fbpx

9 Resepi Teresek Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsi resepi teresek. Teresek ialah sejenis hidangan sampingan yang biasanya diperbuat daripada jantung pisang dan kacang panjang.  Ada juga resepi teresek yang menggunakan kulat sisir. Makanan tradisional kelantan ini pastinya menggamit memori di kampung, kerana disajikan ketika majlis kenduri. Yang pastinya, sedap dimakan dengan nasi panas-panas! Apalagi jika digabungkan dengan Resepi Sambal Belacan. Musim durian ini, bagus juga digandingkan dengan Resepi Sambal Durian!

Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan Azie Kitchen

Teresek Jantung Pisang Kelantan Azie kitchen

Teresek Jantung Pisang Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Teresek Jantung Pisang Kelantan :

  • Ayam – hati, mempedal, tengkuk, kaki 
  • 2 biji jantung pisang – saya guna 1
  • 2 sudu besar rempah gulai kawah 
  • 1 sudu besar cili kering kisar – membukit
  • 1/2 biji kelapa – santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam 
  • Gula Melaka
  • Gula

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 4 hirisan nipis lengkuas 
  • 1 sudu besar rempah ketumbar biji

Cara-cara:

  1. Jantung pisang dibuang kulit luar dan ambil bahagian putih. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Tos dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. 
  2. Masak keropeh ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan rempah gulai kawah hingga agak kering. 
  3. Masukkan santan dan asam keping.  Masak sehingga santan mendidih dan terbit minyak.  
  4. Masukkan jantung pisang yang telah diperah airnya dan kacau rata rata. 
  5. Akhir sekali masukkan cili hijau, garam, gula, gula Melaka dan kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan. Jika suka sedikit berkuah, jangan dimasak terlalu kering kerana bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat dan kering. 
  6. Setelah jantung pisang lembut dan masak, bolehlah ditutup api. 

Resepi Teresek Jantung Pisang Citarasawan

Teresek Jantung Pisang

Teresek Jantung Pisang: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan Teresek Jantung Pisang:

  • 2 biji jantung pisang
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 cawan santan pekat (200ml santan kotak)
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu besar budu
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 keping gula melaka atau 1/2 sudu besar gula
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 labu bawang besar, hiris
  • 3 tangkai cili padi, hiris

Bahan Kisar:

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hilis halia
  • 3 hiris lengkuas
  • 5 biji tangkai cili kering, rendam air panas, tos
  • 1 sudu besar biji ketumbar, sangai

Cara-cara:

  1. Buang kulit luar jantung pisang, ambil bahagian yang lebih cerah.
  2. Belah dua dan hiris halus.
  3. Rendam dalam air garam dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kari hingga naik bau.
  5. Masukkan santan, asam gelugor, budu, gula dan garam.
  6. Tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan kerisek, jantung pisang hiris dan gaul rata.
  8. Apabila telah pekat dan hampir kering, tabur dengan bawang dan cili hiris.

Nota:

  • Boleh masukkan organ ayam seperti hati, pedal, leher yang di potong kecil.
  • Masukkan ketika menumis dan tumis hingga masak sebelum memasukkan santan.

Resepi Teresek Jantung Pisang Cik Wan Kitchen

teresek jantung pisang cik wan kitchen

Resepi Teresek Jantung Pisang: Cik Wan kitchen

Bahan-bahan Resepi Teresek Jantung Pisang:

  • 1 tongkol jantung pisang – dibelah dua dan kerat melintang halus-halus.
  • 1 mangkuk besar campuran organ ayam (seperti hati, pedal,jantung, leher dan kaki ayam dipotong kecil)
  • 2 sudu besar rempah gulai darat – kalau tak ada boleh guna rempah gulai kawah atau kari daging.
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia – tak letakpun tak apa
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji cili kering
  • 1 sudu besar rempah ketumbar – ada orang goreng tanpa minyak dulu, saya tak buat
  • 3- 4 sudu kerisik
  • 1 kotak 200 ml santan
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
  • Sedikit budu – kalau tak suka tak payah letak
  • Garam
  • Gula

** Untuk mengelakkan jantung pisang menjadi hitam, rendamkan dalam air garam sebaik dipotong. Ramas dan perahkan sebelum dicelur dalam air yang banyak bersama sedikit garam. Celur hingga lembut, tapiskan dan perah. Siap untuk digunakan.

Cara-cara:

  1. Sediakan jantung pisang seperti arahan di atas.
  2. Mesinkan semua bawang, cili, halia, lengkuas dan ketumbar.
  3. Masukkan bahan mesin dalam kuali bersama-sama bahan ayam.
  4. Masukkan juga rempah gulai darat/kari.  
  5. Masak hingga naik bau. Masukkan santan.
  6. Masukkan asam keping dan garam/budu serta gula.
  7. Masak hingga pecah minyak.
  8. Masukkan kerisek.
  9. Masukkan jantung pisang yang telah dicelur tadi.
  10. Kacau mesra. Masak hingga kuah pekat/bahan menjadi lembab-lembap sikit.

Resepi Teresek Jantung Pisang Sedap

Teresek Jantung Pisang Sedap: Sumber Masakan Makanan Melayu

Bahan-bahan Teresek Jantung Pisang:

  • 1 biji jantung pisang (1/2 kg).
  • 1 mangkuk Hati, pedal, kaki ayam (saya guna isi ayam).
  • 1 cawan santan.
  • 2 sudu makan serbuk kari daging.
  • 2 sudu besar kerisik.
  • 2 sudu makan ketumbar (tumbuk kasar).
  • Cili merah /hijau (hiris).

Bahan Kisar:

  • 5-10 biji cili kering.
  • 1 labu bawang besar.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 lengkuas.
  • 1kunyit hidup.
  • 1/2 halia.

Cara-cara:

  1. Jantung pisang yang boleh dimasak, seperti pisang nipah, kapok, pisang nangka dll. Dikopek sehingga ke lapisan yang lembut. Dipotong nipis dan direndam dalam air garam bagi mengelakan daripada berwarna hitam. Semasa merebus masukan garam dan asam keping @ cuka bagi rasa kurang pahit.
  2. Blend bahan-bahan yang disediakan.
  3. Masukan bahan di blend ke dalam periuk masak hingga layu. Masukan ayam masak hingga empok. Kemudian masukkan santan jantung pisang. Dan akhir sekali kerisek. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat. Rasa masin manis.

Resepi Teresek Kacang Panjang Kelantan Azie Kitchen

Resepi Teresek Kacang Panjang Kelantan Azie Kitchen

Teresek Kacang Panjang Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Teresek Kacang Panjang Kelantan:

  • 20 batang kacang panjang – kena banyak dari ayam
  • 5 tangkai cili hijau solok Kelantan – guna 2 cili hijau biasa
  • Ayam – guna kepak, tengkuk, kaki, hati dan mempedal
  • 1 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 1/2 kotak santan kotak – campur sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping

Bahan kisar:

  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 4 hirisan nipis lengkuas
  • 1 sudu besar rempah ketumbar biji – sangai

Cara-cara:

  1. Masak bahan kisar dan rempah kari bersama santan dan bahagian tulang tulang ayam tadi. Masak sehingga ayam masak dan hampir pecah minyak. 
  2. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Masukkan juga kerisik. Kacau hingga kuah pecah minyak. 
  3. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan cili hijau. Kacau rata sehingga kuah hampir kering mengikut kesukaan masing masing. Ada yang suka sedikit berkuah. Jika terlalu kering, bolehlah tambah air panas. Bolehlah ditutup api. 

Resepi Teresek Kacang Panjang

Teresek Kacang Panjang

Teresek Kacang Panjang: Sumber Ibu Resepi

Bahan-bahan Teresek Kacang Panjang:

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 biji cili hijau
  • 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

Bahan kisar:

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
  2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
  3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam jawa diikuti santan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
  6. Apabila kacang layu. Tutup api dan teresek kacang panjang sedia dihidangkan.

Resepi Teresek Hati Kacang Panjang

Resepi Teresek Hati dan Kacang Panjang

Resepi Teresek Hati dan Kacang Panjang: Sumber Nor Khomariah Norrohman

Bahan-bahan Teresek Hati dan Kacang Panjang:

  • 1/2 kg Pedal dan hati ayam ( potong 2 )
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 senduk pes gulai terengganu
  • 1 cawan santan
  • 1 ikat kacang panjang ( potong menyerong )
  • 3 biji Cili merah yg besar ( hiris memanjang )
  • 2 biji bawang besar ( belah 4 )
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan hati dan pedal ayam.
  2. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit, panaskan minyak masak dan goreng hati serta pedal ayam separuh masak.
  3. Selepas itu, masukkan pes gulai, gaul sebati dan biarkan seketika.
  4. Masukkan santan dan bawang besar, kacau sebati dan biarkan ia mendidih, masukkan garam gula secukup rasa.
  5. Sesekali kacau biar sebati, bila kuah hampir mengering masukkan kacang panjang serta cili.
  6. Biarkan sekejap dan boleh lah tutup api. Sedia utk dihidangkan.

Resepi Teresek Kulat Sisir

teresek kulat sisir

Teresek Kulat Sisir: Sumber Atie

Bahan-bahan Teresek Kulat Sisir:

  • 1 1/2 cawan kulat sisir kering ( direndam )
  • 1 cawan isi ayam ( saya suka bahagian yang bertulang )
  • 1 peket serbuk kari
  • 200 ml santan pekat
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 cawan air
  • *5 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • bahan bertanda * dihiris halus
  • beberapa tangkai cili padi
  • sedikit gula garam
  • secukup rasa
  • serbuk perisa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kulat sisir dibersihkan dan ditoskan airnya.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan bertanda * sehingga kekuningan.
  3. Bancuh serbuk kari dengan air suam , dan masukkan ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kacau sebentar dan masukkan pula kulat sisir. Kacau sebentar.
  5. 5. Tuangkan air dan santan pekat ke dalam bahan tadi, perisakan.
  6. Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi.

Resepi Teresek Ayam dan Kulat Sisir

teresek ayam dan kulat sisir

Teresek Ayam dan Kulat Sisir: Sumber Gembala Rindu

Bahan-bahan Teresek Ayam dan Kulat Sisir:

  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 inci kunyit hidup
  • * 1 sudu cili kisar
  • * 1 sudu serbuk cili (kasi pedas)
  • * 1 kotak santan
  • * 2 sudu besar ketumbar
  • * 2 sudu besar kerisik
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 3 ulas bawang merah
  • * cili merah
  • * kulat sisir
  • * isi ayam bahagian tulang
  • * kacang panjang

Cara-cara:

  1.  Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, ketumbar dan gaulkan separuh dengan ayam, separuh lagi nak buat tumis.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi,kemudian masukkan cili kisar dan serbuk cili.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan ayam sehingga masak. Agak-agak nampak nak kering, tambahkan santan.
  4. Kemudian tambahkan lobak merah dan kacang panjang.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan kulat sisir dengan cili merah.

Penutup

Masakan teresek biasanya disediakan semasa majlis dan kenduri pada zaman dahulu. Bagi yang rindukan masakan mak di kampung, resepi teresek ini sesuai untuk di cuba. Tekstur teresek ialah agak kering dan sedikit basah berkuah sahaja. Dalam perkongsian resepi kali ini, bahan yang digunakan ialah jantung pisang, kacang panjang dan kulat sisir dan digandingkan dengan bahagian organ dalam ayam ataupun keropeh ayam.  Jika teringin nak makan nasi ayam, boleh cuba Resepi Nasi Ayam Sedap Viral. Resepi Mee Berkuah Viral pun sedap! Resepi Laksa pun ada. Tak rugi cuba. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.