fbpx

11 Resepi Laksa Sedap dan Mudah (Perang Laksa, Nak Guna Jenis Ikan Apa?)

0

Saya nak kongsi resepi Laksa Sedap & Mudah. Penangan perang laksa menjadikan resepi laksa viral. Sebenarnya, rahsia laksa sedap adalah penggunaan jenis ikan yang mempengaruhi rasa laksa. Kepekatan laksa bergantung pada cita rasa masing-masing.

Sebagaimana viral perang laksa, ikan apa pun boleh digunakan. Jika dilihat dari resepi yang dikongsikan, ikan merupakan satu bahan yang digunakan dalam membuat kuah laksa. Menariknya, ada beberapa resepi ‘Laksa Sedap dan Mudah’ yang menggunakan bahan basah seperti udang dan ayam. Apapun, mengikut selera masing-masing dalam menggunakan bahan yang ada, jika tiada ikan segar, ikan sardin dalam tin pun boleh digunakan.

Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap / Asam Laksa

laksa penang che nom/asam laksa

Laksa Penang : Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk direbus:

  • 1 kg ikan kembung
  • 5 keping asam keping
  • air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A):

  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • cili padi, buang tangkai
  • 25 biji cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan kisar (B):

  • isi ikan kembung
  • air rebusan ikan kembung
  • asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C):

  • isi ikan sardin tin, dari 1 tin kecil
  • sedikit air

Bahan-bahan kisar (D):

  • tulang ikan kembung
  • sedikit air

Bahan-bahan kisar (E):

  • 1/2 biji nenas
  • sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah:

  • 1/2 liter air
  • bahan-bahan kisar A,B,C,D,E (seperti di atas)
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar petis
  • garam secukup rasa
  • 1 ketul kecil gula melaka, secukup rasa

Bahan-bahan untuk laksa:

  • 1 pek laksa kering
  • air secukupnya

Bahan-bahan untuk condiment/taburan atas laksa:

  • daun salad
  • daun selom
  • timun
  • bawang besar
  • cili padi
  • cili merah
  • limau nipis
  • nenas
  • telur rebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-cara untuk rebus laksa:

  1. Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
  2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.

Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:

  1. Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
  2. Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
  3. Potong limau nipis.
  4. Laksa sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Kalau nak guna ikan selayang segar, atau ikan parang sebagai ganti pun boleh.
  • Jangan letak gula banyak sangat sebab kita tak nak kuah laksa yg manis. Cukup sekadar imbangkan rasa kuah.
  • Boleh bilas sikit laksa yang sudah direbus denga air sejuk supaya hilang kanji laksa dan tidak lembik bila dihidangkan.

Resepi Laksa Johor Sedap

laksa johor che nom

Laksa Johor: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • Santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam

Bahan-bahan untuk stock udang:

  • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk kisar halus (A):

  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai, hiris nipis
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan-bahan untuk kisar halus (B):

  • isi udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  • isi ikan rebus (dari bahan atas)

Bahan-bahan untuk spaghetti:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak

Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:

  • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  • taugeh, buang ekor
  • daun kesum, hiris nipis
  • kacang panjang, hiris dadu
  • bawang besar, hiris nipis
  • limau kasturi
  • lobak masin,celur dan rincik halus
  • bunga kantan, hiris nipis
  • daun selasih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk sambal belacan:

  • 6-8 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan bakar, sebesar ibu jari
  • air perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara untuk stok udang:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya.

Cara-cara untuk spaghetti:

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Cara-cara untuk kuah laksa:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
  2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
  5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
  6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan

Cara-cara untuk sambal belacan:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.
  • Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Resepi Laksa Sarawak Original Asli

laksa sarawak

Laksa Sarawak: Sumber emajalah2u

Bahan-bahan Pes laksa Sarawak (anggaran 200g):

  • Sedikit minyak menumis
  • Sedikit garam
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/4 cawan bijan – goreng tanpa minyak
  • 1/4 cawan kacang tanah – goreng
  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci lengkuas
  • 2-3 batang serai

Cara-cara membuat pes laksa Sarawak:

  1. Pertama, kisarkan bawang merah,bawang putih,cili kering,lengkuas,buah keras,serai,dan belacan bakar sehingga lumat.
  2. Kedua, tumbuk halus atau kisar jintan manis, jintan putih, kacang tanahketumbar dan bijan lalu dicampurkan dalam bahan yang dikisar tadi.
  3. Ketiga, panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tadi sehingga warna kelihatan keperang-perangan. Tambahkan gula & garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Terakhir, simpan di dalam bekas yang bertutup dan letakkan dalam peti ais jika ingin menyimpan pes lebih lama untuk kegunaan lain hari.

Bahan-bahan Laksa Sarawak: *(anggaran 6-7 orang makan).

  • 4 biji telur goreng dadar – dihiris halus
  • 1 bungkus bihun – siap direndam & dicelur
  • 1/2 kilo udang basah
  • Isi ayam – direbus dan dicarik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 200-250 ml santan pekat
  • 200 gram pes atau perencah laksa
  • 2 batang serai – diketuk
  • taugeh – dicelur
  • sedikit daun ketumbar – dicarik
  • limau kasturi – belah dua

Cara-cara penyediaan Laksa Sarawak:

  1. Mula-mula, jerangkan air sebanyak 2litre ke dalam satu periuk. Masukkan udang yang dibersihkan bersama serai dan rebus sehingga udang masak.
  2. Kemudian, toskan udang setelah udang masak. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang dan kacau menggunakan api perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan santan dengan secubit garam dan gula mengikut citarasa. Biarkan sehingga masak.
  4. Akhir sekali, masukkan bihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan hiasan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, dan isi ayam. Tuangkan kuah ke atas bihun dan hidangkan sementara masih panas.
  5. Laksa sarawak enak dimakan bersama sambal udang kering yang pedas dan pekat.

Bahan-bahan Sambal udang kering:

  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 4-5 sudu makan cili kisar secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula penambah rasa
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)

Cara mudah menumis sambal udang kering:

  1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Letakkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan air asam jawa sedikit-sedikit.
  3. Kacau sehingga pekat.

Resepi Laksa Utara Che Nom

laksa utara che nom

Laksa Utara: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • 1 kg ikan kembung
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping
  • gula dan garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 50g ikan bilis, rendam seketika
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan:

  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

Cara penyediaan:

  1. Rendam laksa kering dan kemudian rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
  3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
  4. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan hiasan.

Resepi Laksa Terengganu Kuah Merah & Kuah Putih

LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

laksa terengganu kuah merah

Laksa Terengganu Kuah Merah: Sumber Blog Pustaka Resepi

Bahan-bahan Laksa Terengganu Kuah Merah:

  • Laksa putih
  • Ulaman (Daun serai kayu, timun, kubis, taugeh, kacang panjang) * pilihan ulaman bergantung kepada selera masing-masing.

Bahan untuk Kuah Merah:

  • Ikan direbus dan ditumbuk atau diblender
  • Santan
  • Kerisik
  • Cili boh atau lada giling
  • Belacan
  • Garam
  • Gula melaka atau nisan (dalam dialek Terengganu)
  • Air rebusan ikan
  • Air secukupnya

Bahan yang di blender:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas hidup
  • Kunyit hidup

Cara membuatnya:

  1. Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
  2. Ambil isi saja dan tumbuk sehingga hancur.
  3. Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan.
  6. Masak sehingga pecah minyak.
  7. Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.

LAKSA TERENGGANU KUAH PUTIH

laksa terengganu kuah putih

Laksa Terengganu Kuah Putih: Sumber Coretan Dari Dapur

Bahan-bahan Laksa Kuah Putih:

  • 8 ekor @ 800g ikan selayang
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 in halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
  • 2 keping asam gelugur sedikit garam

Cara membuat kuah:

  1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
  2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
  4. Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:

  • Daun kesum secukupnya dimayang halus
  • Kacang panjang secukupnya dimayang
  • Kubis diracik halus
  • Timun dimayang
  • Daun kemangi – buang tangkai
  • Taugeh – buang ekor

Sambal Belacan:

  • Cili kering rebus dan toskan
  • Belacan – tumbuk atau mesin
  • Sedikit Garam

Resepi Laksam Sedap Che Nom

Laksam : Sumber Che Nom

Bahan untuk kuah laksam:

  • 1/2 kg ikan
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 3 keping asam jawa
  • seketul gula melaka
  • pati santan dari 1 biji kelapa

Bahan untuk laksa kukus:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk sambal belacan:

  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji jus perahan limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk ulam-ulaman:

  • kacang panjang
  • bunga kantan
  • timun
  • daun kesum
  • taugeh
  • bawang besar
  • limau kasturi
  • kubis

Cara-cara penyediaan kuah laksam:

  1. Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
  2. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
  3. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
  4. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
  5. Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
  6. Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman

Cara untuk laksa kukus:

  1. Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
  2. Satukan tepung bersama garam.
  3. Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
  4. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
  5. Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
  6. Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
  7. Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

Cara untuk sambal belacan:

  1. Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa

Cara untuk ulam ulaman:

  1. Hiris halus kesemua bahan ulam.

Resepi Laksa Siam

laksa siam

Laksa Siam: Sumber Dari Dapur

Bahan Laksa Siam:

  • 1 paket laksa halus pilihan anda

Bahan Kuah Laksa Siam:

  • 500 gram ikan kembung
  • 500 gram ikan selayang
  • 9 ulas bawang merah siam saiz 20 sen baru*
  • 4-5 ulas bawang putih *
  • 3 batang serai saiz kecil*
  • 2 inci kunyit hidup *
  • 2-3 sudu makan cili kisar *
  • 5 tangkai cili hijau besar *
  • 3 tangkai cili merah besar *
  • 9 tangkai cili api hijau *
  • 7 tangkai cili api merah *
  • 2 inci belacan bakar *
  • 2 batang akar ketumbar *
  • 1 inci lengkuas dihiris nipis
  • 1 liter santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula merah/gula melaka/gula putih secukupnya
  • 2 liter air 2 helai daun limau purut
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga kantan dibelah 4

Bahan ulam Laksa Siam:

  • Daun Selasih
  • Daun Pudina
  • Bunga kantan
  • Kacang panjang
  • Taugeh (buang ekor)
  • Timun (hiris halus)
  • Limau kasturi
  • Cili Padi

Untuk ulam, kuantiti sukatan jangan lah terlalu banyak. Cukup dengan sedikit – sedikit untuk setiap ulam-ulaman. Nanti bila dah bercampur, ianya akan jadi banyak juga.

Cara Buat Resepi Laksa Siam Sedap :

  1. Rendam 3-4 jam laksa atau nak senang, semalaman. Didihkan air dengan sedikit garam, masukkan laksa yang siap ditos hingga lembut. Terus siram dengan air dan tos. Ketepikan. Rebus ikan dengan 1-2 keping asam gelugor, sedikit air, garam dan gula melaka. Biarkan masak. Bila dah sejuk sedikit, asingkamn isi ikan dan tulang. Anda boleh lenyek atau kisar kasar isi ikan. Tulang ikan kita tak guna. Untuk elakkan kuah laksa siam daripada menjadi gelap.
  2. Kisar bahan bertanda * . Didihkan santan sederhana pekat bersama bahan kisar , hirisan lengkuas, asam keping/gelugor dan bungan kantan yang dibelah 4 tadi. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Bila dah mendidih, masukkan daun limau purut, isi ikan kisar,daun kesum dan perasakan dengan garam serta gula pilihan dan baki air dari 2 liter air tadi.Nak sedap gunalah gula melaka. Jangan lupa keluarkan asam keping untuk elakkan rasa masam berlebihan. Masak dengan api sederhana kecil dan biarkan hingga bahan layu. Dah siap. Tutup api.
  3. Sementara memasak kuah laksa siam tadi, eloklah siapkan ulam dan hiris seperti dalam gambar. Senang kan. Boleh dimakan dah.

Resepi Laksa D’Laksa / Laksa Ah Cheng

Laksa D’Laksa: Sumber Website Pengantin

Bahan-bahan:

  • Sardin 2 tin kecil (1 tin kisar, 1 tin lenyek kasar)
  • Pes asam pedas adabi
  • Bawang besar
  • Bawang holland setengah biji
  • Asam keping
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bebola ikan
  • Laksa basah

Cara penyediaan:

  1. Kisar satu tin sardin, pes asam pedas, bawang dan belacan. Tips nak lagi power, boleh juga kisar sekali dengan nenas.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan masukkan air. Reneh ikut kepekatan kuah yang disukai. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan juga sos atau kuah sardin mengikut selera masing-masing. Kalau suka rasa ikan yang kuat, boleh masukkan semua. Cuba masukkan sedikit demi sedikit dahulu, takut hanyir.
  4. Akhir sekali, masukkan bebola ikan. Petis udang terpulang mengikut selera. Nak masukkan nanas dan daun pudina pun boleh.

Resepi Laksa Singapura

gapura

Laksa Singapura: Sumber Resepi Pn Asmah Laili

Bahan-bahan:

  • 2 kg mi laksa – dicelur dan toskan
  • 3 tangkai daun kesum – dicuci bersih dan dirampai
  • 3 tangkai daun selasih – dicuci bersih dan dirampai
  • 300 gm taugeh – boleh celur atau dimakan mentah
  • 3 biji timun – di hiris halus lidi mancis

Bahan-bahan kuah:

  • 1 ekor ikan parang – boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
  • 20 tangkai cili kering – direndam dan dikisar
  • 6 batang serai – dikisar2 cm lengkuas – dikisar
  • 10 ulas bawang putih – dikisar (ita kurangkan)
  • 4 biji bawang besar – dikisar (ita guna bawang merah)
  • 1/2 biji kelapa parut – dijadikan kerisik
  • 2 biji kelapa parut putih – ambil santannyer
  • 1.25 liter air
  • 8 sudu makan rempah kari ikan
  • 150 gm asam jawa – ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
  • 250 gm ikan kering kurau – diambil isinyer dan direndam hingga lembut
  • 125 ml minyal masak – utk menumis sedikit garam dan gula.
  • Sedikit belacan
  • 1 kiub ikan bilis

Bahan-bahan Sambal Belacan:

  • 30 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu makan penuh belacan bakar
  • 1 biji limau kasturi 

Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk membuat kuahnya, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan.
  2. Kukus ikan bersama serai. Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinya.
  3. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
  4. Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanya. Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. Gaul hingga sebati dan tutup periuk sebentar.
  5. Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. Biarkan mendidih sekali lagi. Setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnya naik minyak.
  6. Perlahan-lahan dengan menggunakan senduk, keluarkan minyak yang terdapat di permukaan kuah dan buang.
  7. Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yang lain.

Resepi Laksa Lemak (NYONYA)

Laksa Lemak (Nyonya) : Sumber En Rozzan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan cili kering kisar (15-20 tangkai)
  • 1 sudu besar belacan
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 hiris lengkuas (kira-kira 1 inci)
  • 2 inci kunyit hidup (atau 3 sudu teh kunyit serbuk)
  • 3 sudu besar (bumbung) ketumbar serbuk
  • 2 btg serai (dititik)

(Kisar semua bahan di atas sehingga halus kecuali serai)

  • 500 gm udang (saiz sederhana)
  • 750 ml air (3 cawan) – utk merebus udang
  • ½ hingga ¾ cawan minyak masak (utk menumis)
  • ½ cawan udang kering (direndam)
  • 1000 ml air (4 cawan) – utk kuah
  • 1200 ml santan pekat (saya gunakan santan kotak KARA)
  • 1 sudu besar garam (atau secukup rasa)
  • 2 sudu besar gula (atau ikut citarasa) secukup tahu pok (tahu kering)
  • 1 ½ kg mee laksa (dicelur)
  • 500 gm taugeh (dicelur)
  • 4 keping fish cake (atau ikut rasa) – dihiris secukup bebola ikan (kalau suka)
  • 1 batang timun (di hiris)
  • 1 cawan daun kesum (dihiris halus)
  • 10 biji telur (direbus)

Sambal:

  • Sambal ½ cawan cili kering kisar
  • 15-20 btg cili padi (kisar)
  • sedikit belacan
  • sedikit garam.

Satukan semua bahan dan masak sebentar di atas api sehingga ia pekat.

Cara penyediaan:

  1. Didihkan 3 cawan air tadi dan masukkan udang. Kacau sebentar sehingga udang bertukar warna kepada merah/pink.  Keluarkankan udang dan buanglah kulit dan kepalanya bila sejuk. Air rebusan tadi diketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar bersama serai titik sehingga garing dan naik baunya. Masukkan air rebusan udang sedikit demi sedikit supaya rencah tidakk hangus.
  3. Bila rencah tumis dah garing, bubuh semua lebihan air rebusan udang, 4 cawan air dan santan pekat.  Sentiasa kacau kuahnya agar ia tidak ‘pecah minyak’. Akhir sekali, masukkan bebola ikan, tahu pok, garam dan gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Kecilkan api dan biarkan sebentar sehingga tahu tadi lembut.

Cara Menghidangkan Laksa:

  1. Letak secukupnya mee laksa ke dalam mangkuk.
  2. Hiaskan dengan udang, telur rebus, hirisan fish cake, taugeh, hirisan timun dan daun kesum.
  3. Kemudian, tuangkan kuah laksa lemak secukupnya. Letakkan sambal jika suka.

Resepi Laksa Betawi

Laksa Betawi: Sumber Uda

Bahan-bahan:

  • 4 ketul dada ayam (potong2)
  • 1 cawan udang
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun limau purut / daun salam
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 keping asam keping
  • 1 kiub tapi ayam
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 2 cawan airgaram dan gula secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan yang dimesin:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji buah keras
  • 1  kunyit basah
  • 6 tangkai lada kering yang dah direbus
  • 1 sudu besar ketumbar

Bahan sampingan:

  • mee hoon secukupnya (dicelur)
  • telur rebus
  • taugeh (dicelur)
  • daun selasih / daun kemangi
  • bawang goreng

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, cengkih dan serai. Tumis bahan yang dimesin hingga berubah warna dan wangi.
  2. Masukkan ayam, daun limau, kiub ayam, asam keping, kemudian kacau rata hingga betul2 sebati.
  3. Masukkan air, garam dan gula, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan santan, kecilkan api biarkan mendidih sekali lagi, baru masukkan udang.
  5. Bila rasanya semua dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee hoon dan bahan sampingan yang lain.

Penutup

Resepi Laksa Sedap dan Mudah disediakan. Kami kongsikan untuk memudahkan anda di rumah mencuba beberapa variasi resepi Laksa yang bukan sahaja berasal dari Malaysia, bahkan ada juga resepi laksa viral dari negara Thailand, Singapura dan Indonesia. Resepi Laksa viral ini cukup mudah disediakan dan sedap, dan juga popular dalam kalangan pengemar Laksa.

Tidak ada salahnya kita manfaatkan bahan-bahan yang sudah ada di dapur. Oh YA! Kalau resepi Mee Thai dan Laksa Thai pun menarik untuk dicuba. Kalau rindu nak travel ke Thailand untuk masakan, boleh cuba masak sendiri resepi Masakan Ala Thai. Yang pasti, resepi ini pasti menjadi! Mudah je ikut tips dan cara masakan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.