fbpx

15 Resepi Sup Tulang Special Dan Viral. Shh! Rahsia Daging Empuk

0

Hari ini saya nak kongsi resepi sup tulang special dan viral. Memang mudah! Ketahui semua cara masakan yang mudah dan sedap untuk sediakan pada orang tersayang! Semestinya daging kita mahukan dimasak empuk. Aromanya yang memikat dan rasa sup tulang yang cukup semua rasa masam, manis dan masin. Apalagi bila ditabur dengan hirisan daun bawang dan daun sup beserta bawang goreng yang rangup! Lagi power letak sambal kicap! Pasti menyelerakan. Hidup dengan amalan norma baharu di musim Covid-19, pastinya masak sendiri lebih jimat dan kebersihan terjaga. Kita dapat melakukan langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko.

Resepi Sup Tulang Che Nom

Resepi Sup Tulang Che Nom

Sup Tulang: Sumber Che Nom 

Bahan-bahan:

  • 500 gram Tulang

Bahan Rempah Tumis:

  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan dipotong dadu besar:

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)

Cara-cara:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar.
  4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang. 

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Sup Tulang Ala Chef Wan: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram tulang lembu berdaging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
  • 1 1/2 sudu besar tomato puree
  • 1 batang lobak merah, didadu
  • 1 biji kentang, didadu
  • 2 batang saderi, dihiris besar
  • Sedikit daun sup, dihiris
  • Bawang goreng

Bahan Kisar Halus:

  • 8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia

Bahan Tumis:

  • 4 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara-cara:

  1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
  4. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

Resepi Sup Tulang Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Sup Tulang Yang Sangat Sedap

Sup Tulang Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar – di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
  • Air rebusan tulang secukupnya
  • 1 batang lobak merah ~ dadu
  • 2 biji kentang ~ dadu
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 1 batang celery – hiris
  • Daun sup dan daun bawang ~ hiris
  • 3-4 biji cili padi – hiris
  • Bawang goreng – tabur

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek 

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti. 
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 
  3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
  4. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
  5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 
  6. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kisar.
  2. Sedia di makan bersama sup tulang.

Resepi Sup Tulang Berempah Azie Kitchen

Sup Tulang Berempah Azie Kitchen

Sup Tulang Berempah: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang rusuk – rebus
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 kiub pati daging lembu Knorr
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr
  • 2 batang sayur batang saderi
  • 4-5 sudu besar minyak masak

Bahan A:

  • ½ biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam biji
  • ½ biji buah pala

Bahan B:

  • 2 sudu besar rempah sup
  • 3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih

Cara-cara:

  1. Rebus tulang dengan 1 ½ liter air sehingga daging empuk. Atau boleh dimasak tulang dengan periuk tekanan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.
  4. Masukkan kiub pati daging Knorr, gula dan serbuk limau nipis Knorr.
  5. Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Nota:

  • Sup ini juga boleh dihidang dengan mee kuning dan daun sawi yang dicelur.
  • Rempah campuran disangai dalam kuali tanpa minyak dan ditumbuk halus.

Resepi Sup Tulang Mat Gebu

Resepi Sup Tulang Mat Gebu

Resepi Sup Tulang: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu yang masih ada dagingnya
  • 1 sup bunjut ‘sup tulang’ Adabi
  • 1 pokok daun sup, kerat kasar
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 camca besar penuh rempah sup (sebarang jenama)*
  • 1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes rempah)
  • 1 camca teh penuh lada hitam biji, ditumbuk halus
  • 1 batang kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Tumbuk Halus:

  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

Cara-cara:

  1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan sedikit tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih, ketepikan. Masukka tulang lembu ke dalam periuk, tuang air hingga tenggelam dan rebus 30 minit. Buang air rebusan pertama tadi dan tuang lagi air yang baru, masak hingga mendidih (kalau nak cepat, boleh guna air panas). Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 camca besar, tumis pes rempah tadi hingga harum dan naik minyak. Ketepikan.
  2. Masukkan sup bunjut, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam,bahan2 tumbuk dan pes rempah yang telah ditumis tadi ke dalam periuk yang berisi tulang. Tambah daun sup yang dikerat kasar dan juga bawang goreng. Perasakan dengan garam dan masak hingga daging pada tulang tadi empuk (che mat guna periuk tekanna, ambik masa dalam 30 minit). Kalau masak guna dapur biasa, mungkin 2 – 3 jam kot baru empuk. Ikut umur lembu tu, kalau jenis tua, lambat lah empuknya.
  3. Selepas 30 minit dimasak dalam periuk tekanan, jika kurang kuah, boleh ditambah air panas lagi. Tapi jangan lupa rasa garam dia, kalau tawar, boleh tambah garam. Masa menghidang hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tambah sambal kicap jika suka pedas. Hidangkan dengan roti, mi hoon, mi laksa, ketupat, nasi atau dimakan macam tu saja, pun sedapppp, ikut suka korang lahh….Selamat mencuba!

Resepi Sup Tulang Merah Mat Gebu

Sup Tulang Merah Mat Gebu

Sup Tulang Merah: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 – 2 kg tulang kambing yang masih ada isi, cuci bersih dan toskan*
  • 2 inci halia, hiris nipis*
  • 6 biji bawang putih diketuk*
  • 1 camca besar garam*(*direbus hingga daging  pada tulang empuk, toskan)
  • 5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1, rendam
  • 1 batang lobak merah, buang kulit dan potong kiub
  • 3 biji tomato merah, didadu
  • 2 biji bawang besar, dibelah 8 setiap 1
  • 1/4 bahagian kobis bulat, hiris halus, cuci dan toskan
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 camca besar penuh tomato puree
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging
  • 2 camca besar tepung jagung + 1 cawan air = kacau rata
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 10 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis )
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 3 biji bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • 12 ulas bawang putih

Bahan Lain:

  • 1/2 camca besar pewarna merah makanan
  • Hirisan daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Kacang pis (optional)
  • Roti perancis atau roti paun, untuk dimakan bersama sup tulang merah

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 cawan minyak masak, masukkan rempah tumis (*), tomato yang didadu dan juga bahan2 kisar halus. Kacau dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah tomato puree dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya (biar lebih sedikit), kacau dan biar mendidih. Masukkan kentang, bawang besar yang dibelah dan lobak merah, kacau dan masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Tambah pewarna merah dan kicap masin kacau rata, biar mendidih.
  3. Perlahankan api, masukkan telur, dan kacau hingga rata. Masukkan gula secukup rasa dan garam secukupnya. Tambah bancuhan tepung jagung (kacau dahulu bancuhan tepung jaging sebelum dimaskkan ke dalam periuk), kacau dan biar mendidih hingga pekat.
  4. Akhir sekali masukkan kobis yang dihiris tadi, kacau dan rasa, jika semua ok (mesti ada rasa sedikit pedas, masam, manis dan lemak masin), boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan kacang pis sebelum dihidangkan bersama roti….Selamat mencuba!

Resepi Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Azlita Aziz

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Azlita Aziz

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
  • air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
  • 1 batang lobak merah ~ di dadu
  • 2 biji kentang ~ di dadu
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng untuk tabur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek

Cara-cara:

  1. Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
    Lobak, celery dan leek kisar sekali Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
  3. Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing.
  4. Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
  5. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
    Masak lagi hingga garing.
  6. Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
  7. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
    Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
  8. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
  9. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
  10. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan.

Resepi Sup Gear Box Tulang Merah Azlita Aziz

Sup Gear Box Tulang Merah Azlita Aziz

Sup Gear Box Tulang Merah: Sumber Azlita Aziz

Bahan Merebus Tulang:

  •  1 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
  • Air secukupnya untuk merebus daging
  • 2 inci halia ~ di hiris kasar
  • 2 batang serai ~ di ketuk
  • 1 labu bawang putih ~ di belah 2
  • 1 bungkus sup bunjut 

Kaedah Merebus Tulang

  1. Cuci tulang bersih-bersih. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya.
  2. Masukkan, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
  3. Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
  4. Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
    ketepikan

Bahan Rempah Cili:

a. Rempah Tumis:

  • 2 batang kulit kayu manis 
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

b. Bahan Kisar Halus

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering

c. Bahan Rempah

  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam

d. Bahan Sos

  • 1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 buku gula melaka
  • 2 kiub daging
  • 1 cawan bawang goreng
  • sedikit pewarna merah
  • 4 biji kentang ~ kentang di kupas kulit, potong bulat dan di goreng, kemudian
  • masukkan dalam blender dan kisar halus

e. Bahan Sayur-sayuran

  • 2 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu
  • 4 Biji Tomato ~ potong baji
  • 1 batang lobak merah ~ potong panjang
  • 3 pokok daun ketumbar
  • Daun ketumbar di hiris akarnya di bersihkan tanahnya dan masukkan sekali nanti

Kaedah Menyediakan Cili:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, yang telah di kisar. Masukkan cili yang di kisar.
  2. Masak hingga garing dan terbit minyak. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam yang di bancuh dengan sedikit air. Kacau hingga rempah garing.
  3. Kemudian masukkan tomato puri, tomato sos.
  4. Masukkan kicap manis, gula Melaka dan kiub daging.
  5. Masak hingga gula melaka larut. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat
    masak hingga garing.

Kaedah Menyediakan Sup Tulang Merah:

  1. Panaskan semula sup dan masukkan semula tulang kedalam sup. Masukkan rempah cili yang kita telah masak tadi.
  2. Kacau rata dan biarkan hingga didih. Masukkan kentang yang telah di kisar
  3. Masukkan pewarna merah, kacau rata.
  4. Perasakan dengan secukup rasa dan garam.
  5. Biarkan didih.
  6. Masukkan bawang goreng. Masukkan tomato, kentang, carrot dan daun ketumbar
    Kacau dan biarkan kentang dan lobak empuk.
  7. Akhir sekali masukkan telur yang telah di kocok. Biarkan kuah merenih.
  8. Sedia di hidangkan bersama roti yummy!

Resepi Sup Tulang Chef Amer Citarasawan

Sup Tulang Chef Amer Citarasawan

Sup Tulang Chef Amer: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
  • 1 batang lobak merah – di dadu
  • 2 biji kentang – di dadu
  • Daun sup dan daun bawang – di hiris
  • Bawang goreng untuk tabur
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan Kisar A:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Kisar B:

  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek

Cara-cara:

  1. Rebus tulang dengan air secukupnya hingga daging empuk, semasa mendidih buang buih dan lemak yang terapung. Ketepikan.
  2. Kisar hingga halus bahan A dan bahan B berasingan. Masukkan ke dalam mangkuk
    kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk. Tumis rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing.
  4. Masukkan bahan kisar A dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Kemudian
    masukkan bahan kisar B masak lagi hingga garing.
  5. Kemudian masukkan rempah sup yang dicampur air untuk jadikan pes. Tumis lagi
    hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
  6. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh
    tambah lagi air biasa. Kacau dan biarkan ia merenih.
  7. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
  8. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu kecil. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng.
  9. Tutup api dan sedia di hidangkan

Resepi Sup Tulang Ala Siam

Sup Tulang ala Siam

Sup Tulang ala Siam: Sumber Resepi Bonda

Bahan Kisar:

  • 8-10 biji bawang putih
  • 2-3 biji bawang merah besar
  • Halia 1-2 inci

Bahan Rebusan Tulang:

  • Tulang 3 kg
  • Cuka 2-3 sudu (untuk daging cepat empuk)
  • Sup bunjut tulang
  • Halia 1-2 inci (di hiris nipis

Bahan Lain:

  • Batang saderi (Potong 1 inci)
  • Daun ketumbar (Potong 1/2 inci)
  • 3-5 batang Kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sendok sos ikan (8-10 sudu)
  • 3-5 biji limau nipis di perah (kalau suka masam, buleh lebihkan lagi)
  • 20-25 biji cili api merah di ketok (kalau nak pedas lagi, buleh lebihkan. Nak kurang pedas, kurangkan)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu/potong 4)
  • 3 batang serai
  • 3 sudu rempah sup (bancuh dengan air)

Cara-cara:

  1. Rebus tulang dalam periok. Air agak agak sampai tulang semua tenggelam. Masukkan hirisan halia, cuka, dan sup bunjut .Rebus sampai dagingnya empuk.

  2. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar dan campakkan kayu manis, pelaga, serta bunga lawang.

  3. Bila daging dah empuk, masukkan bahan tumisan dalam periok rebusan tulang tadi. Masukkan cili api, bawang holland, serai, batang saderi, sos ikan dan perahan limau nipis. Kacau sebati.

  4. Masukkan bancuhan rempah sup. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.

  5. Last sekali, tabur hirisan daun ketumbar ke dalam sup. Siap!

Resepi Sup Tulang Yang Pastinya Sedap Amie’s Little Kitchen

Sup Tulang Yang Pastinya Sedap (3)

Sup Tulang Yang Pastinya Sedap:  Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu
  • 2 batang serai – diketuk
  • halia sebesar ibu jari – diketuk
  • rempah 4 sekawan – 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit
  • kayu manis &  kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan lada putih tumbu
  • air secukupnya
  • garam / perasa pilihan
  • minyak
  • hirisan daun bawang & daun sup
  • bawang goreng

Bahan Tumbuk:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
  2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu.
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
  5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup / bawang dan bawang goreng.

Resepi Sup Tulang Merah Ringkas Dan Sedap

Resepi Sup Tulang Merah Ringkas dan Sedap

Sup Tulang Merah: Sumber Seri Kandi

Bahan A:

  • 12 ketul tulang lutut kambing
  • 1 sup bunjut
  • 1/2 labu bawang holland dibelah-belah
  • 2″ halia hiris kasar
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Pewarna merah

Bahan B:

  • 2 sudu minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 tin saiz sederhana tomato puri
  • Air rebusan tulang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan tulang dalam periuk atau kuali, masukkan air dan rebus sehingga airnya keruh. Buang air rebusan yang keruh dan bilas tulang hingga bersih.
  2. Masukkan semula tulang dan bahan A ke dalam periuk, rebus sehingga daging kambing pada tulang empuk. Boleh guna pressure cooker jika ada. 
  3. Bila dah empuk, asingkan tulang dari air rebusan, letak pewarna merah (tak nak letak pun tak apa). Ketepikan. 
  4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sebentar.
  5. Masukkan bawang putih, bawang merah, biji pelaga, bunga cengkih.. tumis semua hingga wangi.
  6. Masukkan tomato puri, kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan tumisan cantik sambil tambah air rebusan sedikit-sedikit.
  7. Tambah lagi air rebusan secukupnya, jangan terlalu cair.
  8. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa sup tulang merah mestilah sedikit manis tapi tidak terlalu manis. 

Resepi Sup Tulang Utara

Resepi Sup Tulang Utara

Resepi Sup Tulang Utara: Sumber Baling Meat Mart

Bahan-bahan:

  • Tulang (dipotong kecil)
  • Ekor potong kecil
  • Daging dipotong saiz sederhana
  • Bawang besar
  • Rempah ratus (Buah pelaga,  Bunga cengkih, Bunga lawang, Kulit kayu manis, Lada hitam, Lada putih, Jintan manis, Biji ketumbar)
  • Sup bunjut
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Perasa (garam, gula, pasti sedap)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Limau nipis
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Tulang, ekor, dan daging dimasukkan dalam periuk.
  2. Style yang kami buat bukan jenis sup tumis. So lepas masukkan semua, masukkan air sampai penuh.
  3. Ketuk serai, halia, lengkuas, kemudian masukkan sekali dalam periuk. Kemudian masukkan semua rempah tadi. Kuantiti rempah memang agak tricky. Kena ikut kesesuaian kuantiti tulang, daging dan juga berapa banyak air yang kita letak. Senang cerita kalau first timer memang kena try and error. Biasala, kita kan kena belajar dari kesilapan.
  4. Lepas masuk semua, biarkan air mendidih. Mendidih ni memang kena bagi lama sebab nak bagi daging cukup empuk.Tulang memang tak akan lembut ya. Kalau rebus tiga hari tiga malam pun belum tentu tulang tu bole lembut. Lepas agak-agak 35% air yang kita masukkan tadi dah berkurang, boleh check tahap empuk daging. Lepas kita dah satisfied dengan kelembutan daging, baru bole tambah perasa secukupnya.
  5. Then baru boleh padam api.
  6. Lepas dihidang, perah sikit limau dalam mangkuk yang dihidang. Tabur daun sup dan bawang goreng. Sup tulang utara level pak mentua lalu pun buat tak tau siap.

Resepi Sup Tulang Berempah Kicap

Resepi Sup Tulang Berempah Kicap

Sup Tulang Berempah Kicap: Sumber Shaamdi

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu

  • 2 sudu rempah daging

  • 2 sudu cili kering diblender

  • 4 batang bunga cengkih

  • 2 batang kulit kayu manis

  • 4 biji buah pelaga

  • 1 biji bunga lawang

  • 2 batang serai

  • segenggam air asam jawa

  • kicap

Bahan Kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Tulang direbus sampai betul-betul empuk dan lembut dagingnya.
  2. Masukkan cili kering blender, rempah, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai serta semua bahan dikisar. Rebus sampai naik minyak.
  3. Bila tulang dah sebati dengan kesemua bahan rempah tadi. Masukkan air asam jawa, kemudian barulah masukkan kicap.. Tak perlu masukkan garam dah sebab kicap dha masin nanti terlebih masin.
  4. Rebus sampai empuk dan sedia untuk dimakan.

Resepi Sup Tulang Ala Thai Simple

Sup Tulang Ala Thai Simple (1)

Sup Tulang Ala Thai Simple: Sumbe SirapLimau

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)

Bahan Tumis:

  • Serai 2 – 3batang (ketuk)
  • Lengkuas 1 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Bawang holland 1 biji (hiris)
  • Bawang besar 1 biji ( hiris)
  • Halia 1 inci (ketuk)
  • Akar ketumbar (ketuk)
  • Daun limau purut ( 3 or 4 helai)

Bahan Hiris:

  • Batang saderi
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Hirisan bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Daun Sup

Cara-cara:

  1. REBUS DAGING. Mula-mula macam biasa kita rebus dulu daging atau tulang tu. Rebus sampai empuk tau. Takdelah patah gigi nak siat daging tu nanti. Kalau ada pressure cooker lagi senang.  Kejap je empuk.

  2. TUMIS. Dalam satu kuali lain, kita tumis semua bahan di atas sampai layu dan naik bau. Jangan sampai hangus tau nanti tak sedap jadi pahit pulak.
  3. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Rebusan Tulang / Daging. Ok lepas dah tumis tadi, masukkan bahan tumisan tu ke dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi tulang dan daging.  Tunggu kejap bagi mendidih seketika.

  4. BUBUH AIR LEMON / LIMAU. Lepas tu masukkan air lemon / limau kasturi, kuantiti banyak mana tu ikut tekak masing-masinglah ya. Nak masam lebihkan air limau kasturi tu. Kalau tak nak masam sangat bolehlah kurangkan sikit.

  5. MASUKKAN BAHAN LAIN. Ni bahan-bahan yang di hiris. Ada batang saderi, tomato,cili hijau, cili merah, hirisan bawang holland dan lain-lain. Kita bubuh semua tu ke dalam sup yang dididihkan tadi.
  6. PERASAKAN SECUKUPNYA. Akhir sekali taburkan daun ketumbar atau daun sup, bawang goreng dan perasakan secukupnya. Maklumlah kalau makanan Siam memang selalu guna daun ketumbar untuk bagi naik baunya. Kalau yang tak suka ketumbar boleh juga gantikan dengan daun sup.

Penutup

Tercari-cari cara nak lembutkan daging? Maklumlah, daging yang liat ni akan
melambatkan proses memasak. Kalau masak dalam kuantiti banyak, sampai
berjam-jam lamanya. Penat kan? 

PETUA 1#  PETUA TUKANG MASAK THAI (GUNA AIS)

  1. Rebus daging terlebih dahulu selama 20 -30 minit.
  2. Masa air tengah menggelegak, masukkan ketulan ais.
  3. Hasilnya, sekejap sahaja daging yang dimasak jadi empuk. Kemudian bolehlah ditambah bahan-bahan rencah sup yang lain, mengikut resipi masing-masing.

PETUA 2# PETUA LEMBUTKAN DAGING CARA CIKGU IDA (GUNA MINYAK MASAK)

Biasanya, bila nak melembutkan daging, orang akan rebus. Tapi petua di bawah
ini berbeza kerana ia menggunakan minyak masak.

Caranya ialah:

  1. Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan.
  2. Masukkan daging. Air dari daging akan keluar sendiri.
  3. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sahaja sampai air kering.
  4. Bila air hampir kering, kacau banyak kali.
  5. . Bila air kering, daging akan jadi lembut dan empuk. Memang mudah dan simpl.
  6. Lepas tu bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda.

PETUA 3# (GUNA CUKA)

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.

PETUA 4# (GUNA BIJI/BUAH KURMA)

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak. Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.

Sedapnya masakan sup tulang, apalagi dimasak empuk! Lembut je nak gigit dagingnya. Orang tua pun boleh makan kalau kena cara masaknya, biar la empuk dagingnya. Antara resepi sup tulang yang dikongsi ialah Sup Tulang, Sup Tulang Merah Singapore, Sup Tulang Ala Siam/Thai dan lain-lain. Anda boleh cuba ikut selera anda, ya. Resepi Sup Tulang Ala Thai ni memang special, rasa dia masam-masam pedas gitu. Nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti pun sedap.

Anda boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.