fbpx

Cara Semakan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

0

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik.)

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  • akaun pemiutang dagangan;
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online

1. Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

2. Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. 

3. Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

1. Pergi ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia. Terus ke Kaunter Bahagian WTD

2. Serahkan Kad Pengenalan kepada pegawai yang bertugas di kaunter

3. Senarai jumlah WTD dan amaun akan dipaparkan kepada pemohon (jika ada)

4. Pegawai JANM akan memberikan panduan cara membuat tuntutan WTD kepada pemohon.

Nota: Semakan ini 100% percuma

Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

1. Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

2. Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

3. Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

4. Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan .

4. Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD). Klik link ini untuk download Brosur tersebut.

Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (Individu)

Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, bawa dokumen ini bersama:

1. Borang UMA-7 yang telah diisi dan ditandatangani (Klik sini untuk muat turun borang UMA-7)

Nota: Klik link ini untuk lihat CONTOH borang yang telah diisi.

2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/passport pemohon bagi bukan warganegara.

3. Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).

4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.

5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Nota:

Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account) yang mempunyai syarat operasi tandatangan bersama:

**Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua pemegang akaun.

**Salinan muka hadapan buku akaun bersama (joint account) yang aktif serta disahkan oleh pihak bank tersebut (bayaran dikreditkan terus ke dalan akaun)


Nota Tambahan:

1. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

2. Untuk info rasmi WTD di JANM, sila ke link ini: http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut 


Leave A Reply

Your email address will not be published.