fbpx

9 Resepi Corn Dog Cheese Tarik Viral, Quick Snacks Idea!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi corn dog cheese tarik yang viral ini. Boleh dijadikan idea snek yang cepat dimasak, sebab boleh dibuat frozen. Lebih jimat dibuat sendiri menggunakan resepi di bawah. Pasti rangup diluar dan lembut di dalam, penuh dengan cheese! Bancuhan corn dog ini pastinya boleh disediakan dengan mudah. Makanan ini dilapisi dengan adunan dan digoreng. Corn dog adalah salah satu Korean street food yang popular musim PKP ini. Bahan utama ialah mozzarella cheese block untuk dapatkan texture cheese yang melted bila digigit time panas-panas. Sesuai untuk dijadikan snack untuk keluarga di rumah.

Resepi Corn Dog Cheese Mozarella Che Nom

Corn Dog Cheese Mozarella

Corn Dog Cheese Mozarella; Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya, untuk rebus hotdog
  • 6-7 batang hotdog
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Susu full cream, anggaran 2 cawan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
  • 1 sudu kecil garam
  • serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
  • Cornflakes, anggaran 1 cawan
  • 250 gram cheese mozzarella blok
  • Lidi satay
  • Sedikit tepung gandum
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara:

  1. Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
  3. Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
  4. Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
  5. Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
  6. Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
  7. Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cm x 2cm.
  8. Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
  9. Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
  10. Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
  11. Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
  12. Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
  13. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
  14. Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.

Nota:

  • Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
  • Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
  • Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
  • Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.

Resepi Cheezy Corndog 2.0 Khairul Aming

Cheezy Corndog 2.0 Khairul Aming

Cheezy Corndog 2.0 Khairul Aming: Sumber Titiwangsatoday

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Sosej
  • Mozarella cheese
  • Serbuk roti
  • Mayonnaise
  • Sos cili

Cara-cara:

  1. Masukkan 1 cawan air suam dan gaul bersama-sama 1 sudu yis. Biarkan selama 10 minit.
  2. Campurkan adunan yis dengan 2 cawan tepung gandum, 3 sudu gula, dan garam secukup rasa.
  3. Kacau hingga sebati adunan tadi kemudian tutup dengan kain/tisu/tuala dan biarkan selama 1 jam.
  4. Potong sosej yang telah direbus dan mozarella cheese. Pastikan saiz sosej dan mozarella lebih kurang sama.
  5. Cucuk sosej dan mozarella yang telah dipotong menggunakan lidi.
  6. Salut sosej dan mozarella dengan adunan tepung tadi.
  7. Salutkan dengan serbuk roti sehingga corndog padat.
  8. Goreng dalam minyak sederhana panas.
  9. Selepas siap digoreng, tuang sos cili dan mayonnaise atas Cheezy Corndog 2.0.

Resepi Corndog Mozarella Qaseh Honey

Corndog Mozarella Qaseh Honey

Corndog Mozarella: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • Sosej ayam
  • Mozzarella cheese
  • Cheddar cheese
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • Serbuk roti secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong sosej dan mozzarella kecil-kecil ikut kesuaian.
  2. Cucukkan sosej dan mozzarella tadi dengan lidi bersih.
  3. Kemudian gulungkan dengan cheddar.
  4. Apabila telah siap masukkan ke dalam peti sejuk (lebih kurang 30 minit atau lebih) di dalam bekas yang lain satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam, telur dan susu segar.
  5. Gaul semuanya hingga rata dan sebati.
  6. Ambil sosej yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung,
    kemudian salutkan dengan breadcrumb hingga rata.
  7. Padat-padatkan dengan menggunakan tangan. Buat sehingga siap.
    Panaskan minyak masak dan goreng hingga kuning keemasan.
  8. Hidang panas bersama sos cili dan mayonis.

Resepi Corn Dog Keju Yang Sedap Buat Orang Lapo

Resepi Corn Dog Keju Yang Sedap

Corn Dog Keju Yang Sedap: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan:

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Gula
  • 2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti (optional)

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

Resepi Mozarella Corn Dog Yaya Bazli

mozarella corn dog yaya bazli

Mozarella Corn Dog: Sumber Yaya Bazli

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Gula 2 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil
  • Baking powder 1sudu kecil
  • Susu segar (agak-agak untuk bancuhan)
  • Telur sebiji
  • Mozzarella block
  • Serbuk roti

Cara-cara:

  1. Potong keju mozzarella secara panjang-panjang, kemudian cucukkan separuh hotdog bersama mozeralla dengan menggunakan lidi.
  2. Selepas itu, bancuh semua bahan lain yang ada sehingga menjadi satu adunan pekat dan MESTI sejukkan dulu adunan tersebut sekurang-kurangnya selama 15 ke 20 minit di dalam peti sejuk sebelum proses berikutnya.
  3. Selepas keluarkan adunan tadi di dalam peti sejuk, sekarang bolehlah dicelupkan mozzarella dan hotdog tadi di dalam adunan.
  4. Setelah itu salutkan dengan serbuk roti. Proses celup ke dalam adunan dan serbuk roti ini hendaklah dilakukan sebanyak 2X supaya cheese tersebut tidak keluar masa menggoreng.
  5. Selesai proses itu semua, simpan sekejap di dalam peti pada bahagian freezer (lebih kurang 10 minit) dan setelah itu bolehlah mula menggoreng dengan api sederhana.
  6. Sudah siap, boleh diletakkan sos cili, sos tomato, mustard atau mayonis mengikut kehendak selera masing-masing.

Resepi Corndog Cheese Viral

corndog cheese viral

Corndog cheese viral: Sumber Bidadari

Bahan-bahan:

  • Mozarella cheese 
  • Keju cheddar slice
  • Sosej
  • Lidi
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk deep-fry

Cara-cara:

  1. Potong sosej dan mozzarella jadi separuh dan dicucuk pada lidi memanjang.
  2. Balut perlahan dengan cheese slice. Kemaskan, jangan ditekan atau ditarik sangat.
  3. Taburkan tepung gandum sedikit di atas cheese dan sosej tadi kemudian sejukkan sekejap dalam peti ais.
  4. Setelah agak sejuk, baru salut dengan adunan tepung.
  5. Kalau risau sosej cheese tanggal, jangan celup pada adunan tepung. Cukup guna sudu saja untuk balutkan dan ratakan adunan tepung pada cheese dan sosej.
  6. Kemudian baru tabur breadcrumb pada adunan tepung.
  7. Sedia digoreng.
  8. Siap.

Resepi Corndog Crispy

corndog crispy

Corndog Crispy: Sumber Nur Izzati

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung segera cucur bawang adabi
  • 8 batang sosej
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 keping maggi kosong
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos (jika mahu)
  • Mayonis (jika mahu)

Cara-cara:

  1. Tuang sepeket tepung segera serta air ke dalam bekas bersih dan gaul hingga sebati. Adunan tidak boleh terlalu lembik.
  2. Bilas sosej dengan air bersih dan toskan.
  3. Hancurkan maggi kosong.
  4. Salutkan sosej ke dalam adunan tepung tadi dan seterusnya salutkan pula ke dalam maggi yang telah dihancurkan. Jika tidak suka salut dengan maggi boleh terus goreng setelah disalut dengan tepung.

    Goreng dengan menggunakan api perlahan sehingga masak.

  5. Siap! Boleh dihidang bersama sos dan mayonis.

Resepi Corn Dog Tepung Bestari

Corn Dog Tepung Bestari

Corn Dog Tepung Bestari: Sumber Rodiah Amir

Bahan-bahan:

  • Sosej Ayam
  • Mozarella Cheese
  • 2 Sudu Tepung Tepung Bestari Spicy
  • 1 Sudu Tepung Bestari Original
  • 3 Sudu Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • Breadcrump
  • Sedikit Air
  • Lidi sate
  • Minyak Untuk Menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan segala tepung, baking powder & soda bikarbonat dan bancuh dengan air sehingga menjadi adunan sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air dan jangan terlalu cair.
  2. Agak-agak adunan boleh melekat bila salut sosej kira ok la. Tekstur adunan lebih pekat daripada adunan cekodok. Ha begitu perbandingan.
  3. Potong sosej dan juga mozzarella cheese menjadi kiub dan saiz tu terpulang ikut kehendak masing-masing.
  4. Cucuk sosej dan Mozarella secara selang seli.
  5. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak kena betul-betul panas ya.
  6. Celupkan sosej dan mozzarella ke dalam bancuhan tepung dan salut dengan breadcrump kemudian goreng sehingga masak.
  7. Satu minit setiap bahagian. Siap.

Nota:

  • Sedikit tips yang aku boleh kongsi ialah, tepung salutan pastikan tidak terlalu cair dan harus melitupi sosej dan cheese. Untuk mudahkan kerja mencelup boleh letak di dalam gelas yang tinggi. Goreng api sederhana dalam minyak yang panas sebab breadcrumb cepat hangus.

Resepi Corn Dog Mozarella Cheese Meleleh

orn Dog Mozarella Cheese Meleleh

Corn Dog Mozarella Cheese: Sumber Mochascope

Bahan-bahan:

  • 6 hotdog, sosej atau mozzarella stick (untuk mozzarella, potongan selebar 1 inci dan panjang 4 1/2 inci dan pastikan menggunakan mozzarella dengan kelembapan rendah)
  • 3 pasang chopstick / lidi satay
  • 1 cawan breadcrumb
  • Gula untuk salutan
  • Sos tomato, mustard, dan mayonis
  • 1 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 125ml susu tanpa lemak
  • 1 biji telur besar

Cara-cara:

  1. Rebus hotdog, sosej atau mozzarella anda. Nak lagi sedap letak separuh sosej/hotdog dibawah dan separuh mozzarella diatas lidi satay/ chopstick.
  2. Keringkan hotdog dan masukkan ke dalam petisejuk sambil membuat adunan.
  3. Masukkan tepung, gula, garam dan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan susu dan telur. Gaul sekali lagi semua bahan sehingga sebati. Adunan mestilah tebal dan melekit. (Anda tidak mahu adunan menjadi berair kerana kemudian adunan akan hilang daripada hotdog semasa anda lapiskan).
  5. Pastikan menggunakan telur dan susu terus daripada petisejuk sehingga adunan menjadi sejuk ketika selesai. Sekiranya dapur anda betul-betul panas, anda mungkin perlu menyejukkan adunan untuk seketika.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ini akan memudahkan anda untuk lapiskan hotdog sekaligus.
  7. Tuangkan minyak ke dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng. Anda ingin menambahkan minyak secukupnya sehingga cukup dalam untuk menutup seluruh hot dog sebaik sahaja hot dog dimasukkan. Bawa minyak sekitar 350 ° F
  8. Keluarkan hotdog dari peti sejuk. Untuk proses melapis, putar hot dog / sosej / keju beberapa kali ke dalam adunan sehingga sempurna.
  9. Ratakan atau keluarkan sedikit adunan jika lapisan anda terlalu tebal. Perlu diingat bahawa adunan anda akan mengembang setelah digoreng. (anda tidak mahu lapisan anda terlalu pekat. Pastikan hot dog / sosej / keju anda ditutup sepenuhnya dalam adunan!)
  10. Gulung hotdog dalam serbuk roti sementara adunan masih melekit. Ulangi langkah untuk semua 6 – 7 hotdog.
  11. Masukkan 2-3 hot dog ke dalam minyak panas pada satu masa. Masak beberapa minit sehingga adunan berwarna perang keemasan dan dimasak sepenuhnya.
  12. Akhir sekali, letakkan sos tomato, mayonis dan mustard atas corndog anda.

Penutup

Resepi corn dog cheese ini cukup mudah dan bahan yang perlu disediakan pula tidaklah terlalu leceh.

Antara resepi yang anda boleh cuba untuk snack ataupun minum petang:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.