fbpx

5 Resipi Ayam Masak Merah yang Simple dan Sedap

0

Kali ini pula mari kita lihat cara untuk masak ayam merah yang sedap dan simple. Kebanyakan orang dewasa dan kanak-kanak memang sukakan ayam masak merah atau dikenali dengan ayam pedas. Kebanyakan kenduri juga sering membuat ayam masak merah ini sebagai juadah untuk tetamu kerana ia sedap dan senang untuk dibuat berbanding lauk-pauk yang lain.  Jadi mari kita lihat cara untuk memasak ayam pedas yang sedap dan menarik. 

ayam masak merah

Resipi 1

Bahan-Bahan :

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

Bahan Kisar :

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias :

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara Penyediaan :

  • Bersih ayam.
  • Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.
  • Goreng sehingga 2/3 masak
  • Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.
  • Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato.
  • Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat.
  • Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  • Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias.
  • Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Resipi 2

Iklan

Bahan-Bahan : 

  • 1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato - belah
  • 4 Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa - saya tambah
  • Minyak utk menumis
  • Kacang peas - opsyenal

Bahan Kisar :

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan-Bahan Hiris:

  • 3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia - hiris jadi 3 keping


Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata
  • Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
  • Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
  • Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Resipi 3 

Bahan-Bahan :

  • Setengah Ekor Ayam
  • Kunyit
  • Garam

Bahan Kisar :

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Tumis :

  • ​1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • stgh cawan cili sos
  • 1 sudu besar garam
  • tomato
  • kacang peas
  • 1 cawan air
  • setengah cawan susu lemak marigold hl


Cara Penyediaan :

  • Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  • Goreng separuh masak dan angkat.
  • Kurangkan minyak dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang.
  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan cili sos dan garam.
  • Masukkan air dan biar mendidih.
  • Masukkan susu dan kacau.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.
  • Masukkan kacang peas dan tomato. Masak hingga lembut. Siap untuk dihidang!

Resipi 4

Bahan-Bahan : 

  • 1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
    (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
  • 3 biji bawang besar (size besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • (Blend semua bahan bertanda *)
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan :

  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
  • Masukkan serai.tumis sekejap.
  • Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
  • Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.

Resipi 5

Bahan-Bahan :

  • 6 ketul ayam
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • Air asam jawa/asam keping(terpulang nak letak atau tak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • Sehelai daun pandai(ikat simpul)
  • Bunga lawang
  • bunga cengkih
  • kulit kayu manis dan buah pelaga
  • Serai(dititik)

Bahan kisar : 

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • Seinci halia

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dan tumis bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelage dan serai serta bahan yang di kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan cili kering, sedikit air, sos cili dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
  • Bila dah agak pecah minyak masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan daun pandan. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Siap untuk di hidang.

Nahh itu dia resepi-resepi cara untuk memasak ayam merah dengan mudah , sedap dan lazat. Maka tiada alasan lagi untuk anda mengelak daripada memasak kerana ia nya cukup simple. Memasak ini memerlukan kerajinan sahaja. Tak sedap tak apa kerana permulaan belajar. Lama-lama okay laa kan.. Jadi selamat mencuba.  

Leave A Reply

Your email address will not be published.