fbpx

7 Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap (Bau Semerbak Harum Pikat Selera Keluarga)

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak Bali. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Ayam masak bali ini sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain. Selain dihidangkan semasa kenduri, ayam masak Bali juga boleh dihidangkan bersama nasi putih atau lemang. Menariknya, ayam masak Bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari. Rasanya yang sangat berbeza dengan menu-menu lain. Sedap, dimakan dengan nasi panas memang bertambah.

Resepi Ayam Masak Bali Che Nom

Ayam Masak Bali Che Nom

Ayam Masak Bali: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 8 batang serai, dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • minyak masak
  • gula melaka atau gula pasir
  • sedikit air

Bahan-bahan kisar halus:

  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 10-12 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Che Nom lebihkan sedikit rasa manis untuk ayam masak bali ni. Boleh sesuaikan mengikut citarasa anda.

Resepi Ayam Masak Bali Mat Gebu

Resepi Ayam Masak Bali Mat Gebu

Ayam Masak Bali: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  • 6 batang serai, diketuk
  • 4 pelepah daun kari
  • 1 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan-bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal-embal saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik-balikkan, kemudian angkat dan toskan).
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan-bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain….Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Sambal Bali Buat Orang Lapo

Ayam Masak Sambal Bali Buat Orang Lapo

Ayam Masak Sambal Bali: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar kicap
  • Gula
  • Garam
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)

Bahan kisar:

  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • Sedikit belacan (optional)

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak lebihan goreng ayam. Kemudian tumis serai sehingga sedikit keperangan.
  4. Masukkan daun kari. Tunggu sehingga garing.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan kicap. Seimbangkan rasa.
  7. Kemudian masukkan ayam dan hirisan bawang. Kacau sebentar dan masak lagi lebih kurang 10 minit sehingga ayam sebati dengan sambal.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Kalau nak sambal banyak, boleh lebihkan bahan-bahan kisar.
  • Lagi banyak serai dan daun kari, lagi sedap.

Resepi Ayam Masak Bali Yatie Memories

Ayam Masak Bali Yatie Memories

Ayam Masak Bali: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

 

  • 1 ekor ayam- di ptng 12, cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecik jintan kasar
  • 3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
  • Kicap pekat- saya letak 3 sudu besar
  • Cili kering- saya guna 1 cwn cili kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Asam keping-saya guna 1 kpng
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

Resepi Ayam Masak Bali Embun Rosaliza

Ayam Masak Bali Embun Rosaliza

Ayam Masak Bali: Sumber Embun Rosaliza

Bahan-bahan:

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah, Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo).
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.
  8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi).

Resepi Ayam Masak Bali Secubit Rasa Manis

Ayam Masak Bali Secubit Rasa Manis

Ayam Masak Bali: Sumber Secubit Rasa Manis

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – potong kecil
  • 4-5 sudu cili kering atau cili kisar 
  • 5-6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan – jika suka
  • 5-6 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu Kicap manis 

Cara-cara:

  1. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan kunyit.
  2. Mesin bawang, cili kering dan belacan.
  3. Tumis sehingga cili masak , boleh tambah air untuk pastikan cili benar-benar masak.
  4. Masukkan serai yang telah diketuk dan daun kari, tumis seketika.
  5. Masukkan gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan kicap dan ayam.

Resepi Viral Ayam Masak Bali Paling Sedap Terangkat

Resepi Viral Ayam Masak Bali Paling Sedap Terangkat

Ayam Masak Bali Paling Sedap Terangkat: Sumber Sedap Food

Bahan kisar untuk tumis:

  • 4 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • 10 tangkai cili kering | potong dua, rebus, tos
  • sedikit belacan
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas dengan air paras separuh bahan tu. Bahan kisar tak termasuk serai dan daun kari tau.
  2. Bahan kisar. Air letak separuh je.

Bahan Masak Ayam Bali:

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 batang serai | diketuk
  • 4 tangkai daun kari | ambil daunnya
  • Gula garam secukup rasa
  • Sedikit kicap manis | Dya letak 1sudu besar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Lumurkan serbuk kunyit dan secubit garam. Gaul rata dengan ayam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam separuh masak. Tos dan Ketepikan ayam.
  3. Kemudian, Keluarkan sedikit minyak. Anggaran dalam separuh macamtu. Sebab Dya jenis tak suka terlampau banyak minyak dalam masakan. Kalau terlalu banyak minyak, minyak akan serap rasa makanan tu. Guna sekadar minyak tu cukup untuk menumis sambal hingga terbit minyak.

  4. Lepas dah keluarkan separuh minyak, tumis serai hingga naik bau.

  5. Kemudian masukkan daun kari. Goreng sekejap sahaja guna api sederhana. Jangan masak sampai hangus pulak. Hihi. Bagi naik bau je cukup.
  6. Masukkan pula bahan kisar kemudian Tumis sehingga terbit minyak.

  7. Kemudian masukkan kicap manis, garam, gula secukup rasa. Masukkan juga ayam ke dalam tumisan. Kalau sambal terlampau kering, tambahkan 1 cawan air. Adjust balik rasa sambal tadi. Kemudian, tunggu hingga kuah kering sedikit.

  8. Gaul rata dan kalau rasa semua dah terangkat sedap, bolehla angkat dan hidang untuk dimakan dengan keluarga. 

Penutup

Confirm menambat selera keluarga anda, mereka akan suka kepada ayam masak Bali ini kerana ia sangat lazat.

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.