fbpx

10 Tempat Menarik di Tanjung Malim

Sudah pasti anda akan tertarik untuk melancong setelah melihat 10 Tempat Menarik di Tanjung Malim ini. Ini kerana Tanjung Malim mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh pergi bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Nak tahi dimana jom kita lihat. 

Go Kart Tanjung Malim

Go Kart Tanjung Malim

Go Kart Tanjung Malim membuka peluang kepada semua lapisan umur dari kanak-kanak sehingg dewasa untuk mencuba atau menguji skill memandu go kart di litar. Lebih selamat kerana ditinjau oleh pemandu profesional. Tidak mengira jantina anda boleh menaiki kereta go kart ini. Walaupun kelihatan kecil namun berkuasa. Kecil kecil cili padi !  Lengkap dengan alat keselamatan yang diberikan anda hanya perlu membayar dengan harga berpatutan. Pasti seronok dapat konvoi bersama rakan rakan mahupun keluarga kan. 

Mata Air Panas Ulu Slim

Mata Air Panas Ulu Slim

Air Panas Ulu Slim merupakan kolam air panas yang menjadi tumpuan pengunjung untuk melepaskan stress dan bersantai. Ada juga yang datang untuk melihat sahaja kerana takut panas namun disini tidak lah sepanas sehingga tidak boleh celup kaki. Panas suam yang sangat melegakan. 

Teratak Riverview

Teratak Riverview

Teratak Riverview merupakan resort yang menyediakan santapan pemandangan seperti diluar negara. Berada di tebiing sungai, membuatkan suasana disini cukuo indah. Malah anda boleh bersiar siar dengan melalui jambatan gantung melalui sungai tersebut. Bawa kekluarga untuk berbb disini pasti seronok kerana waktu malam tempat ini menjadi semakin sejuk. 

Hitz Café

Hitz Café

Setelah penat berjalan sekitar Tanjung Malim, anda harus singgah mengisi perut yang lapar di Hitz Cafe. Disini terdapat pelbagai menu makanan barat yang murah dan lazat. Kebanyakan pengunjung datang memesan lamb grill kerana daging kambingnya lembut dan diperap sempurna. 

Taman Tasik Embayu

Taman Tasik Embayu

Credit : Laman web Majlis Daerah Tanjung Malim

Taman Tasik Embayu pula merupaka tempat riadah bagi orang Tanjung Malim dan sesuai dijadikan tempat untuk melihat matahari terbenam. Maka tempat ini dijadikan tempat jogging, berbasikal, berlari dan macam macam lagi aktiviti riadah. Disini juga dilengkapi kemudahan tandas maka tidak perlu anda khuatir jika hendak membuang hajat. Kawasan sekeliling yang bersih dan cantik membuatkan pengunjung tertarik untuk datang. 

Seni Jalanan Tanjung Malim

Seni Jalanan Tanjung Malim

Credit : Perak Today

Suka bergambar ? Anda wajib datang ke Seni Jalanan Tanjung Malim kerana disini ada street art. Lukisan 3d membuatkan ia kelihatan seperti hidup dan kekreatifan mereka ini menjadi tarikan buat orang Tanjung Malim dan sekitarnya. 

Arung Jeram Sungai Ulu Slim

Arung Jeram Sungai Ulu Slim

Sukakan adventure ? Di Sungai Ulu Slim ada menawarkan pakej Water Rafting, ATV, Flying Fox dan macam macam lagi aktiviti adventure yang lain. Air terjun yang agak deras membuatkan aktiviti watet rafting disini kelihatan sangat menarik dan mengujakan. Rugi jika tidak pernah cuba namun jika anda takut anda tidak perlu risau kerana pekerja mereka akan membantu anda menbawa bot. 

Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil

Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil
Taman Perkelahan Sungai Bill ini pula adalah salah satu tempat bemandi-manda, berkelah, bbq dan menginap disini. Anda jiga dibenarkan untuk camping disini. Air yang sangat sejuk dan bersih membuatkan pengunjung datanv berpusu pusu ke sini. 

Restoran Garden Seafood

Restoran Garden Seafood
Setelah penat melakukan aktiviti ekstrem , anda boleh singgah makan di Restoran Garden Seafood dimana makanan yang disediakan kebanyakannya makanan masakan panas seperti tomyam, siakap 3 rasa, dan juadah bertemakana makanan seafood yang lain. Harga juga berpatutan. 

Kolam Ikan ‘Natural Exotic’

Kolam Ikan ‘Natural Exotic’

Credit : HasrulHasaan.com

Sudah pasti menjadi port kegemaran pemancing bahkan ada yang sanggup memandu jauh dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan demi memancing di Kolam Ikan Natural Exotic ini. Terdapat banyak ikan yang besar, dan unik seperti Toman dan patin. Cukup puas hati bila anda memancing disini kerana tempat yang luasa dab bersih. Cukup nyaman untuk memancing. 

Rugi jika anda tidak pernah sampai di 10 Tempat Menarik di Tanjung Malim ini. Anda harus cuba untuk datang ke sini sekali sekala.

Leave A Reply

Your email address will not be published.