Panduan ini adalah tentang bagaimana untuk menggunakan Aplikasi ezHasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
ezHasil adalah 'online system' untuk membuat e-Filing cukai pendpatan LHDN.
Siapa Yang Perlu Membayar Cukai Pendapatan?
Cukai Pendapatan dikenakan keatas pendapatan individu atau syarikat. Individu yang berpendapatan melebihi RM 34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu membayar cukai pendapatan.
Individu ini perlu membuat pendaftaran file income tax e-Filing atau ezHasil LHDN.
Panduan Login Kali Pertama ezHasil LHDN
1. Login ke aplikasi ezHasil di: https://ez.hasil.gov.my/CI/
2. Disini, pengguna perlu memasukkan No.PIN. Bagaimana untuk dapatkan No PIN? Rujuk info selepas gambar dibawah.
Permohonan No PIN
3. Untuk mendapatkan nombor pin, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai di cawangan LHDNM dengan membawa:
4. Selain ke cawangan LHDNM, anda juga boleh terus mendaftar melalui e-Daftar di link berikut: http://edaftar.hasil.gov.my/
5. Setelah mendapatkan No.Pin, anda boleh lah memasukkan No Pin & No Kad Pengenalan.
6. Anda akan dapat paparan seperti dalam gambar di bawah.
7. Masukkan maklumat yang dikehendaki. Dan tekan butang "Setuju".
8. Paparan seperti berikut akan ditunjukkan:
9. Pastikan maklumat anda semuanya betul dan klik butang "Hantar".
10. Sekiranya berjaya, anda akan dapat mesej seperti dibawah:
Maklumat Lanjut Login EzHasil
Untuk maklumat lanjut kepada pembayar cukai, anda perlulah membuat pengisian borang e-filing cukai pendapatan sebelum tarikh akhir penghantaran borang cukai e-Filing bagi tahun 2019.
Klik sini untuk lihat Panduan Mengisi Borang e-Filing ezHasil yang disediakan oleh pihak LHDN.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, rujuk butiran berikut