fbpx

11 Resepi Nasi Daging Air Asam Viral (Hidangan Istimewa Anda Mesti Cuba!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi daging yang sering disajikan dengan air asam! Rasanya masam manis pedas. Resepi nasi daging sangat popular di utara tanah air. Selalunya disajikan dalam majlis dan kenduri. Yang menariknya, kesedapan nasi daging ini dikatakan terletak pada air asam pencicahnya dan pada nasinya. Dagingnya tentulah mesti dimasak sehingga empuk! Penggemar daging mesti sukakan resepi nasi daging air asam ini. Nasi daging ditumis dan dimasukkan air rebusan daging itu sendiri. Jika anda sukakan rasa masam-manis, juga boleh cuba makan nasi daging dengan pajeri nenas! Sedap juga digandingkan dengan acar timun, pasti membangkitkan rasa. 

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Che Nom

Nasi Daging Air Asam Utara che nom

Nasi Daging Air Asam Utara: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:

  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis
  • Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan untuk ditumis:

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam:

  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis

Cara-cara:

  1. Cara untuk memasak: Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
  4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
  5. Cara untuk air asam: Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Tips:

  • Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

Resepi Nasi Daging Utara Azie Kitchen

 Nasi Daging Utara Azie Kitchen

Nasi Daging Utara: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging – dipotong kecil dan rebus hingga empuk 

Bahan untuk nasi:

  • 1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos
  • Air – nisbah 1 beras: 1.5 air – atau ikut beras
  • Rempah – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ tin susu cair 1 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 2 biji buah tomato – potong 2 atau 4
  • 3 sudu besar rempah kurma – sangai

Bahan hiris:

  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  2. Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai. 
  4. Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. 
  5. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata. 
  6. Sekarang kita masuk pula bab penyediaan Air Asam Kerisik. Yang pentingnya adalah penyediaan Sambal Belacan dan yang kemudiannya di gaul dengan bahan bahan lain. 
  7. Untuk menambah keenakannya, kerisik mestilah yang dibuat sendiri dari kelapa parut yang digoreng.

Air Asam Kerisik

Bahan Kisar:

  • Sambal Belacan
  • 10 tangkai cili merah 
  • 10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
  • ¼ ketul belacan
  • 2 sudu kecil Maggi
  • Cukup Rasa
  • Garam – jika perlu
  • Gula

Bahan lain:

  • 2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
  • 2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
  • Sedikit kerisik – dari ¼ biji kelapa parut
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • Sos tomato 
  • Sos cili

Cara-cara:

  1. Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging. 
  2. Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik. 
  3. Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Nasi Daging dengan Air Asam Berkerisik Hafizah Yahya

nasi daging dengan air asam berkerisik

Resepi Nasi Daging dengan Air Asam Berkerisik: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi – di rendam selama 10minit dan toskan
  • 1/2 kilogram daging
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tomato sup – saya guna jenama kimball
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan – di simpul
  • Kismis, bawang goreng dan kacang gajus – untuk hiasan (pilihan)

Bahan : (untuk menumis)

  • 1 inci halia – di hiris nipis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi

Cara-cara:

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  2. Basuh beras dan toskan.
  3. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan daging. Boleh juga masukkan daging ke dalam periuk ketika menanak nasi. 
  4. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato sup, daun pandan dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  5. 5. Hidangkan Nasi daging dengan air asam dan hirisan daging yang telah direbus tadi. Saya gandingkan juga dengan acar nenas mentah sebagai pembuka selera.

Air Asam Berkerisik

Bahan A (di tumbuk lumat-lumat):

  • 2 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili api
  • 1/2 inci belacan – di bakar 

Bahan B:

  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 2 biji tomato – dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji cili merah – dihiris bulat nipis
  • 2 biji limau kasturi 
  • 2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak – ramas dan asingkan bijinya

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan A hingga lumat.
  2. Masukkan cili merah hiris, tomato, bawang besar dan tumbuk lagi sekadar bercampur dengan bahan A tadi.
  3. Seterusnya masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata
  4. Akhir sekali perahkan limau kasturi dan masukkan juga kulitnya yang sudah dihiris. 

Resepi Nasi Daging Azlita Aziz

nasi daging azlita aziz

Nasi Daging: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging – dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut (ita guna daging cincang)
  • 6 cawan beras basmati – basuh, rendam sekejap, kemudian toskan (seperti biasa sukatan beras bergantung kepada jumlah hidangan so sukatan yangg lain pun pandai-pandai lah adjust ya!)
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1/2 caawn susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi (ita guna planta)
  • 500 gram tomato (dicincang)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan disimpul)
  • garam dan gula secukup rasa (ita tak bubuh gula)
  • 2 kiub daging (ita tambah)

Bahan Tumis:

  • rempah tumis (4 sekawan)
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis kan rempah tumis.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris masak hingga harum. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air dan kacau hingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair , kiub daging dan daging.
  3. Masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis. Tutup periuk dan biarkan nasi kering dan masak sepenuhnya.

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Daging setengah kg potong kiub sederhana kecil dan rebus
  • Beras 5 cawan
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 3 sekawan
  • 1sudu besar marjerin
  • 1 ulas bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih hiris
  • 1 helai daun pandan
  • Setengah kiub pati ayam
  • Suku setengah cawan susu cair
  • 2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan marjerin. Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3 sekawan dan serbuk
    kurma. Kacau kejap biar sebati dan bau harum.
  2. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.
  3. Pindahkan periuk nasi ke periuk elektrik tunggu je sampai masak. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Air Asam Kerisik

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato dihiris
  • 3 ulas bawang merah hiris
  • 3 biji cili padi hiris
  • Asam jawa
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 batang cili merah*
  • 4 biji cili padi*
  • Belacan bakar besar ibu jari*
  • Garam*
  • Gula*

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan bertanda * di atas. Bahan hiris masukkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati.
  3. Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Resepi Nasi Daging Berempah Kurma

Resepi Nasi Daging Berempah Kurma

Nasi Daging Berempah Kurma: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan.
  • 250 gram daging atau ayam. (Daging bahagian lembut ya. Kalau keras sila rebus dahulu)
  • 4 sudu rempah kurma, cap apa pun tak apa.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • 1 biji bawang besar dipotong boleh didadu pun boleh.
  • 1 tangkai daun kari (optional) aku suka benda alah ni.
  • 1 helai daun pandan (optional) dicarik dan disimpul.
  • 1 biji tomato (optional) dibelah 8.
  • 1 tangkai daun sup (optional).
  • 1 sudu rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga).
  • 2 sudu minyak sapi atau ganti butter atu marjerin.
  • 1 sudu minyak masak.
  • 1 cawan santan atau susu atau, kalau taknak ganti air .
  • 1-2 cawan air (ikut jenis beras yang korang gunalah).

+ Bahan yang optional tu kalau takde pun tak apa ya, jangan susah hati. Rileks sudah.

Cara-cara:

  1. Perap daging atau ayam dengan 1 sudu rempah kurma dan sedikit garam dalam setengah jam.
  2. Panaskan minyak dan butter/minyak sapi dan tumiskan rempah 4 sekawan sekali dengan bawang putih, bawang besar, daun kari dan daun pandan sampai naik bau.
  3. Perlahankan api dan masukkan 3 sudu rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai naik bau dan masukkan daging atau ayam tadi. Kacau lagi dengan penuh kasih sayang. Kalau nak transfer ke periuk elektrik maka transfer sekarang.
  4. Lepas tu masukkan susu/santan jika ada atau jika mahu. Kalau tak suka berlemak sangat tak payah masukkan. Terus masukkan air dan biar mendidih.
  5. Masukkan beras, kacau rata dan masukkan tomato dan juga daun sup jika ada. Tekan suis on kalau dah memang buat dalam periuk letrik. Atau jika belum boleh transfer semuanya ke dalam periuk letrik dan tekan on. Atau boleh biar masak dalam periuk biasa tu jer. Siap dah.

Tips:

  • Nasi macam ni guna ayam lebih best dari daging, sebab ayam akan sentiasa moist dan flavourful. Daging pula dia akan dry dan kurang flavour sikit. So kalau guna daging nak kena buat air asam untuk cicah dia, barulah boleh pergi jauh.
  • Daging pula kalau kena yang keras maka jenuhlah nak mengunyah. Jadi sebaiknya rebus dulu biar empuk dan guna air rebusan tadi ganti air biasa untuk masak nasi.

Resepi Nasi Daging Cik Wan Kitchen

Nasi Daging Cik Wan Kitchen

Nasi Daging: Sumber Cik Wan Kitchen

Bahan-bahan daging rebus:

  • 1/2 kg daging lembu yang segar- saya tidak rekomen guna daging import untuk rasa yang lebih segar dan manis
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • Air untuk merebus
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Potong 2 atau 3 ketul daging. Bersihkan dan rebus daging bersama dengan sedikit garam serta bawang putih.
  2. Rebus hingga empuk. Keluarkan daging dan hiris nipis.
  3. 1/2 untuk dimasukkan dalam nasi, 1/2 lagi untuk dicicah dengan air asam nanti.
  4. Simpan air rebusan untuk memasak nasi.

Bahan untuk nasi daging:

  • 3 gelas beras basmathi- dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum ditoskan kering.
  • 2 labu bawang besar (saiz sederhana)- dimayang
  • 3 ulas bawang putih- cincang halus
  • 1 inci halia- dimayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu rempah kurma
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis- kalau guna biji jintan manis, tumbuk halus dulu
  • 1 sudu besar tomato puri- saya hanya guna sos tomato
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu minyak sapi
  • 2 sudu margerin
  • Sedikit minyak masak
  • 4 gelas air rebusan daging
  • 1/2 gelas susu cair
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan bawang, halia dan rempah kasar hingga wangi dan warna perang.
  2. Masuk sekali daun pandan.
  3. Masukkan rempah kurma dan sos tomato.
  4. Kacau sekejap dan masukkan air rebusan dan susu cair. Kacau.
  5. Masukkan garam.
  6. Masukkan beras yang telah ditoskan kering. Masukkan hirisan daging. Kacau dan masak seperti biasa.
  7. Bila air nasi kering, kacau sekejap dan tutup periuk. Perlahankan api dan tunggu hingga masak. Siap.

Bahan untuk Air Asam:

  • 4 biji cili besar
  • 4 biji cili padi merah – nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu kecil garam- saya guna sudu kecil aiskrim
  • 4 sudu makan gula
  • Asam jawa sebesar penumbuk- bancuh dengan segelas air masak

– blend semua bahan dan masukkan dalam mangkuk besar.

Ramas atau kacau dengan:

  • 3 biji buah tomato- dihiris nipis
  • 2 labu bawang besar – dimayang nipis
  • 2 biji asam limau nipis diperah airnya
  • Perisa makanan yang digemari- optional

Lauk/bahan hidangan lain:

  • Hirisan daging rebus
  • Sayur salad
  • Hirisan buah tomato
  • Hirisan timun.

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Nasi Daging Air Asam Kerisik

Nasi Daging Air Asam Kerisik : Sumber Utusantv

Bahan-bahan:

  • 2 cawan Beras basmathi – direndam 30 minit dan toskan
  • 300 gram Daging – potong kiub saiz sedang
  • ½ cawan Susu cair (kalau tiada pun tak apa)
  • 1 helai Daun pandan
  • 1 ½ sudu besar Rempah kurma
  • 1 kiub Pati ayam
  • 1 sudu besar Minyak sapi
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • ½ biji Tomato
  • 2 sudu Kismis hitam (kalau ada)
  • 2 sudu Gajus (kalau ada)

Bahan untuk menumis:

  • ½ biji Bawang besar/bawang kecil – hiris nipis
  • 3 ulas Bawang putih – hiris nipis
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang Kayu manis
  • 4 biji Buah pelaga

Bahan untuk air asam kerisik:

  • 1 biji Bawang besar – hiris nipis
  • 2 biji Tomato – hiris nipis
  • 5 biji Cili padi – potong kecil
  • 1 inci Belacan
  • 1 sudu Pes asam jawa – dibancuh dengan ½ cawan air
  • ½ sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Kerisik
  • 1 sudu jus Limau nipis

Cara-cara:

  1. Rebus daging yang telah dipotong kiub bersaiz setengah kotak mancis (jangan kecil dari tu, nanti daging hancur) bersama 5 cawan air serta ½ sudu rempah kurma dan garam sehingga empuk. Paling cepat gunakan pressure cooker dan set selama 25 minit .
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali atau periuk yang besar dan senang dikacau. Masukkan bahan tumis dan tumis sebentar. Kemudian masukkan lebihan serbuk kurma dan kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair jika ada dan kacau sehingga pekat dan masukkan beras yang telah ditos bersama daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan sampai sebati. Masukkan daging, kismis, gajus dan tomato. Kacau rata.
  4. Pindahkan beras tadi ke periuk elektrik dan masukkan 3 cawan air rebusan daging tadi bersama kiub pati ayam. Kiub pati ayam tu hancurkan atau elok cairkan dahulu. Tak perlu tambah garam. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
  5. Biarkan nasi masak dan selepas masak gemburkan dengan garfu agar nasi tak berketul bila sejuk nanti.

Cara buat air asam kerisik:

  1. Paling baik, tumbuk kasar cili bersama sebahagian tomato dan sebahagian bawang serta belacan.
  2. Selepas tu masukkan semua bahan tumbuk dan bahan lain ke dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Maka hidanglah sepinggan nasi bersama beberapa ketul daging bersama semangkuk air asam. Perah limau dalam baki air rebusan daging tadi dan tabur daun sup.

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam

nasi daging utara air asam

Nasi Daging Utara Air Asam: Sumber Dari Dapur

Bahan daging:

  • 2-3 bahagian daging ikut pilihan masing-masing
  • 1 sudu makan garam
  • 3 liter air

Cara-cara:

  1. Basuh bersih daging , tak perlu potong. Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga daging empuk. Bagi yang ada high pressure cooker, senang. Setkan sahaja 30 minit . Siap.

Bahan Tumis Nasi Daging:

  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu makan minyak sapi + sedikit minyak masak ( kalau takde minyak sapi,guna je minyak masak )
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu makan serbuk kurma1 helai daun pandan simpul
  • Secubit garam

*Sukatan ini untuk 4-5 pot beras ya.

Cara Penyediaan Nasi Daging Utara:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis buah pelaga,kayu manis, biji cengkih, lada hitam tumbuk kasar hingga naik bau, barulah masukkan serbuk kurma.
  2. Tumis lagi hingga pecah minyak baru masukkan susu cair, daun pandan, kiub pati ayam.Bila dah mula sebati wangi perasakan dengan sedikit garam dan masukkan beras 4-5 pot.
  3. Kacau sekejap lepas tu pindahkan semua dalam periuk nasi/rice cooker.
  4. Tambah air rebusan daging ikut pot nasi. Contoh 4 pot beras, tambah 4 pot air rebusan nasi. Masak seperti biasa.
  5. Sementara nasi nak masak tu, kita buat air asam untuk pencicah daging

Bahan Air Asam Nasi Daging:

  • 2 sudu makan asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 biji tomato
  • 7-8 cili padi
  • 2 cili merah besar
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 3-4 tangkai daun kesum yang dicincang halus
  • Garam dan gula ikut pilihan

Cara-cara:

  1. Potong dadu tomato, bawang merah dan potong cili. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air tadi, buang biji.
  2. Tumbuk belacan hingga hancur. Gaulkan semua bahan dan perasakan ikut selera. Jika anda suka pekat atau cair, hanya ubah air asam jawa ya. Asam jawa dengan air.
  3. Ok semua bahan dah siap dimasak, ambil daging rebus tadi dan potong nipis, letak daun bawang dan sedikit bawang goreng dalam nasi, letak air asam pencicah lepas tu makan lah sepuasnya.
  4. Sedap sungguh rasa nasi dan air asam seperti ni. Selamat mencuba resepi nasi daging air asam yang sedap ni. Memang berbaloi untuk anda cuba.

Resepi Nasi Daging Utara Eny Abdullah

Nasi Daging Utara Eny Abdullah
Nasi Daging Utara: Sumber Eny Abdullah

Bahan Nasi Daging Utara:

  • 3 cawan beras basmathi
  • Daging potong kecil dan rebus bersama halia, bawang besar belah dan garam. Rebus sampai lembut.
  • Simpan air rebusan 3 1/2 cawan untuk nasi.
  • Lebih boleh masuk bunjut sup buat sup macam biasa

  • Kisar halia 2 inci
  • bawang besar 1 ulas
  • bawang putih 8 ulas
  • Minyak masak / butter/ olive oil untuk tumis
  • 3 ke 4 sudu besar rempah sup
  • Daun pandan
  • 2 ke 3 sudu besar tomato puree ( boleh gantikan dengan buah tomato dicincang atau dikisar atau tak letak pun tak apa)
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar, rempah sup dan daun pandan sampai wangi.
  2. Masuk air rebusan yang dah sukat untuk beras dan daging rebus serta tomaro puree.
  3. Masuk beras. Masak macam biasa sampai nasi kering.
  4. Jangan kacau, biar air kering sendiri. Bila dah kering tutup periuk dan perlahankan api.
  5. Biar sehingga masak. Siap.
  6. Nak senang lepas tumis rempah guna kuali kecil, terus masukkan bahan tumis, air beras serta bahan bahan lain ke dalam periuk nasi eletrik. Masak seperti biasa. 
  7. Hidangkan dengan air asam romato kerisik dan sup tadi. Boleh juga nak buat lauk sampingan lain seperti dalca, dan sebagainya. 

Resepi Nasi Daging Hanieliza’s Cooking

Nasi Daging Hanieliza's Cooking

Nasi Daging: Sumber Hanieliza’s Cooking

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging – potong sebesar 4 inci dan rebus dengan halia sehingga lembut
  • 6 cawan beras basmathi – bersih dan toskan
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gram tomato cincangkan
  • 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan ..disimpulkan
  • garam & gula secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buag pelaga
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk
  • 1 inci halia 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker.
  2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
  3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, biarkan wangi.
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging, biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
  6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
  7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Penutup

Jika dahulu anda boleh cuba Nasi Daging di Kedah mahupun Pulau Pinang, kini resepi nasi daging boleh anda cuba di rumah. Tidak lengkap nasi daging tanpa air asam. Ditambah dengan sup daging makin berselera kita makan. Anda boleh cuba resepi ini di rumah. Bahan-bahan boleh dibeli di pasaraya mahupun kedai biasa. Sajian istimewa ini sesuai untuk penggemar daging. Selain nasi daging air asam anda boleh cuba resepi:

Leave A Reply

Your email address will not be published.