fbpx

13 Resepi Nasi Arab Sedap (Aroma dan Rempah Ratus Pembuka Selera)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi nasi arab yang sedap. Sajian istimewa ini pastinya membuka selera anda dan keluarga dengan aroma dan rempah ratusnya. Jika makan di restoran, harganya agak mahal  kerana tidak semua restoran menyediakan menu nasi arab. Sesuai dengan rasanya yang sedap, anda boleh nikmati nasi arab dengan masak sendiri dan lebih menjimatkan, pasti puas hati nak makan banyak mana pun boleh. Anda boleh cuba resepi nasi arab ini, pasti menjadi jika anda ikut cara-cara penyediaannya. Jika ada majlis istimewa mahupun kenduri, pasti puas hati makan nasi arab ini! Untuk hasil yang lebih memuaskan, sebaiknya gunakan beras basmathi.

Resepi Nasi Kabsah Ayam Azie Kitchen

Nasi Kabsah Ayam Azie Kitchen

Nasi Kabsah Ayam: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras basmathi – basuh & tos 
  • 1 ekor ayam – potong 8
  • 3 bawang besar – dadu 
  • 3 biji tomato – dadu 
  • 1 sudu besar tomato puri 
  • 75 gram halia – kisar
  •  ½ sudu kecil bunga cengkih 
  • 2 biji black lemon (tak letak) 
  • 6 keping kayu manis 
  • 7 kuntum buah pelaga 
  • ½ sudu kecil black pepper 
  • 2 helai bay leave 
  • ½ sudu kecil buharat (Arabic powder 5 spices – can use garam masala) 
  • 75 gram unsalted butter (or ghee or 125ml vegetable oil)
  • 2 liter air panas

Cara-cara;

  1. Pastikan semua bahan sudah tersedia sebelum mula memasak.Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun bay, lada hitam dan ayam  ke dalam air mendidih. Masukkan garam dan maggi cube secukup rasa.
  2. Apabila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
  3. Menggunakan periuk yang sama, masukkan minyak atau butter. Tumis bawang besar, halia dan tomato hingga lembut.  Masukkan tomato paste  dan rempah buharat dan masak lagi sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata sehingga rempah mesra dan meresap pada beras.
  5. Tuangkan stok rebusan ayam yang panas panas.  Jangan sesekali menggunakan stok yang sejuk dan jangan mengacau beras selepas memasukkan air panas. Ini adalah supaya nasi tidak soggy dan melekat.
  6. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masakkan sekejap. Masukkan ayam dan susun di atas nasi dan tutup periuk. Terus masak sehingga nasi masak. 
  7. Keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan lahan untuk mengelakkan nasi patah. 
  8. Boleh lah dihidangkan panas panas bersama salsa.  

Nota:

  • Bagi menggantikan rempah buharat, saya menggunakan 1/2 sb mixed spices, 1/2 sb serbuk ketumbar, 1/2 sb serbuk jintan manis dan 1/2 sb serbuk jintan putih dan sedikit serbuk kunyit.

Resepi Nasi Arab Hadramaut Azie Kitchen

Nasi Arab Hadramaut Azie Kitchen

Nasi Arab Hadramaut: Sumbe Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam – potong 2 atau 4
  • 5 cawan beras basmathi – basuh dan tos
  • Air secukupnya (1 ½ – 2 cawan bagi setiap cawan beras)
  • 1 biji tomato masak – potong
  • 2 biji bawang besar  – potong bulat
  • 2 tangkai lada hijau – potong 2-3

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian – rebus & tumis):

  • 5 biji buah pelaga
  • 2 helai bay leave
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 5 bunga cengkih
  • ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih

  • ½ sudu besar serbuk zaffaran (kuning)
  • 2 sudu besar serbuk mellah farolah ( tak letak)
  • Minyak masak/minyak jagung/olive

Cara-cara Nasi:

  1. Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan  masak selama ½ jam.
  2. Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.
  3. Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 biji bawang besar dan cili hijau.
  4. Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.
  5. Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.
  6. Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.
  8. Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Nota:

  • Saya asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah  menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk).

Cara cara Menyediakan Ayam:

  1. Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.
  2. Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam.
  3. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
  4. Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.

Salatah:

  • 3 biji buah tomato masak
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Sedikit air

* Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.

Zabadi:

  • Yoghurt
  • Timun – cincang halus
  • Hirisan karot

* Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Nasi Arab Hadramaut:

  • Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.

Resepi Nasi Arab Mat Gebu

Nasi Arab Mat Gebu

Nasi Arab: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan (resipi asal guna 1 kg beras basmathi)
  • 350 gram daging lembu, potong besar dan rebus hingga empuk
  • 6 cawan air (mat guna air rebusan daging)
  • 1/3 cawan kacang pis
  • 1/3 cawan kismis
  • 2 biji cili merah, hiris kasar2
  • 1 tangkai daun sup, hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar, hiris
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca bear minyak masak (mat guna minyak jagung)
  • 1 camca besar serbuk jintan manis*
  • 1 camca besar serbuk jintan putih*(*disatukan dan bacuh dengan sedikit air)
  • 1/3 cawan bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 1 helai daun pandan
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 inci halia, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 camca teh jintan manis biji
  • 1/2 camca teh jintan putih biji

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serbuk jintan manis dan putih yang telah dibancuh tadi, tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah beras. Goreng beras bersama bahan2 selama 1 minit. Tuang beras tadi ke dalam rice cooker. Tambah air (stok daging), perasakan dengan garam. Tambah daun ketumbar, kacau dan masak hingga kering.
  3. Masukkan kacang pis, kismis dan cili merah. Bila nasi masak, gemburkan. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk-lauk kegemaran.

Resepi Nasi Arab Azlita Aziz

Nasi Arab Azlita Aziz

Nasi Arab: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras basmathi – basuh dan toskan
  • 4 cawan air
  • 1 cawan kacang peas
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah
  • 1 tangkai daun sup – dihiris
  • 1 tangkai daun ketumbar – dihiris
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 5 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan serbuk jintan putih – dibancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan bawang goreng
  • garam secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 inc halia dihiris
  • 2 inc kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan semua bahan tumisan sehingga harum.
  2. Masukkan serbuk jintan putih yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau rata
  3. Masukkan air beras, cili merah, dan garam. Biarkan mendidih dan air kering.
  4. Masukkan nasi yg telah kering kedalam kukusan dan taburkan kismis, daun sup, daun ketumbar, bawang goreng dan kacang peas.
  5. Kukus selama 30 minit.
  6. Hidangkan dgn ayam goreng, salad atau lauk kegemaran.

Resepi Nasi Arab Kambing

nasi arab kambing

Nasi Arab Kambing: Sumber Bidadary.my

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras @ 4 cawan beras basmathi,
  • 3 sudu makan minyak sapi,
  • 3 biji bawang besar dipotong dadu,
  • 3 biji bawang putih dicincang,
  • 10 tangkai daun ketumbar, bubuh lebih pun boleh.
  • 3 tangkai daun kari,
  • 3 helai daun pandan siat kecil-kecil,
  • 4 sekawan,
  • 3 sudu rempah nasi arab,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Kambing sekilo (basuh dengan tepung gandum),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah dan sedikit air serta kiub ayam.
  3. Masukkan kambing dan masak sehingga agak kering (tutup periuk dan sekali sekala kacau).
  4. Masukkan air 5 cawan.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan.
  6. Masukkan daun ketumbar yang dikerat kasar dan daun pandan dicarik. Kacau untuk ratakan.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Tutup periuk hingga nasi masak.

Bahan Sambal Nasi Arab:

  • 6 biji tomato
  • 3 biji bawang besar
  • 10 tangkai daun ketumbar
  • 3 biji cili merah (boleh lebihkan kalau ingin lagi pedas)
  • 3 sudu makan gula
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Blander semua bahan.
  2. Perahkan 4 biji limau nipis @ sebijik limau Sunkist.

Resepi Nasi Arab Mandy Citarasawan

Nasi Arab Mandy
Nasi Arab Mandy: Sumber Citarasawan

Penyediaan Air Rebusan Ayam / Stok ayam untuk nasi:

  • 1 Ekor Ayam Saiz Sederhana – Dipotong 4
  • 2 Inci Halia – Diketuk
  • 1/2 Sudu Kecil Serbuk Zafran Atau Serbuk Kunyit
  • 1 Sudu Kecil Lada Hitam Biji
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Jintan Putih
  • 1/2 Sudu Kecil Buah Pelaga
  • 1/2 Sudu Kecil Cengkih
  • 2 Helai Daun Bay
  • Garam Secukup Rasa Atau 1 Ketul Kiub Ayam
  • Air Secukupnya (Supaya Ayam Tenggelam)

Cara-cara:

  1. Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan-bahan diatas. Kemudian angkat dan toskan ayam.
  2. Tapiskan air rebusan untuk memasak nasi. Sejukkan terlebih dahulu.
  3. Ayam yang direbus digunakan untuk buat ayam panggang.

Bahan untuk Masak Nasi:

  • 3 Cawan Beras Basmathi
  • 4-5 Cawan Air Rebusan / Stok Ayam ( yang disediakan di atas)
  • Garam (jika perlu sebab stok/rebusan ayam dah letak garam)
  • Sedikit Zaffran Atau Pewarna Kuning

Bahan Menumis:

  • 1 Sudu Besar Minyak Sapi
  • 3 Kuntum Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga
  • 3 Ulas Bawang Merah – Dimayang
  • 1 Ulas Bawang Putih- Dimayang Halus

Cara-cara:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min).
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan bahan tumis.
  3. Goreng hingga naik bau / kekuningan.
  4. Pindahkan ke periuk nasi letrik, masukkan bahan tumis, stok ayam dan beras.
  5. Apabila masak masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.
  6. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

Bahan Rempah Kabsah (untuk ayam panggang):

  • 1 Sudu Makan Bunga Cengkih
  • 1 Sudu Makan Lada Hitam
  • 1 Sudu Makan Jintan Manis
  • 1 Sudu Makan Jintan Putih
  • 2 Sudu Makan Biji Ketumbar
  • 1 Sudu Makan Buah Pelaga
  • 1 Sudu Buah Pelaga Hitam
  • (Black Cardamom Pods) Atau Pelaga Putih
  • 1 Sudu Makan Serbuk Cili
  • 1 Sudu Teh Kunyit

Cara-cara:

  1. Goreng tanpa minyak bahan-bahan di atas kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau dan angkat.
  2. Kemudian kisar bahan hingga halus, kemudian tambahkan serbuk kunyit dan serbuk cili.
  3. Simpan rempah didalam bekas kedap udara sehingga hendak digunakan.

Bahan Ayam Mandy Panggang:

  • 1 Sudu Teh Zaffran Atau Serbuk Kunyit
  • 1/2 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
  • 1/2 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Teh Serbuk Homemade
  • Rempah Kabsah (Lihat Resipi Diatas)**
  • 1/2 Sudu Teh Serbuk Jintan Manis
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Aluminium Foil Untuk Balut / Bungkus

Cara-cara:

  1. Ayam yang telah direbus tadi dilumurkan dengan bahan perapan.
  2. Letakkan atas aluminium foil, balut kemas.
  3. Bakar dalam oven selama 1 jam pd suhu 180C untuk menghasilkan ayam yang lembut.

Bahan Sos Salata:

  • 2 Biji Tomato
  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 2 Biji Cili Besar
  • 5 Tangkai Cili Padi
  • Sedikit Daun Ketumbar
  • Sedikit Garam
  • Jus Dari Buah Lemon

* Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan terlalu hancur

Bahan Salad Arab:

  • 2 biji tomato potong dadu
  • 1 batang timun, buang pulur, potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar – potong dadu
  • 2 tangkai cili merah – potong halus
  • 2 tangkai cili hijau – potong halus
  • 5 tangkai cili padi – potong halus
  • Jus dari sebiji lemon
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Garam dan gula secukupnya

* Gaulkan semua bahan, perasakan secukupnya. Sedia di hidang bersama nasi mandy.

Resepi Nasi Arab Maqlubah

Nasi Arab Maqlubah

Nasi Arab Maqlubah: Sumber Iluminasimedia

Bahan-bahan Nasi Arab:

  • Beras basmathi (4 cawan)
  • Air (5 cawan)
  • Ayam (1/2 ekor atau lebih)
  • Rempah maqlubah (2 sudu besar)
  • Bawang besar (2 biji) – dipotong dadu
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Kentang (2 biji) – dipotong syiling dan digoreng separuh masak
  • Terung (1 biji) – dipotong syiling dan digoreng separuh masak
  • CIli hijau (1) – pilihan
  • Halia (1/2) – dikisar
  • Serbuk saffron/serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
  • Minyak sapi (2 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Kismis
  • Gajus

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili hijau, rempah dan ayam.
  2. Masukkan garam, terung, kentang dan beras.
  3. Masukkan air.
  4. Tanak sehingga masak.
  5. Terbalikkan dan hias nasi arab bersama daun ketumbar, bawang goreng, kismis dan gajus.

Bahan-bahan Sos Nasi Arab:

  • Tomato (1 biji)
  • Bawang Holland (1 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Cili padi (10 biji)
  • Cili merah (2 biji)
  • Cili hijau (2 biji)
  • Daun pudina (4 helai)
  • Cuka
  • Minyak zaitun
  • Gula
  • Garam

* Kisarkan semua bahan dan sesuaikan rasa.

Bahan-bahan Salatah:

  • Timun/zucchini (1 batang)
  • Lobak merah (1 batang)
  • Bawang Holland (1 biji)
  • Gula
  • Cili merah – dihiris
  • Garam
  • Minyak zaitun
  • Cuka
  • Lemon

Cara-cara:

  1. Potong dadu timun, lobak merah dan bawang Holland.
  2. Gaulkan semua bahan dan perahkan sedikit lemon.

Resepi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera

Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera

Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera: Sumber Vanilla Kismis

Bahan untuk Rebusan Ayam dan Sup:

  • 1 sudu kecil ketumbar (biji)*
  • 2 sudu kecil lada hitam*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil rempah kurma ( saya guna 2 sb )
  • Akar ketumbar
  • Garam

(Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak perlu kisar ya, masuk terus macam tu sahaja. Nak kuah lebih tambah bahan-bahan)

Bahan untuk Nasi:

  • Bawang besar setengah biji -dimayang
  • *Halia satu inci & rempah 3 sekawan*
  • 2 sudu besar mentega *
  • Air rebusan ayam
  • 1 cawan beras, 1 1/2 cawan air ( Basmathi )
  • Garam

(Tumis semua bahan bertanda masukkan dalam beras yang siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun
ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi).

Bahan untuk Sambal Arab:

  • Cili api & cili merah
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam & Gula

Salatoh:

  • Timun dadu
  • Tomato dadu
  • Bawang besar dadu
  • Garam & Gula
  • Satukan semua perah lemon

Ayam versi bakar: (Saya lebih suka versi masuk dlm nasi, lembut isinya)

  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Brown sugar / madu (saya guna madu)
  • Minyak masak (2 sudu besar)

(Perap ayam seketika & bakar dalm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 minit)

Resepi Nasi Kabsah Kambing

Nasi Kabsah Kambing

Nasi Kabsah Kambing: Sumber Weezana

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras basmathi
  • 700 gram daging kambing
  • 3 1/2 sudu besar rempah kabsah Chef Ammar (rempah ni ada lebih banyak, boleh repeat banyak kali)
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 sudu besar tomato paste
  • sedikit daun ketumbar
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak nasi dalam periuk nasi. Dadukan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau. 
  2. Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk). 
  4. Masukkan tomato pes, kacau seketika. 
  5. Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.
  6. Nasi yang dah masak tadi, titik-titik sedikit pewarna kuning. Gaul sebati pula dengan minyak sapi.
  7. Lepas tu masukkan nasi dalam periuk kambing. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.

Resepi Nasi Mandy Kambing

nasi mandy kambing

Nasi Mandy Kambing: Sumber Kak Tie

Bahan-bahan:

  • 400 gram beras basmathi
  • 1 sudu besar rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis – sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, buah limau kering dan bunga cengkih
  • 1 1/2kg kambing – daging dan tulang
  • Garam secukup rasa

Cara masak kKambing:

  1. Rebus kambing sehingga betul-betul empuk tanpa garam.
  2. Asingkan daging kambing ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
  3. Saya masukkan 1 biji sudu steel semasa merebus untuk mengempukkan daging dengan cepat. Sebelum tu potongan kambing tu saya basuh dan perap dengan tepung yang dicampur dengan sedikit air untuk menghilangkan bau hamis kambing, lepas tu toskan.

Cara masak Nasi Mandy:

  1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
  2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
  3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. Saya skip pewarna tapi gantikan dengan saffron.
  5. Masukkan 600ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
  6. Tanak dalam rice cooker sehingga masak. Saya tumis rempah ratus direct dalam periuk nasi tapi
  7. menggunakan api dapur, kemudian baru diletakkan dalam rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Bahan Sos Harrah:

  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil perahan lemon
  • 3 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa

* Kisar semua bahan tanpa air. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salad Arab:

  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 batang timun – dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada hitam

* Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Resepi Nasi Arab Kambing

nasi arab kambing
Nasi Arab Kambing: Sumber Salina Jalaludin

Bahan Daging:

  • 400 gram daging kambing
  • 2 liter air

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar garam (untuk ni boleh tambah lagi jika rasa kurang masin)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
  • 2 inci halia (dihiris kasar)
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 5 biji bunga cengkih & 1 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga)

Bahan Nasi:

  • 1 1/2 cawan beras basmati
  • 3 cawan air rebusan daging kambing
  • 100 gram daging kambing yang direbus tadi
  • 5 titis pewarna oren
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 1 ketul kecil arang & 2 sudu minyak masak

Bahan Kurma Kambing:

  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • Rempah 4sekawan
  • Rempah kurma
  • 300 gram daging kambing yang direbus tadi
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji cili besar (hiris kasar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air (untuk kuah)
  • Secubit garam
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 tangkai daun kari

Bahan Salatoh:

  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji timun (dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 hirisan lemon

Cara-cara:

  1. Beras Basmati dibasuh bersih dan direndam selama 30minit. Kemudian ditoskan.
  2. Bahan Daging : Daging kambing dibasuh dan direbus sehingga empuk.
  3. Bahan Tumis : Ditumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras basmati dan dimasak sehingga sebati bahan tumis dan beras.
  5. Bahan Nasi : Masukkan beras dan bahan tumis ke dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan daging kambing tadi (pastikan sukat air dan nasi dengan betul, bagi mendapatkan hasil nasi yang baik). Masukkan juga daging kambing yang direbus. Masak seperti memasak nasi biasa.
  6. Setelah nasi dah masak sempurna. Letakkan pewarna oren dan daun ketumbar. Kuis nasi menggunakan sudu garfu sahaja untuk ratakan pewarna.
  7. Ni tips tambahan jika untuk bagi nasi ni ada aroma yang sedap : bakar arang seketika dan masukkan ke dalam bekas berisi minyak masak. Letakkan ke dalam periuk nasi. Tutup periuk nasi tu. Tujuan untuk memberikan aroma tambahan pada nasi arab kita. Jika tak nak buat pun tak de masalah.
  8. Bahan Kurma Kambing :Tumis bawang merah, bawang putih, rempah 4sekawan. Masukkan serbuk kurma yang dibancuh sedikit air. Tumis sehingga naik bau. Masukkan kentang dan daging kambing yang direbus tadi. Masak sehingga mendidih.
  9. Masukkan cili besar dan bawang besar. Masukkan santan. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan kuah pekat. Tutup api dan sejukkan seketika.
  10. Bahan Salatoh : Semua bahan dicampurkan dan diperah jus dari hirisan lemon.

Cadangan hidangan:

  • Nasi dicedok dan diletakkan di tengah-tengah pinggan. Kelilingnya boleh diletakkan kurma kambing dan salatoh. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Arab Simple

nasi arab simple

Nasi Arab Simple: Sumber Aina Blog

Bahan-bahan untuk Ayam dan Nasi:

  • 1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
  • 1.5 liter air (untuk air rebusan ayam) 
  • 2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 3 sudu besar minyak
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
  • Pewarna merah
  • Bawang goreng
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
  • 1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
  • 1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

Bahan-bahan Tumis:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 cm halia
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
  • 1 pokok daun ketumbar

Bahan-bahan untuk Sos Salatoh:

  • Buah tomato masak
  • Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
  • Bawang putih

Bahan-bahan untuk Sos Zabadi:

  • Yogurt
  • Timu
  • Lobak merah
  • Timun
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Limau nipis

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam:

  1. Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
  2. Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain. Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
  3. Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
  4. Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
  5. Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi:

  1. Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
  2. Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
  5. Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
  6. Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
  7. Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
  8. Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
  9. Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
  10. Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
  11. Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
  12. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam:

  1. Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar.
  2. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
  3. Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhannya dan juga bahagian bawah ayam.
  4. Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh:

  1. Campurkan semua bahan untuk salatoh.
  2. Tambahkan air dan garam secukupnya.
  3. Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi:

  1. Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
  2. Campurkan dengan potongan lobak merah.
  3. Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Resepi Nasi Arab Paling Simple Eny Abdullah

Resepi Nasi Arab Paling Simple Eny Abdullah

Resepi Nasi Arab Paling Simple: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan untuk Nasi:

  • 3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk) – sebab rempah sup ni ada jintan manis, jintan putih cengkih, lada hitam, ketumbar dan buah pelaga. Semua ni adalah bahan asas nasi arab. Jadi pakairempah sup pun dh memadai.
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi – boleh gantikan dengan butter
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 1/2 cawan beras basmathi – saya pakai beras siam biasa
  • 8 cawan air rebusan ayam / stok ayam
  • Pewarna kuning atau oren
  • Cili hijau / cili merah muda
  • 2-3 Bawang besar dibelah 4

Bahan kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang):

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3- 4 inci halia

Kisar sehingga halus dan bahagi 2 bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu.

Cara masak nasi (menggunakan rice cooker biasa):

  1. Cuci beras dan tapis airnya.
  2. Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi.
  3. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan juga rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik baunya. Padamkan api.
  5.  Pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan  “COOK” Biar mendidih. Kemudian masukkan beras yang dicuci tadi. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.
  6.  Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.
  7. Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik je nasi tu.

Bahan Ayam Panggang:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 3 inci halia
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2-3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
  • Sedikit lada hitam
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 3 sudu besar yogurt – optional tak pakai pun ok
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit butter dicairkan.
  • Bahan kisaran diatas

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.
  2. Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.
  3. Masa panggang sekali sekala sapu butter cair  pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.

Bahan Salsa Tomato:

  • 7-8 biji tomato. Dipotong dadu kecil kecil. Sebiji dikisar halus.
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji cili merah – buang biji dan potong dadu kecil
  • 3 biji cili padi – potong halus
  • 3-4 sudu perahan lemon – boleh gantikan dengan cuka
  • 1-2 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan gaul rata dan siap.
  2. Rasakan manis dan masam tu pandai-pandailah adjust sendiri ya.
  3. Macam buat acar jelatah timun.

Penutup

Anda boleh cuba cara masak Nasi Arab yang sangat mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling best, masak guna rice cooker sahaja. Aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan pasti menjadikan sajian ini cukup istimewa untuk disajikan pada hari kesyukuran mahupun kenduri dan majlis.

Anda juga boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.