Hari ini saya nak kongsi 5 tips goreng bihun yang lembut berdasarkan pengalaman peniaga kantin ini! Tak rugi cuba. Pasti bihun yang digoreng cantik dan lembut. Cara mudah goreng bihun supaya tak lembik.
Jangan rendam bihun dalam air panas
![jangan rendam bihun dalam air panas](https://listikel.com/wp-content/uploads/2021/06/jangan-rendam-bihun-air-panas.jpg)
- Jangan rendam bihun dalam air panas kalau kita nak menggoreng bihun. Rendam sekejap mungkin boleh tapi kena cepat-cepat tos. Rendam air panas kalau nak buat bihun sup.
- Ada sesetengah jenama bihun yang bila kita goreng akan jadi lodoh walaupun kita tak rendam dengan air panas atau kita letak terlebih air.
Rendam air panas dan sejuk sama banyak
![rendam bihun](https://listikel.com/wp-content/uploads/2021/06/rendam-bihun.jpg)
- Untuk mendapat kan bihun yang cantik lembut semasa goreng, seeloknya rendam air panas dan air sejuk sama banyak.
Rendam bihun dalam air biasa sebelum tidur kalau nak menggoreng bihun waktu pagi
- Rendam bihun dalam air biasa sebelum kita tidur kalau berniat nak menggoreng bihun waktu pagi.
Jangan rendam air terlalu banyak sebelum masukkan bihun
- Jangan letak air terlalu banyak sebelum masukkan bihun cukup sekadar air menutupi separuh bihun. Biar kan air betul-betul panas baru masukkan bihun.
Kacau bihun menggunakan dua sudip
- Kacau bihun menggunakan dua sudip untuk memudah kan kita mengacau. Blend atau tumbuk sedikit ikan bilis bersama bawang untuk lebih menyedapkan bihun. Tak perlu letak cili sos dalam bihun kicap sos tiram dan cili kering sudah memadai.
Sumber: Puan Norlaila Dlaila dalam Group Faceboook: Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Penutup
5 Tips Goreng Bihun Lembut ini adalah dari perkongsian dari Puan Norlaila Dlaila dalam Group Faceboook: Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Tips ini mendapat 4.1 ribu likes di Facebook, beberapa pengguna yang lain juga turut berkongsi tips goreng bihun masing-masing. Bagus juga bila kita saling berkongsi pendapat dan tips. Boleh memperbaiki skill masakan kita di rumah. Pasti lebih sedap, lembut dan cantik untuk dihidangkan.
Jika teringin masakan panas, jom cuba Resepi Mee Berkuah Viral. Nasi Goreng pun sedap juga dimakan waktu tengah hari, bila-bila masa pun boleh! Jom cuba resepi Resepi Nasi Goreng Terlajak Sedap Macam di Kedai !