para pemberi zakat perlu mendatangi amil di pusat-pusat zakat, masjid-masjid atau di mana terdapat tempat yang menawarkan perkhidmatan pembayaran ini.

Pembayaran zakat fitrah juga mestilah dibuat bersama-sama lafaz akad zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri, tanggungan dan untuk pihak lain.

Namun, kadangkala pembayaran zakat ini sering diambil mudah dan seringkali ada yang terlupa menunaikannya sebelum waktunya tamat.  

Ramai juga yang suka menangguh-nagguhkan pembayaran zakat walaupun sedar ianya adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan. 

Kini, anda sudah tidak perlu bimbang untuk membayar zakat kerana terdapat pelbagai cara mudah untuk melangsaikannya. Khusus buat warga Selangor, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah melangkah setapak kehadapan dalam menyediakan kemudahan pembayaran zakat di Malaysia dengan memperkenalkan sistem Zakat Fitrah secara Online.

Melalui kaedah ini orang ramai boleh membuat bayaran zakat fitrah walau di mana mereka berada tanpa melalui amil yang dilantik.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter-kaunter zakat ataupun amil yang dilantik LZS di kawasan tempat tinggal mereka.

Sistem e-Zakat Online

Sistem e-Zakat Online merupakan sistem atas talian yang telah diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Sistem ini telah dilancarkan pada tahun 2015. Ianya dilancarkan untuk memudahkan pengeluar-pengeluar zakat di Selangor menyemak dan mengemaskini akaun zakat mereka. 

Untuk melayari sistem ini, sila ke pautan yang tersedia di bawah:
https://www.zakatselangor.com.my/

Bagaimana untuk mendaftar?

Untuk mendaftar sistem zakat online Selangor, anda boleh menekan pautan yang tersedia di bawah:

https://ezo.zakatselangor.com.my/

Anda akan dibawa ke laman web berikut:

Klik individu untuk pendaftaran individu ataupun syarikat untuk mendaftarkan syarikat anda. 

Anda akan diminta untuk melengkapkan borang butiran maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon  dan butiran syarikat unda untuk pendaftaran syarakat. 

Selesai isi, anda boleh tekan butang "Saya Setuju" untuk melengkapkan proses pendaftaran. 

Kelebihan menggunakan platform eZakat Online

Dengan menggunakan paltform eZakat Online, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:

"Bagaimana jika saya mahu membayar zakat dengan kadar segera?"

Jika anda ingin membayar zakat dengan kadar segera tanpa perlu mengisi apa-apa borang, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman di bawah:

https://fpx.zakatselangor.com.my/

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Pastikan anda matikan "Popup Blocker" jika anda melayari menggunakan Internee Explorer dan Google Chrome.

2. Isikan maklumat diri anda seperti nama, No. IC, dan alamat.

3. Pilih Jenis Pembayaran dan Jenis Zakat yang ingin dibayar. 

4. Masukkan Tahun Haul 

5. Masukkan jumlah yang ingin dibayar

6. Klik " Bayar Sekarang" untuk menyelesaikan proses pembayaran.

Tapi, sebaiknya anda mendaftar di eZakatOnline untuk mendapat manfaat sebagaimana telah dikongsikan di atas.

Kadar minimum Bayaran Fitrah melalui eZakat Online

 Kadar minimum bayaran fitrah melalui pembayaran online ini adalah sebanyak 2 orang iaitu RM10.40.

Akad bagi pembayaran online akan dipaparkan pada akhir transaksi tersebut. Untuk pengetahuan semua akad bagi pembayaran zakat adalah SUNAT sahaja.

Pembayaran zakat sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta boleh dilakukan dengan niat yang betul tanpa melalui akad.

Maklumat Lanjut tentang eZakat Online

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sistem ini, anda boleh hubungi:

Laman Sesawang: https://www.zakatselangor.com.my/

Telefon: 1300 -88- 4343

Email: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Semoga dengan sedikit perkongsian berikut, anda dapat menjelaskan zakat anda dengan lebih mudah.

Jadi, lepas ini, sudah tiada alasan lagi untuk anda menjelaskan zakat. Ingatlah bahawa menunaikan zakat itu adalah kewajipan bagi setiap umat Islam. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.