fbpx

7 Resepi Sate Viral! Pilihan Satay Sedap Bersama Kuah Kacang

Hari ini saya nak kongsi resepi sate yang viral dan sedap! Nikmati rasa satay yang enak dan lazat ini dengan pilihan kuah kacang yang menyelerakan. Hidangan tempatan yang popular ini mengabungkan rempah ratus yang harum, dan pastinya resepi sate viral ini juga merangkumi resepi satay goreng yang ringkas dan mesti dicuba. Aroma yang menyelerakan apabila dibakar!

Resepi Satay Azlita Aziz

Satay Azlita Aziz

Satay: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu atau ayam
  • 3 sudu besar madu  atau gula merah
  • 2 sudu kecil garam
  • kayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti

Bahan kisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm lengkuas
  • 3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja
  • 4 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup

Bahan Sangai:

  • 2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus
  • 3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu.
  2. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
  3. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak.
  4. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
  5. Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.
  6. Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.
  7. Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.
  8. Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi. Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.
  9. Perap bahan ini paling kurang 2 jam di dalam peti ais, tapi sebaik-baiknya semalaman supaya semua bahan perapan meresap dalam daging.
  10. Keluarkan daging  yang telah perap dan  mulakan cucuk di lidi satay. Cucuk daging cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas daging telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk meleperkan sedikit daging supaya senang masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit supaya daging masak luar dan dalam. Tak lah luar dah hangus tapi dalam masih tak masak.

Nota:

  • Air perapan daging ini jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah satay.
  • Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi daging. Api atau bahang panas tidak boleh di sasar pada batang lidi kerana di khuatiri batang lidi hangus terbakar. Oleh kerana daging cepat kering apabila di kenankan bahang api arang, maka gunakan minyak merenjis  untuk disapukan  atau di renjiskan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian perdu serai memadai). Terbalikkan satay dua atau tiga kali untuk daptkan warna satay yang menarik.

Minyak untuk disapu pada daging semasa bakar

  • 1 biji buah keras ~ ditumbuk lumat atau di kisar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai ~ di titik

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali serai  dan kisar halus. Serai yang telah di titik perdunya di gunakan sebagai berus untuk merenjis minyak atas daging.

KUAH SATAY/ KUAH KACANG

Bahan Kuah Satay / Kuah Kacang:

  • 600 gram kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar:

  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
  • 1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
  • 20 gram udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
  • 5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
  • 3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
  • 20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
  • 3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
  • 3 cm lengkuas
  • 1/2 inc belacan bakar

Cara-cara:

  1. Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan  goreng bawang merah dan bawang putih. Setelah layur angkat dan ketepikan
  3. Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan lain:

  • 1 cawan gula Melaka atau gula kabung
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 40 gram asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya  ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
  • Air lebihan perapan daging

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak.
  3. Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
  5. Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.
  6. Renihkan hingga mendidih. Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
  7. Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap! Akhir sekali masukkan santan. Masak hingga kuah sedikit pekat.
  8. Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi. Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

Resepi Satay Ayam/ Sate Ayam Sedap Qaseh Honey

SATAY AYAM SATE AYAM SEDAP qaseh honey

Satay Ayam/ Sate Ayam Sedap: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – diambil bahagian isi dan tulang – dipotong2 kecil2 (QH guna fillet ayam)

  • 15 biji bawang merah

  • 1 labu bawang putih

  • 2 cm halia

  • 10 – 15 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri

  • 10 batang serai

  • 2 cm kunyit hidup

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 1/2 cawan teh gula pasir – resepi ni memang menggunakan banyak gula

  • 5 sudu besar madu (yang ni QH lebihkan 2 sudu)

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar jintan putih

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 

  2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.

  3. Tuang madu dan sebatikan lagi. 

  4. Perapkan selama 24 jam.

  5. Boleh dicucuk-cucuk pada lidi dan dibakar hingga masak.

KUAH KACANG @ KUAH SATAY

Bahan-bahan:

  • 300 gram kacang tanah – sangar dan kisar 

  • 100 gram gula pasir

  • 150 gram gula merah

  • 40 gram asam jawa

  • 1 sudu kecil garam 

  • 1 sudu kecil kunyit serbuk

  • 1 cawan minyak masak  – untuk menumis

Bahan kisar:

  • 2 biji buah keras

  • 1 sudu besar ketumbar biji – sangar

  • 1 sudu kecil jintan kasar – sangar

  • 1 sudu kecil jintan halus – sangar

  • 2 hiris lengkuas

  • 2 hiris halia muda

  • 20 tangkai cili kering

  • 7 ulas bawang merah

  • 5 ulas bawang putih

  • 7 batang serai – hiris

  • 20 gram udang kering

Cara-cara:

  1. Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gram air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.

  2. Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.

  3. Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk.

  4. Selamat mencuba.

Nota:

  • Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikitsedikit air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu…kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..

Resepi Satay Goreng Dengan Perapan Yang Mudah

Satay Goreng Dengan Perapan Yang Mudah Buat Orang Lapo

Satay Goreng Dengan Perapan Yang Mudah: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan rempah:

  • 1 sudu besar Biji ketumbar

  • 1 sudu besar Jintan manis

  • 1 sudu besar Jintan putih

Bahan lain:

  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 cm Halia
  • 2 cm Kunyit
  • 1 cm Lengkuas
  • 2 batang Serai
  • Air
  • 300 gram Daging lembu (potong dadu)
  • 1 sudu besar rempah yang dikisar
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Sangai bahan rempah iaitu biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian kisar sehingga halus (hanya gunakan 1 sudu besar sahaja untuk resepi ini selepas di kisar).
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas dan serai dengan sedikit air.
  3. Campurkan bahan kisar bersama daging. Tambahkan bahan rempah, garam serta gula secukupnya dan gaul sehingga rata.
  4. Kemudian, perap daging selama 1 jam.
  5. Panaskan sedikit minyak, masukkan daging dan goreng daging sehingga lembut dan kering. Siap! Selamat mencuba.

Nota:

  • Perap daging lebih lama untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Goreng daging sehingga kering.

Resepi Sate Hairul Hissam

Resepi Sate Hairul Hissam

Sate: Sumber Hairul Hissam

Bahan-bahan:

  • 200 gram isi ayam/daging dipotong nipis
  • 40 gram gula
  • Garam
  • 1cawan Kicap manis
  • 1 cawan minyak
  • 1 Batang serai – ketuk2
  • Lidi sate (rendam dalam air terlebih dulu)

Bahan Kisar:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar kunyit
  • 3 biji buah keras
  • 1-2 ibu jari lengkuas
  • 1 sudu teh ketumbat
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu besar perahan asam jawa
  • 1 cawan santan
  • 1 batang serai

Cara-cara:

  1. Ayam/daging di perap dgn semua bahan kisar, garam, gula, kicap manis
    dan minyak selama 4-5 jam.
  2. Cucuk ayam/daging pada lidi sate.
  3. Semasa membakar, celup batang serai yang sudah diketuk ke dalam mangkok minyak. Renjis-renjis atas sate. Terbalik balikkan supaya ayam/daging serata masak. Sate ini pun boleh digoreng di dalam minyak panas.

Nota:

  • Resepi sate ini juga boleh digoreng di dalam minyak. 

KUAH KACANG

Bahan Kuah Kacang:

  • 200 gram kacang tanah digoreng n kisar kasar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 bawang besar
  • 10 biji cili kering rendam
  • 3-4 biji buah keras
  • 300 ml air
  • 1 cawan Kicap manis
  • Daun limau purut
  • Serai (diketuk-ketuk)
  • garam, gula, asam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bawang putih, bawang besar, cili, buah keras kisar dan tumis.
  2. Masukkan kacang dan tuang air.
  3. Masukkan kicap, limau purut n batang serai.
  4. Masuk garam dan gula secukup rasa untuk kuah sate ini.
  5. Tuang asam sedikit.
  6. Biar mengelegak dan pekat. Siap kuah sate. 

Cara hidang:

  1. Letak sate dipinggan.
  2. Hiris bawang besar, timun dan nasi himpit.
  3. Tumbuk cili kecik dengan gula merah, belacan sikit dan masukkan kicap.

Resepi Satay Dan Kuah Kacang Hj Samuri

Satay Dan Kuah Kacang Hj Samuri

Satay Dan Kuah Kacang Hj Samuri: Sumber Dapur Kak Noor

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
  • 5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
  • ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
  • 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
  • 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
  • 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
  • 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
  • 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 camca teh garam

Cara-cara:

  1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri.
  2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak.
  3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak.
  4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba.
  5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu.
  6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
  7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit.

KUAH SATE SAMURI

Bahan-bahan Kuah:

  • ½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 setengah inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 papan gula melaka
  • 2 sudu asam jawa, diambil airnya
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
  2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar).
  3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
  4. Didihkan campuran tadi.
  5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
  7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
  8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala

Resepi Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar kacang tanah
  • 1 sudu besar garam – guna 3/4 sudu besar jer
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.
  2. Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam bekas. Gaul rata.
  3. Pastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.
  4. Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.

Nota:

  • Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.
  • Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih, masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.

KUAH KACANG

Bahan-bahan:

  • 600 gram kacang tanah – disangai
  • 5 biji bawang besar – mayang
  • ½ cawan cili kering – 1/2 mangkuk cili kisar
  • 1 cawan gula Melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.
  2. Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.
  3. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 – 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.
  4. Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota:

  • Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.
  • Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  • Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:

  1. Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing.
  2. Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing.
  3. Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.

Resepi Sate Simple Beeha Azman

Sate Simple: Sumber Beeha Azman

Bahan-bahan:

  • 1 setengah ekor ayam bahagian breast
  • 2 biji bawang besar (Beeha guna bawang holland)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 2 sudu kecil kunyit (untuk bagi warna kuning)
  • Seketul gula merah
  • Sedikit garam
  • Lidi sate

Cara-cara:

  1. Potong ayam bentuk dadu mengikut saiz yang anda suka.
  2. Blend semua bahan-bahan lain dan masukkan ke dalam bekas untuk digaul bersama ayam yang sudah dipotong tadi.
  3. Perapkan ayam tersebut selama 1 jam dan lebih bagus jika semalaman. Kemudian, rendam juga lidi sate tersebut di dalam air. Ini petua supaya mudah untuk cucuk ayam dan lidi sate tak patah sewaktu bakar atas api.

Bahan-bahan Kuah Sate:

  • 2 biji bawang besar (Beeha guna bawang holland)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kering (tambah jika nak kuah pedas)
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 genggam kacang yang telah dipanggang
  • 1 keping asam keping
  • Gula putih
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kacang yang telah dipanggang tadi hendaklah ditumbuk atau blend kering.
  2. Boleh jugak gunakan blend basah, cuma nanti masih tinggal kacang-kacang yang tidak pecah.
  3. Kemudian, blend bawang-bawang. Lengkuas dan serai tidak perlu dipotong kecil-kecil, biarkan masuk sebatang serai dan seketul lengkuas. Sebab ini hanya untuk naik bau bukan untuk rasa serai tersebut.
  4. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bawang yang sudah di blend. Setelah kekuningan, masukkan pula cili kering dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan api hanya medium.
  5. Setelah itu, masukkan secawan air dan masukkan kacang, serai dan lengkuas. Perasakan dengan gula dan garam. Akhir sekali, masukkan asam keping dan tunggu hingga mendidih. Beeha pastikan kuah tersebut tak terlalu pekat ataupun cair.

Nota:

  • Dah siap sediakan semua bahan, bolehlah masak nasi impit yang instant tu dan juga start bakar sate. Beeha takda tempat panggang ayam tu so, masak atas pan leper je. Bila pan dah panas, sapukan sedikit minyak. Kemudian baru letak sate ayam yang dicucuk dengan lidi di atas pan tersebut. Beeha guna batang serai nak sapu minyak dekat sate. Sambil tu, Beeha alih-alihkan sate ayam tersebut dan kadang-kadang spray dengan air supaya sate tersebut tidak terlalu kering.

Penutup

Sate adalah menu makanan sampingan yang sering di hidang pada majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka hari raya atau majlis-majlis yang lain. Kuah kacang juga adalah komponen yang begitu penting bagi melengkapkan hidangan sate /satay yang sedap ini.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.