Pulau Pinang antara salah satu lokasi paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia.
Negeri ini menjadi tumpuan pelancong luar atau tempatan kerana terkenal dengan tempat bersejarah, kaya dengan keindahan flora dan fauna malah dikatakan sebagai “syurga makanan”.
Begitu juga, bandaraya Georgetown di Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO kerana mempunyai daya tarikan luar biasa yang merangkumi 3 aspek utama iaitu makanan, seni bangunan dan jalanan .
Negeri ini juga telah tersenarai dalam destinasi yang wajib dilawati oleh CNN, Los Angelas Times dan Forbes.
Jika anda merancang untuk bercuti, Pulau Pinang adalah tempat yang patut anda lawati kerana mempunyai banyak lokasi yang menarik untuk dikunjungi yang akan di kongsikan di sini.
1. Penang Hill
Penang Hill atau dikenali sebagai bukit bendera ini adalah tempat paling sinonim dikunjungi pelancong kerana menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna serta memiliki pemandangan yang indah.
Antara tempat paling menarik yang selalu dikunjungi pelancong ialah The Sky Walk. Di sini anda berkesempatan untuk menyaksikan pemandangan di atas bukit yang dibentangkan dengan pemandangan laut yang indah.
Selain itu, anda boleh menikmati udara yang segar serta dapat melihat seluruh bandar Pulau Pinang.
Love Lock atau terkenal dengan jambatan cinta juga menjadi tumpuan pengunjung terutamanya remaja kerana di sini boleh letak kunci berbentuk ‘love’ di pagar.
Lokasi: 11500 Bukit Bendera, Penang
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 a.m - 10.00 p.m)
2. Pasar Malam Batu Feringghi
Salah satu lokasi yang digemari pelancong kerana terletak tidak jauh daripada pantai serta mempunyai banyak pilihan barangan cenderamata untuk dibawa pulang.
Antara jenis-jenis barang yang terdapat di sini ialah seperti kekunci, pakaian, barangan kraf serta pelbagai pilihan barangan untuk aksesori lelaki dan wanita. Rata-rata pengunjung akan ke sini untuk membeli barangan tersebut.
Apa paling best di sini, anda boleh tawar menawar dengan penjual untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah.
Selain itu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang membolehkan anda menikmati waktu malam dengan makan-makan, cuci mata atau bershopping di sini.
Lokasi: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 p.m)
3. Penang Street Art
Seperti yang diketahui, Pulau Pinang merupakan destinasi yang diiktiraf oleh UNESCO kerana tarikannya yang cukup luar biasa.
Menempatkan banyak bangunan bersejarah sehingga menghasilkan seni bina reka bentuk bangunan yang mengagumkan.
Penang Street Art juga menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung yang mana menghasilkan banyak lukisan mural yang kreatif.
Kebanyakan lukisan yang terdapat di sini menggambarkan personaliti kebudayaan di Penang dari sudut yang berbeza.
Jika dilihat, setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maknanya tersendiri. Lukisan-lukisan moral ini dihasilkan oleh pelukis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic pada suatu ketika dahulu.
Tempat ini menjadi tempat paling terkenal untuk berswafoto dikalangan penduduk mahupun pelancong untuk dijadikan sebagai kenangan
Alamat: 316, Beach Street Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
4. Tokong Ular
Tokong Ular merupakan kuil ular yang dibina oleh seorang sami buddha bernama Chor Soo Kong pada tahun 1850 yang dikatakan pandai mengubat penyakit serta memberi pelindungan kepada ular.
Tempat ini dipenuhi dengan asap colok dan ular tedung yang menjadi tumpuan khususnya pemain ular.
Tempat ini juga dikatakan tidak berbahaya kerana ular-ular tersebut dibuang kelenjar-kelenjar bisa yang mana hanya mengekalkan taring ular sahaja.
Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk beraksi dengan ular atau sebagai pusat penyembahan dewa dan dewi penganut agama buddha.
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas Industrial Park, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (6.30pm -12.30pm)
5. Padang Kota Lama
Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British.
Struktur bangunan sekitar Padang Kota Lama juga unik yang dipengaruhi unsur senibina british terutamanya bangunan Fort Cornwallis.
Selain itu, kawasan ini sangat strategik kerana berhampiran dengan laut bertembokkan konkrit sering menjadi perhatian pelancong untuk berehat sambil bergambar dengan menikmati angin sepoi-sepoi pantai.
Medan selera Renong di Padang Kota Lama juga tetap menjadi lokasi wajib dikunjungi para pelancong kerana pelbagai makanan yang enak dan viral dijual di sini seperti Pasembor, Tom Yam Narathiwat, mee sotong dan banyak lagi !
Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah and Esplanade Road; George Town, Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 24 Jam
6. Pantai Batu Feringghi
Pantai Batu Feringghi merupakan destinasi paling popular dikunjungi pelancong terutamanya pelancong asing.
Pantai peranginan ini mempunyai banyak aktiviti untuk diterokai bersama seisi keluarga seperti berkelah atau bersantai sambil melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam.
Selain itu, pelbagai permainan yang ditawarkan disini untuk dijadikan aktiviti sukan bersama keluarga seperti bermain jetski, banana boat, parasailing dan sebagainya.
Sekiranya anda berbulan madu di Penang, terdapat beberapa hotel yang menarik sebagai destinasi penginapan anda seperti Hard Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel Penang, Golden Sands Resort Hotel Penang dan sebagainya.
Hotel-hotel tersebut ini berhampiran dengan Pantai Batu Ferinnghi yang semestinya mempunyai pemandangan yang indah serta pelbagai restoran yang enak boleh didapati di sini.
Alamat: Batu Ferinnghi, 111000 Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
7. Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah persisiran pantai Pulau Pinang yang dahulu dikenali Hutan Simpan Acheh.
Taman Negara Pulau Pinang sangat menarik dan merupakan salah satu tumpuan para pelancong kerana ia menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui yang hampir pupus serta mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.
Pengunjung juga berpeluang mendalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir, pantai berbatu sehingga dataran lumpur, paya bakau dan hutan hujan tropika.
Pelbagai aktiviti yang turut disediakan di sini secara percuma seperti aktiviti perkhemahan, mendaki bukit, memancing, berkelah dan sebagainya.
Antara aktiviti yang paling menarik anda boleh didapati di sini ialah menyusuri pantai dengan menaiki bot, mendaki tangga ke rumah api dengan menikmati panorama pantai, melawat pelbagai spesis penyu di Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan.
Alamat: Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 a.m - 5.00 p.m)
8. Taman Botani Pulau Pinang
Taman Botani Pulau Pinang adalah sebuah tempat rekreasi dan tempat untuk beriadah utama di Georgetown.
Taman ini merupakan Taman Botani yang terpenting di Malaysia kerana menyimpan pelbagai khazanah semulajadi.
Selain itu, pemandangan yang cantik sambil dapat menghirup udara yang segar paling disukai pengunjung di sini.
Antara tempat yang menarik untuk dilawati dalam taman ini ialah Kolam Lili, Taman Formal, Rumah Pokok Perdana, Denai Hutan Hujan Tropika, Rumah Paku Pakis, Taman Rekreasi Kuari, Pusat Hortikultur, Nurseri, Rumah Kaktus dan Rumah Orkid.
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 Georgetown, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin- Ahad (5.00 a.m -10.00 p.m)
9. Lorong Kulit
Lorong Kulit adalah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Penang yang beroperasi pada setiap hari.
Pelbagai jenis barangan yang dijual di sini daripada jenis barang pasar malam sehingga jenis barangan antik.
Bagi anda yang mahu mencari sesuatu yang bernilai atau suka kumpul barangan lampau, tempat ini menjadi pilihan untuk anda terokai pelbagai barangan antik seperti duit-duit lama, setem, cincin, tongkat, radio dan banyak lagi !
Barangan pasar malam seperti baju, tudung, barang bundle juga terdapat di sini yang boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan.
Alamat:10460 Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 a.m -1.00 p.m)
10. Saanen Dairy Goat Farm
Saanen Dairy Goat Farm adalah sebuah tempat penternakan kambing yang berasal dari Switzerland.
Kawasan ini mempunyai keluasan kira-kira 3 ekar besar yang dikelilingi oleh pokok, buah-buahan dan haiwan peliharaan yang lain.
Di sini anda boleh belajar tentang ilmu penternakan kambing, memberi makan kepada kambing, serta menikmati susu kambing yang segar.
Tempat ini menjadi persinggahan kepada pelajar untuk melawat sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau universiti. Selain itu, pengunjung juga dapat membeli produk yang berkhasiat yang dihasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt, jelly kambing.
Alamat: 298 Mukim 1 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Penang
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 a.m- 5.00 p.m)
11. Design Village
Design Village merupakan sebuah kompleks membeli belah yang mempunyai bangunan satu tingkat.
Walaupun bangunannya hanyalah satu tingkat, tetapi ia menawarkan pelbagai jenis barangan branded yang murah pasti membuat anda rambang mata.
Kalau hendak ke Pulau Pinang dan tujuan hendak membeli belah, di sinilah tempatnya kerana semua barang di sini mempunyai potongan harga yang istimewa yang jarang ditawarkan di tempat lain.
Memang dikatakan tempat ini sesuai bagi sesiapa yang menggemari barangan branded seperti Gucchi, Levi’s, Louis Vuitton dan lain-lain lagi.
Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110, Penang
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (11.30 a.m-9.30 p.m)
12. Taman Belia
Taman belia atau lebih dikenali Penang Municipal Park adalah sebuah tempat yang sesuai untuk beribadah bersama seisi keluarga.
Dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang renek yang mana kawasan ini sangat teduh dan nyaman.
Dilengkapi dengan kemudahan asas yang sentiasa dijaga rapi serta menyediakan kawasan tempat kereta yang mencukupi demi keselesaan pengunjung.
Terdapat 3 kolam renang di sini secara percuma, selain itu, pengunjung juga bebas melakukan aktiviti riadah seperti berjogging, senamrobik dan juga pelbagai aktiviti lasak sambil menghirup udara yang segar.
Tempat ini memang menarik, selain dapat menghirup udara yang segar, anda juga dapat melihat keindahan tumbuhan hijau.
Alamat: Taman Perbandaran Pulau Pinang, Persiaran Kuari, 10450 Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 a.m - 5.30 p.m)
13. Rumah P.Ramlee
Rumah P.Ramlee di Penang adalah rumah asal didiami seniman ini sejak kecil lagi.
Memang tidak dinafikan rumah beliau sangat unik yang mempunyai senibina melayu klasik.
Selain itu, terdapat juga barang peninggalan beliau seperti peralatan muzik, gambar-gambar, pakaian-pakaian beliau yang menjadi Galeri barangan hak milik beliau.
Jika anda kesini, dendangan muzik lagu beliau dimainkan tanpa henti untuk memperingati jasa beliau kepada industri muzik dan filem tanah air.
Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30 - 9.00 a.m)
14. Taman Rimba Teluk Bahang
Taman Rimba Teluk Bahang adalah sebuah pusat rekreasi yang berstatus hutan lipur kerana menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna.
Taman ini menjadi lokasi perkelahan, bersantai dan mandi-manda penduduk berdekatan sambil menikmati kesegaran air terjunnya yang bersih.
Selain itu, aktiviti lasak juga turut dilakukan di sini seperti mendaki bukit dari Bukit Bendera hingga Taman Rimba Teluk Bahang.
Antara kemudahan yang disediakan di sini seperti tapak perkhemahan, tandas awam, kolam mandi, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat.
Jambatan gantung juga dibangunkan di sini bagi membolehkan pengunjung untuk melihat pemandangan yang indah serta menerokai pelbagai spesis flora dan fauna yang semulajadi sambil menangkap gambar di sekitarnya.
Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 a.m - 6.00 p.m)
15. Chew Jetty
Chew Jetty adalah sebuah penempatan awal kaum cina yang di bina di Pulau Pinang.
Penghijrahan secara besar-besaran mereka di Tanah Melayu disebabkan pemerintahan yang teruk di Negara mereka suatu ketika dahulu menyebabkan mereka terpaksa berhijrah.
Pelabuhan Pulau Pinang menjadi tempat untuk mereka menyara kehidupan yang menyebabkan mereka membina rumah di atas air di kala mencari rezeki.
Selepas itu, perdagangan mereka mula berkembang dan mereka membawa masuk ramai imigran dari Cina menyebabkan kaum mereka membiak rancak di sini serta membawa budaya asal mereka.
Jika dilihat kini, tempat itu merupakan kawasan mereka ini dan banyak kuil yang di dirikan. Rumah di sini sangat unik kerana diperbuat daripada kayu serta mempunyai lorong antara rumah ke rumah.
Di laluan utama pula, mereka menjual pelbagai koleksi cenderamata untuk di bawa pulang. Terdapat juga mural dan rumah berwarna warni di sekitar kawasan ini bagi pelancong untuk bergambar.
Selain itu, ada satu tempat di tengah jeti untuk pelancong melihat pemandangan Selat Melaka serta menikmati angin laut yang nyaman. Akhir sekali, ada restoran mee yang dikenali “ Chew Jetty Big Bowl Noodles” yang boleh dikongsi 2-3 orang atau 4-5 orang.
Alamat: Chew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari
16. Taman Buah-Buahan Tropika
Taman Buah-Buahan Tropika terletak di Teluk Bahang menyimpan lebih kurang 300 spesis pokok buah-buahan tropika yang berasal dari pelbagai tempat di seluruh dunia.
Lokasinya hanya 7km dari Teluk Bahang dan 11 km dari Pantai Batu Ferinnghi. Jika anda ke sini, anda akan diterangkan tantang cara menanam pokok bermula daripada biji benih sehingga menghasilkan buah dan bagaimana untuk menghasilkan buah yang cantik.
Paling best ! anda boleh merasai buah tersebut. Terdapat juga pelbagai spesis buah-buahan dan pokok yang jarang kita temui yang pasti membuat anda teruja.
Bagi penngemar buah, tempat ini adalah wajib untuk anda lawati jika berkunjung ke Pulau Pinang kerana selain melihat pelbagai jenis buahan, anda juga dapat menikmati keindahan taman ini dipenuhi pohon-pohon yang menghijau.
Alamat: 40, Tingkat Ciku 3, Taman Ciku, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (10.00 a.m - 6.00 p.m)
17. Masjid Kapitan Keling
Masjid Kapitan Keling berada di tengah-tengah bandar Georgetown sering dikunjungi pelancong tempatan atau asing kerana mempunyai seni bina yang menarik serta mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Masjid ini merupakan masjid tertua di Pulau Pinang yang di bina pada tahun 1801 dengan keluasan sebanyak 18 ekar. Masjid ini menjadi persinggahan kepada pelancong untuk menunaikan solat kerana terletak di kawasan tumpuan umum pelancong. Selain itu, pelancong dapat menangkap gambar berlatarkan bangunan masjid ini serta dapat melihat keindahan dan keunikan masjid di setiap sudut.
Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 - 6.30) |
18. Pusat Konversasi Penyu Pantai Kerachut
Pusat Konversasi Penyu Pantai Kerachut terletak di Taman Negara Pulau Pinang merupakan kawasan perairan yang dipenuhi dua lapisan air tawar dan air masin yang menjadi pusat pendaratan beberapa spesis penyu untuk bertelur.
Tempat ini menjadi perhatian orang ramai selain melihat penyu bertelur, aktiviti perkelahan juga turut ada di sini.
Tapak perkemahan disediakan di sini dengan bayaran hanya percuma serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, singki dan paip untuk memasak.
Aktiviti pengembaraan di dalam hutan juga dilakukan di sini kerana berhampiran dengan kawasan pantai dapat menyaksikan melihat pemandangan laut dan bukit bukau yang indah serta dapat menghirup udara yang segar.
Disamping itu, dapat melihat matahari terbenam di laut pasti memukau setiap pemandang.
Alamat: Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Penang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)
19. Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid Terapung Tanjung Bungah merupakan masjid pertama di Malaysia yang di bina di kawasan persisiran pantai.
Menjadi lokasi persinggahan penduduk tempatan mahupun pelancong luar untuk menunaikan solat disamping melihat keindahan masjid ini.
Masjid ini mempunyai dua tingkat yang mana memuatkan seramai 1,500 jemaah, memiliki ruang solat dan tempat wuduk lelaki dan perempuan, bilik jenazah serta dijadikan tempat untuk program keagamaan.
Tidak dinafikan masjid ini tersergam indah berhampiran pantai yang memiliki seni bina yang menarik dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid ini sangat terserlah kerana menggabungkan seni bina tempatan dan Turki serta mempunyai rekabentuk yang unik.
Jika anda bercuti di Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di masjid ini kerana ia membuatkan anda rasa nyaman serta memberi anda ketenangan pada jiwa.
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
20. Little India
Little India adalah sebuah kawasan perkampungan yang diberikan kepada para pendatang India.
Kawasannya diliputi dengan Jalan Queen, Jalan Chulia dan Jalan Pasar di bandar Georgetown. Tempat ini di kendalikan oleh kaum India untuk berniaga.
Terdapat banyak kedai yang menjual barangan dari India yang dijual secara berpatutan. Ada juga restoran yang menjual pelbagai rempah ratus dari India.
Paling menarik, kedai di sini semuanya berwarna-warni serta sepanjang anda berada di sini anda akan didendangkan dengan alunan muzik India seolah-olah anda berada di Delhi. T
empat ini juga menempatkan banyak kuil dan patung agama Hindu sebagai tempat untuk beribadah.
Alamat: Lebuh Pasar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari ( 8.00 a.m - 9.45 p.m)
21. Hutan Lipur Bukit Panchor
Hutan Lipur Bukit Panchor merupakan destinasi ekopelancongan yang kaya dengan khazanah alam semulajadi sesuai untuk kegiatan perkhemahan dan beribadah.
Tempat ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai termasuk tapak perkhemahan, tandas dan wakaf.
Mempunyai kawasan perkelahan yang luas dilengkapi dengan kolam renang untuk pengunjung mandi-manda.
Terdapat juga beberapa buah chalet yang dibina untuk membolehkan pengunjung menginap sebagai alternatif penginapan yang selesa.
Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 a.m - 7.00 p.m)
22. Pantai Monyet
Kalau dahulu dikenali dengan Teluk Duyung kini dipanggil dengan Pantai Monyet kerana kehadiran monyet yang berlegar-legar di kawasan itu.
Pantai memiliki teluk serta pemandangan yang indah dikelilingi oleh bukit dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta air laut berwarna biru.
Untuk pergi ke Pantai Monyet ini anda perlu menaiki bot dahulu di Teluk Bahang atau meredah hutan. Kebiasaan pengunjung yang datang ke Pantai Monyet akan mengadakan lawatan ke Taman Negara Penang dan Pantai Kerachuk terlebih dahulu sebelum sampai ke sini.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menunggang kuda dan ATV, menaiki Banana Speed dan banyak lgi.
Selain itu, terdapat Rumah Api Muka Head yang boleh dipanjat sejauh 1200 meter untuk sampai kepuncak disamping mendapatkan pemandangan laut yang membiru serta bukit bukau yang menghijau, pasti memukau mata anda.
Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
23. Menara Jam Peringatan Queen Victoria
Menara Jam Peringatan Queen Victoria merupakan sebuah menara yang dibangunkan oleh British pada zaman dulu.
Menara ini dibina oleh seorang jutawan Cina yang bernama Cheah Chen Eok pada tahun 1987 untuk memperingati jubli Intan (60 tahun) pemerintahan Queen Victoria pada ketika itu.
Menara ini dibina di persimpangan Lebuhraya Light di tengah bandaraya Georgetown yang mempunyai keluasan sebanyak 60 kaki.
Apa yang menarik di sini ialah struktur dan seni bina Menara Jam Queen Victoria sangat menarik sambil memperingati dan mengabdikan gambar kenangan bergambar bersama Queen Victoria Memorial Clock.
Selain itu, terdapat air pancut yang dibina oleh penduduk tempatan bagi memeriahkan lagi kawasan ini.
Alamat: Lebuh Light, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
24. Dewan Bandaraya Pulau Pinang
Dewan Bandaraya Pulau Pinang merupakan ibu pejabat negeri Pulau Pinang yang terletak di bandar Georgetown.
Dibina oleh British pada tahun 1903, mempunyai bangunan dua tingkat yang menggabungkan seni bina arkitek Edward Baroque dan Palladian.
Dewan ini menjadi bangunan kolonial yang mengagumkan dan telah disenaraikan monumen kebangsaan sejak tahun 1982.
Memang tidak dinafikan bangunan ini sangat menakjubkan kerana berunsurkan seni bina Inggeris yang tulen. Jika anda mahu feeling-feeling di London, inilah lokasi paling tepat untuk anda bergambar.
Alamat: Esplanade Road, 10200 Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 24 Jam
25. Empangan Mengkuang
Empangan Mengkuang merupakan tempat rekreasi yang mempunyai empangan air terbesar di Pulau Pinang.
Dibuka pada tahun 1985 yang mempunyai keluasan 3.9 km persegi. Merupakan tempat rekreasi yang memiliki keindahan alam yang begitu memukau.
Empangan ini dikelilingi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau yang semestinya dapat menenangkan fikiran.
Pelbagai juga aktiviti riadah yang boleh dilakukan di sini seperti berjogging, bersiar-siar dan berkayak pada hujung minggu.
Alamat: Mk 18, No.5999, Lot 889, Jalan Sungai Lembu, Jalan Mengkuang, Empangan Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari
26. Kilang Batik Penang
Kilang Batik Penang terletak di Teluk Bahang berdekatan Empangan Mengkuang menjadi lokasi persinggahan pelancong untuk mendalami ilmu penghasilan dari Pulau Pinang.
Mereka menyediakan perkhidmatan Free Tour sahaja dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan.
Selain itu, terdapat juga kedai untuk anda membeli batik asli dari Penang yang beraneka jenis pilihan dan corak .
Alamat: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 a.m - 5.30 p.m)27. Sawah Padi Balik Pulau
Sawah Padi Balik Pulau merupakan kawasan sawah padi yang lapang berlanskapkan hijau.
Sawah Padi ini menjadi destinasi pelancongan yang baru bagi pengunjung di Pulau Pinang. Ini kerana, keindahan sawah tersebut terbentang luas serta mempunyai kecantikan alam semulajadi yang sendiri.
Selain dapat menghirup udara yang segar, pelbagai aktiviti juga turut dilakukan di sini seperti berbasikal, menaiki bot dan merentasi hutan.
Ada juga aktiviti menunggang ATV menyelusuri sawah sambil melihat persekitaran kampung yang menghijau yang pasti menakjubkan anda.
Alamat: Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tepi, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
28. Air Terjun Titi Kerawang
Air Terjun Titi Kerawang adalah sebuah destinasi air terjun di Pulau Pinang yang terletak di antara laluan Teluk Bahang dengan Balik Pulau.
Merupakan air terjun yang terletak di tepi jalan yang bukan berada di sebuah kawasan pendalaman.
Air terjun ini menjadi destinasi persinggahan perkelahan bersama keluarga dan raka-rakan untuk mandi-manda. Air Terjun Titi Kerawang tidaklah terlalu tinggi dan besar tetapi ia mempunyai kawasan lapang sesuai untuk bermandi-manda sambil berendam dan menyelam.
Selain itu, iia dikelilingi dengan suasana yang nyaman dan mendamaikan . Kemudahan asas tidak disediakan di sini memandangkan ia merupakan sebuah air terjun berstatuskan ‘tepi jalan’.
Alamat: Air Terjun Titi Kerawang, 11000, Penang
Waktu Operasi: 24 Jam29. Pantai Miami
Pantai Miami diambil nama dari sebuah pantai yang berada di Florida Barat terkenal dengan pantai yang berpasir serta memiliki batu di dalam air secara semulajadi.
Pantai ini giat menjadi tempat untuk aktiviti perkelahan suatu ketika dahulu. Sehingga kini, pantai ini menjadi destinasi perkelahan penduduk mahupun pelancong kerana memilik kawasan yang teduh dan persisiran air laut yang tidak begitu dalam.
Air laut disini kelihatan tenang dan sesuai untuk bermandi-manda. Selain itu, ada juga gerai makanan, kedai mainan untuk kanak-kanak serta pemandangan air laut dengan pembentukan batu yang memukau mata.
Terdapat juga kemudahan tandas awam serta hotel yang disediakan di sekitar ini bagi keselesaan dan kemudahan penginapan kepada pengunjung.
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 24 Jam
30. Penang Avatar Secret Garden
Penang Avatar Secret Garden merupakan bandar satelit yang berkonsepkan cahaya lampu yang terletak Tanjung Tokong.
Apa yang menarik, tempat ini dikelilingi lampu LED yang digantung di pokok-pokok besar di atas bukit yang sangat menakjubkan !
Selain itu, tempat ini berada berhampiran dengan pantai dimana pengunjung dapat menikmati angin pantai sambil makan atau bergambar di sekitar itu.
Walaupun tempat ini agak kecil, memang tidak dinafikan ia mempunyai persekitaran yang sangat cantik dan menarik sebijik macam cerita Avatar. Tidak sia-sia jika anda berkunjung ke sini ketika bercuti.
Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 a.m - 12.00 a.m)
31. Gurney Drive
Gurney Drive merupakan tempat yang menarik untuk anda singgah apabila anda sudah penat berjalan di sekitar Pulau Pinang.
Tarikan utama di sini ialah terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Juga menjadi tempat persinggahan yang tenang dan damai sementara mengisi perut kosong.
Tempat ini meriah pada waktu malam kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan pengunjung untuk makan sambil menikmati pemandangan laut serta tiupan angin laut yang nyaman.
Alamat: Gurney Drive, Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 24 Jam