fbpx

5 Resepi Ikan Masak Cuka Sedap (Masakan Pembuka Selera)

Hari ini saya nak kongsi resepi ikan masak cuka sedap. Masakan pembuka selera ini sedap dan cukup ringkas nak sediakan bahan-bahannya. Resepi ikan masak cuka ini rasa kuahnya masam, manis dan pedas pastinya. Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Resepi ikan masak masak cuka ini  mudah dan amat sedap dimakan bersama nasi panas. Selain ikan bawal, ikan duri, ikan kembong, tengiri, ikan merah dan ikan selar besar pun sedap dimasak menggunakan resepi ikan masak cuka ini.

Resepi Ikan Bawal Masak Cuka Che Nom

ikan bawal masak cuka che nom

Ikan Bawal Masak Cuka: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal, saiz sederhana
  • 3 biji cili merah, dibelah dua
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat
  • 2 biji tomato, dihiris bulat
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang, dihiris halus untuk hiasan

Bahan untuk dikisar:

  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras

Cara-cara:

  1. Goreng ikan sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cuka, garam dan gula dan kacau seketika. Kemudian masukkan sedikit air.
  4. Masukkan tomato, bawang besar dan cili yang telah dibelah. Kacau seketika hingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Angkat dan tuangkan di atas ikan bawal yang digoreng tadi. Hiaskan dengan sedikit hirisan daun bawang.

Resepi Ikan Duri Masak Cuka Azie Kitchen

ikan duri masak cuka azie kitchen

Ikan Duri Masak Cuka: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tongkok duri
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah 
  • 5 – 7 biji cili padi
  • ½ sudu kecil biji sawi
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml air
  • 3 sudu besar cuka
  • ½ batang lobak merah – potong
  • ½ batang timun – potong 
  • Garam
  • Gula 

Bahan hiris:

  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 

Cara-cara:

  1. Goreng ikan yang dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
  2. Buangkan sedikit minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan sedikit air dan cuka. Masak sehingga mendidih.
  4. Masak sehingga mereneh sekejap supaya ikan sebati dengan kuah. 
  5. Masukkan timun dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Nota:

  • Mesti ada rasa masam masam cuka, masin dan manis. 

Resepi Ikan Bawal Masak Cuka Mat Gebu

ikan bawal masak cuka mat gebu

Ikan Bawal Masak Cuka: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal hitam, saiz sederhana, siang dan bersih dan toskan*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
  • 1/4 bahagian traffic light capsicum (red, green, yellow), didadu
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 inci halia muda, hiris
  • 2- 3 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. Tinggal sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih hingga harum, masukkan serbuk kunyit, cuka dan gula, kacau rata. Tambah air dan biar mendidih.
  2. Masukkan traffic light capsicum, leek dan juga ikan. Gaul rata dan tambah sedikit garam, Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panass bersama nasi.

Resepi Ikan Masak Cuka atau Ikan Jeruk

resepi ikan masak cuka

Ikan Masak Cuka: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris @ diketuk)
  • Halia (dihiris halus)
  • Biji sawi
  • Cili padi hijau
  • Bawang merah kecil
  • Cuka (boleh ganti dengan asam jawa kalau perut tak tahan cuka)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa masakan (kalau suka)
  • Ikan yang telah digoreng (semua jenis ikan boleh ni saya guna ikan haruan & sepat)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.
  2. Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ni boleh masukkan gula, garam dan perasa (kalau suka). Tips; kena letak banyak gula untuk balancekan dengan rasa cuka.
  3. Bila air dah menggelegak, masukkan ikan goreng yang digoreng garing.
  4. Seterusnya masukkan cili hijau dan bawang kecil. Bawang kecil dimasukkan last skali untuk bagi impak rasa ranggup apabila makan. Fuhh sedap. Tutup api, siap. Senang ja kan. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Masak Cuka Sedap

ikan masak cuka sedap

Ikan Masak Cuka: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana – dipotong (boleh juga gantikan dengan ikan lain)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar – dipotong baji/wedges
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1/2 in halia – dihiris
  • 2 biji cili merah  – dihiris serong
  • 5 – 7 biji cili padi
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml air
  • 3 sudu besar cuka
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong
  • 1/2 batang timun – dipotong (buang bahagian empulur)garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
  2. Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
  5. Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pada isi ikan) dan masukkan timun. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Penutup

Masakan ikan masak cuka ini cukup ringkas. Mudah nak sediakan. Rasanya membangkitkan selera. Memang menaikkan selera anda bila makan ikan masak cuka ini. Cuka memberikan rasa masam menyelerakan. Masakan simple ini cukup sedap, ditambah dengan bawang merah dan bawang putih. Selain itu, Resepi Singgang Ikan ini juga boleh anda cuba.  Anda juga boleh dapatkan panduan masakan seperti Resepi Ayam Yang Paling Sedap. Resepi Daging Masak Merah ini pun sedap!

Leave A Reply

Your email address will not be published.