fbpx

5 Resepi Ayam Masak Kuzi Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi kuzi ayam sedap. Resepi ayam masakan kuzi ini sebenarnya resepi istimewa orang Kelantan. Asal resepi ini menggunakan saffron atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai koma-koma atau zafron sebagai mewarnai merah masakan. Saffron ini sangat mahal oleh itu lama-kelaman resepi kuzi ini berubah berbagai-bagai versi. Jom cuba resepi ayam masak kuzi di bawah. Mana yang berkenan di hati, boleh cuba. Pasti puas hati dengan rasanya.

Resepi Ayam Masak Kuzi Kelantan Azie Kitchen

Ayam Masak Kuzi Kelantan

Ayam Masak Kuzi Kelantan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • Ayam potong 12

Bahan perap ayam:

  • Saffron
  • Halia 
  • Bawang putih
  • Garam

Potong kiub dan goreng:

  • Hempedal ayam
  • Hati ayam – (rebus dulu), kalau suka
  • 2 biji bawang besar

Bahan goreng:

  • 15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan badam potong memanjang

Bahan tumis:

  • 6 bawang merah – blend
  • 4 bawang putih – blend
  • 4 sudu besar rempah kuzi
  • 1 cawan minyak (campur minyak sapi)
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol sos tomato del monte

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.  Goreng bawang merah hiris, tos.  Goreng bawang besar hingga kuning, tos.  Goreng badam hingga kuning, tos. Goreng kismis, tos.  Goreng hempedal ayam, tos.  Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
  2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.  Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air.  Goreng hingga wangi.  Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
  3. Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, dan bawang besar goreng.  masukkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat. Sedap dimakan dengan roti jala, nasi minyak dan sebagainya.

Resepi Ayam Kuzi Istimewa Che Nom

Ayam Kuzi Istimewa

Ayam Kuzi Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan untuk diperap:

  • 1 ekor ayam, potong 12 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit garam

Bahan untuk digoreng:

  • 250 ml minyak masak
  • 15 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar, potong dadu
  • 1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
  • 1/2 cawan kismis
  • hati dan pedal ayam, potong kiub
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kuah:

  • 5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
  • 125 ml air
  • 3/4 tin susu cair
  • 120 gram (1 tin kecil) tomato puri
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai pandan, carik dan simpul

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
  2. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.

Resepi Ayam Masak Kuzi

Ayam Masak Kuzi

Ayam Masak Kuzi: Sumber Resepi Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil 
  • 1 biji tomato – dibelah 6 bahagian 
  • garam dan gula secukupnya 
  • minyak secukupnya 
  • biji gajus

Bahan A:

  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan kismis 
  • 1 1/2 cawan bawang goreng 
  • 1/2 cawan buah badam – dicincang 
  • 3 sudu besar tomato puri

Bahan B: (Bahan dikisar)

  • 1 cawan cili boh 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 inci halia 
  • 1/2 inci lengkuas 
  • 3 biji buah keras

Bahan Rempah Kuzi Bahan C : (Bahan dikisar)

  • 2 sudu besar ketumbar 
  • 1 sudu besar jintan manis 
  • 1 sudu besar jintan putih 
  • 1 sudu besar lada hitam 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 5 tangkai bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit serta garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga separuh masak.
  3. Masukkan minyak dalam periuk dan masukkan kesemua bahan B,C dan tumiskan hingga naik bau dan diikuti dengan semua bahan A.
  4. Kemudian,masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sebati.
  5. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak sehingga ayam menjadi empuk.
  6. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat serta garam dan gula secukupnya bersama buah tomato dan biji gajus.
  7. Siap untuk dihidang

Resepi Kuzi Ayam Bonda

Kuzi Ayam Bonda

Kuzi Ayam Bonda: Sumber Shapurah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong saiz kecil/sederhana
  • 5 biji ubi kentang – potong kiub sederhana & goreng
  • 6 biji bawang besar – mayang nipis dan goreng garing & ditumbuk lumat
  • 1/2 botol sos tomato Del Monte
  • 10 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • Sedikit safron*
  • 1/2 tin susu cair atau lebih 
  • Minyak sapi untuk menumis
  • Sedikit minyak masak
  • 2 camca besar rempah kuzi
  • 3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)
  • Buah kismis – goreng sekejap
  • Buah badam- goreng garing
  • Garam & gula secukup rasa

(Tumbuk bahan bertanda*)

Bahan untuk perap ayam :

  • 5 biji bawang merah*2 biji bawang putih*
  • 1/4 inci halia* 
  • Sedikit Safron*
  • 2 camca besar cuka
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah masak. Toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair & air. 
  3. Kacau biar sebati masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk.
  4. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi.
  5. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.

Resepi Ayam Masak Kuzi Chef Hafiza

ayam masak kuzi chef hafiza

Ayam Masak Kuzi: Sumber Yatie

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
  • 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan kismis hitam
  • 1 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan badam cincang
  • 3 sudu makan tomato puri
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya utk goreng ayam

Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras

Bahan B: (Rempah Kuzi)

  • 2 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 tangkai bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.

Penutup

Kuzi sedap digandingkan dengan roti jala. Anda boleh cuba Resepi Roti Jala ini. Senang nak buat. Boleh juga cuba  Resepi Puding Viral.  Resepi Kek Batik Sedap pastinya patut di cuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.