fbpx

10 Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Mengiurkan

Bagi anda yang suka memasak di rumah, pasti mahu mencari resepi masakan yang mudah dan ringkas untuk dilakukan. Pada masa yang sama mempunyai rasa yang sedap dan menggiurkan bagi memenuhi citarasa semua orang.

Apa kata anda cuba resepi masakan ala Thai yang sememangnya sentiasa menjadi pilihan utama setiap orang. Selain ianya mudah untuk dilakukan, juga mempunyai keenakan yang luar biasa !

1. Ayam Masak Kari Hijau

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 kotak besar santan pekat
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
  • 7 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato
  • 1 batang serai
  • Garam dan gula

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 1 batang serai
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 biji lada hijau
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 inci lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan untuk pes kari hijau sehingga halus.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga naik minyak (lebih kurang 5-6 minit).
  3. Masukkan air kemudian masukkan ayam. Rebus sehingga ayam nampak empuk.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan tomato, daun limau purut, serai, dan jus limau kasturi.
  6. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan selama 10 minit kemudian sedia untuk di hidangkan.

2. Sayur Campur Tom Yam

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • halia
  • 1 biji lobak merah
  • kobis
  • bunga kobis
  • sawi
  • 2 batang serai
  • 5-7 helai daun limau
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • garam, gula dan perasa
  • sedikit isi ayam (dipotong kecil-kecil) *boleh juga digantikan dgn sea food/fish ball atau fish cake
  • 2 biji lada besar (dipotong)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan sedikit air, pes tom yam, serai dan daun limau. Kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan ayam, garam dan gula. Kemudian kacau serata sampai ayam masak.
  4. Masukan lobak, kobis, bunga kobis. Kacau sampai nampak empuk.
  5. Masukkan daun sawi dan sedikit perasa. Kacau lagi hingga rata sampai nampak semua bahan-bahan tersebut dah masak.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

3. Pad Thai Goreng

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 paket mi pad thai direndam dengan air panas
  • 2 biji bawang merah dicincang
  • 10 ekor udang
  • 1 keping tauhu dihiris
  • 2 biji telur
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit gula dan garam
  • 2 sudu makan udang kering direndam sebentar
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan tauhu dan tumis hingga masak.
  3. Tambahkan telur dan biarkan masak seketika. Masukkan udang.
  4. Masukkan mi pad thai ke dalam kuali diikuti dengan sedikit air. Kacau hingga sebati dan mi jadi lembut.
  5. Letakkan sesudu sos ikan, kicap cair, dan air asam jawa. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  6. Tambahkan udang kering dan juga taugeh. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.

4. Tom Yam Kaw

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Pes Tom Yam
  • 2 tangkai serai (ketuk dan hiris menyerong)
  • 2biji tomato
  • Akar dan daun ketumbar
  • Lengkuas (hiris)
  • 6 helai daun limau purut
  • Cili padi (ketuk)
  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Putik jagung
  • Cendawan 
  • Susu cair sejat

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air dan akar ketumbar. Dididhkan
  2. Bila air sudah mendidih, masukkan ayam. Rebuskan sehingga ayam bertukar warna menjadi putih.
  3. Kemudian masukkan serai, cili padi, lengkuas, daun limau purut, carrort.
  4. Masukkan pes tom yam (anggarkan dengan periuk dan air). Kacau hingga sebati
  5. Letak secukup garam dan gula
  6. Masukkan bunga kubis, putik jagung, cendawan. Masak sehingga empuk
  7. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sebati. Terus tutup api.
  8. Akhir sekali tabur daun ketumbar dan sedia untuk dinikamti !

5. Kerabu Suhun

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 paket kecil suhun (rendam dengan air sejuk sehingga lembut)
  • Makanan laut (sotong/udang/kerang)
  • Lobak merah (dipotong halus-halus)
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Daun sup dan daun ketumbar (dihiris halus)
  • Serai (dihiris halus)
  • Serbuk cili
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • Daun limau purut
  • Limau purut
  • *Kalau rajin sikit, boleh goreng kacang tanah tanpa minyak dan dibuang kulitnya untuk dimasukkan dalam kerabu.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak kemudian goreng sotong/udang
  2. Bila dah agak masak masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga sebati.
  3. Kecilkan api, masukkan suhun yang dah direndam kemudian lobak merah, bawang merah, bawang putih yang telah dihiris dan tomato yang dipotong memanjang dan dibuang biji.
  4. Masukkan sos ikan dan perahan limau purut, serbuk cili dan garam secukup rasa.
  5. Taburkan daun sup, daun ketumbar dan kacang tanah yang digoreng. Gaulkan sampai rata dan sedia untuk dinikmati.

6. Som Tam

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 biji betik separuh masak (diparut)
  • 1 batang carrot (diparut)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong ½ inci)
  • 2biji tomato (dilecek)
  • 2 sudu besar udang kering (dibersihkan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 6biji cili padi
  • 1biji limau nipis (diperahkan)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ¼ cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar gula thai/ gula melaka/ gula biasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu
  2. Masukkan gula, sos ikan, udang kering dan air perahan limau. Tumbuk sedikit
  3. Masukkan tomato, betik, carrot dan kacang panjang. Gaulkan sampai rata bersama bahan tumbuk tersebut.
  4. Taburkan kacang tanah dan siap untuk dihidangkan !

7. Ayam Masak Serai

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong 6 bahagaian)
  • 6 batang serai (ditumbuk)
  • 2 keping asam keping
  • Garam 
  • Serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • 20 tangkai lada kering - dibuang biji dan direbus

Cara Penyediaan:

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. 
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak kemudian goreng ayam tersebut separuh masak. Angkat dan toskan sekejap minyak.
  3. Kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering sekaligus.
  4. Tumiskan bahan kisar tersebut sehingga garing kemudian masukkan serai. Goreng sehingga masak
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping.
  6. Goreng lagi bersama serai sehingga serai itu kering dan pecah minyak.
  7. Kemudian angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.

8. Pad Kra Phaw

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam (cincang sampai halus) *boleh digantikan dengan ayam kisar
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4biji cili api (dicincang)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar kicap manis
  • ½ sudu besar gula
  • ½ sudu besar kicap cair
  • Sedikit air
  • 1 genggam daun selasih (thai basil)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, letakkan minyak kemudian tumis bawang putih dan cili api yang dicincang sehingga naik bau
  2. Masukkan ayam kemudian sos tiram, kicap manis, dan kicap cair. Kacau sehingga rata
  3. Letakkan sedikit air *sekiranya kering dan pastikan masak ayam hingga mengecut.
  4. Padamkan api dan masukkan daun thai selasih
  5. Sedia dihidangkan *jika nak lagi sedap, goreng telur mata dan hidangkan bersama

9. Nasi Goreng Paprik

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • 2biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 5 biji cili merah
  • 5 helai daun limau
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Gula dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau
  2. Masukkan ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis. Kacau sampai sebati
  3. Masukkan sedikit air *jika mahu berkuah
  4. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
  5. Masukkan bunga kobis, kacang panjang. Kacau sampai rata
  6. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung *jika hendak pekat
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. (*boleh goreng telur mata untuk jadikan laut sampingan)

10. Ayam Phat Phet

Resepi Masakan Ala Thai yang Mudah dan Lazat

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor (dipotong kecil)
  • 7 ulas Bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu serbuk kunyit)
  • 5 batang serai
  • 10 biji Cili padi hijau/ merah
  • Daun limau purut (5 helai)
  • Asam (3 keping)
  • 1 labu bawang besar (dipotong menyerong)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong ½)
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kunyit, serai, cili padi dan daun limau purut. (Kisarkan sekaligus)
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan kacang panjang dan kacau sampai rata.
  3. Masukkan ayam. Gaul hingga serata.
  4. Masukkan asam keping, garam dan gula. Masukkan juga daun limau purut.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar. Goreng sampai rata
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Leave A Reply

Your email address will not be published.