fbpx

Panduan Cara Solat Jenazah Langkah Demi Langkah dan Doa Yang Disarankan

Perbezaan Solat Jenazah Dengan Solat Lain

Solat Jenazah tidak perlu ruku', iktidal, sujud atau tahiyyat. 

Solat Jenazah disempurnakan dengan 4 takbir dan salam. Takbir dan salam ini dilakukan dalam keadaan berdiri.

Hukum Solat Jenazah

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah; ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. 

Apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain turut gugur. 

Sebaliknya jika tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW,

Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.” (Riwayat Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:

Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.” (Riwayat Bukhari)

Syarat-Syarat Solat Jenazah

1. Syarat-syarat Solat Jenazah sama dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis, dan mengadap kiblat.

2. Jenazah telah dimandikan dan dikafankan.

3. Jenazah hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (disebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.

Sumber gambar: Jabatan Mufti Johor

Cara Solat Jenazah Beserta Doa & Maksudnya

1. Niat

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hati di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.

Lafaz niat adalah seperti berikut:

2. Takbir Pertama (1) Diikuti Bacaan Al-Fatihah

Angkat takbir pertama seperti solat biasa.

Selepas takbir pertama, teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. Takbir Ke-2 Diikuti Dengan Selawat

Selepas takbir ke-2, teruskan dengan bacaan selawat ke atas Nabi SAW.

Selawat, ada yang pendek, dan ada yang panjang.

(i) Selawat yang pendek ialah:

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda.”

(ii) Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. Takbir ke-3 Diikuti Doa

Selepas takbir ke-3, teruskan dengan bacaan doa untuk jenazah.

Untuk doa, ada yang pendek dan ada yang panjang.

(a) Jenazah Lelaki

(i) Doa yang pendek:

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya”

(ii) Doa yang panjang (dan sempurna serta afdal) ialah:

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

(b) Jenazah Perempuan

(c) Jenazah Kanak-Kanak Yang Belum Baligh

Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa seperti di atas dengan doa di bawah.

(i) Doa yang pendek:

Maksud: “Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”

(ii) Doa yang panjang (dan sempurna serta afdal) ialah:

Maksud: “Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan (amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya. Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu."

5. Takbir Ke-4 Diikuti Doa

Selepas takbir ke-4, teruskan dengan bacaan doa berikut untuk jenazah.

Untuk doa, ada yang pendek dan ada yang panjang.

(a) Jenazah Lelaki

(i) Doa yang pendek:

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”

(ii) Doa yang panjang (dan sempurna serta afdal) ialah:

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(a) Jenazah Perempuan

6. Memberi Salam

Memberi salam sama seperti solat fardhu, cuma ianya dilakukan dalam keadaan berdiri.

7. Membaca Doa Selepas Solat Jenazah

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca doa pula.

(a) Jenazah Lelaki

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Ringkasan

Sumber gambar: ustaznoramin.com

Perkara Sunat Dalam Solat Jenazah

  1. 1
    Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.
  2. 2
    Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut kebiasaannya kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.
  3. 3
    Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.
  4. 4
    Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat dan meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana sembahyang-sembahyang yang lain.
  5. 5
    Membaca أَعُوْذُ بِاللَّهِ (A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.
  6. 6
    Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.

Banyak Hikmah Solat Jenazah

Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon rahmat kepada jenazah.

Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat Jenazah dengan sempurna.

p/s: Artikel ini ditulis berdasarkan artikel: https://siraplimau.com/cara-solat-jenazah-lengkap-doa/

Leave A Reply

Your email address will not be published.