fbpx

Senarai Universiti di Malaysia

Buat pertama kalinya kami dedahkan senarai universiti di Malaysia. Umumnya universiti di Malaysia ini dapat dibahagikan kepada 6 kategori: Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif, Universiti Berfokus, Universiti Swasta, Kolej Universiti dan Kolej Swasta. Klik pada butang di bawah untuk melihat kategori-kategori universiti.

UNIVERSITI PENYELIDIKAN

Universiti Malaya (UM)

Universiti Malaya ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya ketika itu memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura dan kemudiannya Malaysia.

Universiti Malaya telah dinamakan sebagai salah satu daripada empat universiti penyelidikan di Malaysia serta merupakan peneraju dalam bidang penyelidikan. Dengan bertambahnya dana penyelidikan dan perundingan serta peningkatan bilangan pelajar pascasiswazah, Universiti Malaya telah menubuhkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perundingan (IPPP) pada tahun 2000 (dinamakan Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan pada tahun 2009) untuk menguruskan segala aktiviti penyelidikan dan perundingan bagi mempromosikan hasil penyelidikan dengan lebih berkesan.

Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.um.edu.my

Universiti Sains Malaya (USM)

Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969,  merupakan universiti kedua tertua di negara ini.  Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal,  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains.  Sejak itu, USM  membangun dengan pesatnya dan kini  USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada  peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar.  Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.usm.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.ukm.my

Universiti Putra Malaysia (UPM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui penggabungan  antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.  Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi.  Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan dan melangkaui sempadan kebangsaan.

Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.upm.edu.my/

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Johor  Bahru yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.

Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 187,858 orang graduan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang utama tenaga kerja profesional dan separuh profesional kepada negara  hingga kini.

Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi:​ http://www.utm.my/

UNIVERSITI KOMPREHENSIF

Universiti Teknologi MARA (UITM)

Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 138 program pengajian di peringkat Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat Sarjana Muda dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.

Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.uitm.edu.my/

Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

International Islamic University Malaysia (IIUM) atau lebih dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat.

UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari’ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu pengantarabangsaan.

Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.iiu.edu.my/

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti awam yang  ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah.

UMS telah melakukan transformasi akademik dengan menyaksikan penstrukturan 13 buah sekolah yang sedia ada kepada 10 buah fakulti berkuatkuasa  1 Jun 2014. Transformasi ini adalah bagi mendepani cabaran-cabaran semasa dan akan datang, antaranya globalisasi pendidikan tinggi, pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan isu kebolehpasaran graduan.

Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.ums.edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

UNIMAS merupakan universiti awam kelapan dan yang pertama ditubuhkan sesudah Wawasan 2020 diilhamkan. Bermula dengan kira-kira 30 staf akademik, UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan pertama 118 pelajar pada 8 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di dalam dua fakulti perintis, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik telah juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik.

Kemudahan untuk golongan istimewa juga tidak ketinggalan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa di kampus. Kampus UNIMAS yang mampu menampung 20,000 pelajar akan meneruskan penekanan terhadap teknologi seperti yang diamalkan sebelum ini dengan memberi keutamaan kepada teknologi ICT bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga pengurusan. Sehingga kini, jumlah pelajar UNIMAS adalah seramai 13,959 orang manakala kakitangan pula berjumlah 2,042 orang.

UNIVERSITI BERFOKUS

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Pada masa kini , UUM mempunyai seramai 30,670 orang pelajar pada peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 22,932 pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama, 896 pelajar Program Kerjasama, 2,245 pelajar secara Pengajian Luar Kampus dan 4,597 pelajar Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut juga termasuk pelajar antarabangsa seramai 2,279 orang dari 42 buah negara. UUM mempunyai seramai 1,225 orang staf akademik dan 1,457 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.uum.edu.my/

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus  iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upsi.edu.my/

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara ini.

Pada 30 September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini dan pada 1 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di seluruh Malaysia.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.uthm.edu.my/

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-14 yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di tiga (3) buah kampus iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Kampus Teknologi di Ayer Keroh dan Kampus Bandar yang terletak di Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.

UTeM mempunyai tujuh (7) buah Fakulti dan satu (1) Institut yang menawarkan program pengajian di dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan Kedoktoran).

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.utem.edu.my/

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 25 Julai 2001. Pada 1 April 2002, Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-17 ini mula beroperasi kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis. Setelah lima tahun bertapak di bumi Perlis, universiti ini telah dijenamakan semula daripada KUKUM kepada UniMAP pada 1 Februari 2007.

Kampus induk UniMAP terletak di dua lokasi iaitu di Pauh Putra  dan di Sg. Chuchuh yang masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP masih bersifat kampus yang bertaburan (distributed) dan beroperasi di beberapa lokasi kampus lain seperti di Kangar, Jejawi dan lain.-lain. Setiap kampus dihubungkan dengan kemudahan perkhidmatan bas.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.unimap.edu.my/

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah.  Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.  Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.umt.edu.my/

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan – Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 24 program terkini dan relevan yang ditawarkan di tujuh buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.umk.edu.my/

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi untuk memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Fokus utama UMP ialah membangunkan sumber manusia dan teknologi yang relevan dengan keperluan industri terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Industri Bioteknologi serta Kejuruteraan Automotif dan Pembuatan.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.ump.edu.my/

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-12.

USIM beroperasi di Kampus Tetapnya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian pula beroperasi di Kampus Cawangan Pandan Indah, Kuala Lumpur.  Hospital yang digunakan untuk tujuan pembelajaran adalah Hospital Ampang, Selangor, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang serta Hospital -hospital Tampin dan Jelebu, Negeri Sembilan. Kampus USIM di Nilai terletak kira-kira 20 minit dari KLIA, 30 minit ke Putrajaya dan 40 minit ke Kuala Lumpur.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.usim.edu.my/

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah merupakan salah sebuah Universitii  Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus di peringkat pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah).

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester.  Tahun akademik dibahagikan kepada dua (II)  semester dan semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.

Kemasukan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun  iaitu bagi program Diploma kategori SPM/Setaraf pada bulan Jun dan program Ijazah Sarjana Muda kategori STPM/Setaraf pada September setiap tahun.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi:​ http://www.unisza.edu.my/

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang telah di wartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.

Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga (3) bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan akan di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upnm.edu.my/

35

UNIVERSITI SWASTA 

  1. Universiti AIMST (AIMST), Bedong, Kedah
  2. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam, Selangor
  3. Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Alor Setar, Kedah
  4. Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Nilai, Negeri Sembilan
  5. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR), Kelana Jaya, Selangor
  6. Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia (DHU), Pekan, Pahang
  7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  8. Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor
  9. Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor
  10. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, Selangor
  11. Universiti Perdana (PU), Serdang, Selangor
  12. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  13. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Petaling Jaya, Selangor
  14. Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Selangor
  15. Universiti Sunway (SYUC), Subang Jaya, Selangor
  16. Universiti Taylor's (TAYLOR), Subang Jaya, Selangor
  17. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  18. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Georgetown, Pulau Pinang
  19. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Cyberjaya, Selangor
  20. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak
  21. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor
  22. Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Petaling Jaya, Selangor
  23. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak
  24. Universiti UCSI (UCSI), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

KOLEJ UNIVERSITI 

  1. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru, Melaka
  2. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  3. Kolej Universiti Selatan (SUC), Skudai, Johor
  4. Kolej Universiti New Era (NEUC), Kajang, Selangor
  5. Kolej Universiti Pengurusan dan Keusahawanan Binary (BUCME), Puchong, Selangor
  6. Kolej Universiti AgroSains Malaysia (UCAM), Melaka
  7. Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC), Malaysia
  8. Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya, Selangor
  9. Universiti HELP (HELP), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  10. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  11. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kajang, Selangor
  12. Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Sungai Petani, Kedah
  13. Kolej Universiti Linton (UCL), Mantin, Negeri Sembilan
  14. Kolej Universiti TATI (TATi), Kemaman, Terengganu
  15. Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kuala Terengganu, Terengganu
  16. Kolej Universiti Metropolitan Kuala LumpurKuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  17. Kolej Universiti Shah Putra (SHAHPUTRA), Kuantan, Pahang
  18. Kolej Universiti KDU (KDU), Petaling Jaya, Selangor
  19. Kolej Universiti Hospitaliti BERJAYA (BERJAYA UCH), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  20. Kolej Universiti Sains dan Teknologi CITY (CITY UC), Petaling Jaya, Pulau Pinang
  21. Kolej Universiti Mahsa (MAHSA), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  22. Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MASTERSKILL), Malaysia
  23. Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan (NIUC), Malaysia
  24. Kolej Universiti KPJ (KPJUC), Malaysia
  25. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS), Malaysia
  26. Kolej Universiti Bestari, (UC BESTARI), Malaysia
  27. Kolej Universiti Lincoln ( LUC ), Kelana Jaya, Malaysia

KOLEJ SWASTA

  1. Akademi Digital Animasi Dan Media
  2. Akademi HELP
  3. Akademi IMH
  4. Akademi Kejururawatan Gleneagles
  5. Akademi Kejururawatan Tung Shin
  6. Akademi Kewartawanan & Komunikasi Hanxing
  7. Akademi Kreatif
  8. Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific
  9. Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  10. Akademi Perbankan Malaysia
  11. Akademi Seni & Muzik Yamaha
  12. Akademi Seni Equator
  13. Akademi Seni Komunikasi The One
  14. Akademi Seni Lukis Dasein
  15. Akademi The One Penang
  16. Akademi YES
  17. G. Institute of Real Estate
  18. Institusi Pengajian Tinggi PRIME
  19. Institut Akauntan KTC
  20. Institut Antarabangsa IQRA
  21. Institut Assyifa' & Sains Kesihatan Bersekutu
  22. Institut Bahasa Teikyo
  23. Institut Bakeri Malaysia
  24. Institut CECE
  25. Institut Citipro
  26. Institut De La Salle
  27. Institut Eksekutif
  28. Institut EU
  29. Institut FMM
  30. Institut Goon
  31. Institut Hospitaliti YPJ
  32. Institut I-Systems
  33. Institut Insuran Malaysia
  34. Institut Jati
  35. Institut Kejuruteraan Audio SAE
  36. Institut Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai Melaka
  37. Institut Kojadi
  38. Institut KOMPAS
  39. Institut Latihan & Pembangunan
  40. Institut Latihan dan Pendidikan RANACO (RETI)
  41. Institut Makanan Malaysia
  42. Institut Jerman-Malaysia
  43. Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
  44. Institut Megatech
  45. Institut Mentari
  46. Institut Methodist Pilley
  47. Institut Moden Montessori
  48. Institut Nasional Sains Oftalmik
  49. Institut Nirwana
  50. Institut Omega
  51. Institut Optopreneur
  52. Institut Pelaburan PNB
  53. Institut Pengajian Global (GIS)
  54. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
  55. Institut Pengurusan & Teknologi Utara (IPTURA)
  56. Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa
  57. Institut Pengurusan Dinamik
  58. Institut Pengurusan Global
  59. Institut Pengurusan Maxcel
  60. Institut Pengurusan MIM-INTI
  61. Institut Pengurusan Yelex
  62. Institut Perniagaan PAAC
  63. Institut Prima Bestari
  64. Institut Profesional Axismatics
  65. Institut Profesional Baitulmal
  66. Institut Quantum
  67. Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
  68. Institut Sains dan Pengurusan
  69. Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah Laketown (BMLIAHS)
  70. Institut Sains Kesihatan DSH
  71. Institut Sains Perubatan Mantin
  72. Institut Seni Lukis Malaysia
  73. Institut Seni Neo-Art
  74. Institut Seni PIA
  75. Institut Seni Sabah
  76. Institut Sinaran
  77. Institut Teknologi & Pengurusan Leboh Victoria
  78. Institut Teknologi Audio Ocean
  79. Institut Teknologi Bandaraya Antarabangsa
  80. Institut Teknologi Butterworth
  81. Institut Teknologi Cybertek
  82. Institut Teknologi Ibnu Sina
  83. Institut Teknologi Imperia
  84. Institut Teknologi Info-Sains Mahir
  85. Institut Teknologi Kreatif LimKokWing
  86. Institut Teknologi Maklumat Asia
  87. Institut Teknologi Maklumat Nusantara
  88. Institut Teknologi Maritim Netherlands (NMIT)
  89. Institut Teknologi MIDAS
  90. Institut Teknologi Pasifik
  91. Institut Teknologi Perak
  92. Institut Teknologi Perindustrian YPJ
  93. Institut Teknologi Pertama
  94. Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP)
  95. Institut Teknologi RIAM
  96. Institut Teknologi Sarawel
  97. Institut Teknologi Silicon
  98. Institut Teknologi Suria
  99. Institut Teknologi TMC
  100. Institutut Perdagangan Kapar
  101. Kolej ACE
  102. Kolej Aesthetik Antarabangsa Clara
  103. Kolej Al Sinnar
  104. Kolej ALC
  105. Kolej Alfa
  106. Kolej Aman Batu Pahat
  107. Kolej Antarabangsa Almacrest
  108. Kolej Antarabangsa Bandaraya
  109. Kolej Antarabangsa Crescendo
  110. Kolej Antarabangsa Cyberjaya
  111. Kolej Antarabangsa Cyberlynx
  112. Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
  113. Kolej Antarabangsa Etica
  114. Kolej Antarabangsa Excelpolitan
  115. Kolej Antarabangsa FAZLEY
  116. Kolej Antarabangsa Flamingo
  117. Kolej Antarabangsa FTMS
  118. Kolej Antarabangsa Genting Inti
  119. Kolej Antarabangsa Geomatika
  120. Kolej Antarabangsa Granada
  121. Kolej Antarabangsa Greencity (dahulu dikenali: Kolej Antarabangsa Oren)
  122. Kolej Antarabangsa Hospitaliti dan Pelancongan LEGEND
  123. Kolej Antarabangsa IKIP
  124. Kolej Antarabangsa Impiana
  125. Kolej Antarabangsa Inovatif
  126. Kolej Antarabangsa KBU
  127. Kolej Antarabangsa Kejururawatan Dan Sains Kesihatan KPJ
  128. Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan
  129. Kolej Antarabangsa KFCH
  130. Kolej Antarabangsa Langkawi
  131. Kolej Antarabangsa Malvern
  132. Kolej Antarabangsa Metro Prima
  133. Kolej Antarabangsa Nightingale
  134. Kolej Antarabangsa Oakland
  135. Kolej Antarabangsa Pengurusan Hotel YTL
  136. Kolej Antarabangsa Plaza
  137. Kolej Antarabangsa Putra
  138. Kolej Antarabangsa Putra Intelek
  139. Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICOST)
  140. Kolej Antarabangsa Sains Kesihatan (ICHS)
  141. Kolej Antarabangsa Seafield
  142. Kolej Antarabangsa Sedaya Sarawak
  143. Kolej Antarabangsa TAJ
  144. Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional
  145. Kolej Antarabangsa Teknologi Inovasi Mutiara
  146. Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak
  147. Kolej Antarabangsa Travex
  148. Kolej Antarabangsa Victoria
  149. Kolej Antarabangsa Victoria Bandar Tasik Puteri
  150. Kolej Antarabangsa Westminster
  151. Kolej Antarabangsa Windfield
  152. Kolej Antarabangsa Windfield
  153. Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
  154. Kolej ASA
  155. Kolej ATC
  156. Kolej ATI (Institut Pelancongan ASIA)
  157. Kolej Automotif TEKAT
  158. Kolej Bandar
  159. Kolej Bayu
  160. Kolej Bersepadu Sains Kesihatan Nasional
  161. Kolej Binary
  162. Kolej Bostonweb
  163. Kolej Brickfields Asia
  164. Kolej Consist
  165. Kolej Cyber Putra
  166. Kolej Dar Al-Hikmah
  167. Kolej DiKA
  168. Kolej Disted
  169. Kolej Eastern
  170. Kolej Edu Train
  171. Kolej Elitejaya
  172. Kolej Excel (Pusat Pengurusan TL)
  173. Kolej Fajar
  174. Kolej FTMS
  175. Kolej Gemilang
  176. Kolej Han Chiang
  177. Kolej Hillciti
  178. Kolej I-Systems
  179. Kolej IACT (International Advertising, Communication and Technology)
  180. Kolej IBS MIRI
  181. Kolej IJN
  182. Kolej Informatics Kuala Lumpur
  183. Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu
  184. Kolej Internexia
  185. Kolej INTI
  186. Kolej Islam Antarabangsa
  187. Kolej Islam As-Sofa
  188. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  189. Kolej Al-Quran Terengganu (dulu, Kolej Yayasan Terengganu - KYT)
  190. Kolej Islam Johor
  191. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  192. Kolej Islam Sains Dan Teknologi
  193. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
  194. Kolej ITA
  195. Kolej ITJ
  196. Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA)
  197. Kolej Jaya Bakti
  198. Kolej KDU
  199. Kolej Kejururawatan Adventist
  200. Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam
  201. Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Berjaya
  202. Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
  203. Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby
  204. Kolej Kejururawatan Hospital Fatimah
  205. Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee
  206. Kolej Kejururawatan Murni
  207. Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  208. Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock
  209. Kolej Kemahiran Minda Isbauk
  210. Kolej Kepimpinan Eksekutif Limkokwing
  211. Kolej Keris
  212. Kolej Kesihatan Sains Dan Kejururawatan Pantai
  213. Kolej Ketengah
  214. Kolej KIST
  215. Kolej Komersial Kinabalu
  216. Kolej Laila Taib
  217. Kolej Legenda
  218. Kolej Life
  219. Kolej Majujaya
  220. Kolej Mantissa
  221. Kolej Masa
  222. Kolej Maxwell Ipoh
  223. Kolej Methodist Kuala Lumpur
  224. Kolej Metropoint
  225. Kolej Metropolitan
  226. Kolej Multimedia
  227. Kolej Multimedia Antarabangsa
  228. Kolej Multimedia InHouse
  229. Kolej Mutiara
  230. Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM)
  231. Kolej Negeri
  232. Kolej Oasis
  233. Kolej Olympia
  234. Kolej Optima
  235. Kolej Otomotif TOC
  236. Kolej Pacific Kuantan
  237. Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK)Damansara Damai, Bukit Merah
  238. Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
  239. Kolej Penerbangan Admal
  240. Kolej Penerbangan Antarabangsa GGIFA
  241. Kolej Pengajian Siswazah Segi
  242. Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
  243. Kolej Pengajian Tinggi Raffles
  244. Kolej Pengurusan Astin
  245. Kolej Pengurusan Penerbangan
  246. Kolej Pengurusan Perniagaan Kotaraya
  247. Kolej Perdana
  248. Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang
  249. Kolej Perubatan Komplementari Melaka
  250. Kolej Perubatan Melaka-Manipal
  251. Kolej Perubatan Pulau Pinang
  252. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) [3]
  253. Kolej Portman
  254. Kolej Pratique Asia
  255. Kolej Presiden (Kolej Lincoln Asia Pasifik)
  256. Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA
  257. Kolej Profesional Mara (KPM)
  258. Kolej PSDC
  259. Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan)
  260. Kolej Putra
  261. Kolej Ranger Melaka
  262. Kolej Reach (Institut Teknologi Informasi)
  263. Kolej Reliance
  264. Kolej Reliance Pulau Pinang
  265. Kolej Renaissance
  266. Kolej Restu
  267. Kolej Rima
  268. Kolej Sacred Heart Sibu
  269. Kolej Sains Kesihatan Aseana
  270. Kolej Saito
  271. Kolej SAL
  272. Kolej SATT
  273. Kolej Sedamai
  274. Kolej SEGI
  275. Kolej Seni dan Reka PJ
  276. Kolej Seni dan Teknologi HELP
  277. Kolej Seni Kreatif Snips
  278. Kolej Sentral
  279. Kolej SIDMA (Institut Pengurusan Dinamik, Sabah)
  280. Kolej Sinar
  281. Kolej Sri
  282. Kolej Sri Ayu
  283. Kolej Stamford
  284. Kolej Strategy
  285. Kolej Sunway
  286. Kolej Suria
  287. Kolej Surya
  288. Kolej Syuen
  289. Kolej TAFE
  290. Kolej Taylor's Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan
  291. Kolej Taylor’s Sri Hartamas
  292. Kolej Teknologi Alpha
  293. Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint
  294. Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
  295. Kolej Teknologi Dan Senireka RENG
  296. Kolej Teknologi Darulnaim
  297. Kolej Teknologi MEA
  298. Kolej Teknologi Park Malaysia
  299. Kolej Teknologi Pulau
  300. Kolej Teknologi SEGI
  301. Kolej Teknologi Sentral Pulau Pinang
  302. Kolej Teknologi Timur
  303. Kolej Teknologi Unified
  304. Kolej Teknologi YPC-ITWEB
  305. Kolej Tertiari Lanjutan Kemayan
  306. Kolej TESDEC (Kolej Sri Iman)
  307. Kolej Timur Barat
  308. Kolej Unikop
  309. Kolej UNITI
  310. Kolej Vision
  311. Kolej WIM
  312. Kolej WIT
  313. Kolej Yayasan Sabah (KYS) [4]
  314. Kolej Yayasan UEM
  315. Kolej / Maahad Hafiz Klang
  316. Pusat Bahasa Antarabangsa ELS
  317. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC)
  318. Rima Secretarial Finishing College
  319. Rimbunan Hijau Academy
  320. Sekolah Perniagaan AMC

Dengan senarai universiti & kolej yang ada di Malaysia ini, bolehlah anda membuat perancangan untuk diri sendiri atau pun anak-anak untuk meletakkan mereka di universiti yang mana yang terbaik untuk mereka. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.