fbpx

21 Resepi Peria Sedap dan Berkhasiat

0

Hari ini saya nak kongsi resepi peria yang sedap. Kalau kena caranya, peria yang pahit pun sedap dimakan! Resepi peria ini ada yang ranggup seperti peria goreng dan ada yang lembut seperti peria goreng telur. Ikut citarasa nak sediakan peria bagaimana. Bahan-bahan mudah nak dapat dan senang nak masak. Peria memang pahit rasanya, tapi di sebalik kepahitan ini, tersembunyi pelbagai khasiat. Yang penting lepas potong, rendam dalam air garam untuk menghilangkan pahitnya.

Resepi Peria Goreng Telur Che Nom

peria goreng ttelur che nom

Peria Goreng Telur: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Peria Goreng Telur:

  • 1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam dan gula utk menambah rasa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Bahan-bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar ikan bilis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.
  2. Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. Masukkan serbuk kunyit.
  3. Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan

Tips:

  • Untuk menghilangkan rasa pahit peria yang terlalu kuat, rendam hirisan peria di dalam air garam seketika.
  • Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan.

Resepi Peria Goreng dengan Telur Azie Kitchen

peria goremg dengan telur azie kitchen

Peria Goreng dengan Telur: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan Peria Goreng Dengan Telur:

  • 3 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 biji buah tomato – potong 
  • 1 biji buah peria – hiris nipis
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • 1 tangkai cili merah – hiris

Cara-cara:

  1. Hiris buah peria dan rendam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga hampir keperangan, masukkan bawang besar. Kacau rata. Masukkan pula tomato dan kacau sehingga bawang besar dan tomato layu.
  2. Masukkan peria dan kacau rata sehingga peria agak lembut. Masukkan garam dan telur. Kacau rata.
  3. Jika suka, boleh masukkan cili merah hiris. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Peria Goreng Ranggup Che Nom

peria goreng ranggup che nom

Peria Goreng Ranggup: Sumber Che Nom

Bahan-bahan Peria Goreng Ranggup:

  • 4-5 biji peria katak
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
  • kiub ayam
  • sudu kecil lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar santan pekat
  • air sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutan
  • sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Hiris nipis peria katak.
  2. Masukkan tepung beras, serbuk cili, sedikit garam sekaligus didalam mangkuk dan kacau. Kemudian, celup dan salut kepingan peria dengan dengan bahan tersebut.
  3. Bagi bancuhan salutan, masukkan tepung gandum, tepung jagung atau tepung ubi, kiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan lebihan salutan tepung peria (jika ada). Lalu, masukkan telur dalam adunan dan santan pekat (pilihan).
  4. Bancuh adunan dengan air sejuk dan kacau sehingga kesemua bahan sekata.
  5. Tambah sudu kecil baking powder (pilihan) dan tambah air sejuk jika adunan terlalu pekat.
  6. Panaskan minyak dan gunakan api yang sederhana untuk menggoreng.
  7. Celup kepingan salutan peria kedalam adunan dan goreng dengan masa yang lama serta mengacaunya dengan kerap sehingga ia cukup kekuningan.
  8. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, peria goreng super rangup siap dihidang.

Tips:

  • Bagi mengurangkan rasa pahit peria, gaulkan ia dengan sedikit garam selama 10-15minit. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan peria.
  • Peria goreng yang rangup adalah daripada cara gorengan yang betul dengan api yang sederhana dan kerap kacau. Jika menggunakan api yang kuat ia mengakibatkan peria masak perang di luar tapi dalam masih lembik dan erangupan juga tak bertahan lama.

Resepi Peria Goreng Ala Mamak

peria goreng ala mamak

Peria Goreng Ala Mamak: Sumber Zarawiis

Bahan-bahan Peria Goreng Ala Mamak:

  • 1 batang Sayur peria
  • 4 Sudu besar Tepung Beras – saya guna 5 sudu besar
  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk cili – tidak letak
  • 1 sudu besar rempah Kari adabi – saya letak 1/2 sudu besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam himalaya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar air

Cara-cara:

  1. Potong peria bulat-bulat dan nipis sampai habis. Kemudian, bersihkan dalam peria yang dipotong guna tangan. Rendam potongan peria tersebut dengan 1 sudu teh garam dan 3 sudu besar gula selama 1/2 jam.
  2. Toskan rendaman air peria, pastikan air kering.Boleh guna kitchen towel, pindahkan peria tersebut ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air 1/2 sudu besar terlebih dahulu, jika masih kering masukkan lagi 1/2 air. Pastikan campuran tidak terlalu cair atau pekat dan tepung bersalut dengan cantik.
  4. Panaskan minyak masak secukupnya.. Pakai non stick pan. Saya guna kuali sahaja. Bila dah panas minyak, masukkan sekeping demi sekeping (saya masukkan 3 keping). Jangan terlebih banyak.
  5. Goreng hingga garing, angkat dan toskan.

Resepi Sweet Peria Crispy

sweet peria crispy

Sweet Peria Crispy: Sumber Mamamikael Oven

Bahan-bahan Sweet Peria Crispy:

  • 1 biji buah peria
  • 1 cawan tepung goreng serbaguna
  • 3 sudu besar brown sugar

Cara-cara:

  1. Peria dipotong nipis dan direndam dengan air garam. Kemudian salut dengan tepung goreng serbaguna dan goreng sampai garing.
  2. Setelah itu panaskan gula sehingga cair bersama sedikit saja air dan masukkan peria goreng tadi. Kacau sebati.
  3. Dah siap. Boleh juga taburkan sedikit oat kalau suka.

Resepi Peria Keju Berempah

peria keju berempah

Peria Keju Berempah: Sumber Latipah Nawawi

Bahan-bahan Peria Keju Berempah:

  • 10 biji peria katak
  • 2 cawan tepung goreng ayam segera original (jenama ikut citarasa)
  • 3 cawan minyak (anggaran)
  • 6 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan.
  2. Basuh peria, kemudian potong/sagat nipis. Toskan.
  3. Panaskan minyak. Gaulkan peria dengan tepung.
  4. Goreng peria dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak dan sejukkan.
  5. Satukan serbuk keju dan serbuk kari.
  6. Masukkan peria yang telah sejuk. Gaul sekata.
  7. Dah siap. Amat sesuai untuk kudapan. Tak sedar dah habis sebalang. Selamat mencuba.

Resepi Peria Goreng Telur Masin

peria goreng telur masin

Peria Goreng Telur Masin: Sumber Fyza Shah

Bahan-bahan Peria Goreng Telur Masin:

  • Sebatang peria
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 kiub ayam
  • Sebiji telur masin

Cara-cara:

  1. Rebus peria sehingga layu dan jangan rabus sehingga ia overcooked.
  2. Pukul telur masin sehingga ia hancur, sementara itu boleh hiriskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Tumis bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau dan masukkan peria yang sudah direbus tadi.
  4. Masukkan pula telur masin yang sudah dihancurkan tadi lalu perasakan bersama gula dan garam.
  5. Kacau rata sehingga peria disaluti telur masin.

Resepi Peria Goreng Lada Hitam

peria goreng lada hitam

Peria Goreng Lada Hitam: Sumber Dapur Sweet Sour

Bahan-bahan Peria Goreng Lada Hitam:

  • 1 biji peria, buang biji dan hiris nipis
  • 1 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
  • sedikit isi ayam, dihiris nipis
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak

Bahan untuk tumisan

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Peria yang telah dibersihkan dan dipotong, direndam didalam air berisi garam dalam 15 minit.
  2. Basuh dan toskan peria.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan isi ayam, kacau hingga isi ayam kelihatan masak.
  5. Masukkan peria serta lada hitam dan kacau hingga masak sempurna dan tambah sedikit air supaya peria masuk sepenuhnya. Tutup api dan perasaan dengan garam secukupnya.

Resepi Peria Goreng Ikan Bilis

peria goreng ikan bilis

Peria Goreng Ikan Bilis: Sumber Jannah

Bahan-bahan Peria Goreng Ikan Bilis:

  • Peria-dihiris nipis-nipis
  • 2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
  • 2 sudu ikan bilis tumbuk (boleh ubah kuantiti)
  • Garam-kalau belum cukup masin
  • Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan ikan bilis.
  2. Apabila bawang dan ikan bilis telah garing, masukkan peria dan kacau.
  3. Tutup api apabila peria sudah lembut.
  4. Hidangkan peria yang sudah siap dimasak.

Resepi Peria Masak Taucu

Peria Masak Taucu: Sumber Zieta Ali

Bahan-bahan Peria Masak Taucu:

  • 2 batang peria katak atau peria biasa
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 biji bwg besar di tumbuk kasar
  • 4 ulas bwg putih ditumbuk kasar
  • Segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
  • 2 biji cili merah ditumbuk kasar
  • 3 sudu besarminyak utk menumis
  • 1/2 sudu besar garam dah perasa

Cara-cara:

  1. Potong peria nipis-nipis dan rendam air garam untuk kurangkn rasa pahit.
  2. Untuk rasa taucu yg lebih sedap petua nya tumiskan taucu terlebih dahulu dalam 1minit goreng.Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar hingga bau wangi dan garing.
  3. Masukkan peria dan masak hingga peria masak dan empuk. Letak sedikit saja garam dan perasa sebab taucu dah masin. Tutup kuali dgn tudung periuk dalam 2minit biarkan peria masak dan layu. Tutup api dan siap.

Resepi Sambal Sardin Peria

sambal sardin peria

Sambal Sardin Peria: Sumber Cik Min

Bahan-bahan Sambal Sardin Peria:

  • 1 tin kecil Sardin Ayam Brand
  • 1 Ulas Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Cili Api (mengikut tahap pedas korang, tadi aku guna 5 biji cili api yang pedas
    berdengung)
  • 1 inci halia
  • Setengah biji peria
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu garam halus
  • 1 Batang Serai (diketuk) *optional
  • 1 keping asam keping *optional

Cara-cara:

  1. Blend halus bawang besar, bawang putih, halia & cili (kalau tumbuk lagi sedap) – ketepikan.
  2. Potong peria.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumis bahan diblend.
  5. Masukkan serai yang diketuk.
  6. Tumis sehingga bahan betul-betul masak.
  7. Masukkan sardin.
  8. Masukkan sedikit air (untuk elakkan bahan ditumis menjadi hangit).
  9. Masukkan peria.
  10. Masukkan asam keping dan garam.
  11. Masak sehingga agak kering.
  12. Tutup api & sedia dihidang.

Resepi Sambal Peria

sambal peria

Sambal Peria: Sumber Nurul Razali

Bahan-bahan Sambal Peria:

  • 1 batang peria
  • 1 paket Pes Sambal Tumis (30gm)
  • 1 genggam udang kering (direndam)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Belah peria dan buang biji. Potong nipis. Kemudian rendam dengan sedikit air dan garam bagi hilangkan pahit peria.
  2. Tumbuk udang kering. Potong bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis semua bawang.
  3. Masukkan pes sambal tumis dan kacau goreng hingga sambal masak dan garing.
  4. Kemudian masukkan peria dan tumis hingga peria masak. Taburkan garam dan serbuk perasa. Ok siap 👌🏻

Resepi Peria Tumis Udang

sambal tumis peria

Sambal Tumis Peria: Sumber Norshila Supian

Bahan-bahan Sambal Tumis Peria:

  • 1 biji peria potong dan rendam dalam air garam sekejap
  • Setengah biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 5-6 ekor udang sederhana
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 batang cili merah dihiris
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar. Dah layu, masukkan udang.
  2. Masukkan peria yang telah dibersihkan. Masukkan serbuk kunyit. Kacau hingga agak lembut, masukkan garam dan hirisan cili merah. Goreng dalam 5 minit. Tutup api dan hidangkan.

Resepi Tumis Udang Peria Berapi

tumis udang peria berapi

Tumis Udang Peria Berapi: Sumber Jeehan

Bahan-bahan Tumis Udang Peria Berapi:

  • 250 gram Udang – di kupas
  • 250 gram Peria – buang biji dan hiris
  • 3 sudu besar Minyak Canola
  • 4 Ulas Bawang putih – di cincang halus
  • 7-10 Cili api merah
  • 1/4 sudu kecil Garam Himalaya
  • 1 sudu kecil Serbuk Pati Ayam
  • 1/2 sudu kecil Rainbow Peppercorn/Blackpepper
  • 75 ml Air

Cara-cara:

  1. Rendam hirisan peria dengan air garam selama 15 minit, kemudian toskan dan bilas hingga bersih.
  2. Panaskan minyak sayur tumiskan bawang putih dan cili api, hingga harum masukkan udang, garam dan rainbow Peppercorn/ blackpepper, masak selama 1 minit dan keluarkan udang.
  3. Masukan peria, serbuk pati ayam dan air, gaulkan sebati dan masak hingga peria lembut,dan kuah mengering.
  4. Masukan kembali udang, gaulkan sebati angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Peria Udang Pedas

peria  udang pedas

Peria Udang Pedas: Sumber Nuharahmat

Bahan-bahan Peria Udang Pedas:

  • 1 biji peria potong nipis
  • 2 sudu besar garam
  • 1 cawan air

Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang merah besar potong panjang
  • 3 biji tomato ceri
  • 3 sudu besar ciliboh
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil bahan perasa
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Rendam peria dengan air dan garam. Bilas 3 kali sambil ramas.
  2. Tumis bawang2, tomato dan ciliboh hingga sedikit garing.
  3. Masukkan pula peria dan 1/2 cawan air. Masak hingga sedikit layu.
  4. Kemudian masukkan telur dikacau sedikit.
  5. Akhir sekali masukkan udang. Dan tutup api.

Resepi Peria Inti Ayam

peria inti ayam

Peria Inti Ayam: Sumber Loralin

Bahan-bahan Peria Inti Ayam:

  • 100 g/ setengah biji peria (buang biji,hiris bulat)
  • 50 g (segenggam) taugeh hijau
  • 1 biji limau nipis
  • 1 biji cendawan shitake dihiris nipis
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh garam

Bahan Inti:

  • 200 g/ 2 ketul isi dada ayam
  • 2 ulas bawang merah ros
  • 2 biji cili kecil
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudi teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • Sedikit daun bawang dihiris

Cara-cara:

  1. Gaul peria dengan garam, perap 15 minit. Kemudian bilas dengan air.
  2. Kisar isi dada ayam bersama garam, lada sulah dan telur.
  3. Satukan bahan inti di dalam mangkuk. Uli sehingga sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  4. Sumbat peria dengan inti dan letak cendawan di atasnya.
  5. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak zaitun dan goreng peria sehingga kekuningan. Terbalikkan.
  6. Dengan hanya menggunakan baki minyak pada pan, sautéed cendawan dan taugeh kemudian perisakan dengan garam dan jus limau. Hidangkan bersama peria sumbat.

Resepi Peria Masak Ikan Tausi

peria masak ikan tausi

Peria Masak Ikan Tausi: Sumber Lucy

Bahan-bahan Peria Masak Ikan Tausi:

  • 1 biji peria
  • 2 biji bawang merah
  • 3 batang cili (optional)
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tin Ikan tausi
  • 1 tbs minyak masak

Cara-cara:

  1. Hiris peria, cili dan bawah merah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris. Masukkan garam dan gula dan gaul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan ikan tausi dalam tin dan gaul sebati.
  4. Siap untuk dihidang.

Resepi Serunding Peria

serunding peria

Serunding Peria: Sumber Saniah Maksin

Bahan-bahan Serunding Peria:

  • 2 bji peria – kalau nk banyak tmbh peria.
  • lada putih
  • bilis
  • bawang merah dan putih

Cara-cara:

  1. Hiris nipis peria. Ramas-ramas dengan garam untuk hilangkan rasa pahit. Cuci dan toskan.
  2. Panaskn minyak. Goreng peria hingga garing.
  3. Bila dah abis semua peria digoreng, ketepikan.
  4. Goreng bilis hingga garing, ketepikan
  5. Goreng bawang merah dan putih, lada putih hingga garing.
  6. Bila dah garing, masukkn bilis dan peria yang dah di goreng tadi. Gaul sebati.
  7. Toskan peria tadi. Baru tabur garam dan sebatikan.

Resepi Ulam Peria

ulam peria

Ulam Peria: Sumber Nor Ariffin

Bahan-bahan Ulam Peria:

  • 2 biji peria hiris nipis-nipis
  • 1 biji bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 1 senduk bilis*
  • 4 biji cili padi*
  • Sedikit air dan garam

Cara-cara:

  1. Hiris nipis-nipis peria, rendam sekejab dalam air garam dan toskan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, bilis dan cili api.
  3. Tumis bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga naik bau, masukkan peria dan sedikit air.
  4. Kacau sekata dah layu sikit boleh lah tutup api. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba. 

Resepi Kerabu Peria

Kerabu Peria: Sumber Fauziah GeeHut

Bahan-bahan Kerabu Peria:

  • 4-5 biji Peria katak
  • 3 ekor ikan selayang
  • 2 ulas bawang merah*
  • 6-10 biji cili padi*
  • 2 batang bunga kantan*
  • 1 biji tomato – buang bijinya*
  • 2 tangkai daun ketumbar*
  • 1 biji Limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Hiris nipis peria katak dan celur sekejap dengan air bercampur garam. Kemudian toskan.
  2. Hiris semua bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Sementara itu, rebus ikan sehingga masak dan kemudian buang tulang nya. Ambil isi ikan dan hancurkan.

  1. Hiris nipis peria katak dan celur sekejap dengan air bercampur garam. Kemudian toskan.
  2. Hiris semua bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Sementara itu, rebus ikan sehingga masak dan kemudian buang tulang nya. Ambil isi ikan dan hancurkan.
  4. Masukkan semua bahan hiris dan isi ikan ke dalam mangkuk, tambahkan garam, gula dan air limau nipis dan gaul rata.

Resepi Umai Ikan Tenggiri dan Peria

Umai Ikan Tenggiri dan Peria: Sumber Hani Shaimi

Bahan-bahan Umai Ikan Tenggiri dan Peria:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • Setengah bj peria
  • Cili padi – hiris
  • Bawang merah – hiris
  • Limau kasturi
  • Sedikit halia – hiris halus
  • Daun ketumbar
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Ambil isi ikan tenggiri. Cincang sedikit.
  2. Perah air limau kasturi dan letak cuka. Ketepikan sebentar hingga isi ikan masak dgn proses air limau dan cuka.
  3. Isi ikan yang telah masak.
  4. Tambah bawang, cili, halia, peria, garam dan gula, daun ketumbar ke dalam ikan yang telah masak tadi.
  5. Gaul rata dan sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

Penutup

Peria sangat bagus untuk kesihatan. Peria sememangnya pahit dimakan, tetapi, kalau goreng, memang semua orang suka. Kalau kena caranya, pahit peria dapat dihilangkan. Memang puas hati jika anda ikut resepi dan tips yang telah disertakan diatas. Senang nak masak. Lagi-lagi peria goreng, ranggup rasanya dan sedap dimakan begitu sahaja. Anda oleh juga cuba Resepi Ayam Masak Merah, simple dan sedap. Jika teringin nak makan manis, Resepi Puding Viral patut anda cuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.