fbpx

5 Resepi Karipap Rangup dan Sedap (Anda Kena Cuba Resepi Ini!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi karipap rangup dan sedap! Penggemar karipap pasti suka resepi ini, kerana bahannya mudah disediakan dan dimasak. Resepi karipap ini sesuai disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh dibuat makanan frozen, jadi ketika tetamu berkunjung pun anda boleh goreng karipap ini dan sedia dihidangkan. Anda boleh cuba cara dalam resepi di bawah untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti yang sempurna rasanya. Selain itu, anda juga boleh cuba resepi risoles yang sedap dan rangup.

Resepi Karipap Kentang Ayam Che Nom

Karipap Kentang Ayam Che Nom

Karipap Kentang Ayam: Sumber Che Nom

Bahan Inti:

  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 6 biji kentang (potong dadu)
  • isi ayam (agak-agak)
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 kiub ayam
  • Air
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Kulit:

  • 2 @ 3 cawan tepung gandum
  • 1 senduk kecil marjerin (penuh) +2sudu makan minyak masak di cairkan
  • air (agak)

Cara-cara Inti:

  1. Rebus kentang hingga 3/4 masak, toskan.
  2. Tumis bahan cincang sampai wangi.
  3. Masuk isi ayam, kacau.
  4. Masuk kentang, serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak.
  5. Bila agak kering, tambah air lagi dan kiub, kacau smpi kiub hancur.
  6. Masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering. Tutup api dan siap.
  7. *Tip: nak tambah daun sup (hiris halus) @ganti ayam dengan sardin pun boleh

Cara-cara Kulit:

  1. Masuk tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah
  2. Tuang sedikit marjerin yang di cairkan (panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh).
  3. Gaul sebati, boleh tambah air kalau rasa kurang, uli smpi jadi doh (Uli sampai tak melekat di tangan).
  4. Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dengan penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller.
  5. Letekkan sedikit inti di tengah.
  6. Gunting utk bagi sama dan klim.
  7. Goreng hingga garing, dan sedia di hidangkan

Resepi Karipap Pusing Gebu dan Rangup Che Nom

Karipap Pusing Gebu dan Rangup che nom

Karipap Pusing Gebu dan Rangup: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1-2 sudu besar serbuk cili
  • 200 gram daging kisar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 400 gram kentang
  • Air secukup nya, supaya kentang empuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ikat daun sup
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Doh A:

  • 300 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar majerin
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 125 ml air sejuk ais

Bahan Doh B:

  • 150 gram tepung beras
  • 125 gram majerin

Cara Inti Karipap:

  1. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan.
  3. Bancuh rempah kari dan serbuk cili bersama sedikit air. Tumis bersama bahan kisar halus tadi.
  4. Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam. Masak sehingga agak kering.
  5. Masukkan kentang, sedikit air dan bawang besar. Tutup kuali dan masak sehingga kentang lembut.
  6. Bila kentang dah lembut dan inti dah kering, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tambah hirisan daun sup.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh A):

  1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak panas dan majerin. Masukkan garam. Kacau semua bahan sekata menjadi serbuk kasar.
  3. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh dan rehatkan seketika.
  4. Bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh B):

  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. Bahagikan doh B kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.

Cara-cara:

  1. Leperkan bebola doh A. Letak bebola doh B di tengah doh A dan tutup rapat supaya menjadi 1 bebola besar. Ulang sehingga habis kesemua doh.
  2. Ambil 1 doh bulat dan leperkan setebal anggaran 1/2 cm. Gulung doh yang dileperkan. Uli sekali lagi kepada bentuk bujur memanjang, dan gulung lagi sekali.
  3. Ambil pisau yg tajam, potong doh gulung kepada 4 bahagian sama tebal.
  4. Ambil satu keping dan leperkan sehingga menjadi bulatan nipis.
  5. Sudukan inti di tengah. Tutup doh karipap dan kelim tepi dengan kemas.
  6. Goreng di dalam minyak panas sederhana sehingga kekuningan.

Tips:

  • Untuk doh B, kalau adunan masih keras, tambah majerin sedikit demi sedikit sampai menjadi bebola yang boleh dibentuk.
  • Che Nom sejukkan dulu adunan bebola yang dicantum ke dalam peti sejuk selama 10 minit, untuk mengelakkan adunan terlalu lembik (jika cuaca panas) dan mendapatkan lapisan yang cantik.
  • Che Nom timbang semua doh dulu dan bahagi 8. Ikut berat doh yang Che Nom buat.
  • DOH A : 63 gram
  • DOH B : 47 gram

Resepi Karipap Rapuh dan Inti Daging Azlita Aziz

KARIPAP RAPUH DAN INTI DAGING azlita aziz

Resepi Karipap Rapuh dan Inti Daging: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan Inti:

  • 4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
  • 2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • 2 1/2 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa 

Bahan Kisar Inti:

  • 3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
  • 1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )

Cara-cara Inti:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
  3. Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum.
  4. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masak hingga kering.
  8. Angkat dan toskan minyaknya.

Bahan-bahan Pastry Karipap:

  • 500 gram tepung gandum
  • 170 ml minyak jagung
  • 250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 biji jus limau kasturi

Cara-cara Pastry Karipap:

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
  3. Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
  4. Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam.
  5. Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit. ( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi ).
  6. Kacau adunan rata.
  7. Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
  8. Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor.
  9. Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik.
  10. Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gram.
  11. Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit.
  12. Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
  13. Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
  14. Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
  15. Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
  16. Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung.
  17. Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
  18. Buat sehingga habis semua adunan doh. Kemudian bolehlah di goreng.

Kaedah Menggoreng Karipap:

  1. Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas. Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol.
  2. Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.Jadi pastikan minyak sederhana panasnya.
  3. Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.
  4. Bagi anda yang nak jadikan karipap frozen, atau jika jumlah karipap yang di buat terlalu banyak dan tak habis untuk digoreng semuanya, anda boleh simpan dan boleh di goreng semula pada keesokkkannya. Atau jika anda nak simpan untuk di hidangkan pada tetamu yang datang ke rumah, anda boleh juga simpan dengan kaedah frozen juga. Atau jika anda nak membuat jualan karipap frozen ada 2 kaedah atau cara bagaimana nak frozenkan karipap.

Resepi Karipap Mat Gebu

karipap mat gebu

Karipap: Sumber Mat Gebu

Bahan Kulit Karipap:

  • 400 gram tepung gandum
  • 2 camca besar marjerin
  • 1/2 cawan minyak masak, dipanaskan
  • 1/2 cawan air ais yang dingin*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)

Bahan-bahan Inti:

  • 250 gram kentang, dikupas kulit, didadu kecil
  • 1 tin tuna dalam tin, toskan dan hancurkan isinya
  • 1 biji bawang holland, didadu
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 camca besar rata rempah kari ikan (Baba's)
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • 2 camca besar hirisan daun sup dan daun bawang

Cara-cara:

  1. UNTUK KULIT KARIPAP :- Masukkan tepung ke dalam bekas, tambah majerin dan kacau hingga mendapat tekstur seakan2 serbuk roti. Tuang minyak panas sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul dengan sudu. Kacau rata. Tuang sedikit demi sedikit air ais yang dicampur dengan garam tadi. Gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam (che mat sejukkan 1 jam sahaja).
  2. UNTUK INTI KARIPAP :- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, masak sekejap, guna api kecil. Tambah kentang, gaul rata dan tuang air. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan ikan tuna dan lada hitam, kacau rata dan masak hingga kentang empuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar inti sejuk sebelum digunakan.
  4. UNTUK KARIPAP KENTANG TUNA :- Keluarkan doh, bagikan kepada 2 bahagian, simpan sebahagian lagi dalam peti sejuk. Bulat2kan doh sebesar saiz syiling 50 sen yang dulu. Canai dan sudukan inti secukupnya, anggaran 1 camca besar (kalau penuh sangat, nanti susah nak kelim), kemaskan tepinya dan kelim untuk mencantumkan karipap. Susun dalam loyang yang dialas plastik bersih. Buat hingga siap (kalau anda nak senang, sila guna acuan karipap).
  5. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan api kecil. Balikkan karipap agar masak sekata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyaknya dan letak atas tissue dapur yang bersih. Anda boleh hidangkan panas atau pun sejuk.

Resepi Karipap Sardin Azie Kitchen

Karipap Sardin: Sumber Azie Kitchen

Bahan Kulit:

  • ½ kg tepung gandum
  • ½ cawan majerin yang dicairkan
  • 225 ml air  dari peti ais
  • Garam

Cara-cara Kulit:

  1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas yang besar. Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung. 
  2. Panaskan majerin atas api yang kecil hingga mendidih. Tuangkan majerin yang dah dicairkan tadi. Gaulkan dengan sudu sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
  4. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap. Sebelum menyediakan doh, saya menyediakan inti dulu bagi membolehkan inti sejuk.

Bahan Inti Sardin:

  • 1 tin sardin cap Ayam Brand
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1-2 biji ubi kentang - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Sedikit cili kisar (ikut pedas disukai)
  • Daun sup/daun bawang
  • Garam secukupnya

Cara-cara Inti Sardin:

  1. Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.
  3. Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.

Cara cara menyediakan karipap:

  1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum. Tekap dengan acuan atau dengan gelas.
  2. Masukkan inti sardin yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.
  3. Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.
  4. Cara menggoreng untuk mendapatkan karipap yang rangup dan tidak bergerutu. Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Lepas tu, baru dihidupkan semula api dapur yang kecil sahaja. Selalu dibalik balikkan dengan berhati hati dan goreng hingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang sama untuk kali kedua dengan tutup api dahulu.

Karipap yang lebih jika mahu disimpan adalah seperti berikut:

  1. Dengan menyusun di dalam dulang beralaskan plastik dan simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Kemudian keluarkan dan susun dalam tupperware. Boleh simpan bertingkat tingkat dengan tak perlu meletakkan plastik pun kerana ianya tidak akan melekat sebab kulit karipap dah keras. Jika mahu letak plastik pun boleh juga. Yang penting karipap dikeluarkan dari bekas ketika beku agar tidak melekat satu sama lain.
  2. Goreng karipap separa masak dan simpan dalam freezer. Lebih cepat dan mudah semasa menggoreng kali kedua.
  3. Bakar karipap di dalam oven dalam 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas itu disimpan di dalam freezer. Insya Allah tak melekat semasa hendak digoreng.

Resepi Karipap Sardin Kentang

Karipap Sardin Kentang:

Bahan-bahan Pastry: Sumber I Posse Dessert

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak, dipanaskan
  • 380 gram air sejuk (saya letak lebih sedikit)
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung & garam dalam bekas, masukkan pula minyak yang dipanaskan tadi. Gaul rata guna senduk kayu.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh sebentar.
  3. Ambil sedikit doh & canaikan. Masukkan dalam acuan, isikan inti. Kelim semula tepi doh guna tangan (optional) untuk pastikan tak terbuka bila digoreng.

Bahan-bahan Inti Sardin Kentang:

Bahan A:

  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus

Bahan B:

  • 1 sudu besar cili giling
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • Sedikit air

Bahan C:

  • 1 tin ikan sardin
  • 1/2 cawan air asam jawa

Bahan D:

  • 4 biji kentang, dipotong dadu 
  • Garam & gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan bahan B, jadikan pes & ketepikan. Tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan bahan B tadi, masak hingga garing.
  2. Masukkan bahan C, gaul hingga sardin hancur. Masukkan pula bahan D. Masak hingga kentang benar-benar empuk & airnya kering. Sejukkan sepenuhnya baru diguna supaya tidak mudah basi. 

Penutup

Alahai..sedapnya dapat karipap yang digoreng panas-panas. Sesuai dibuat frozen, buat siap-siap. Bila nak makan tinggal digoreng je! Pekena dengan teh panas. Memang syok! Jom cuba.

Antara kudapan lain yang anda boleh cuba:

4.7/5 - (14 votes)
4.7/5 - (14 votes)
Leave A Reply

Your email address will not be published.