Seiring perkembangan arus teknologi dan maklumat, Malaysia semakin berkembang dan dapat berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara lain. Kemajuan yang dicapai membolehkan negara mempunyai sistem pentadbiran yang lebih baik dan teratur, dalam semua bidang. Ini termasuklah dalam bidang penting seperti bidang pendidikan.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Kini, ibu bapa dapat membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak- anak dengan lebih mudah menggunakan saluran atas talian SAPS.
Apa Itu SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online?
SAPS merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tujuan SAPS Diwujudkan
Sistem ini bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Sistem ini dibangunkan secara atas talian dan boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.Antara objekif lain SAPS ini ialah bertujuan untuk mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan sekolah.
Siapa yang bertaggungjawab mengaskses sistem ini dan mengemaskini maklumat?
Sistem ini diakses oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Mereka perlu memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi setiap kelas di bawah seliaanya.
Selain itu, guru juga perlu memasukkan markah peperiksaan lengkap bagi setiap pelajar yang dipertanggungjawabkan.
Maklumat yang dikemaskini sekaligus akan memaparkan maklumat lengkap pelajar seperti markah, peratus lulus, kededukan dalam kelas dan maklumat lain yang berkaitan. Berdasarkan maklumat ini, rancangan pembelajaran akan dapat dibuat dengan lebih mudah.
"Jadi macam mana ibu bapa nak akses SAPS ni?"
Cara Semak SAPS Ibu Bapa
Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:
- Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
- Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
- Klik butang “Semak”
- Selanjutnya anda akan dibawa ke halaman berikutnya:
- Pilih Tahun Keputusan peperiksaan yang ingin disemak.
Contoh : Ujian 1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun. - Selanjutnya di Menu : ANALISIS MARKAH, klik samada:
a)Papar Slip Keputusan ATAU
b)Papar Markah Peperiksaan - Slip keputusan akan memaparkan maklumat berikut:
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, anda boleh lihat paparan video di bawah:
Takwim Pengisian Markah Peperiksaan Dalaman 2019
Berikut disertakan takwim pengisian markah dalaman sekolah dalam sistem SAPS bagi tahun 2019 untuk rujukan dan panduan ibu bapa.
Gred Pemarkahan Peperiksaan
Berikut pula merupakan jadual gred markah peperiksaan Sekolah untuk Sekolah Rendah (SR), Sekolah Menengah Rendah (SMR) Dan Sekolah Menengah Atas (SMA) untuk rujukan ibu bapa.
i) Sekolah Rendah
ii) Menengah Rendah
iii) Menengah Atas
Anda hadapi masalah untuk Login?
Jika anda menghadapi masalah untuk mengakses sistem ini seperti terlupa ID dan kata laluan ataupun sebarang masalah lain, anda boleh hubungi:
HELPDESK SAPS di talian : 03-83208061
Waktu operasi :Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (Ditutup pada waktu cuti umum)
Waktu Rehat: Isnin - Khamis: 1:00 ptg – 2:00 ptg
Jumaat: 12:15 t/hari – 2:45 ptg
Semoga sedikit perkongsian berikut dapat membantu ibu bapa bagi memantau keputusan dan prestasi anak anda di sekolah dengan lebih mudah.