fbpx

24 Resepi Durian Sedap dan Mudah (Penggemar Raja Buah Wajib Cuba!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi durian yang mudah dan sedap. Penggemar raja buah wajib cuba resepi durian ini. Resepi yang dikongsikan ini menjadikan durian sebagai bahan asas. Rasa raja buah ini amat sedap dan manis. Teksturnya yang lembut dan berkrim. Durian boleh dijadikan bahan utama dalam resepi, apatah lagi ianya enak dimakan begitu sahaja. Jom kita cuba resepi durian dibawah.

Resepi Aiskrim Durian

resepi aiskrim durian

Aiskrim Durian: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan Aiskrim Durian:

  • 1/2 cawan Durian
  • 1 – 2 Sudu besar Susu Pekat
  • 250 ml Krim Putar
  • 1/2 sudu kecil Ovalette
  • 1/2 sudu kecil Esen Vanila
  • Pewarna Makanan (Kuning)

Cara-cara:

  1. Kisarkan durian sehingga hancur. Masukkan susu dan kisar lagi.
  2. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga sedikit kembang.
  3. Masukkan durian yang dikisar tadi, ovalette, esen vanila dan sedikit pewarna kuning dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bertutup dan bekukan.

Nota: Tak perlu kisar durian terlalu hancur jika nak ada rasa ketulan isi durian.

Resepi Aiscream Durian Dira Juhari

resepi aiscream durian dira juhari

Aiskrim Durian: Sumber Dira Juhari

Bahan-bahan Aiscream Durian:

  • 250 ml whipping cream sejuk
  • 1/2 cup krimer manis
  • Isi durian
  • Sedikit asen vanilla

Cara-cara:

  1. Masukkan whipping cream ke dalam mixer, mix selama 2 minute dengan kelajuan sederhana dan tambah asen vanilla sedikit.
  2. Masukkan krimer sejat dan terus mix dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
  3. Masukkan isi durian dan terus mix dengan kelajuan sederhana sehingga adunan sedikit pekat. masukkan ke dalam bekas dan bekukan semalaman.
  4. Aiscream ready to serve with raw durian.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

resepi aiskkrim durian homemadde

Aiskrim Durian Homemade: Sumber Mas Salleh

Bahan-bahan Aiskrim Durian Homemade:

  • 10 ulas durian
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovelate
  • 2 penutup pewarna kuning telur starbrand

Cara-cara:

  1. Blend sahaja semua bahan kembang dan pekat.
  2. Letak dalam bekas aiskrim dan letak dalam freezer.

Nota:

  • Susu pekat atas citarasa masing-masing nak kurang atau lebih.
  • Kalau rajin lepas blend, letak dalam mixer dan mix lagi biar kembang.
  • Pewarna kalau tak suka tak perlu letak.

Resepi Pulut Durian Thailand Azie Kitchen

resepi pulut durian thailand azie kitchen

Pulut Durian Thailand: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  •  Durian secukupnya

Bahan-bahan Pulut Kukus:

  • 2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
  • 1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
  • 2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara:

  1. Tos pulut dan masukkan dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 
  3. Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata.
  4. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  
  5. Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

Bahan-bahan Sos Santan:

  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 cawan air 1 sudu kecil garam – mesti ada rasa masin
  • 1 helai daun pandan 
  • 1 sudu kecil tepung jagung – larutkan dengan sedikit air

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan tepung jagung.  Terus dikacau supaya tidak berketul. 
  3. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang disukai. 
  4. Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut. 

Resepi Pulut Durian Istimewa

Resepi Pulut Durian Istimewa

Pulut Durian Istimewa: Sumber Dari Dapur

Bahan-bahan Pulut Durian Istimewa:

  • 10-15 ulas durian.Kami guna D24
  • 3 cawan beras pulut bukan tepung beras pulut ya
  • 3 cawan air kosong
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 ketul gula melaka kerek
  • 1 helai daun pandan
  • Garam gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Rendam beras pulut 1-2 jam untuk melembutkannya. Cara tanak pulut ini pula, masukkan 3 cawan beras pulut tadi, 3 cawan air, sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh. Jika guna periuk biasa, buka api kecil dan masukkan semua bahan dan masak dengan api kecil. Tutup periuk. Setelah hampir masak baru dikacau sedikit. Jika anda tanak pulut dengan rice cooker, selepas butang COOK menjadi WARM, kacau pulut sekejap dan tekan sekali lagi butang COOK dan biarkan ianya masak sepenuhnya. Ketepikan pulut.
  2. Tambahkan 2 cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air. Simpulkan sehelai daun pandan dan letak sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh untuk melemakkan kuah santan dalam pulut durian kita nanti. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan tutup api.
  3. Parut gula melaka dengan pemarut untuk dapatkan hasil yang cantik.
  4. Untuk menghidang pulut bagi elakkan dari melekat, alaskan plastik pembungkus nasi ke dalam bekas dan barulah dimasukkan pulut. Barulah tak menyusahkan kita sewaktu basuh nanti.
  5. Masukkan satu dua ulas durian, pulut sebanyak yang disukai, gula melaka parut dan tambah kuah santan tadi.

Resepi Pulut Durian Kelantan

resepi pulut durian kelantan

Pulut Durian Kelantan: Sumber Asap Dapur

Bahan-bahan Pulut Durian Kelantan:

  • Beras pulut (ikutlah berapa banyak nak makan)
  • Durian (cukup banyak bagi pengemar durian)
  • Santan (fresh lagi bagus)

Cara-cara:

  1. Beras pulut di tanak. Kemudian kukus sekejap sengan steamer.
  2. *Santan pekat ditambah secubit garam, kemudian dipanas kan di atas dapur.
  3. * Hidangkan pulut, ulasan durian, tuangkan santan yang dimasak tadi (sedikit/ikut suka).
  4. Kemudian taburkan sedikit gula.

Resepi Serawa Durian dan Pulut Kukus Che Nom

resepi serawa durian dan pulut kukus che nom

Serawa Durian dan Pulut Kukus: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Serawa Durian dan Pulut Kukus:

(Serawa Durian)

  • 10-15 ulas isi durian, bersama biji
  • 1 mangkuk santan cair
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1/2 cawan gula pasir
  • seketul kecil gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat
  • sedikit air, jika perlu

Cara-cara:

  1. Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
  3. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
  4. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.

(Pulut Kukus)

  • 500 gram pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
  2. Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Bancuh santan cair bersama garam.
  4. Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.

Tips:

  • Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.

Resepi Serawa Pulut Durian Azlita Aziz

resepi serawa pulut durian azlita aziz

Serawa Pulut Durian: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan Serawa Pulut Durian:

Bahan Kuah:

  • 1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecil, guna 2 atau lebih)
  • 700 ml santan kelapa segar
  • 500 ml air (atau secukupnya)
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*
  • 1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 1/2 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar air
  • Secubit garam
  • Gula, jika perlu

Cara-cara:

  1. Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Bahan Pulut:

  • 1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
  • 700 ml santan cair
  • 1 camca teh garam (atau secukup rasa)
  • 1 camca teh minyak masak (saya guna minyak kelapa)
  • 1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara:

  1. Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci.
  2. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.
  3. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.

Penyediaan Serawa Pulut Durian:

  1. Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai.
  2. Tuang kuah serawa dan hidangkan.
  3. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi. Selamat mencuba!

Resepi Serawa Durian Pekat Likat

resepi serawa durian pekat likat

Serawa Durian Pekat Likat: Sumber Awatif Osman

Bahan-bahan Serawa Durian Pekat Likat:

  • 2 biji durian sederhana
  • Setengah biji kelapa parut
  • Secubit garam
  • 1 setengah sudu gula
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Masuk sedikit air dalam kelapa. Jangan banyak. Perah kelapa yang diparut. Perah dulu kelapa sampai keluar
    santan. Baru tapis. Santan lebih pekat, pati santan fresh.
  2. Kelapa yang dah diperah tadi masukkan sedikit air untuk dapatkan lebihan santan. Ulang cara yang sama.
    *kalau beli santan, agak-agak je dalam 2 cawan. Terlebih lemak boleh buat mengantuk.
  3. Masukkan durian, santan dan daun pandan dalam periuk. Buka api sederhana dan kacau. Masukkan secubit garam untuk naikkan lemak dan gula untuk manis.
  4. Terus kacau sampai masak. Isi durian akan lerai dengan sendirinya. Dan jangan tinggalkan serawa atas api yang menyala.
  5. Siap! Boleh dimakan bersama roti putih atau roti jala.

Resepi Durian Crepe Yang Sedap dan Berkrim

resepi durian crepe yang sedap dan berkrim

Durian Crepe Yang Sedap dan Berkrim: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan Durian Crepe:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 40 ml susu segar
  • 150 ml air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Masukkan gula, telur, minyak, susu segar, air, esen vanila dan juga pewarna ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul.
  4. Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan dan ratakan.
  5. Biarkan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian terus angkat. (tak perlu diterbalikkan).

Bahan-bahan Inti Durian:

  • 200 ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Tepung Kastard
  • 100 gm Isi Durian
  • 100 ml Krim Putar Bukan Tenusu

Cara-cara:

  1. Kacau susu segar bersama gula dan tepung kastard di dalam periuk sehingga tepung hancur.
  2. Letakkan periuk tadi di atas dapur. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan isi durian dan kacau sebentar sehingga sebati. Angkat dan ketepikan.
  4. Pukul whipping cream sehingga kental.

Cara Melipat Durian Crepe:

  1. Ambil 1 kulit (crepe). Pastikan bahagian bawah adalah permukaan yang licin.
  2. Letak whipping cream ditengahnya. (Lebih senang guna piping bag)
  3. Letakkan sedikit inti durian di atas whipping cream.
  4. Pipekan lagi whipping cream untuk menutupi inti durian tadi.
  5. Lipatkan kulitnya berbentuk segi empat. Tarik sedikit kulit supaya durian crepe menjadi cantik dan kemas.

Nota:

  • Pastikan whipping cream dipukul semasa sejuk supaya lebih senang untuk jadi kental.

Resepi Durian Crepe Mudah Simple

Resepi Durian Crepe Mudah Simple

Durian Crepe Mudah Simple: Sumber Cararesepi

Bahan untuk resepi durian crepe sedap :

Bahan untuk kulit :

  • Empat sudu besar tepung gandum
  • Empat sudu besar tepung ubi
  • Dua sudu besar tepung jagung
  • Dua sudu besar tepung kastard
  • Satu biji telur ayam gred A/B ( jika gred c/d guna  dua biji)
  • Satu cawan susu segar/susu kotak kecil 250ml
  • Tiga sudu besar air
  • Dua sudu besar minyak masak
  • Garam
  • Pewarna

Cara Buat Durian Crepe Mudah:

  1. Gaulkn semua bahan diatas. Kemudian, tapis kerna tak nak kasi nampk ketul-ketul. 
  2. Pakai kuali yang non stick atau kuali yang tidak melekat.

Bahan untuk inti durian crepe sedap :
Bahan A :

  • Whipping cream non dairy – putar sampai kembang dan berkilat.

Bahan B :  ( Isi Durian )

  • Satu cawan susu segar
  • Satu sudu besar tepung kastard
  • Satu sudu besar gula (jika suka manis sila tambah )
  • Isi durian (saya guna isi tiga biji durian.Tiga biji tau, bukan 3 ulas

  1. Masak bahan B durian crepe di atas hingga agak pekat.
  2. Dah siap, tutup api dan biarkan sejukkan seketika.

Penyediaan Durian Crepe :

  1. Atas kulit durian crepe tadi, pipingkan dulu whipping cream non dairy yang telah kita putar.
  2. Kemudian baru letak isi durian.
  3. Piping sekali lagi whipping cream atas isi durian sebelum lipat.
  4. Step akhir, simpan dalam peti ais. Berdasarkan pengalaman, durian crepe tahan lama lebih kurang dalam dua bulan jika simpan pada bahagian sejuk beku. Cara nak buat durian crepe mudah je kan. Selamat mencuba semua.

Resepi Durian Crepe Gebu

resepi crepe durian gebu

Durian Crepe Gebu: Sumber Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan untuk kulit/crepe:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210 ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130 ml)
  • Sedikit esen vanila
  • Beberapa titik pewarna kuning @ jenis serbuk isi sikit je ya

Bahan-bahan Filing Kastard Durian:

  • 2 sudu besar gula
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • Isi durian yang dihancurkan

Bahan Filing Whipping Cream:

  • 500 gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

Cara dapatkan kulit durian crepe yang nipis:

  1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu.
  2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan je ya. kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana.
  4. Sapu sikit pan dengan minyak. (saya guna tisu paper).
  5. Dah panas pan tu, angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
  6. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi.
  7. Kemudian letak balik atas dapur (saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu. Just layang-layangkan / lenggangkan je sehingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ya kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti hangus kulitnya. Tak payah terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya.
  8. Ulangi hingga habis. boleh ditindih-tindih kulitnya insha-Allah tak melekat

Cara buat filing kastard durian:

  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4
    sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
  2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
  3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tak cair.

Cara buat filing whipping cream:

  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu.
  2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak mencair.

Masa untuk membantalkan Durian Crepe:

  1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu, kemudian letak pula filling kastard +
    durian. Letak semula whipping atas kastard tadi.
  2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal. haaa dah siap masukkan dalam freezer kejap.
  3. Dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru keluar dari freezer tu keras kejung
    tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan. Jangan keras sangat.
  4. Selamat mencuba.

Resepi Kek Lapis Durian

resepi kek lapis durian citarasawan

Kek Lapis Durian : Sumber Resepicitarasawan

Bahan-bahan Kek Lapis Durian:

Bahan A

  • 350gm mentega
  • 120gm gula kastor
  • 14 biji kuning telur
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen durian

Bahan B

  • 120gm gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C:

  • 200gm tepung Hong Kong
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan D (Pes Durian):

  • 200gm isi durian – kisar dgn 100ml susu cair
  • Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit.
  • Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)

Cara-cara:

  1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen durian dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan D (Pes durian), putar hingga rata dan sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
  3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
  4. Bahan C : Masukkan tepung dan baking powder dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati. Kaup balik dengan adunan putih telur hingga rata.
  5. Ambil 6 sudu besar adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang. Cucuk permukaan kek dengan garpu atau lidi dan tekan dengan penekan kek lapis.
  6. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
  7. Kemudian ratakan 6 sudu besar adunan untuk lapisan kedua. Bakar dengan api atas sahaja hingga permukaan perang.
  8. Ulangi langkah melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
  9. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula api atas dan bawah selama 15 minit lagi. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Resepi Kek Lapis Cheese Durian

resepi kek lapis cheese durian

Kek Lapis Cheese Durian: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan Kek Lapis Cheese Durian:

  • 250 gram cream cheese – jenama Anchor
  • 100 gram parutan Parmesan Cheese
  • 450 gram mentega berkualiti tinggi –  jenama Anchor
  • 100 gram gula halus
  • 1 tin susu pekat manis – (berat 505 gram)
  • 10 biji telur gred AA1 sudu teh baking powder
  • 250 gram tepung Hong Kong
  • 50 gram Horlicks150 gram isi durian segar – dihancurkan
  • setitik pewarna hijau epal 
  • setitik pewarna kuning lemon
  • Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.

Cara-cara:

  1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta baking powder.
  2. Setelah kelihatan sebati, masukkan cream cheese serta Parmesan cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
  5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong.
  6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian iaitu 1/3 dan 2/3 dan setitik pewarna hijau epal.
  7. Campur rata serbuk horlick dalam satu bahagian adunan 1/3, dan adunan 2/3 lagi dicampur sebati dengan isi durian serta setitik pewarna kuning lemon.
  8. Ambil 1 senduk adunan berwarna hijau epal dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
  9. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek.  Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
  10. Ambil 2 senduk adunan durian berwarna kuning lemon dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
  11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
  12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 100’C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.

Kek Lapis Durian Mat Gebu

Kek Lapis Durian: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Kek Lapis Durian Mat Gebu:

  • 400 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, golden churn, emborg)
  • 150 gram gula kastor (che mat guna 100 gram)
  • 10 kuning telur gred A
  • 1 camca teh esen durian (che mat tak letak)
  • 1 cawan isi durian*
  • 100 ml susu segar*(*dikisar halus)
  • 200 gram tepung Hong Kong
  • 50 gram tepung jagung
  • 7 putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • Pewarna makanan pilihan anda

Cara-cara:

  1. Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor (150 gram) sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga putih telur kembang dan bertanduk. Sementara itu, satukan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan diayak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus diputar hingga adunan kembang. Tambah isi durian yang telah dikisar dengan susu segar tadi, dan putar sebati.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dengan spatula, kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi dan baki putih telur. Gaul hingga rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci  3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lanser juga kertas tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan selama 10 minit.
  5. Untuk adunan kek, terpulang pada anda sama ada nak buat beberapa warna atau satu warna sahaja. Kalau anda guna satu warna, che mat cadangkan anda guna kaler kuning. Gaul rata dan ketepikan.
  6. Keluarkan tin dari oven, sudukan 4 camca besar adunan kek lapis, ratakan dan bakar 10 minit atau hingga permukaan keperangan. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Sudukan lagi 4 camca besar adunan dan ratakan. Masukkan ke dalam oven. Kali ini tukar api oven kepada fungsi grill dan turunkan suhu kepada 165C (bergantung pada oven masing2). Bakar hingga keperangan, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Lakukan keadah sama hingga adunan habis dan lapisan terakhir, bakar guna api atas bawah selama 10 minit.
  7. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sekejap dalam tin ( 10 minit), boleh keluarkan kek dari tin. Biar kek betul2 sejuk sebelum dibungkus dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Resepi Bingka Durian Mat Gebu

resepi bingka durian mat gebu

Bingka Durian: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Bingka Durian:

  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak – 125 ml)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
  • 1 cawan penuh isi durian, dilecek
  • 1/4 cawan + 3 camca besar penuh gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1/4 camca teh garam
  • Sedikit pewarna makanan kuning
  • Bijan secukupnya untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil, lebihkan pada bahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan kita angkat keluar kuih bingka bila masak nanti. Sapu juga mentega pada permukaan aluminiun foil tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan tin panas.
  2. Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan diatas kecuali isi durian, pewarna makanan kuning dan bijan. Kacau semua hingga rata dan sebati. Tapiskan bancuhan ke dalam mangkuk bersih. Masukkan isi durian dan pewarna makanan kuning. Kacau hingga rata.
  3. Berhati-hati keluarkan tin dari oven, kemudian tuang bancuhan tadi. Tabur bijan rata-rata atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar fungsi api oven pada grill dan sambung membakar selama 5 – 7 minit. Uji kuih dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kuih telah masak.
  4. Keluarkan kuih dari oven. Biarkan 15 minit, dan boleh keluarkan kuih bingka durian dari tinnya. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!

Resepi Bingka Durian

resepi bingka durian yatie

Bingka Durian: Sumber Yatie

Bahan-bahan Bingka Durian:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9×9 inci dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dalam adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dalam bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.

Tips:

  • **Sebelum tuang adunan dalam loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dengan butter dan panaskan  terlebih dahulu dalam 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
  •  Saya guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dalam 4 keping kuih.

Resepi Bingka Durian Azie Kitchen

resepi bingka durian azie kitchen

Bingka Durian: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Bingka Durian:

  • 4 biji Telur
  • 350 gm Gula Pasir
  • 350 gm Tepung Gandum
  • 350 gm Isi Durian (guna 400gm)
  • 2 sudu besar Tepung Beras
  • 400 ml Santan Kotak
  • 300 ml Air
  • 2 sudu besar Mentega Cair
  • ½ sudu kecil Garam
  • Pewarna Kuning
  • Sedikit bijan

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam food processor/ blender sehingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam loyang saiz 9 inci persegi (saya guna loyang saiz 10×7 inci) yang di lapik kertas aluminium dan diminyakkan. Tabur bijan dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak dan garing permukaan nya.
  3. Biarkan betul betul sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik bagi menghasilkan potongan kuih yang cantik.

Resepi Cucur Sukun Durian

cucur sukun durian

Cucur Sukun Durian: Sumber Zieta Ali

Bahan-bahan Sukun Durian: 

  • 1 biji sukun saiz kecil yang dah lembik masak
  • 3 ulas isi durian
  • 1 cawan tepung gandum (lebih kurang)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Lenyekkan sukun dan isi durian kemudian masukkan gula,tepung beras dan baking powder. Gaul hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Anggaran tepung lebih kurang macam kita nk masak cokodok pisang. Tak boleh banyak sangat nanti keras. Gaul hingga sebati. Biarkan adunan sekejap kira-kira 10 minit kemudian boleh la digoreng macam cokodok biasa.

Resepi Jemput Jemput Durian ala kakNet

Jemput jemput durian

Jemput jemput Durian: Sumber Netie Rose Oven

Bahan-bahan Jemput jemput durian:

  • 2 cawan isi durian
  • 4 sudu besar gula kasar

Adunan Celup:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (optional)
  • 2 cawan air (boleh ditambah jika adunan pekat sangat)
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

  1. Isi durian dilenyek hancur dan dicampur dengan gula. Gaul sebati. Simpan didalam peti sejuk.
  2. Tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam, air kapor, telur & air dicampur hingga menjadi adunan pekat.
  3. Sudu kan isi durian diatas adunan celup tadi. Boleh la digoreng selama 2 minit. Jangan terlalu lama nanti isi durian keluar.

Resepi Cucur Durian 

cucur durian

Cucur Durian: Sumber kamekmizah

Bahan-bahan Cucur Durian: 

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 ulas durian

Cara-cara:

  1. Tepung, garam dan air kacau hingga licin. Pastikan tepung tak terlalu cair dan tak terlalu keras. Celup ulasan durian masuk dalam tepung.
  2. Gorengkan hingga jadi keperangan.

Resepi Durian Cheesecake

Durian Cheesecake

Durian Cheesecake: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan Durian Cheesecake:

Bahagian bawah (crust):

  • 80gm Mentega (tanpa garam)
  • 150gm Biskut Marie

Bahagian atas (cheese):

  • 500 gm Krim Keju
  • 120 gm Gula Aising
  • 135 gm Yogurt
  • 20 gm Tepung Jagung
  • 200 ml Krim Putar
  • 3 biji Telur (size A)
  • 250 gm Isi Durian
  • 1 sudu kecil Esen Vanila

Hiasan:

  • 250ml Krim Putar Bukan Tenusu

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangit. Ketepikan dahulu.
  2. Kisarkan biskut marie menggunakan mesin pengisar atau isikan dalam plastik dan ketuk-ketuk sehingga hancur.
  3. Sediakan loyang (loose-base pan) yang bersaiz 7 inci dan masukkan biskut marie dan mentega yang telah dicairkan tadi. Gaul sehingga rata dan padatkan biskut dalam loyang. Ketepikan.
  4. Sementara itu sediakan bahagian atasnya pula. Dalam mangkuk besar, pukul krim keju dan gula icing sehingga nampak gebu dan halus. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan yogurt dan tepung jagung. Kacau sehingga tepung larut.
  6. Kemudian, tuangkan yogurt ke dalam adunan krim keju tadi dan pukul sehingga adunan sebati.
  7. Masukkan pula krim putar dan pukul sebentar.
  8. Masukkan telur satu persatu. Setiap telur pukul selama 1 minit dan telur yang terakhir pukul selama lebih kurang 2 hingga 3 minit.
  9. Selepas itu, masukkan isi durian dan juga esen vanila dan pukul lagi hingga isi durian sebati.
  10. Ambil loyang yang berisi biskut marie tadi, balut loyang dengan 2 lapisan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar kek kerana kek akan di bakar menggunakan teknik waterbath.
  11. Tuang adunan keju tadi ke dalam loyang sehingga habis.
  12. Bakar pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan teknik waterbath.
  13. Setelah cheesecake sejuk. Boleh hiaskan dengan krim putar bukan tenusu yang dipukul sehingga kental atau apa-apa hiasan yang lain mengikut kreativiti masing-masing. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati.

Tips:

  • Kalau nak dapatkan tekstur cheesecake yang halus dan licin, isi durian perlu di kisar halus. Tapi jika suka rasa serat-serat dari durian, isi durian tidak perlu dikisar.
  • Biskut marie tidak perlu ditekan terlalu padat di dalam loyang kerana jika terlalu padat biskut akan menjadi keras selepas dibakar.
  • Cheesecake perlu disejukkan selama 4 jam atau semalaman selepas di bakar. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang untuk mengelakkan cheesecake mudah pecah.

Resepi Classic Durian Cheesecake Mat Gebu

classic durian cheesecake mat gebu

Classic Durian Cheesecake: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Classic Durian Cheesecake:

Bahan dasar Kek Keju

  • 50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
  • 20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
  • 35 gram mentega, cair dan sejukkan

Bahan untuk Kek Keju Durian

  • 250 gram cream cheese
  • 40 gram gula kastor
  • 130 gram isi durian, lecek halus
  • 2 biji telur gred B
  • 50 ml susu segar
  • 1 camca besar rata tepung jagung

Cara-cara:

  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 – 5 jam. Keluarkan kek secara berhati-hati dengan menarik perlahan-lahan aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan.

Resepi Kek Cheese Leleh DurianKek Cheese Leleh Durian

Kek Cheese Leleh Durian: Sumber Resepi Pemikat Selera

Bahan-bahan Kek Cheese Leleh Durian:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikabona
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 2 sudu besar susu tepung
    *ayak semua bahan diatas
  • 4biji telur gred A**
  • 3/4 cawan gula halus**
  • 1sudu besar ovellete**
  • 1sudu kecil esen vanilla/perisa durian**
  • 2 sudu besar susu cair
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas isi durian

Cara-cara:

  1. Pukul bahan bertanda * hingga kembang.
  2. Masukkan bahan yang sudah diayak dan isi durian, pukul sebati
  3. Masukkan susu cair,pukul kejap,
  4. Masukkan minyak masak,pukul kejap agak-agak sebati,jangan over beat ya.
  5. Tuang ke dalam loyang saiz 7, kukus 20-25minit@hingga masak, guna api besar.

Topping

  • 1 cawan whipping cream vivo, pukul sampai kental,
  • sedia untuk melepa kek, boleh potong kek jadi 3 layer .

Topping leleh

  • 3 ulas durian, perisikan isinya.
  • 100 gm cream cheese
  • 1/4 cawan whipping cream anchor
  • susu segar

Cara-cara:

  1. Blend bahan diatas hingga berkrim, masukkan susu segar sikit-sikit, ikut citarasa masing masing, nak pekat atau cair untuk dilelehkan atas kek yang sudah dilepa.

Penutup

Terkenal sebagai raja buah, khasiat durian baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus. Selain rupanya yang berduri, keenakan rasa dan aromanya sentiasa menambat selera. Resepi durian ini boleh dicuba sebagai pemanis mulut. Sesuai juga dijadikan hidangan bila-bila masa. Boleh juga cuba Resepi Cucur Sedap dan Rangup. Resepi Roti Jala Lembut juga mudah nak buat.

Oh ya, Durian memang sedap! Tak dinafikan rasanya yang manis dan teksturnya yang berkrim. Tapi hati-hati ketika sendawa ya! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.