fbpx

9 Resepi Singgang Ikan Sedap

0

Hari ini saya nak kongsikan resepi singgang ikan/ ikan singgang yang pastinya sedap. Resepi singgang ikan begitu mudah disediakan dan menjadi lauk kegemaran. Buat untuk suami dan anak-anak, pasti mereka suka! Sedap dimakan dengan ulam ulaman dan budu. Selain itu, ikan singgang boleh dijadikan menu diet yang paling senang dan cepat masak. Bukan sahaja boleh dijadikan sebagai menu diet, sesuai sebagai menu orang berpantang/orang sakit.

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Che Nom

singgang ikan teng

Singgang Ikan Tenggiri Kelantan: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

Resepi Singgang Selar Kuning Azie Kitchen

singgang ikan selar kuning azie kitchen

Singgang Ikan Selar Kuning: Sumber Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 6 ekor ikan Selar Kuning
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci lengkuas – hiris nipis
  • 2 asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Cili padi – ketuk
  • Bendi – hiris besar

Cara-cara:

  1. Masak air dan semua bahan kecuali cili padi dan bendi.
  2. Setelah menggelegak, masukkan ikan. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. 
  3. Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Setelah bendi lembut, bolehlah tutup api dan diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Singgang Pedas Ikan Kembung Che Nom

singgang pedas ikan kembung

Singgang Pedas Ikan Kembung: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik
  • daun kesum
  • 1 inci lengkuas, hiris nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan kisar halus:
  • 3 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • secubit belacan

Cara-cara:

  1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.

Resepi Singgang Ikan Merah Azie Kitchen

singgang ikan merah azie kitchen

Singgang Ikan Merah: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan merah
  • 1 biji bawang besar Holland – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 inci halia  – hiris
  • 3 hiris lengkuas hiris
  • 1 serai – ketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2-3 keping asam keping
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Masukkan semua sekali bahan ke dalam periuk dengan air secukupnya.
  2. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula secukupnya.
  4. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Singgang Ikan Thai Citarasawan

singgang ikan thai

Singgang Ikan Thai: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 1 keping kepala ikan di belah dua
  • 3 ulas bawang merah di ketuk
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas di ketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai di ketuk
  • 6 tangkai cili padi di ketuk
  • 1 biji tomato, belah enam
  • 4 helai daun limau purut, ramas
  • 1 tangkai daun ketumbar, di potong
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama bawang, lengkuas, daun limau, cili padi, serai dan serbuk kunyit.
  2. Masukkan ikan, perasakan dengan sos ikan, jus limau, gula dan garam.
  3. Akhir sekali masuk kan hirisan tomato dan tabur daun ketumbar.

Resepi Ikan Singgang Ala Thai

ikan singgang ala thai

Ikan Singgang Ala Thai: Sumber Dapur Wana

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung / selayang / ikan tongkol
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang besar – setengah biji
  • Lengkuas – 1 inci (dihiris nipis)
  • Serai – diketuk
  • Cabai – 5 biji
  • Asam keping – 3 keping
  • Bendi
  • Gula melaka / gula – secukupnya
  • Garam – secukupnya (seimbangkan rasa dengan budu yang telah sedia masin)Budu – optional

Cara-cara:

  1. Masukkan air ke dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam periuk.  Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Rebus sehingga mendidih dan ikan telah masak.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Singgang Pedas Azie Kitchen

ikan tenggiri masak singgang pedas

Ikan Tenggiri Masak Singgang Pedas: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping ikan tenggiri
  • Asam jawa/asam keping
  • Garam
  • Gula atau serbuk perasa
  • 1 helai daun kunyit – jika suka

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang cili merah/cili padi
  • Sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan sehingga hancur. 
  2. Masuk ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. 
  3. Masak sehingga mendidih baru masukkan ikan dan daun kunyit. 
  4. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika mau. 
  5. Kacau hingga ikan masak. 

Resepi Ikan Siakap Masak Singgang

Ikan Siakap Masak Singgang: Sumber K-Resepi

Bahan-bahan:

  • Ekor ikan siakap siap disiang – kerat ikut saiz disukai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Halia dan kunyit | lebih kurang 1 inci
  • 6 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (saiz sederhana)
  • Kacang bendi
  • 1 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit sehingga lumat, serai dititik. Jangan dikisar dengan blender ya, nanti rasa masak singgang dah tak berapa sedap. ikut pengalaman saya la, lebih baik tumbuk.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kurangkan penggunaan minyak.
  3. Masukkan serai, bila bau dah naik masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan asam keping dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian boleh la masukkan ikan siakap tadi. Tunggu sampai mendidih, jangan kacau selalu nanti ikan hancur.
  6. Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato atau apa-apa yang sesuai, jika suka. Kalau tak suka tak payah letak.
  7. Siap dihidangkan ikan siakap singgang anda. 

Resepi Ikan Singgang Singapura

Ikan Singgang Singapura: Sumber My Singapore Food

Bahan-bahan:

  • ikan tenggiri 2 potong
  • 1 Bawang merah dihiris
  • 2 serai dititik
  • 5 bawang putih dihiris
  • Halia 1 ibu jari dihiris
  • Lengkuas 1 ibu jari dikeprek
  • Assam dicampur dengan air
  • Kunyit hidup 1 inci untuk rasa
  • 1 sudu teh Kunyit serbuk untuk warna
  • 5 chilli padi merah
  • 3 chilli hijau besar
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar sedikit dipotong (akar dicuci dan digunakan untuk masak)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dikualidan masukkan ikan
  2. Taburkan halia yang telah dihiris, serai, kunyit hidup, kunyit serbuk, chilli hijau, chilli padi, lengkuas, akar ketumbar dan bawang hiris
  3. Masukan 3-4 senduk air assam keatas ikan, kedalam kuali dan kacau. Tutup dengan penutup dan tunggu sebentar hingga ia mendidih selama 15 minit
  4. Tuangkan air asam seterusnya sebanyak 2 cawan
  5. Tambah garam dan rasa. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit
  6. Sajikan panas-panas dengan nasi putih

Penutup

Jika dilihat dari resepi singgang ikan diatas, masakan yang sungguh ringkas dan mudah. Masakan singgang bermaksud ikan yang direbus. Resepi singgang ikan ini  amat simple dan tak perlu menumis, tidak menggunakan santan dan tidak berminyak. Sesuai untuk yang nak berdiet. Oh ya! Jika teringin nak makan ayam Masak Merah, boleh cuba Resepi Ayam Masak Merah ini. Masakan daging dendeng, juga sedap. Boleh cuba Resepi Daging Dendeng ini.

5/5 - (1 vote)
Leave A Reply

Your email address will not be published.