fbpx

10 Tempat Menarik di Batu Gajah

0

Kali ini kita ke 10 Tempat Menarik di Batu Gajah pula. Apa yang menariknya di Batu Gajah ini ? Mari kita lihat. 

Kellie's Castle

Kellie's Castle

Kellie's Castle agak terkenal di Malaysia kerana itu merupakan rumah agam yang ditinggalkan diatas kawasan bukit. Tersergam indah bahkan didalamnya tertulis tentang sejarah tentang Kellie's Castle ini. Saya juga pernah tenrdengar tentang misteri yang berlaku di Kellies Castle ini namun itu mungkin berlaku pada sesetengah orang sahaja. Anda juga boleh naik sehingga tingkat paling atas dan boleb melihat keadaan sekeliling dengan jelas. Bahkan anda dikenakan bayaran sekitar RM5 seorang untuk memasuki ke Kellie's Castle ini. 

Kawasan Perkelahan Papan

Kawasan Perkelahan Papan

Credit : OrangPerak.com

Taman Herba Papan pula memberi pengalaman berbeza buat pengunjung dimana mereka boleh melihat pelbagai tanaman herba di sini. Contohnya adalah akar tongkat ali yang mampu menjadi ubat bagi sakit badan. Anda boleh datang ke sini untuk melihat sendiri jenis jenis herba yang ada dan khasiat mereka. Alang-alang belilah sekali untuk ditanam di halaman rumah anda. 

Taman Alam Kinta

Taman Alam Kinta

Menjadu taman untuj beriadah seperti jogging,berbasikal, berlari dan bersantai kerana tempat ini mempunyai pokok-pokok ynag besar di sekeliling tasik. Membuatkab siapa yang datang tertarik dengan tempat ini. Malah terdapat juga kemudahan lain seperti taman permainan,tandas, dan surau berdekatan. 

Muzium Pelancongan Bijih Timah

Muzium Pelancongan Bijih Timah
Sesekali anda harus datang ke tempat bersejarah untuk menambah ilmu pengetahuan di mana Batu Gajah mempunyai Muzium Pelancongan Bijih Timah. Anda juga berpeluang untuk menghasilkan bijih timah anda sendiri. Mereka akan menunjukkan anda cara betul yag dilakukan oleh orang zaman dahulu untuk menghasilkan timah. 

Restoran Pak Ya Nasi Pandan

Restoran Pak Ya Nasi Pandan

Setelah penat anda boleh singgah makan di Pak Ya Nasi Pandan. Disini pelbagai menu yang ditawarkan namun yang oaling istimewa adalah nasi pandannya beraroma harum. Namun selain iti adalah menu seperti kedai makan yang lain. Ayam panggang Pak Ya pun sedap tau !

Muzium Batu Gajah

Muzium Batu Gajah

Muzium Batu Gajah dimana ia menyimpan pelbagai cerita sejarah zaman sebelum kemerdekaan di Tanah Melayu lagi. 

Taman Herba Papan

Taman Herba Papan

Taman Herba Papan merupakan taman herba yang berada di Perak. Disini juga menpunyai tempat rekreasi dan mempunyai anak sungai yang sesuai untuk dijadikan tempat perkelahan. Anda juga boleh bercamping disini namun anda harus membawa khemah anda sendiri kerana disini tidaj menyediakan apa-apa kecuali kemudahan tandas, temoat persalinan. 

Gazebo Abg Nash

Gazebo Abg Nash

Gazebo Abang Nash merupakan salah satu tarikan di Batu Gajah kerana terkenal dengan keenakan Mee Kari nya. Gazebo Abang Nash ini dibuka untuk makan sarapan ,tengah hari, dan malam. Malah rata-rata pengunjung yang datang mereka akan didendangkan dengan alunan muzik tradisional persis band mereka sendiri. Unik bukan ? Jangan request lagu Metallica pula ye. 

Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah

Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah

Sering dipenuhi pengunjung, Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah menjadi antara restoran ynag terkenal kerana keenakan gulai kawah sama seperti lauk kenduri. Malah anda boleh mencedoknya sendiri dari kuali tersebut. Memang ori bahkan daging nya juga lembut dan banyak. Kebanyakan yang datang suka makan disini pada waktu tengah hari. Namun disini juga mempunyai lauk pauk yang lain seperti ikan cencaru sumbat, ayam berempah, ikan geli, udang masak cili padi dan sebagainya. 

Istana Raja Bilah

Istana Raja Bilah

Istana Raja Bilah merupakan muzium yang boleh dilawat oleh pengunjung. Ini merupakan istana zaman dahulu yang diduduki raja bertahun lama. Kebanyakan kedudukan perabut langsung tidak diusik bagi mengekalkan sejarah pada zaman dahulu. Anda harus melawat ke sini untuk mengetahui sejarah Istana Raja Bilah. 

Dengan 10 Tempat Menarik di Batu Gajah itu dapat membantu anda mencari tempaymt menarik sekitar Perak. Selamat bercuti !

Leave A Reply

Your email address will not be published.