A. Cara Bayar Balik Pinjaman MARA Secara General
1. Semak Baki Pinjaman Yang Perlu Dibayar dan Jadual Bayaran Balik
Sebagai peminjam MARA, anda pasti akan menerima email dan/atau surat daripada MARA tentang jumlah hutang yang perlu dibayar untuk bulan tersebut.
Email yang dihantar adalah daripada: DB Administrator <dbadmin@mara.gov.my>. (Anda boleh search di email anda)
Anda juga boleh merujuk Jadual Bayaran Balik serta penyata terkini pinjaman di website Sistem E-Baki yang dibina oleh MARA: http://apps.mara.gov.my/ebakiv2
2. Pilih Perbankan Internet Pilihan
Bayaran balik pinjaman MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut:
3. Login ke Online Bank & Pilih Pay
Setelah login ke perbankan internet plihan anda, tekan pada "Pay". Pilih Majlis Amanah Rakyat (MARA).
4. Masukkan Details Anda
Di ruang bayaran, masukkan details anda seperti berikut:
5. Selesaikan Pembayaran
Step ini bergantung kepada perbankan internet pilihan anda.
Kebiasaanya, anda perlu klik "Proceed to Payment", masukkan nombor TAC, dan selesai.
Note: Di bawah ini kami tunjukkan contoh pembayaran JomPAY secara general. Kemudian contoh pembayaran JomPAY melalui Maybank. Ini adalah kerana tiada charge dikenakan jika anda menggunakan JomPAY.
B. Cara Bayar Balik Pinjaman MARA Melalui JomPAY Secara General
1. Login ke perbankan internet pilihan anda
2. Pilih "Pay" dan pilih "JomPay"
3. Masukkan Details Seperti Di Bawah
C. Cara Bayar Balik Pinjaman MARA Melalui JomPAY MayBank
1. Login ke MayBank2u
Tekan link ini untuk login ke Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/
2. Klik "Pay & Transfer"
3. Pada section "Pay To", pilih JomPAY
4. Masukkan nombor JomPAY: 7195 dan tekan "Enter"
5. Masukkan Details Anda
Pada Ref-1, masukkan nombor akaun MARA anda. Nombor ini boleh didapati melalui email atau surat yang dihantar oleh MARA.
Pada Ref-2, masukkan nombor IC anda.
Pada Pay Amount, masukkan jumlah yang perlu dibayar berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang disediakan oleh Mara.
Pada Effective Date, ianya dimasukkan secara automatik oleh perbankan internet anda. Pilih tarikh hari yang ingin dibayar.
Tick pada "I hereby agree to the Terms and Conditions."
5. Request TAC
6. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke handphone anda dan selesai!
Enter your text here...