fbpx

5 Resepi Soto Sedap

0

Hari ini saya nak kongsi resepi soto yang sedap. Teringin nak makan sup panas-panas, jom cuba resepi soto ini. Boleh dimakan dengan nasi impit atau bihun. Resepi soto ini mudah nak buat, pastinya lebih puas hati nak makan. Pernah dengar Soto Madura? Kuahnya pekat dan kaw. Resepi soto ini kuahnya pekat rasa rempah. Soto sedap dimakan dengan  sambal kicap dan digandingkan dengan bergedil.

Resepi Soto Ayam Azie Kitchen

Soto Ayam Azie Kitchen

Soto Ayam: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis 
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih 
  • 2 sudu besar serbuk lada putih 
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga 
  • 1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 batang serai – ketuk 

Bahan-bahan lain:

  • Taugeh – goreng tanpa minyak seketika 
  • Daun sup – hiris 
  • Daun bawang – hiris Bawang goreng 
  • Mee hoon goreng (jangan cuci, terus digoreng)
  • Begedil
  • Mee hoon – celur 
  • Nasi Impit – potong kecil

Cara-cara:

  1. Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. 
  2. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 
  3. Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam. 
  4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Tengok 3 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini. 

Sambal Kicap Kak Yatie:

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap cair 
  • Gula

Cara-cara:

  1. Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula. 

Sambal Kicap Feeza:

  • Blend cili padi dengan bawang goreng dan kicap lemak masin. Masak cili dan masukkan cuka. Tutup api. Tumbuk bawang putih, kemudian goreng dengan sedikit minyak sampai warna keperangan. Tuang dalam cili tadi. Gaul rata.

Sambal Kicap CMG:

  • Tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan. 

Resepi Soto Madura Azie Kitchen

Soto Madura azie kitchen

Soto Madura: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • ½ kg daging 4 helai daun limau purut
  • 1 ½ inci lengkuas – ketuk
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • ½ kotak santan kotak
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit

Bahan Sangai dan Kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit

Sayuran:

  • Daun bawang/daun saderi
  • Daun sup
  • Kubis – hiris & celur
  • Taugeh

Bahan lain:

  • Mee hoon/ketupat nasi
  • Bawang merah goreng
  • Sambal kicap

Cara-cara:

  1. Daging direbus sehingga empuk. Simpan air rebusan untuk dijadikan kuah soto. Nota: Saya rebus daging seketika dan buang air rebusan. Kemudian rebus daging sekali lagi menggunakan periuk Noxxa selama 20 minit. Untuk daging yang sedap, pilih bahagian yang ada sedikit urat seperti daging keting.
  2. Panaskan minyak dan tumis serai dan daun limau purut dan bahan kisar sehingga naik wangi. 
  3. Masukkan daging dan air rebusan daging. Masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan buah tomato, serbuk pati ayam dan garam.  
  5. Hidangkan kuah soto dengan mee hoon atau nasi impit, begedil, sambal cili kicap dan sayur sayuran. 

Resepi Soto Ayam Istimewa Che Nom

Soto Ayam Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 3 biji bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan untuk dikisar halus:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Bahan untuk kuah :

  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 jug air

Bahan untuk dihidangkan soto ayam

  • 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
  • 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
  • bawang goreng
  • suhun, goreng hingga garing
  • isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
  • daun sup, hiris kecil
  • daun bawang, hiris kecil
  • cili merah, hiris nipis
  • kacang tanah, goreng dalam minyak
  • begedil

Bahan untuk kuah kicap bercili

  • 1 mangkuk kecil kicap manis
  • 10-15 biji cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
  5. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Cara untuk cili kicap:

  1. Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
  2. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
  3. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.

Resepi Soto Mat Gebu

soto mat gebu

Soto: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Kuah Soto:

  • 800 gram ayam (kurang lebih)
  • 3 batang serai. diketuk
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • 1 pokok daun sup, kerat kasar
  • 2 camca besar bawang goreng
  • 1 kiub pati ayam MAGGI (optional)
  • 3 camca besar penuh rempah sup
  • 2 camca besar penuh rempah kurma
  • 5 – 6 liter air
  • 1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 15 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras, dihiris
  • 1 1/2 inci halia

Bahan-bahan Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan lain:

  • Nasi impit/ ketupat secukupnya
  • Begedil secukupnya*resipi dibawah
  • Soo hoon goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Taugeh, dibersihkan cuci dan toskan
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap (wajib ada)

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH SOTO :- Ayam dipotong 3 – 4 bahagian, cuci dan toskan. Sementara itu satukan rempah sup, rempah kurma dan bahan2 kisar halus. Kacau hingga menjadi pes rempah. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan-bahan tumis, serai dan lengkuas, masak hingga harum, masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ayam, daun sup yang dikerat kasar, 2 camca besar bawang goreng, kiub ayam (jika guna) dan garam secukup rasa, biarkan mendidih dan masak dengan api kecil selama 45 minit – 1 jam. Keluarkan ayam, biarkan sejuk dan asingkan isi ayam tadi. Tulang2 ayam dimasukkan kembali dalam kuah, tambah lada hitam tumbuk, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Isi ayam yang telah sejuk, dicarik-carik untuk ditabur atas soto nanti. 
  3. UNTUK HIDANGAN SOTO :- Potong ketupat atau nasi impit secukupnya. Masukkan ke bekas sesuai. Tuang kuah soto (pastikan kuah soto panas, baru sedap). Taruk taugeh, soo hoon goreng, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, kacang tanah goreng, begedil, isi ayam yang dicarik dan sambal kicap secukup rasa. Hidangkan

Resepi Soto Indonesia

soto indonesia

Soto Indonesia: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 600 gram ayam (che mat guna 1/2 ekor ayam yang dikerat 2), cuci bersih dan toskan
  • 3 liter air
  • 1 kiub ayam (optional)
  • 3 batang serai, dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • 7 biji bawang  merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3/4 inci lengkuas*
  • 4 biji buah keras*
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar ketumbar biji, ditumbuk halus
  • 1 camca teh lada sulah biji, ditumbuk halus

Bahan-bahan sampingan:

  • Nasi impit, ketupat atau nasi putih
  • Soo hoon secukupnya direndam hingga lembut (che mat rendam dalam air suam), toskan
  • Telur rebus secukupnya, belah 2 setiap 1
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng
  • Limau nipis, belah 2
  • Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
  • Kobis bulat, hiris halus
  • Kicap pekat manis
  • Sambal *(*resipi dibawah)

Bahan-bahan Sambal:

  • 20 biji cili padi siam jenis merah
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras, hiris-hiris
  • 1/2 camca besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. UNTUK KUAH SOTO :- Dalam periuk, didihkan air. Masukkan ayam dan biarkan. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan dan che mat guna non-stick pan). Tumis serai titik dan bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan daun limau purut dan terus memasak hingga menjadi pes yang pekat dan kelihatan kuning keemasan. Tambah ketumbar dan lada sulah yang ditumbuk halus tadi, gaul rata dan matikan api.
  2. Tuang rempah tadi ke dalam periuk berisi ayam.Tambah kiub pati ayam (jika guna) dan masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan kuah pekat sedikit. Tambah garam secukup rasa (kalau anda nak guna serbuk perasa pun boleh). Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SAMBAL :- Kisar cili merah, cili padi thai, buah keras dengan sedikit air hingga halus. Masukkan ke dalam kuali (che mat guna non-stick pan), masak dengan api kecil, kacau selalu hingga sambal pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan minyak masak. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api (sambal agak pedas, jadi berhati2)..
  4. UNTUK SOTO INDONESIA :- Asingkan ayam dari kuah soto, kemudian ayam diambil isinya dan carik2kan. Masukkan kembali tulang ayam ke dalam kuah soto. Dalam mangkuk sesuai, letak nasi impit secukupnya, tambah taugeh, hirisan kobis, sedikit soo hoon, telur rebus dan tuang kuah soto..
  5. Tabur dengan hirisan daun bawang, bawang goreng, bawang putih goreng, isi ayam dan sambal. Perahkan jus limau nipis sebelum dimakan. Kalau suka boleh juga tambah sedikit kicap pekat manis.

Penutup

Mudah nak buat soto sebenarnya. Kalau dah teringin nak makan, boleh cuba resepi soto ayam istimewa ini. Selain soto, anda boleh cuba Resepi Lontong Kuah Lodeh ini. Masakan lontong pastinya enak dan lazat untuk disajikan kepada keluarga. Anda juga boleh cuba Resepi Mee Berkuah Viral ianya adalah masakan mudah dan cepat nak masak bila tak ada selera nak makan nasi. Makan panas- panas, makin berselera jadinya! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.