Hari ini saya nak kongsi resepi ayam singgang. Masakan ini sesuai untuk orang yang mencari resepi masakan sihat untuk orang berpantang dan sesuai juga untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan dengan diet secara sihat. Caranya cukup senang, mudah je. Anda boleh cuba walaupun tak pernah lagi masak singgang ni, confirm menjadi. Ikut je step by step cara nak masak ayam singgang ini. Makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan, sedapnya!
Resepi Ayam Singgang Ala Thai Mat Gebu
Ayam Singgang Ala Thai: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam, dipotong kecil, cuci dan toskan
- 1 camca besar minyak masak
- 1 biji bawang besar, hiris
- 5 ulas bawang putih, hiris
- 1 inci lengkuas, hiris
- 1 inci halia, hiris
- 1 inci kunyit, hiris (che mat tumbuk lumat)
- 7 biji cili padi, diketuk
- 3 batang serai, diketuk
- 2 keping asam gelugor
- 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
- 1 camca teh serbuk kunyit (optional)
- 1 camca teh mushroom seasoning (che mat guna secukup rasa)
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- 4 tangkai daun ketumbar, kerat kasar (che mat guna 1 pokok kecil)
- 1 biji tomato, belah 6 (resipi asal takde, yang ni che mat tambah)
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan hiris (bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas), serai dan kunyit yang ditumbuk. Masak hingga bawang layu dan wangi. Masukkan asam gelugor dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masak guna api sederhana
- Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna dan airnya kering. Tuang air hingga ayam tenggelam atau secukupnya (yang ni ikutlah nak kuah banyak mana, agak-agak lah yea). Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tambah secukup rasa dan lada hitam tumbuk. Kacau dan masak hingga ayam betul-betul masak. Jika suka kuah singgang lebih kunin, boleh masukkan serbuk kunyit (che mat tak tambah dah serbuk kunyit sebab kuah singgang tu dah moleh kuning dia).
- Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan daun ketumbar. Masak sekejap dan akhir sekali tambah tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi atau sedap dimakan macam saja…Sedap gilerr wakkk! Tak percaya, cuba lah!
Resepi Ayam Singgang Budu Amie’s Little Kitchen
Ayam Singgang Budu: Sumber Amie’s Little Kitchen
Bahan-bahan:
- 500 gram ayam – potong ikut saiz yang disukai
- 3 sudu besar budu
- garam / gula / perasa pilihan
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu kecil ketumbar biji – tumbuk kasar
- 2 batang serai – diketuk
- 2 cm halia – hiris halus
- 2 cm lengkuas – hiris halus
- 3 ulas bawang putih – hiris
- 5 biji bawang merah hiris
- 3 tangkai cili kering – potong 2
- 10 tangkai cili padi
- air secukupnya
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati.
- Tuangkan air sehingga ayam tenggelam.
- Nyalakan api dapur.
- Masak sehingga ayam empuk.
- Sekiranya kurang perasa, sila tambah lagi mana yang kurang.
Resepi Ayam Masak Singgang Simple
Ayam Masak Singgang Simple: Sumber Myarosli
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 4 cawan air
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci kunyit (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 inci lengkuas (dihiris)
- 1 batang serai
- 3 keping asam gelugur
- 1 biji cili merah (dipotong)
- 3 biji cili padi
Cara-cara:
- Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan bahan yang dihiris bersama serai, asam keping, dan garam secukupnya. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan ayam, cili merah dan cili padi. Jika anda suka pedas, boleh tambah extra cili.
- Didihkan sehingga ayam masak.
- Siap untuk dihidang.
Resepi Ayam Singgang Kelantan
Ayam Singgang Kelantan: Sumber Siha
Bahan-bahan:
- Bawang merah (hiris nipis)
- Bawang putih (hiris nipis)
- Halia (hiris nipis)
- Lengkuas (hiris nipis)
- Serai (tumbuk)
- Rempah ketumbar (tumbuk)
- Lada kering
- Lada burung
- Asam keping
- Garam
- Gula
- 5 sudu besar budu
Cara-cara:
- Masukkan ayam dalam periuk.
- Masukkan semua bahan-bahan tadi.
- Gaul rata sampai macam ni.
- Letakkan budu, garam dan gula. Kemudian gaul lagi.
- Masukkan air, biarkan sehingga ayam masak dan semuanya sebati. Selamat mencuba!
Resepi Ayam Singgang Ala Thai Norhidana
Ayam Singgang Ala Thai: Sumber Norhidana
Cara-cara:
1/2 ekor ayam
2 batang serai, ketuk
4 ulas bawang putih, hiris
5 biji bawang merah kecil, hiris
5 biji cili api bangla, hiris
1 inci halia, hiris nipis
2 inci lengkuas, hiris nipis
1 inci kunyit hidup, hiris nipis
1 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam/ gula
Cara-cara:
Tumiskan bahan yang kita hiris tu semua hingga naik bau, lepas tu masukkan ayam tumiskan kering sebentar.
Masukkan air 3 cawan sedikit gula tutupkan periuk dengan penutup hingga ayam masak.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan bila dah ok secukup rasa boleh matikan api. Siap.
Penutup
Mudah kan resepi ayam singgang ini. Sesuai untuk anda yang masih berpantang dan kepada anda yang suka mencuba resepi diet yang sihat. Boleh cuba resepi ini. Sedap dan simpe je cara masak.
Boleh cuba resepi INI: