fbpx

11 Resepi Masak Lemak Rebung Sedap (Anda Wajib Cuba Masakan Simple Tapi Pedas ini!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi masak lemak rebung yang anda boleh cuba! Rebung masak lemak ini sesuai jika anda tengah craving nak makan simple dan pedas! Pastinya sedap dan menambah selera pasangan anda juga. Pasti tambah berselera dimakan bersama sambal belacan mahupun sambal durian. Lagi bertambah pedas kaw kaw. Anda boleh kurangkan kepedasan mengikut citarasa anda untuk resepi masak lemak rebung ini. Sedap juga ditambah udang, perut, paru ataupun bahan kesukaan anda. Siapa suka makan rebung masak lemak cili padi? Anda wajib cuba resepi di bawah.

Resepi Masak Lemak Rebung Cili Hidup Mat Gebu

Masak Lemak Rebung Cili Hidup

Masak Lemak Rebung Cili Hidup: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • Rebung secukupnya (anggaran 4 – 5 cawan rebung yang telah siap dihiris atau disagat nipis)
  • 6 ekor udang saiz sederhana besar (che mat guna udang harimau)
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 kiub ikan iblis (optional)
  • 3/4 cawan pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah

Cara-cara:

  1. Rebung dicuci dan toskan, kemudian rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam. Rebus hingga rebung lembut, toskan hingga kering. Udang digunting muncung tajamnya dan juga kaki2 kecil. Bersihkan kotoran dibahagian dalam kepala udang, cuci dan ketepikan.
  2. Masukkan rebung dan serai ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus dan kacau rata. Tuang air hingga rebung tenggelanm dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Masuk udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna.
  3. Tuangkan pati santan, kacau hingga rata dan sederhanakan api. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau guna serbuk perasa, tak perlu taruk gula). Kacau sentiasa agar santan tak berkepala. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masa sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng dan ulam-ulaman jika suka. Selamat mencuba!

Resepi Masak Lemak Rebung dengan Udang Mat Gebu

Resepi Masak Lemak Rebung dengan Udang Mat Gebu

Masak Lemak Rebung dengan Udang: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 700 gram rebung, sagat dan celur sekejap, toskan 
  • 5 – 6 ekor udang kaki merah bersaiz besar (boleh guna udang galah)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras, hiris
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, asam gelugor dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap. Tambah udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Bila rebung lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin.

Resepi Masak Lemak Rebung Manis dan Udang

Masak Lemak Rebung Manis dan Udang

Masak Lemak Rebung Manis dan Udang: Sumber Fiza’s Cooking

Bahan-bahan:

  • 500 gram rebung manis – Potong kecil dan rebus sebentar serta toskan airnya

Bahan ditumbuk / Kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar ikan bilis atau udang kering
  • 10 biji cili padi 

Bahan Lain:

  • 200 gram udang segar
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak 

Cara-cara:

  1. Kupas kulit udang dan bersihkan. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar. Kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan rebung, biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan juga udang dan santan, renihkan lagi hingga mendidih dan masak.
  5. Masak lagi hingga pekat dan perasakan dengan garam.

Resepi Masak Lemak Rebung Ikan Masin

Masak Lemak Rebung Ikan Masin

Masak Lemak Rebung Ikan Masin: Sumber Saliah Sahril

Bahan-bahan:

  • Rebung yang telah dijeruk selama 3hari
  • 1 kg ikan masin Talang
  • 4 Biji Bawang merah
  • Satu/dua Ulas Bawang Putih
  • Cili api (ikut citarasa)
  • 2 biji kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 liter santan
  • Sebatang serai (diketuk hujungnya)
  • Garam (secukup rasa)
  • 1/2 liter air

Bahan-bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • cili api (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Cuci ikan masin Talang dengan air bersih dan tumbuk atau kisar bahan-bahan tadi (cili api, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih).
  2. Masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk/dikisar untuk ditumis bagi menaikkan aroma masakan.
  3. Seterusnya, masukkan serai, jeruk rebung, air serta santan ke dalam periuk dan biar didihkan menggunakan api perlahan.
  4. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan masin Talang serta kacau rata.
  5. Biarkan ia masak dalam 10 hingga 15 minit dengan api perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit yang telah dipotong kedalam masakkan sebelum siap untuk dihidangkan.

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung dan Udang

Masak Lemak Cili api Rebung dan Udang

Masak Lemak Cili api Rebung dan Udang: Sumber Sue

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk rebung – hiris sederhana nipis, rebus hingga didih dan toskan
  • 1 mangkuk udang
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 – 3 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 10 – 15 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ruas kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali santan pekat).
  2. Masak dalam api perlahan hingga sedikit didih.
  3. Masukkan santan pekat, kacau rata sampai betul mendidih dan matikan api.

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api

Rebung Masak Lemak Cili Api

Rebung Masak Lemak Cili Api: Sumber Aneka Resepi Sayur

Bahan-bahan:

  • 500 gram rebung jeruk
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 20 biji cili api (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • garam secukup rasa

* kalau nak masak dengan udang pun boleh ikut cita rasa

Cara-cara:

  1. Rebuskan rebung dengan garam sehingga lembut. (toskan).
  2. Masukkakn bahan yg dikisar, serai, rebung dan didihkan perlahan.
  3. Apabila mendidih, masukkan santan dan garam.
  4. Kacau dan pastikan minyak tidak pecah. Api boleh ditutup jika sudah pekat. Siap dihidangkan.

Resepi Masak Lemak Rebung Buluh

Masak Lemak Rebung Buluh

Masak Lemak Rebung Buluh: Sumber Suraya MSyed

Bahan-bahan:

  • 3 batang rebung buluh
  • 2 batang serai
  • 1 biji kelapa
  • 1 keping asam – keping
  • garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 3 sudu besar udang kering
  • 3 sudu besar kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Rebung dihiris nipis.  Direbus hingga lembut sambil tukar air rebusan sebanyak 2 kali bila ia mendidih. Toskan.Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat. Diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.
  2. Masuk bahan tumbuk, santan cair dan serai ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan.  Api jangan terlalu kuat supaya tidak pecah minyak.
  3. Bila kuah dah mula mendidih sedikit, masuk rebung, santan pekat, asam-keping dan garam. Biarkan ia mendidih sekali lagi tapi pastikan api perlahan. Kuah mestilah pekat.

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi

Rebung Masak Lemak Cili Padi.

Rebung Masak Lemak Cili Padi: Sumber Dapur Cahaya Hati

Bahan-bahan:

  • 1 Batang Rebung – Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan.
  • RM3 santan
  • 1 genggam udang sayur/kecil
  • Garam secukupnya
  • 1-2 keing asam keping
  • 2 cawan air

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkus
  • 2 batang serai
  • 5-7 biji cili padi
  • 2 – 3 cm kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. 
  2. Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama.
  3. Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih.
  4. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala. Biarkan sehingga masak sepenuhnya.
  5. Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Perut Lembu

Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Perut Lembu

Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Perut Lembu: Sumber Cik Nor

Bahan-bahan:

  • 1 cawan rebung ( dibasuh bersih dan direbus separa empuk. Cik Nor gunakan rebung madu sebab ia manis dan tidak berbau )
  • segenggam perut lembu ( dibasuh bersih dan direbus hingga lembut )
  • 3 biji bawang merah ( yang saiz kecik tu ye ) – dikisar
  • 2 biji bawang putih – dikisar
  • 1 inci kunyit hidup – dikisar/ nak letak lengkuas sikit pun boleh
  • 5 biji cili api ( Ikut kepedasan yang korang mahukan ) – dikisar
  • 1 cawan santan pekat (kalau tak nak tambah air korang boleh ambil santan dari sebiji kelapa untuk 3 kali perahan)
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan yang dikisar bersama air dalam periuk. Masak sehingga mendidih kuahnya.
  2. Masukkan santan. Tunggu ia mendidih lagi.
  3. Baru masukkan rebung dan perut. Letakkan garam dan serbuk perisa secukupnya. 
  4. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. 

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru

Masak Lemak Cili Api Rebung Campur Paru: Sumber Chef@home

Bahan-bahan:

  • 200 Gm rebung buluh – dihiris nipis – direbus dengan sedikit garam dan gula
  • Paru – direbus dan dihiris
  • 1 Batang serai – diketuk
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 Keping asam gelugur
  • Garam gula secukuprasa
  • 1 Cawan santan
  • Air secukupnya

Bahan ditumbuk:

  • 7 Biji cili padi merah –
  • 1 Inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Paru direbus sehingga empuk. Angkat toskan. Sejukkan sebentar sebelum dihiris.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan serai dan asam keping dan paru  ke dalam periuk. Kacau rata atas dapur.
  4. Bila air mendidih, masukkan rebung yang direbus terlebih dahulu. Kacau rata. Masukkan sedikit air lagi, kacau sebentar hingga rata dan biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhirnya masukkan santan pekat dan daun kunyit. Kacau sehingga masak dan rata.
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Rebung Masak Lemak Pedas Daun Salam

Rebung Masak Lemak Pedas Daun Salam: Sumber Hani Shaimi

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk rebung
  • Cili padi – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 ulas bawang merah – tumbuk
  • 1 sudu Udang kering – tumbuk
  • Garam/sesedap rasa
  • Daum salam
  • Daun kunyit
  • Santan

Cara-cara:

  1. Dalam periuk masukkan bahan tumbuk bersama air dan rebung. Biar mendidih dan hingga rebung masak.
  2. Kemudian masukkan santan dan daun salam.
  3. Tambah garam atau sesedap rasa.
  4. Masukan daun kunyit yang dihiris halus.
  5. Sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

Penutup

Cukup mudah nak sediakan bahan-bahan masak lemak rebung ini! Anda boleh cuba resepi ini untuk pikat hati mertua anda, pasti mereka suka masakan ini. Masakan nostalgia ini pasti mengingatkan anda pada kampung halaman. Sedikit sebanyak mengubat rindu masakan ibu di kampung.

Anda juga boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.