fbpx

7 Resepi Daging Masak Merah Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi daging masak merah yang sedap. Bagi penggemar daging, resepi daging masak merah ini selalunya popular di kedai masakan ala thai. Selain tomyam, daging masak merah boleh dikatakan antara menu popular di kedai makan. Rupanya mudah nak masak resepi daging masak merah ini. Jom kita cuba.

Resepi Daging Masak Merah Che Nom

Daging Masak Merah: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna merah
  • minyak secukupnya
  • 1 mangkuk minyak
  • 3 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, belah 2
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
  • 3-4 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Potong daging kepada 2 ketulan besar. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.
  2. Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  4. Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  6. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
  7. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.

Tips:

  • Berapa lama daging lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Kalau daging batang pinang lebih cepat lembut bila direbus.
  • Daun limau purut harus dibuang tulang tengahnya untuk elakkan pahit. Carik-carikkan supaya lebih beraroma bila dimasak bersama daging.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Azie Kitchen

Daging Masak Merah Ala Thai azie kitchen

Daging Masak Merah Ala Thai: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu – rebus empuk dengan pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang panjang – jika suka
  • Daun sup/daun bawang
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 cili merah

Cara-cara:

  1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  3. Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

Tips:

  • Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.

Resepi Daging Merah Ala Thai Mat Gebu

Daging Merah Ala Thai Mat Gebu

Daging Merah Ala Thai: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu. hiris nipis, cuci dan toskan*
  • 3/4 camca teh pewarna merah makanan*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, dihiris*
  • 1 biji bawang besar, belah 8 dan leraikan
  • 4 tangkai kacang panjang, kerat pendek
  • 4 biji putik jagung, hiris serong
  • 6 biji cili padi merah Thai, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos cili Thai (jenama LIFE)
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1 camca teh gula
  • Jus limau nipis (dari 1/2 biji limau nipis)
  • Air rebusan daging secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan bertanda (*) ke dalam periuk. Tuang air secukupnya, masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 sudu kecil) dan rebus hingga daging empuk. Jika menggunakan periuk tekanan (pressure cooker, cuma memakan masa 10 – 15 minit). Asingkan daging dari air rebusannya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar). Tumis bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan (anggaran  1 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan daging tadi dan daun limau purut, masak hingga pekat. Masukkan kacang panjang, putik jagung, bawang besar dan cili padi. Kacau rata.
  4. Masukkan gula dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau dan akhir sekali masukkan jus limau nipis, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Resepi Daging Masak Merah Utara

Resepi Daging Masak Merah Utara

Daging Masak Merah Utara: Sumber Rina Suraya

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu – dihiris
  • 1 biji bawang merah – potong
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 biji bawang putih ditumbuk
  • 1/2 ulas halia
  • 2 sudu pes cili (mengikut kepedasan anda)
  • 2 susu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk ayam
  • 1 biji tomato
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – dihancurkan
  • 1 tangkai daun bawang – potong

Cara-cara:

  1. Panasakan 3 sudu minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan serai, daun limau purut, potongan bawang besar, dan pes cili. Kacau lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan daging lembu dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih hingga daging lembut, tambahkan air jika perlu.
  4. Satukan kicap, sos ikan, serbuk ayam, tomato dan sos cili. Campurkan dengan baik. Masukkan dalam kuali.
  5. Masukkan tomato potong, kacau sebentar dan gaul.
  6. Hias dengan daun bawang dan hidangkan.

Resepi Daging Masak Merah Johor

Resepi Daging Masak Merah Johor

Resepi Daging Masak Merah Johor: Sumber Resepi Ringkas

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging lembu
  • 15 tangkai cili kering }
  • 3 biji bawang sedehana besar }
  • 2 ulas bawang putih }
  • 1 inci halia }
  • 1 sudu kecil jintan halus }
  • 1 sudu kecil jintan kasar } dikisar
  • 2 pokok daun sup }
  • 2 pokok daun bawang } dikerat tiga
  • 1 batang lobak dipotong
  • 3 biji tomato dipotong
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1/2 tin susu cair – saya tak letak
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Potong daging bentuk kiub kecil, cuci, dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging, tutup kuali. Kecilkan api. Biar air daging keluar dan sedikit kering.
  4. Jika daging masih belum empuk tambahkan air biasa dan biarkan hingga 3/4 empuk.
  5. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, lobak, daun sup dan daun bawang.
  6. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Kalau suka boleh tambah susu cair.
  7. Rasakan masin dan manisnya.

Resepi Daging Masak Merah (Kemboja)

 

Resepi Daging Masak Merah (Kemboja)

Resepi Daging Masak Merah (Kemboja): Sumber Halim

Bahan-bahan Daging Goreng:

  • 600 gram daging batang pinang (potong nipis melintang urat)
  • 1 sudu kecil garam gunung Saji
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2-3/4 cawan minyak masak untuk mengoreng & menumis

Bahan A: (kisar)

  • 1 cawan air
  • 4 batang lada merah
  • 3 keping lengkuas
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Bahan B:

  • 3 keping daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 gelas air

Bahan C:

  • 5 sudu besar sos cili Saji
  • 2 sudu besar sos tiram Saji

Bahan D:

  • 1 biji bawang besar saiz M (hiris bulat nipis)
  • 1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
  • 1 batang lada merah (hiris bulat)
  • 1 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:

  1. Gaul hingga rata daging dengan garam gunung Saji dan serbuk kunyit.Perap dalam 30 minit.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali non stick,goreng daging hingga masak @ 3/4 garing.
  3. Angkat, toskan.
  4. Dalam kuali yang sama tumis bahan A & B dengan minyak lebihan daging hingga garing.
  5. Masukkan sedikit air,tumis hingga kering.Masukkan sedikit air lagi.
  6. Ulangi proses 3 kali hingga pecah minyak.
  7. Masukkan bahan C.
  8. Masukkan daging goreng,gaul rata,seimbangkan rasa.
  9. Masukkan bahan D.
  10. Balik-balikkan sebentar,tutup api.
  11. Semasa menghidang tabur dengan sedikit lagi bawang goreng dan daun ketumbar.Siap.

Resepi Daging Masak Merah Mudah dan Sedap

Resepi Daging Masak Merah Mudah dan Sedap

Daging Masak Merah Mudah dan Sedap: Sumber Resepi Cheff

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging 
  • 1 biji capsicum hijau di potong
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • Air Secukupnya

Bahan A:

  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1 cm halia di ketuk
  • 2 ulas bawang putih di ketuk

Bahan Hiasan:

  • daun sup
  • daun bawang
  • kacang buncis

Cara-cara:

  1. Rebus daging bersama pewarna merah sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
  4. Jika terlalu kering masukkan sedikit air rebusan daging.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daging yang telah direbus dan biarkan mendidih dan kuah sedikit pekat.
  7. Masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang.
  8. Daging Masak Merah sedia dihidangkan. 

Penutup

Resepi daging masak merah yang menarik pada saya ialah Resepi Daging Merah Ala Thai. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama seperti yang dihidangkan di restoran Thai. Kemudian kita masak bersama bahan-bahan lain, mudah sahaja hidangan ini. Cuma pastikan daging direbus sampai empuk. Jika teringin nak makan ayam Masak Merah, boleh cuba Resepi Ayam Masak Merah ini. Masakan daging dendeng, juga sedap. Boleh cuba Resepi Daging Dendeng ini.

Anda juga boleh dapatkan panduan masakan seperti:-

Leave A Reply

Your email address will not be published.