fbpx

19 Resepi Sambal Sotong Paling Sedap, Dan Simple Je!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal sotong yang paling sedap dan simple je nak buat. Lebih mudah jika anda ikut resepi yang saya kongsikan ini. Lihat sambal sotong ini sahaja pasti dah kecur liur nak makan dengan nasi panas-panas, apalagi jika makan dengan nasi lemak! Keseimbangan rasa manis, masin dan masam sambal tersebut. Ketiga-tiga perisa ini perlu saling melengkapi dan adalah penting untuk mendapat keseimbangan tersebut. Semestinya, semua ini bergantung pada citarasa anda sendiri. Nikmatnya...rasa pedas-pedas sambal sotong ini pasti membangkitkan selera kita sekeluarga. Lebih-lebih lagi kalau dapat sotong segar dari laut.

Resepi Sambal Sotong Yang Sedap Azie Kitchen

Sambal Sotong Yang Sedap

Sambal Sotong Yang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong
  • 20 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar – hiris bulat
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
  2. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering. 
  3. Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.  
  4. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Sambal Tumis Sotong Che Nom

Resepi Sambal Tumis Sotong

Resepi Sambal Tumis Sotong: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk cili kisar:

  • 15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.
  3. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Resepi Sambal Sotong Mat Gebu

sambal sotong

Sambal Sotong: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 400 gram sotong
  • 2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara-cara:

  1. Sotong, dicuci bersih, potong bentuk gegelang, manakala kepala dia, dibuang paruh dan mata. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan sotong dan gaul. Masak hingga sotong kecut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tak perlu masak sotong terlalu lama, nanti liat.

Resepi Sambal Sotong Berserai Mat Gebu

Sambal Sotong Berserai Mat Gebu

Sambal Sotong Berserai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 6 – 7  ekor sotong (che mat guna sotong yang panjang dalam sejengkal)
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 batang serai, diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah (cili hidup)
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari belacan, dibakar

Cara-cara:

  1. Sotong dihiris, buang muncung dan mata sotong. Cuci, tos dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci dan toskan dalam tapis. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan-bahan kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan jus asam jawa, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan gula ( yang ni ikut selera anda, ada yang suka sambal tumis manis sedikit dan ada yang tak). Kacau dan masak hingga pekat dan garing. Tambah bawang besar hiris, gaul rata dan masukkan sotong. Besarkan api dan kacau hingga rata dan sotong berubah warna. Masak untuk 1 – 2 minit dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau nasi lemak….Selamat mencuba!!.

Resepi Sambal Tumis Sotong Mat Gebu

Sambal Tumis Sotong Mat Gebu

Sambal Tumis Sotong: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 400 gram sotong
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 3/4 cawan cili kisar1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 1 camca besar rata gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 1 biji bawang besar potong
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Sotong diasingkan kepalanya, buang segala kotoran, muncung sotong dan juga bahagian matanya. Badan sotong dikelar-kelar tapi tak putus (itu jika anda guna sotong saiz kecil macam che mat guna, kalau guna saiz besar, boleh potong blat sahaja). Cuci dan toskan kesemuanya. Kemudian gaul dengan tepung jagung hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau dan masukkan sotong, gaul rata dan tambah bawang besar. Kacau dan masak hingga bawang lembut dan sotong bertukar warna. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sambal tumis sotong dengan nasi panas, telur dadar dan ulam timun.

Nota:

  • Tujuan che mat gaulkan tepung jagung dengan sotong ialah untuk mengelakkan sambal tumis menjadi terlalu berkuah, sotong akan mengeluarkan air. Jangan masak terlalu lama, nanti sotong jadi liat….Selamat mencuba semua!!

Resepi Sambal Tumis Sotong Petai Mat Gebu

Sambal Tumis Sotong Petai

Sambal Tumis Sotong Petai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong saiz kecil (kurang lebih)
  • 2 papan petai
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

Bahan Kisar Halus:’

  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, cuci dan toskan, tak perlu kerat (kalau anda guna sotong besar, perlu dikerat pada saiz sederhana). Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  3. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah.

Resepi Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap Wani Sukarno

Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap

Sambal Sotong Kering Mudah Dan Sedap: Sumber Wani Sukarno

Bahan-bahan:

  • 8 keping sotong kering  direndam lembut dan cuci bersih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 inci belacan

Bahan Kisar:

  • 10 – 15 tangkai cili kering  direndam lembut
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Sotong di rebus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang besar sehingga keperangan sikit.
  3. Masukkan belacan,goreng lagi hingga naik bau.
  4. Kemudian tumiskan bahan kisar hingga garing, harum dan terbit minyak.
  5. Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau sehingga nampak naik minyak sikit.
  7. Masukkan sotong kering dan masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.

Resepi Sambal Sotong Terung Pipit Eny Abdullah

Sambal Sotong Terung Pipit

Sambal Sotong Terung Pipit: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong – Saya pakai sotong arus sebab isinya lembut
  • 3 senduk cili kering yang dikisar
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1-2 inci belacan bakar, dihancurkan menajdi serbuk senang tabur je
  • 1 ulas bawang besar dipotong tebal – saya pakai bawang kuning
  • 1 mangkuk terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan.
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan dikisar sekali:

  •  1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2-3 biji buah keras

Cara-cara:

  1. Bahan-bahan dikisar campur bersama cili kering kisar. Tumis dalam minyak yg agak banyak sehingga garing cilinya dan naik minyak. 
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Tabur belacan bakar dan gaul rata.  Masukkan terung pipit dan bawang besar potong dan masak seketika.
  3. Masukkan sotong, goreng sekejap dan angkat

Resepi Sambal Sotong Azlita Aziz

Sambal Sotong Azlita Aziz

Sambal Sotong: Sumber Azlita Aziz

Bahan Kisar:

  • 1 kg sotong – dibersihkan, dibasuh dan ketepikan
  • RM 1.00 lada kering – direndam hingga kembang basuh dan toskan
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • belacan sebesar duit 50 sen

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • secubit garam
  • secubit pak aji
  • 5 sudu makan gula
  • 1 labu bawang besar – dihiris bulat2
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan yang di blend hingga garing dan naik bau (jaga-jaga ia akan merecik-recik penatla… lepas ni nak lap dapur..hihihi).
  2. Masukkan air asam, kicap masin, kicap manis, gula, garam dan pak aji secukup rasa….. biarkan merenih…
  3. Akhir sekali masukkan sotong biarkan sambal masak dan kuahnya kering sedikit. Masukkan bawang besar yang di hiris bulat ratakan. Tutup api dan siap untuk di hidangkan.

Resepi Sambal Tumis Sotong & Udang Dengan Petai Bella Jamal

Sambal Tumis Sotong & Udang Dengan Petai Bella Jamal

Sambal Tumis Sotong & Udang Dengan Petai: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • 10 ekor udang segar
  • 5 ekor sotong
  • 3 papan petai
  • 1 labu bawang besar (dihiris/potong bulat)
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan B (kisar/tumis):

  • 5-10 cili kering atau cili kisar/ cili boh
  • Sedikit asam jawa
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Kupas kulit udang dan siang sotong dan basuh bersih. Udang tu kalau nak tinggalkan bahagian ekor pun boleh. Untuk sotong, ikut suka nak potong macam mana. Kak bell potong ring aje.
  2. Panaskan minyak, dan tumis semua bahan B. Kak bell memang dah siap2 simpan stok cili kisar tu, so senang nak menumis. Jika menggunakan asam keping, masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa ikut selera anda.
  4. Kemudian masukkan sotong dan biarkan seketika. Dah agak kecut bolehlah masukkan udang dan petai.
  5. Campakkan bawang besar yang dihiris tadi, kacau seketika dan bolehlah tutup api.

Resepi Sambal Sotong Simple Tapi Sedap

Sambal Sotong Simple Tapi Sedap: Sumber Sunah Sakura

Bahan-bahan:

  • 5 ekor Sotong saiz sederhana
  • 10-15 tangkai cili kering*
  • 6-7 biji bawang merah rose* (*dikisar hingga halus)
  • sedikit asam jawa
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • (kalau suka, tambah sikit belacan)

Cara-cara:

  1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil sebelum dikeluarkan airnya. Kemudian tuskan air sotong.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Kita buat tumis dua kali, tumisan kedua dari air sisa bahan kisar dalam blender. Bagi sampai kering balik sambal tumis tu.
  3. Masukkan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Main agak la ya, sebab puasa tak boleh nak rasa. 
  4. Biar lagi sampai terbit minyak. Orang cakap lagi lama tumis, dengan api perlahan, lagi sedap sambalnya. Tapi kita dah lambat, so api sederhana hingga besar sikit. Hahaha.
  5. Then, bila sambal tumis da garing, baru masukkan sotong tadi. Gaul sebati dengan sambal. Kalau suka kuah sambal banyak, tambah sikit air. Jangan lupa adjust lagi gula dan garam.
  6. Bila da sambal dah meresap dan sotong dah masak sekejap (tak payah lama sangat), boleh tutup api.

Resepi Sambal Tumis Sotong Resepi Bonda

Resepi Sambal Tumis Sotong Resepi Bonda

Sambal Tumis Sotong: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk cili kisar:

  • 15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.

  3. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.

  4. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.

  5. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak.

  6. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Resepi Sotong Goreng Kunyit Masak Merah

Sotong Goreng Kunyit Masak Merah

Sotong Goreng Kunyit Masak Merah:  Sumber Deria Rasa

Bahan-bahan:

  • 600 – 800 gram Sotong Torak

Bahan Tumis:

  • Kunyit (Serbuk)
  • Garam (Halus)
  • Gula
  • Minyak Masak
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 3 cm Halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:

  1. Bersihkan Sotong dan dipotong bulat.
  2. Lumurkan garam dan kunyit.
  3. Goreng sotong sehingga masak. [Jangan terlalu masak kerana lepas ini akan  dimasak tumis pula].
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukan bahan tumis yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
  6. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak
  7. Masukan sos tomato serta gula dan garam [sesedap rasa la yea].
  8. Masukan sotong yang digoreng kunyit tadi.
  9. Gaul sehingga rata.
  10. Biarkan seketika. Dan siap untuk dihidang.

Resepi Sambal Sotong Kurita Diana Chan

Resepi Sambal Sotong Kurita oleh Diana Chan

Sambal Sotong Kurita: Sumber Diana Chan

Bahan-bahan:

  • 300 gram sotong katak/sotong kurita mini yang segar
  • 2 biji bawang merah, dicincang kasar
  • 2 ulas bawang putih, dibuang kulit
  • 4 biji cili merah, dicincang kasar
  • 8 biji cili kering, direndam dalam air suam sekurang-kurangnya selama 15 minit
  • 1 inci belacan, dipanggang
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 1 biji tomato, dibelah baji
  • 1 sudu teh pes asam jawa, direndam dalam secawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan belacan menjadi pes.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan sotong dan kacau sehingga masak sepenuhnya (4-6 min).
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan tomato. Masak hingga lembut.
  5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih di atas api kecil sehingga sambal pekat.
  6. Hidang bersama nasi dan sepotong limau. Hias dengan daun ketumbar yang dicarik.

Resepi Sambal Sotong Sedap Amie’s Little Kitchen

Sambal Sotong Sedap Amie's Little Kitchen

Sambal Sotong Sedap:  Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong – bersihkan dan potong ikut suka
  • 1 labu bawang besar – mayang kasar
  • 1 sudu teh pati asam jawa
  • 2 sudu makan gula pasir
  • minyak
  • garam / perasa pilihan

Bahan Kisar:

  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm belacan
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai – ambil isinya yang putih & lembut – hiris

Cara-cara:

  1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan pasangkan api dapur. Biarkan air sotong keluar selama 3-5 minit. Balik-balikkan sotong sekali-sekali supaya air sotong keluar sekata.
  2. Keluarkan sotong dan toskan hingga kering.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan pati asam jawa serta gula pasir serta bawang besar dan seterusnya masukkan sotong.
  5. Gaul rata semua bahan, dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.

Resepi Sambal Sotong Sedap Qaseh Honey

Sambal Sotong Sedap Qaseh Honey

Sambal Sotong Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong
  • 2 sudu besar membukit gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 1 pcs asam keeping (nak buh air asam jawa bleh ja)
  • Sedikit halia (hiris)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1/2 cawan air (utk kuah)
  • 3 senduk minyak utk menumis sambal

Bahan Kisar:

  • 20-25 tangkai cili kering
  • 1 1/2 biji cili besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh belacan (sikit jer tau)

Cara-cara:

  1. Goreng sekejap sotong utk keringkan air sotong. Pastu toskan.

  2. Panaskan 3 senduk minyak masak..masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya utk bagi cili yg kita tumis nanti cepat garing naik minyak elok) jangan buang pulak yer..terus masukkan bahan kisar.

  3. Masukkan bahan kisar,gula,garam,bahan perasa,asam keping.

  4. Tumis hingga betul-betul masak dan naik minyak..sampai jadi mcm dalam gambar (kalau tak mahu merecik merata jangan lupa tutup dengan tudung periuk dan guna api sederhana) ingatan sekali lagi biar betul-betul naik minyak macam dalam gambar.

  5. Dah elok naik minyak, masukkan sotong dan bawang besar, gaul rata. Boleh masukkan air 1/2 cawan untuk kuah.

  6. Dah mendidih, bolehlah tutup api.

Resepi Sambal Sotong Bersantan Sedap Lina Pg

Sambal Sotong Bersantan Sedap Dan Petua Sotong Tidak Liat

Sambal Sotong Bersantan Sedap: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong (potong kepada beberapa bahagian)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 3 sudu besar cili giling
  • Sedikit gula merah
  • 1 asam keping
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan santan (LiNa Pg guna Ayam Brand)
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali API BESAR dan goreng sotong tanpa minyak selama ~20saat.Kemudian angkat dan ketepikan.Tujuan sangai/goreng tanpa minyak supaya sotong tidak liat.
  2. Tuang sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit garing kemudian masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula merah, asam keping, santan, sedikit air dan kiub ikan bilis dan hirisan bawang besar.Kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan gaul sebentar anggaran 1 minit sahaja.Tutup api dan Sambal Sotong Bersantan sedia dihidang. Selamat Mencuba.

Resepi Sambal Sotong Sekor-Sekor

Sambal Sotong Sekor-Sekor

Sambal Sotong Sekor-Sekor: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong kecik
  • 1 asam keping kecik
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 10 cili padi
  • 2 biji kentang- potong wedges dan goreng
  • 1/2 cawan minyak

Bahan Kisar:

  • 30 cili kering
  • 1 bawang besar

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan sotong dan masak hingga sotong berubah warna.
  2. Angkat sotong dan ketepikan. Simpan airnya.
  3. Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan dan goreng kentang hingga masak..Ketepikan..Dalam minyak yang sama, tumis bahan blend hingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan air sotong goreng tadi,asam keping,garam dan gula.
  5. Bila naik minyak,masukkan kentang, sotong yang sudah 1/2 masak tadi.
  6. Sesuaikam rasanya sertaasukkan cili padi yang dipatah-patahkan dan masak hingga sotong kecut dan sambal kering serta naik minyak.
  7. Sesuaikan rasa dan matikan api.

Resepi Sambal Sotong Sedap Yatie Memories

Sambal Sotong Sedap Yatie Memories

Sambal Sotong Sedap: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong (dibersihkan dan toskan)
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1/2 inci belacan  * 
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 sudu besar kicap jalen manis
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • garam dan gula – secukup rasa
  • 1 /2 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
  2. Kisar bahan2 bertanda *.
  3. Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata-rata.
  5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
  7. Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Penutup

Sambal sotong ini kalau kena cara masakannya, dapat pula sotong fresh, memang padu lah rasanya. 

Jom cuba resepi berasaskan sotong INI:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.