fbpx

5 Resepi Risoles Sedap dan Rangup

0

Hari ini saya nak kongsi resepi risoles yang mudah dan sedap. Hanya merupakan pastri yang berinti isi daging atau ayam, disalut bersama dengan serbuk roti. Ianya amat lazat kerana diluarnya rangup, namun didalamnya penuh dengan isi daging yang kita sukai. Sangat mudah sebenarnya nak sediakan bahan dan buat. Sesuai dibuat untuk sarapan mahupun kudapan petang. Anak-anak pasti suka, kerana makanan ini sesuai untuk semua lapisan umur. Bagi yang sukakan pedas, boleh tambah hirisan cili ke dalam inti. Anda boleh cuba resepi risoles ini.

Resepi Risoles Rangup Azlita Aziz

risoles rangup azlita aziz

Risoles Rangup: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan INTI:

  • 400 gm daging cincang ~ kalau nak gantikan ayam pun boleh
  • 3 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu kecil
  • 1 biji bawang besar ~ kupas kulit dan di dadu kecil
  • 1 batang lobak merah ~ buang kulit dan di dadu kecil ( ita tambah)
  • Daun sup daun bawang ~ diris halus ( ita tambah)
  • 5 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah ~ ita tambah
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih hingga harum (jangan lama nanti hangus).
  3. Masukkan bawang besar dan masak hingga naik bau.
  4. Masukkan daging cincang gaul dan masak hingga daging empuk.
  5. Bila dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah.
  6. Masak hingga lobak dan kentang empuk.
  7. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  8. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Boleh tambahkan sedikit cili padi untuk rasa yang pedas.
  10. Masukkan air tepung jagung, kacau rata.
  11. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang , gaul rata.
  12. Angkat, masukan dalam tapis dan toskan lebihan minyak dan air.
  13. Biarkan ia sejuk.

Bahan-bahan KULIT:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan ~ ita guna santan KARA 1 kotak jadikan 2 cawan. Boleh gantikan air atau susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis. Adunannya cair ya, tak pekat.
  2. Untuk kulit ni, ita cadangkan anda guna resepi creepe durian di SINI sebab, ia lebih nipis bila di dadar, lebih elastik dan tak mudah koyak.
  3. Gunakan non stick pan yang berukuran kecil anggaran 6 inc untuk dapatkan risoles yang comel.
  4. Sediakan pan dan panaskan, tunggu dia betul-betul panas, kalau tak nanti adunan melekat-lekat.
  5. Sapukan sedikit butter ( ita campur sedikit butter dengan sedikit minyak ).
  6. Gunakan berus untuk sapukan minyak pada pan, atau boleh guna daun pandan atau tisu.
  7. Bila dah panas, letakkan satu senduk dan lengang-lengangkan ia agar rata pada permukaan pan.
  8. Panaskan hingga masak, tak perlu balikkan.
  9. Bila nampak permukaan dan masak angkat.
  10. Buat semua adunan hingga habis.
  11. Ambil sekeping kulit, letakkan inti
  12. Letakkan parutan cheese ~ Mozarella sedap! 
  13. Gulung atau lipat macam kita buat kuih ketayap
  14. Buat sehingga habis
  15. * Sebaiknya lepas anda masak kulit, anda terus letak inti dan terus gulung. Kalau buat semua sampai habis kulit dulu , bila kulit dah sejut dia sukar nak lekat.

Bahan untuk SALUT:

  • 2 biji telur ~ di kocok
  • Bread Crumbs secukupnya

Cara-cara:

  1. Celupkan Risoles dalam telur yang telah di pukul atau kocok.
  2. Lemudian salutkan pula dengan bread crumbs hingga bergaul rata.
  3. Buat sampai habis.
  4. * kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tempat beku. Bila terasa nak makan, keluarkan dan terus goreng, tak perlu di biarkan pada suhu bilik.
  5. Sediakan kuali atau pan yang leper ( sebaiknya guna pan yang leper ).
  6. Letakkan sedikit minyak. Minyak jangan banyak sangat ya.
  7. Biarkan minyak betul-betul panas.
  8. Pastikan minyak betul-betul panas kalau tak dia akan serap minyak yang banyak.
  9. Gorenglah dalam minyak hingga kuning keemasan.
  10. Balik-balikkan agar rata masaknya.
  11. Sediakan tisu dapur dalam bekas.
  12. Bila angkat risoles letakkan atas tisu supaya minyak di serap sepenuhnya.
  13. Sedia di hidangkan.

Resepi Risoles Ala Indonesia Mat Gebu

risoles ala indonesia

Risoles Ala Indonesia; Sumber Mat Gebu

Bahan KULIT:

  • 150g tepung gandum
  • 500 ml susu segar (mat guna 300ml susu cair + 200 ml air)
  • 1/2 ketul kiub ayam “MAGGI”
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Baham INTI:

  • 1 biji kentang, kupas dan didadu
  • 2 batang sosej, dadu kecil
  • 1/2 cawan kacang pis
  • 8 kuntum cendawan butang, dadu kecil
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besar mentega
  • 1 camca besar rempah kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar sos tiram

Bahan LAIN:

  • 1 biji telur, dipukul sedikit dengan garfu
  • Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti warna kuning)
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara:

  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, sos tiram dan kicap cair, gaul sebati. Masukkan cendawan, sosej, kentang dan serbuk lada hitam, gaul rata. Tuang susu (tambah sedikit air jika perlu) dan masak hingga kentang lembut dan inti kering. Akhir sekali masukkan kacang pis, gaul rata dan angkat. Sejukkan.
  2. UNTUK KULIT :- Satukan semua bahan2 untuk kulit dan kacau rata (mat putar guna blender). Tapis bancuhan dalam satu bekas dan ketepikan. Panaskan kuali “non-stick” dan sapu sedikit minyak. Tuang kurang lebih 1/3 cawan dan ratakan hingga menjadi kulit dadar yang nipis. Masak hingga kelihatan pucat. Alihkan ke dalam pinggan, buat hingga siap (mat cuma masak 1 bahagian sahaja).
  3. UNTUK RISOLES :- Ambil sekeping kulit, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih gulung). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel, hidangkan bersama sos cili atau pun berulamkan cili padi!

Nota:

  • Mat goreng 3 – 4 ketul setiap kali untuk mengelakkan suhu minyak turun mendadak.

Resepi Risoles Ayam Berkeju Mat Gebu

risoles ayam berkeju
Risoles Ayam Berkeju: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan INTI:

  • 1 cawan isi ayam yang dicincang
  • 1 biji bawang holland, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 camca teh lada hitam tumbuk
  • 1 cawan susu segar @ susu penuh krim
  • 1 biji kentang saiz kecil, didadu kecil
  • 1/2 batang lobak merah, didadu kecil
  • 3/4 cawan parutan keju cheddar
  • 1/2 camca besar tepung gandum*
  • 1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • 1/2 camca teh herba oregana, optional
  • 1 camca teh hirisan parsli atau daun bawang
  • 2 helai daun bay
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 camca besar mentega
  • Sedikit garam

Bahan-bahan KULIT:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 camca besar tepung ubi
  • 1 biji telur gred A
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca besar  minyak masak

Bahan-bahan LAIN:

  • Telur secukupnya,kurang lebih 4 biji telur gred A
  • Serbuk roti secukupnya (che mat guna yang warna oren, nak guna yang putih pun ok)
  • Cili padi*
  • Sos cili*(*untuk dimakan dengan risoles)

Cara-cara:

  1. UNTUK INTINYA :- Panasan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan ayam cincang dan daun bay, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau dan tuang air. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih, Tambah keju cheddar parut, lada hitam tumbuk dan herba oregano. Perasakan dengan secubit garam (garam toksah taruk banyak sangat, sebab keju tu dah masin), kacau rata dan masak hingga keju cair. Akhir sekali tuang bancuhan tepung gandum, kacau rata dan masak hingga pekat sedikit. Masukkan hirisan parsley atau daun bawang, kacau dan matikan api. Biarkan inti sejuk, nanti dah sejuk inti akan jadi lebih pekat.
  2. UNTUK KULIT RISOLES :- Satukan semua bahan2 untuk kulit risoles, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tapis dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non stick berukuran 8 inci, sapukan permukaan non stick pan dengan sedikit minyak masak. Kacau adunan tadi dan tuang kurang lebih 1/4 cawan adunan, lenggangkan agar mendapat dadar yang nipis. Masak dengan api kecil hingga permukaannya pucat dan bahagian tepi sedikit mengecut. Angkat dan letak dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga adunan selesai.
  3. UNTUK RISOLES AYAM BERKEJU :- Ambil sekeping kulit risoles, sudukan kurang lebih 2 camca besar intinya dan gulung seperti kita membuat kuih dadar tapi leper sedikit, boleh rujuk gambar di atas. Buat hingga siap, Dalam mangkuk lain, pecahkan telur, kacau rata dan celupkan risoles tadi dalam telur kemudian golekkan dalam serbuk roti. Kalau suka salutan tebal, buat dua kali, maksudnya, lepas dah golek dengan serbuk roti, kita celup sekali lagi dalam telur dan golekkan sekali lagi dengan serbuk roti. Buat hingga selesai.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam, api biar sederhana, Goreng risoles tadi, tapi jangan goreng banyak sekali gus, goreng 2 atau 3 biji sekali. Biarkan masak lebih kurang seminit kemudian terbalikkan dan goreng lagi untuk seminit. Angkat dan susun secara menegak dalam bekas beralas tissue dapur, tujuan agar minyaknya keluar. Buat hingga siap dan boleh hidangkan dengan cili padi atau sos cili, ketika berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Resepi Risoles Daging

risoles daging

Risoles Daging: Sumber Cendana Kasih

Bahan-bahan KULIT:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan air biasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur

Tips:

  • Gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan

Cara-cara:

  1. Blender kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati dan tuang adunan yang telah siap ke dalam bekas.
  2. Pastikan kepekatan adunan adalah sederhana agar adunan boleh dilenggang di dalam kulai . Untuk lebih cantik , anda gunakan kuali non stick . Adunan di atas boleh menghasilkan 30 keping kulit risoles.

Bahan-bahan INTI:

  • 400gm isi ayam – cincang
  • 5 biji kentang bersaiz sederhana yang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besaq yang dipotong dadu
  • 3 sudu kecik serbuk lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 cawan air biasa
  • bahan perisa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan sedikit minyak.
  2. Selepas itu, tumis bawang putih yang telah ditumbuk kasar sehingga naik bau dan masukkan ayam dan kacau sehingga sebati . Biarkan selama 5-7 minit supaya ayam masak dengan sekata.
  3. Kemudian, masukkan pula kentang, bawang besar dan air. Kacau sehingga sekata dan biarkan 5-7 minit . Perasakan adunan dengan serbuk lada hitam.
  4. Tunggu sehingga air menjadi kering iaitu sehingga betul-betul kering. Barulah dimasukkan bahan perasa yang anda mahu seperti gula, garam ,atau serbuk lada sulah / lada kisar bergantung pada citarasa anda.
  5. Inti yang telah siap dimasak dibiarkan seketika .

Bahan Membuat Risoles:

  • Kulit Risoles dan Inti yang telah siap disediakan pada awal tadi .
  • 1 biji telur
  • Serbuk roti
  • Keju Mozarella iaitu keju yang telah hancur. Boleh didapati di pasaraya .

Cara Membuat Risoles:

  1. Ambil sekeping kulit, letakkan cheese mozzarella, letak inti dan gulung.
  2. Kemudian celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti.
  3. Siap, dan boleh lah digoreng.

Resepi Risoles Mudah

risoles

Risoles: Sumber Resepi Aneka Puding

Bahan INTI:

  • 400 gm daging cincang ~ kalau nak gantikan ayam pun boleh
  • 6 biji kentang ~ kupas kulit dan potong kecil
  • 1 biji bawang holland ~ kupas kulit dan didadu kecil
  • 1 batang carrot ~ buang kulit dan potong kecil
  • Daun sup daun bawang ~ hiris halus
  • 10 ulas bawang putih ~ cincang halus
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam dan gula
  • secukup rasa
  • sedikit airminyak untuk menumis
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan daging cincang dan biarkan hingga empuk.
  3. Masukkan bawang holland, carrot dan juga kentang.
  4. Apabila kesemuanya dah empuk boleh masukkan lada hitam, garam dan gula.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup dan daun bawang.
  6. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam kulit risoles.

Bahan-bahan KULIT:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu full cream
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
  2. Jika pekat tambah air. Adunan jangan terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan kuali non stick masukkan sesenduk adunan dan biarkan masak.
  4. Ulangi proses seterusnya sehingga adunan habis.
  5. Kulit risoles lebih kurang macam kulit ketayap tp lagi sedap sebab kita letak susu full cream.

Proses membuat risoles:

  1. Ambil kepingan kulit, masukkan inti dan gulungkan.
  2. Celup ke dalam telur dan seterusnya ke dalam serbuk roti.
  3. Boleh digoreng dan sedap sgt2 jika dimakan dengan cili.

Penutup

Resepi risoles ini sangat sedap, rangup diluar dan lembut di dalam. Kalau kena caranya, boleh dibuat sebagai pendapatan tambahan. Boleh dijual secara frozen mahupun siap digoreng sebelum dijual kepada pelanggan anda. Bahan pun mudh nak dapat, dan cara nak sediakan pun mudah, jadi ianya sesuai dibuat untuk jualan mahupun untuk dibuat makan seisi keluarga. Jika anda sukakan makanan yang rangup, anda boleh cuba Resepi Popia Nestum ini. Resepi Tempe Goreng ini pun sedap juga!

Leave A Reply

Your email address will not be published.