fbpx

Ramai Beli Sebab Sedap! 9 Resepi Paru Goreng Sambal Popular

Hari ini saya nak kongsi resepi paru goreng sambal yang popular! Di masak empuk dengan sambal pedas. Rasanya pedas-pedas manis. Cukup sedap dimakan begitu sahaja, apalagi dijadikan lauk untuk Nasi Lemak mahupun nasi putih. Sedap digandingkan dengan timun atau salad sebagai ulaman. Paru biasanya ia dipotong kecil dan digoreng garing, sedap juga diratah sebagai snek. Paru Goreng Sambal juga disebut Paru Goreng Berlada/Berlado ataupun Sambal Paru. Tahap kepedasan boleh disesuaikan ikut selera anda.  

Resepi Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap Azie Kitchen

Paru Goreng Berlado Yang Sangat Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg paru – rebus dan lumur garam kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Gula perang
  • Serbuk perasa
  • Garam

Bahan Tumbuk Kasar:

  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah

Cara-cara:

  1. Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan tos. 
  2. Bila sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan. Kemudian sediakan pula sambal. Nota: saya sediakan sambal dulu, jadi bila paru siap dimasak, sambal telah sejuk dan sedia untuk dimasukkan paru goreng ke dalamnya.
  4. Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. 
  5. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk. 
  6. Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng garing. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:

  • Sediakan sambal dulu. Sementara sambal disejukkan, boleh goreng paru. 

Resepi Paru Berlado, Ringkas Dan Sedap Mat Gebu

Paru Berlado, Ringkas Dan Sedap Mat Gebu

Paru Berlado, Ringkas Dan Sedap: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kg paru lembu. potong pada 4 bahagian, cuci dan toskan*
  • 4 ulas bawang putih, diketuk (tak perlu buang kulit)*
  • 1 inci halia, hiris*
  • 2 helai bay leaf
  • 1 batang serai, diketuk*
  • Air secukupnya*(*disatukan ke dalam periuk dan rebus hingga paru empuk, tos dan sejukkan)
  • 1 camca teh penuh serbuk kunyit
  • 1 camca teh rata garam
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk Hancur:

  • 10 biji cili merah
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras, hiris

Cara-cara:

  1. Paru rebus yang telah sejuk, dihiris nipis. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan garam hingga rata. Goreng paru tadi hingga garing (dalam 5 – 6 minit, gunakan api sederhana dan balik2kan), angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Masak hingga cili garing. Masukkan gula (anggaran 1 camca besar. atau secukup rasa), kacau dan tambah paru goreng tadi. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya, kacau dan masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan paru berlado bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama nasi lemak atau lontong.

Catatan Mat Gebu:

  • Untuk merebus paru, che mat suka rebus dalam bentuk ketulan, bila dan empuk dan dah sejuk, baru dihiris nipis. Jika anda rebus guna periuk tekanan (pressure cooker), masa yang diambil hanya 15 minit. Untuk sambal jika anda kurang rajin nak menumbuk, boleh gunakan blender, tapi kena kisar buah keras dan bawang putih dahulu hingga hancur. Kemudian masukkan bawang merah dan cili, kisar hingga hancur, jangan sampai halus. Gunakan butang pulse pada blender. Harap dapat membantu. Selamat mencuba!

Resepi Paru Goreng Berlado Sedap Sorafara

Paru Goreng Berlado Sedap Sorafara

Paru Goreng Berlado: Sumber Sorafara

Bahan-bahan:

  • Paru Lembu 350 gram
  • Serbuk Kunyit 1-2 Sudu Besar
     
  • Serbuk Jintan Manis 2 Sudu Besar
  • Serbuk Jintan Putih 2 Sudu Besar
  • Asam Keping 2-3 keping
  • *Segenggam Cili Kering /1 Sudu Besar Cili Boh
  • *Bawang Putih 5-6 ulas

Cara-cara:

  1. Cuci paru sehingga bersih. TIPS : Sora rebus paru lebih kurang 15-20 minit dan letakkan 1-2 asam keping untuk hilangkan hanyir paru tersebut. Keluarkan paru dan biarkan paru sejuk seketika.
  2. Potong paru secara slices. Kemudian, perap paru dgn serbuk kunyit, serbuk jintan dan sedikit garam. Renjis-renjis sedikit air agar perapan tidak terlalu kering. Biarkan seketika. Goreng paru dengan minyak yang panas sehingga agak garing.
  3. Blend halus bahan* . Kemudian panaskan 2 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas, baru masukkan bahan yg dikisar tadi. Disebabkan ketika proses mengisar tadi Sora campurkan sedikit air, maka harus tunggu lama sikit untuk cili tu garing sepenuhnya. Lebih kurang 10 minit untuk api sederhana, barulah tumisan garing dan terbit minyak.
  4. Tuangkan sedikit 1/2 cawan air dan masukkan 1 asam keping, garam dan secubit gula. TIPS : Sambal akan sedikit likat dan berkilat sekiranya kita letakkan sedikit gula. Jangan banyak pula, nanti spoil rasanya.
  5. Kemudian masukkan paru yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama cili berlado. Siap untuk dihidang. Pasti terangkat makan bersama nasi putih panas.

Resepi Sambal Paru Mudah dan Sedap

Sambal Paru Mudah dan Sedap

Sambal Paru: Sumber Ana Suhana

Bahan-bahan:

  • Paru – 1 kg
  • Cili kering – 200 gram * ( di rebus)
  • Bawang besar – 1 biji *
  • Bawang putih – 2-3 ulas *
    * di kisar

Cara-cara:

  1. Rebus paru sehingga empuk. Kemudian potong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing.
  3. Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan aji.
  4. Masukkan paru dan gaul rata. Sedia di hidang.

Nota:

  • Kalau nak paru tu lagi garing, goreng lama sikit dan potong nipis-nipis. Cili pun kurangkan. Confirm makan macam makan keropok.

Resepi Sambal Paru The Sisters

Sambal Paru

Sambal Paru: Sumber The Sisters

Bahan-bahan:

  • 1/2kg Paru /Limpa Lembu
  • Garam
  • Kunyit

Cara-cara:

  1. Paru/Limpa direbus sehingga empuk dan potong.
  2. Cara potong ni penting tau, kalau nak goreng bagi garing, korang hiris agak nipis.Kalau nak lembut je boleh potong kiub macam yang TS buat.
  3. Kemudian lumurkan garam dan kunyit, goreng.

Bahan Sambal:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 6-10 tangkai Cili Kering
  • Belacan (jika suka)
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering serta belacan sehingga halus dan tumiskan sehingga naik minyak dan garing.
  2. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah seimbang boleh masukkan paru yang siap goreng tadi dan kacau sebati. Boleh perah jus limau kasturi kalau nak rasa lebih ummpphh.
  3. Sambal macam ni ada yang suka kering dan ada yang suka sedikit berkuah. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dahulu, baru masukkan paru/limpa.
  4. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Paru Amie’s Little Kitchen

Sambal Paru Amie's Little Kitchen

Sambal Paru: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 400 gram paru
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar – hiris kasar
  • Minyak
  • Serbuk kunyit /garam / gula melaka / perasa pilihan secukupnya 

Bahan Kisar:

  • 30 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 cm halia

Cara-cara:

  1. Rebus paru hingga empuk.
    2. Angkat dan toskan. Hiris nipis.
    3. Gaul paru dengan satu sudu kecil serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam.
    4. Panaskan minyak dan goreng paru tadi. Amie inginkan paru goreng yang tidak garing, jadi Amie goreng sebentar sahaja dan kemudian angkat, serta toskan paru goreng tadi.
    5. Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak bekas gorengan paru tadi di dalam kuali.
    6. Tumis bahan kisar hingga wangi, dan tambahkan serai, gula serta asam keping. Gunakan api sederhana dan biarkan sehingga pecah minyak.
    7. Masukkan paru goreng dan gaul rata. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air panas.
    8. Tambahkan hirisan bawang besar, garam dan perasa pilihan.
    9. Kacau beberapa kali sehingga bawang besar layu, dan padamkan api dapur.

Resepi Paru Sambal Basah

Paru Sambal Basah

Paru Sambal Basah: Sumber Nik Mazihalaura

Bahan-bahan: 

  • 1 kg paru
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 labu bawang besar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu jus lemon

Cara-cara:

  1. Paru di rebus 10 minit api besar. Bila agak-agak masak sepenuhnya toskan.
  2. Paru dihiris nipis, kemudian goreng ala-ala manja.
  3. Kisar cili kering, bawang putih dan halia.
  4. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  5. Masukan paru yang telah di goreng tadi, perasakan gula, garam.
  6. Jus lemon dan secukup rasa. Masuk la hirisan bwang besar.
  7. Kacau sehingga berkilat. Last taburkan hirisan daun limau purut.

Resepi Sambal Manis Paru

sambal manis paru

Sambal Manis Paru: Sumber Ibu Resepi

Bahan-bahan:

  • Paru 1/2 kg

Cara-cara:

  1. Rebus seketul dua tu dengan halia dan garam sikit sampai masak, angkat dan tos. Bila dah sejuk, potong ikut saiz suka.
  2. Dipotong nipis-nipis. Kemudian, perap dengan 1 sudu makan serbuk kunyit dan garam sikit selama 1/2 jam.
  3. Dah siap perap, goreng dengan minyak banyak sampai garing. Angkat dan tos.

Bahan Kisar:

  • Lada Kering segenggam – buang biji, rebus dan tos
  • Bawang Merah – 5 biji
  • Bawang Putih – 4 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Serai sebatang

Bahan Lain:

  • Sos Tomato 4 sudu makan
  • Kicap Manis 2 sudu makan
  • Gula Pasir – 6 sudu makan
  • Gula Melaka – 3 sudu makan
  • Garam dan Ajonomoto sikit

Cara-cara:

  1. Guna semula minyak goreng paru tu.
  2. Guna dalam 2 senduk. Bila minyak dah panas, masukkan gula sikit.
  3. Pastu, masukkan bahan blend dan gaul sampai garing.
  4. Api jangan besar sangat. Gaul perlahan.
  5. Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan gula pasir dan gula melaka. Gaul lagi. Api make sure kecil. Gaul sampai bebetul garing.
  6. Masukkan sos tomato dan kicap manis.
  7. Letak garam dan ajonomoto, rasakan manis masinnya.
  8. Last sekali, masukkan paru yg dah goreng tu. Gaul sebati. Siap!

Resepi Paru Goreng Berlada Noreez Rahmat

Paru Goreng Berlada Noreez Rahmat

Paru Goreng Berlada: Sumber Noreez Rahmat

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg paru – rebus
  • 1 inci halia – tumbuk
  • Sedikit kunyit hidup – tumbuk
  • Sedikit ketumbar -tumbuk

Cara-cara:

  1. Semua di tumbuk, kecuali paru diebus sampai empuk, (garam jangan lupa). Rebus tu biar betul-betul empuk, baru paru tu nanti sedap.
  2. Pastu bila dh sejuk potong nipis. Kemudian goreng.

Bahan Kisar:

  • Cili kering (ikut kesukaan nak pedas atau tidak)
  • Bawang putih 2 biji
  • Bawang besar sebiji sederhana
  • Serai sebatang
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit serbuk sedikit bagi cantik colour

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar , kemudian letak asam keping atau asam jawa, sedikit garam dan gula pasir. Biar ada rasa manis baru sedap. Tu je. Senang kan.

Penutup

Bahan masakan Sambal Goreng Paru ini cukup mudah. Lagi menyelerakan jika dihiris nipis-nipis. Terasa kerangupannya, dan  kelembutan paru ini. Dibuat sambal pasti lebih sedap. Dimakan begitu sahaja dengan digoreng garing pun sedap. Boleh dijadikan snek mahupun lauk tambahan jika makan masakan panas bergoreng. Ini adalah tips mudah sebelum memasak paru.

Tips Mudah Sebelum Memasak Paru:

  1. Bersihkan semua bahagian paru tu termasuk pada lubang atau rongga uratnya tu daripada kesan-kesan darah dan sebagainya.
  2. Potong paru kepada beberapa bahagian atau ketulan yang lebih kecil agar lebih mudah untuk direbus. Untuk step ni, pastikan pisau yang anda gunakan lebih tajam sebab nak memotong paru yang ringan seperti getah ni agak susah juga.
  3. Selepas itu, cuci dengan air perahan limau nipis. Tujuannya untuk menghilangkan hanyir pada paru tersebut. Jika tiada air perahan limau nipis, anda boleh gantikannya dengan air asam jawa , air cucian beras, atau air bancuhan tepung gandum. Rendamkan seketika sebelum dicuci bersih.
  4. Rebus paru dengan 2 keping asam gelugur, sesudu garam dan sesudu kecil serbuk kunyit. Rebus sehingga benar-benar masak. Kadang saya curahkan air rebusan dan ganti sekali lagi dengan air yang baru untuk rebusan semula dengan tujuan menghilangkan bau ‘lembu’.
  5. Setelah masak sepenuhnya, tos paru dan sejukkan. Apabila dah sejuk, bolehlah dipotong kepada kepingan kecil.
  6. Goreng kepingan paru sehingga garing seperti mana anda menggoreng ikan dan ketepikan.
  7. Tumis berasingan bahan ramuan paru goreng berlada sehingga hampir kering. Sejukkan dan apabila dah sejuk barulah masukkan kepingan paru yang digoreng rangup tadi ke dalam tumisan cili itu tadi.

Anda juga boleh cuba resepi dibawah:

Leave A Reply

Your email address will not be published.