fbpx

19 Resepi Cucur Sedap dan Rangup (Cukup Senang Nak Goreng Bila Lapar)

0

Ini adalah resepi cucur sedap dan rangup. Cukup senang nak goreng bila lapar. Boleh cicah kuah kacang, cicah sos pun sedap. Bila-bila masa boleh buat cucur rangup ini. Bagi yang teringin nak makan cucur, lebih-lebih lagi bila teringat air tangan mak di kampung, bolehlah buat di rumah. Resepi cucur sedap dan rangup wajib dicuba untuk dapatkan hasil gorengan yang pastinya lembut di dalam dan rangup di luar!

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Che Nom

cucur udang kuah kacang

Cucur Udang Kuah Kacang: Sumber Che Nom

Bahan untuk cucur

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 ikat daun kucai
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 sudu besar air kapur

Bahan untuk kuah:

  • 2 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil paste udang kering
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan cucur:

  1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
  2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.
  3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
  4. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.

Cara-cara penyediaan untuk kuah:

  1. Cincang bahan bertanda *.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak.
  3. Tumiskan bahan cincang hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.

Resepi Cucur Jagung Lemak Manis

Cucur Jagung Lemak Manis: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 peket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang.
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 genggam ikan bilis @ udang kering tumbuk halus
  • 1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 1 biji cili merah/1 biji besar cili kering dihiris halus
  • 3 tangkai daun kucai-potong pendek-pendek
  • 3- 4 cawan air suam panas + pewarna kuning@kunyit +2 sudu kecil garam + 1 sudu besar gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan air suam tadi dan kacau sebati.
  3. Boleh goreng terus dalam minyak yang banyak.
  4. Angkat dan toskan.

Resepi Cucur Badak Azie Kitchen

Cucur Badak: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :

  • 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara penyediaan:-

Untuk inti:

  1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
  2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :

  1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
  2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Resepi Cucur Manis

Cucur Manis: Sumber  Iluminasimedia

Bahan-bahan:-

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • * Gula (3 sudu besar)
  • * Garam (1/2 sudu teh)
  • * Air panas mendidih (2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kacau sebati bahan-bahan berhuruf condong * dalam bekas dan tuang air panas mendidihh.
  2. Kacau dengan sudu atau senduk. Setelah sejuk sedikit, genel menjadi bentuk bualt yang kecil. (Tips: doh akan melekat pada tangan. Untuk memudahkan proses menggentel, celup hujung jari dengan air dan letak sedikit air pada tapak tangan. Anda juga boleh menggunakan minyak.
  3. Goreng dengan minyak banyak (deep fry) dan golekkannya selalu supaya masak sekata.

Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut Azie Kitchen

Cucur Ikan Bilis: Sumber Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
  • 1 ikat daun kucai – potong pendek
  • 3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
  • 1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbanat
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml

Cara cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
  2. Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.
  3. Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan tos.
  4. Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.

Resepi Cucur Jawa Gula Merah

cucur jawa gula merah

Cucur Jawa Gula Melaka: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras

Cara penyediaan:

  1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau sebati dan tapis (bancuhan air gula). Biarkan sejuk dahulu.
  2. Campur tepung gandum dan tepung beras ke dalam air gula tadi. Kemudian kisar.
  3. Perap selama 3 jam atau semalaman. Letak dalam peti sejuk bahagian biasa.
  4. Keluarkan 1/2 jam dari peti ais sebelum menggoreng.
  5. Masukkan 2 senduk minyak masak dalam kuali. Biarkan panas.
  6. Tuang adunan di tengah-tengah kuali. Biarkan dia masak dari tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
  7. Biarkan sekejap dan angkat, toskan minyak atas redai.
  8. Susun di atas tisu serap minyak.

Resepi Cucur Bawang Rangup Mat Gebu

Cucur Bawang Rangup: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji cili hijau, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk goreng terendam
  • Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata-rata. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
  3. Perlahan-lahan, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda.

Resepi Cucur Pisang / Cekodok Pisang Che Nom

cucur pisang cekodok pisang

Cucur Pisang / Cekodok Pisang: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul.
  2. Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
  3. Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
  4. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
  6. Angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap.
  •  Pastikan menggunakan pisang emas yang masak ranum. 

Resepi Cucur Kentang Azie Kitchen

cucur kentang pencicah sambal cuka

Cucur Kentang: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum
  • 3 biji bawang merah – dimayang halus
  • 1 biji ubi kentang – kupas dan potong dadu kecil
  • Secekak daun kucai – potong pendek
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • 1 biji telur 200 ml air – lebih kurang
  • Sedikit air panas
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, gula dan garam. 
  2. Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur. Kacau adunan sehingga rata. 
  3. Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu. 
  4. Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.

Sambal Cuka Pencicah Cucur Kentang:

Bahan-bahan:

  • 2 -3 ulas bawang putih 
  • 2 tangkai cili merah 
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar cuka 
  • 1 sudu besar gula – boleh tambah

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris bawang putih dan cili merah sebelum ditumbuk bersama garam sehingga lumat.
  2. Masukkan gula dan cuka. 

Resepi Cucur Sayur Viral Bae Roslan

cucur sayur viral

Cucur Sayur Viral: Sumber Bae Roslan

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun bawang
  • Carrot/lobak merah
  • Kubis
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bahan-bahan tu korang agak-agak je nak letak banyak mana. Yang penting, tepung mesti 1/3 dari kuantiti sayur baru kita rasa sayur. Cara-cara buat cucur sayur ni sama je macam cucur lain. Cuma rahsianya adalah bancuh dengan air sejuk, bukan air yang di campur ais ya. Air masak yang dalam peti tu. Bila korang guna air sejuk, cucur akan lembut di dalam tapi ranggup di luar.
  2. Gaulkan semua bahan dan goreng pada api sederhana, pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan bancuhan tepung tu kalau tak nanti cucur korang akan jadi berminyak, tak sedap dan tak sihat nak makan nanti.
  3. Korang boleh letak apa-sayur yang korang nak. Resepi saya ni saya letak lobak merah/carrot, kubis, dan daun bawang. Walaupun cucur sayur ni makanan bergoreng, tapi tetap ada khasiatnya sebab kita letak sayur.

Resepi Cucur Durian Azie Kitchen

cucur durian

Cucur Durian: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah)
  • 1/2 cawan isi durian – lecek
  • 1 cawan air suam (atau secukupnya)
  • Secubit garam
  • 1 biji telur, pukul sedikit (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan isi durian dengan gula dan kacau rata. Jika mahu, masukkan telur dan kacau lagi. 
  2. Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau kacau sehingga rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Rehatkan selama 10 – 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Saya suka makan semasa cucur dah sejuk sedikit, baru terasa duriannya.
  4. Bolehlah dihidangkan samada untuk sarapan pagi atau minum petang.

Resepi Cucur Labu Sedap Tak Serap Minyak

cucur labu

Cucur Labu: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 potong labu
  • 2-3 sudu makan santan
  • Air secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya
  • Susu pekat manis secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
  2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.
  3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.
  4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.
  5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Cucur Ayam Sedap dan Berkhasiat

cucur ayam

Cucur Ayam: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
  • Bawang merah – hiris dadu
  • Cili merah
  • Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
  • Sedikit garam
  • 1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
  4. Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Cucur Udang Mamak

cucur udang mamak

Cucur Udang Mamak: Sumber Resepi Masakan Mamak Haji

Bahan-bahan:

  •  1 Kg tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)*
  • 250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang.
  • Segenggam daun kucai dipotong 1″.
  • 500gm taugeh dibasuh bersih.
  • 250gm Udang Kapas (udang kecil halus yang basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
  • 1 biji bawang besar (sederhana besar) di hiris halus.
  • 2 tangkai cili merah dihiris halus.
  • 1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
  • 1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
  • 1/2 sudu pewarna kuning cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 kg Minyak masak untuk goreng.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).
  2. Masukan Yis kering ke dalam air yang telah larutkan dengan 1 sudu kecil gula pasir dan biarkan selama 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukkan dalam tepung dan kacau rata.
  3. Masukkan garam, daun kucai, taugeh,pewarna kuning ke dalam tepung.
  4. Masukkan lima cawan air ke dalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati. Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1-2 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adun kembali tepung dan sedia untuk goreng.
  5. Panaskan kuali. Tentukan api dapur untuk goreng cucur tidak terlalu keras apinya. Medium memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api. Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau pun kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.
  6. Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng di atas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.
  7. Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah. Gunakan sudip yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan ke dalam kuali.
  8. Walau pun masa gorengan tergantung pada size cucur dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan dan gelembong udara sekeliling cucur yang telah masak akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.

Bahan-bahan Kuah Kacang Mamak:

  • 1/2 kg kacang tanah.
  • 150 gm cili Kering.
  • Secekak kacang dal
  • 100 gm udang kepal (geragau kering). Udang kering biasa pun boleh.
  • 1 biji bawang merah labu besar.
  • 2 senduk gula pasir (kalau nak kuah yang perang gunakan gula merah).
  • 2 sudu besar tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Kalau untuk rumah tak payah pakai – untuk berniaga kena lah buat macam ini.
  • Sedikit perahan asam jawa.
  • Garam untuk cukup rasa.

Cara-cara penyediaan Kuah Kacang Mamak:

  1. Gorengkan kacang tanah dan cili kering, bawang dan kacang dal hingga garing. Angkat dan ketepikan. Goreng udang kering kepal. Awas kerana udang ini terlalu halus pastikan ia tidak hangus. Gunakan penapis logam yang halus untuk goreng. Angkat gorengan itu dan sejukan.
  2. Kisar gorengan tersebut bersama air. Terbaik kacang tanah telah gorengkan itu asingkan sekepal untuk masukkan terkemudian semasa masak. Cili kering, kacang dal dan bawang perlu dikisar halus.
  3. Panaskan periuk masukan bahan kisaran.Masukkan air yang secukup untuk likatan yang dikehendaki. Masak sehingga kacangnya masak. Bila telah masak, masukan cairan tepung jagung dan tentukan likatan itu tidak terlalu likat dan jangan terlalu cair. Masukkan gula, jus asam jawa dan garam secukup.Sedia untuk hidangan.

Nota: Kuah dan cucur yang lebih boleh disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa. Kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang, timun dan ubi sengkuang.

Resepi Cucur Bilis Kucai & Cili Kering

cucur bilis kucai & cili kering

Cucur Bilis Kucai & Cili Kering: Sumber Chef Sue M Arukin

Bahan-bahan:

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm ikan bilis
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 cawan cincangan daun kucai
  • Garam secukupnya
  • Air panas secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
  2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
  3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
  4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
  5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
  6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!

Resepi Cucur Maggi Sedap dan Mudah

cucur maggi

Cucur Maggi Sedap & Mudah: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk maggi pedas giler
  • 1 paket tepung cucur bawang adabi
  • 1 biji bawang holland – hiris
  • 1 biji lobak merah – hiris halus
  • 1 pokok daun ketumbar – hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus air apabila mendidih masukkan maggi. Biarkan sehingga maggi lembut kemudian toskan airnya.
  2. Kemudian masukkan perencah maggi pedas giler. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung cucur bawang adabi, bawang holland, lobak merah, daun ketumbar, maggi pedas giler, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan juga air secukupnya dan gaul rata. Panaskan minyak dan sudukan adunan cucur tadi mengikut size dikehendaki.
  5. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Terus hidangan bersama sos cili jika suka.

Resepi Cucur Sardin

Cucur Sardin: Sumber Danish Harraz

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin besar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 suduteh baking powder
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 1/2 cawan hirisan daun sup
  • 1 biji cili hijau dihiris (Boleh tambah. Boleh juga guna cili merah kecil)
  • 1¼ sudu teh serbuk lada hitam kasar (coarse black pepper) atau lada hitam biji yg ditumbuk sedikit kasar
  • ½ biji bawang besar dicincang halus (optional)
  • Garam halus secukup rasa
  • 3/4 cawan air
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam bekas, tuang sardin bersama sos, buang semua tulangnya kemudian hancurkan dengan garfu.
  2. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder diikuti dengan daun sup, daun bawang, cili hijau, serbuk lada hitam dan garam halus. Kacau rata.
  3. Masukkan air dan dikacau hingga semua menjadi sebati hingga menjadi adunan cucur, tidak cair dan tidak terlalu pekat. Just nice untuk dibentukkan dan di drop dalam kuali minyak panas bila goreng nanti. Biarkan selama 5 minit.
  4. Panaskan minyak masak. Boleh gunakan tangan sebagai scoop atau dengan menggunakan 2 sudu besar untuk dapatkan bentuk cucur yang bulat. Goreng dengan api sederhana supaya masak luar dan dalam. Jangan lupa balik-balikkan.
  5. Biarkan sedikit garing dan warna menjadi sedikit gelap, bolehlah diangkat, toskan dalam pinggan beralaskan kitchen towel.
  6. Hidangkan begitu saja atau sedap dimakan dengan Sos Cili Thai. Cucur Sardin ini tetap sedap dimakan walaupun sudah sejuk.

Resepi Cucur Pakistan (Pakora)

Cucur Pakistan / Pakora: Singgahsana Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kacang kuda (kuantiti anggaran)
  • 1 ulas bawang putih ~ tumbuk
  • sedikit halia (optional) ~ tumbuk
  • 1 sudu teh serbuk garam masala
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk cili (+/-)
  • 1/2 sudu teh jintan putih biji
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1-2biji cili hijau ~ hiris nipis (nak pedas tambah cili api)
  • 1 biji ubi kentang (saiz kecil letak 2)
  • 2 biji bawang besar ~ hiris kasar
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Udang fresh, kuantiti ikut suka (optional)
  • Daun bayam secukupnya ~ hiris kasar tanp abatang
  • Air secukup (adunan tak boleh pekat atau cair sangat)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ubi kentang sehingga empuk. Potong dadu, ketepikan.
  2. Gaul sebati semua bahan, kecuali air.
  3. Masuk air sedikit-sedikit, gaul rata. Dah cukup kepekatan yang dikehendaki dan sesuai, bolehlah digoreng. Minyak dah betul-betul panas baru goreng adunan. Biar masak kedua-dua belah bahagian.
  4. Toskan minyak dan angkat. Bolehlah dimakan bersama chutney pudina atau boleh juga dengan sos cili. Sedap dimakan panas-panas.

Resepi Cucur Sosej Bersama Sayuran

cucur sosej bersama sayuran

Cucur Sosej Bersama Sayuran: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 1 biji telur
  • 2 batang sosej | dihiris nipis
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • Sedikit daun kucai | dihiris
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Penutup

Resepi cucur ini, sedap dimakan begitu sahaja panas-panas, apatah lagi dicicah dengan sos. Warna cucur emas keperangan apabila siap digoreng, pasti menyelerakan dimakan bersama keluarga. Resepi sedap dan rangup merupakan resepi yang viral dan mudah nak masak. Jangan lupa kongsikan komen pendapat anda, resipi cucur sedap dan rangup yang mana yang anda dah cuba! Pesanan saya, pada musim covid-19 ni, eloklah kita amalkan lockdown kendiri, untuk elakkan jangkitan. Rancang pembelian bahan basah dan kering, senang nak masak. Seeloknya, kurangkan pergerakkan di luar jika tiada urusan penting. Kalau bosan di rumah, boleh follow 6 Tips Produktif Bekerja Dari Rumah Musim Covid.

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.