fbpx

5 Resepi Karipap Inti Bihun Yang Simple Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi karipap inti bihun yang simple dan sedap! Karipap ni cukup popular di Sabah dengan nama Pastil/Pastel! Memang sedap bila makan dengan air cili bawang putih atau kicap berlada. Kalau makan karipap ini, pasti 2 kali ganda cepat kenyang sebab berintikan bihun. Peminat karipap inti bihun/pastil pasti sukakannya. Simple je cara buat dan cepat kenyang ye!

Resepi Karipap Pastel (Inti Bihun)

Resepi Karipap Pastel (Inti Bihun)

Karipap Pastel (Inti Bihun): Sumber Izali

Bahan-bahan Kulit:

  • 175 gram tepung
  • 40 gram marjerin
  • 50 ml air panas
  • 35 ml minyak masak
  • Secubit garam

Bahan Inti:

  • 100 gram ayam cincang
  • 75 gram bihun, rendam dalam air panas
  • 2 biji lobak merah, potong kiub kecil
  • daun bawang

Haluskan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • Lada sulah, gula, garam (secukup rasa)

Cara-cara (Kulit):

  1. Masukkan marjerin ke dalam air panas dan kacau hingga cair, masukkan garam dan minyak masak, gaul rata dan biarkan suam.
  2. Masukkan bancuhan air suam ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga mendapat doh yang licin dan tidak melekat di tangan, ketepikan.
  3. Canai doh hingga cukup nipis, acuankan bentuk bulat dan beri inti secukupnya, tutup dan tekan kemudian putar tepi pastel, goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.

Cara-cara (Inti):

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga bertukar warna.
  3. Masukkan lobak merah, kacau sebentar hingga layu.
  4. Masukkan bihun, bawang besar dan lada sulah, gula dan garam.

Resepi Karipap Bihun Manis Madu

Resipi Karipap Bihun Manis Madu

Karipap Bihun: Sumber Manis Madu

Bahan-bahan Kulit Karipap:

  • Tepung ¾ dari satu paket
  • Sedikit garam
  • Minyak atau majerin
  • Air

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dan uli sehingga tak melekat, kalau melekat gunakan sisa tepung tadi dan taburkan supaya uli tidak melekat.
  2. Biarkan sekejap supaya adunan tadi akan bangkit sedikit.

Bahan Inti:

  • Bihun
  • Bawang merah & putih
  • Minyak
  • Kicap
  • Perencah cukup rasa

Cara-cara:

  1. Rendamkan bihun dengan air panas.
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng bawang merah & putih.
  4. Masukkan bihun dan goreng.
  5. Tuang kicap dan tambah perencah cukup rasa.
  6. Sejukkan bihun yang sudah masak.
  7. Buat adunan tadi dalam bentuk karipap dan masukkan bihun sebagai inti.
  8. Goreng dan hidangkan.

Bahan-bahan Air Cili Bawang Putih:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Garam
  • Perasa cukup rasa
  • Cuka
  •  Air masak

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan.

Resepi Karipap Inti Bihun Pastil Murni Mohd Yusof

Resipi Karipap Inti Bihun Pastil Murni Mohd Yusof

Karipap Inti Bihun Pastil: Sumber Murni Mohd Yusof

Bahan Doh:

  • Tepung gandum – 5 cawan
  • Marjerin – 1/2 cawan
  • Minyak – 1/4 minyak
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan 1/2 cawan marjerin terlebih dahulu, dah cair tutup api biarkan marjerin seketika
  2. Masukkan 5 cawan tepung ke dalam bekas, kemudian masukkan marjerin tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan air dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  4. Akhir sekali barulah masukkan 1/4 cawan minyak. Gaul doh dengan minyak sehingga sebati. 
  5. Biarkan doh selama 10-15 minit.

Bahan Bihun Goreng:

  • Bihun 1 paket
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Bawang merah – 2 biji
  • Kicap Pekat 4A – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Sos Cili – 2 sudu besar

Cara-cara:

  1. Rendam bihun seketika, kemudian toskan
  2. Tumbuk bawang merah & bawang putih, kemudian tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat 4A, & tambah air sedikit.
  4. Tambah secubit garam & ajinamoto (optional)
  5. Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam. Kacau-kacau sehingga bihun masak

Bahan untuk Lada:

  • Cili api – segenggam
  • Garam – 1 sudu besar
  • Ajinamoto – 1 sudu besar
  • Limau kasturi – 5 biji
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumbuk lada bersama-sama dengan garam & ajinamoto
  2. Letak lada yang siap di tumbuk ke dalam bekas, perahkan 5 biji limau kasturi
  3. Tambah air sedikit, kemudian kacau kesemua bahan tadi.

Nota:

  • Kalau korang nak jimat masa, boleh saja blender semua bahan. Murni sejenis yang suka guna lesung batu sebab boleh menaikkan ‘rasa’ makanan yang di masak.
  • Dah siap buat doh & masak bihun goreng tu bolehlah mulakan aktiviti untuk membuat karipap. 

Resepi Pastil (Karipap Mee)

Pastil (Karipap Mee)

Pastil (Karipap Mee): Sumber Samantha

Bahan-bahan:

  • 8 senduk besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 senduk besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • Setengah bungkus bihun
  • 1 biji Bawang putih

Kuah Sos Pastil:

  • 1 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 cawan air
  • Lada hitam atau putih
  • 2 inci halia
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • 5 biji lada merah

Cara-cara:

  1. Sedia setengah bungkus bihun .Rendam bihun tersebut di dalam periuk yang berisi air panas. Ingat bihun ni rendam jangan terlalu kembang, sebab kalau kembang rasa dia tidak sedap. Kalau bihun tersebut sudah lembut. Ambil penapis dan buang air dia.. Lepas tu bilas guna air biasa bagi hilang dia punya lilin.

  2. Lepas tu tapis lagi bagi hilang air tu. Sementara kita tunggu bihun tu di tapis sehingga betul-betul tiada air. Ambil 1 biji bawang putih. Dan tumbuk halus-halus. Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak. Kalau minyak sudah panas, masukkan bawang putih tadi tu, kacau-kacau.

  3. Masukkan 1 sudu kecil garam dan setengah sudu ajinomoto, kacau-kacau.

  4. Dan yang terakhir masukkan bihun. Lepas tu kacau-kacau dia sampai garam dan ajinomoto tu betul-betul larut dan sebati.

  5. Masak bihun ni bukan lama ok.

  6. Bahagian bihun sudah siap. Sekrng kita pergi bahagian doh dia pula. Sediakan 8 senduk besar tepung gandum, 1 sudu kecil garam dan 1 senduk besar minyak masak. Gaul semua bahan guna tangan dan satu lagi jangan lupa sediakan 1 cawan air ok, kan kita mahu buat doh karipap. Satu cawan air, jangan dituang sampai habis sebab saya cuma sediakan 1 cawan air sahaja bukan tuang 1 cawan sampai habis.

  7. Jadi berbalik tadi pada bahagian buat doh tu, air tu masukkan sedikit demi sedikit. Uli doh tersebut selama 10 to 15 minit bagi mendapatkan hasil  yang cantik gitu

  8. Jangan lupa sediakan bahan yang diperlukan untuk menguli dan membentuk karipap. 

  9. Masukkan bihun sedikit jangan terlalu banyak. Sebelum itu sediakan satu dulang besar untuk letak karipap dan tabur sedikit tepung untuk mngelakkan karipap kita tidak melekat pada dulang tersebut. Lanjutkn proses tersebut sehingga bihun habis.

Cara-cara (Sos Partil):

  1. 1 biji bawang putih ditumbuk, 1 biji kecil bawang merah dihiris, 2 inci halia ditumbuk.
  2. Lada hitam / putih biji atau serbuk pun boleh (kalau biji ambil dalam 7 biji sahaja dan tumbuk, kalau serbuk 1 sudu kecil sahaja).
  3. 5 biji lada merah 5 biji ditumbuk.
  4. Bila semua bahan sudah siap dtumbuk dan dhiris. Sediakn satu periuk, masukkan 2 cawan air dan masukkan bahan-bahan tadi yang ditumbuk dan dihiris.
  5. Lepas tu masak diatas gas, tutup periuk, kalau air sudah mendidih masukkan satu sudu kecil garam, setengah sudu ajinomoto, 1 sudu besar gula dan cuka. Cuka itu ikut anggaran.. kalau jenis yang suka masam manis tambah lah banyak-banyak cuka.

Resepi Pastil & Air Lada Amie’s Little Kitchen

Pastil & Air Lada Amie's Little Kitchen

Pastil & Air Lada: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan Kulit Pastil:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan marjerin atau minyak masak
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan dan uli sehingga sebati dan tidak melekat pada jari.
  2. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  3. Canai nipis doh (wajib nipis) dan letakkan bihun (inti) lalu kelim menggunakan acuan karipap.
  4. Goreng sehingga kulit pastil bertukar warna kekuningan.

Bahan-bahan bihun:

  • 1/2 bungkus bihun
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah atau bawang besar
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Garam secukupnya
  • Sedikit perasa
  • Minyak masak
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Rendam bihun sehingga lembut.
  2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
  4. Selepas itu, masukkan bihun dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit jika bihun masih keras lalu perasakan dengan garam.

Bahan-bahan air lada:

  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, cili padi, gula dan garam.
  2. Kemudian, masukkan cuka dan air panas.
  3. Gaul sebati kesemua bahan.
  4. Masukkan kicap jika perlu.

Penutup

Mesti ramai yang tidak tahu dan pelik kan dengan menu ni. Jom kita cuba menu karipap yang popular di Sabah ini! Sedap juga jika sekali sekala bertukar selera.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.