fbpx

21 Tempat Menarik di Terengganu Yang Wajib Dilawati

Ini adalah 21 Tempat Menarik di Terengganu yang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan santai. 

1. Taman Tamadun Islam

Sumber gambar: https://duniafarisya.com

Taman Tamadun Islam merupakan tempat menarik untuk dikunjungi jika anda bercuti ke Kuala Terengganu.

Taman monumen ini menempatkan koleksi replika masjid dan monumen menarik tentang dunia senibina Islam seluruh dunia.

Antara koleksi Taman Tamadun yang menarik adalah Masjidil Haram, Taj Mahal, Masjid Palestin, dan Kota Aleppo.


2. Masjid Kristal

Sumber gambar: https://wikipedia.org

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli. Senibinanya yang unik membuatkan anda terasa 'wow' apabila berada di situ.


3. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

Sumber gambar: http://pelancongan-terengganu.blogspot.com

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung terletak 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.


4. Masjid Abidin (Masjid Putih)

Sumber gambar: http://www.visit-terengganu.net

Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih ini merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808. 

Ianya terletak di Kuala Terengganu. Masjid yang cantik ini pasti membuatkan anda kagum dengan senibina Islam.


5. Pasar Besar Kedai Payang

Sumber gambar: https://www.ohmedia.my

Pasar Besar Kedai Payang merupakan pasar yang menempatkan kedai-kedai kecil yang menjual barangan seperti barang keperluan, sayur dan buahan dan juga produk popular di Terengganu termasuk kain batik, sutera dan songket.

Pasar Payang ini bakal dinaiktaraf untuk digantikan dengan pasar yang lebih moden. Boleh baca lanjut di sini.


6. Desa Murni

Sumber gambar: https://tempatmenarik.my

Desa Murni yang terletak di Kuala Dungun ini adalah tempat yang sesuai untuk shopping kain atau baju batik. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis tudung dan baju melayu boleh didapati disini. 

Jika shopping menjadi pilihan anda, tempat ini wajib dikunjungi. Boleh juga beli baju-baju batik sebagai hadiah ataupun untuk diri sendiri.


7. Kompleks Kraf Noor Arfa

Sumber gambar: http://tourism.terengganu.gov.my

Terengganu terkenal dengan batik. Jika anda ingin melihat sendiri bagaimana batik dibuat, boleh lah menjadikan Kompleks Kraf Noor Arfa ini sebagai destinasi.

Ianya merupakan producer batik terbesar di Malaysia. Membaawa anak-anak anda kesini boleh menjadikan mereka teruja. 

Ianya terletak di Kuala Terengganu.


8. Pantai Batu Buruk

Sumber gambar: https://imggra.com by Ezrin Nazan

Pantai Batu Buruk ini namanya sahaja yang buruk, tapi ianya cantik. Ini adalah pantai yang paling popular di bandar Kuala Terengganu. Sesuai untuk beriadah dengan keluarga. Sambil-sambil itu boleh merasa keropok lekor di tepi pantai.

Disini juga terdapat kereta kuda. Bolehlah singgah dan merasa naik kereta kuda seperti dalam movie omputih.

Selain itu terdapat juga permainan bermotor ATV. 



9. Pantai Teluk Ketapang

pantai-ketapang

Sumber gambar: https://www.unisza.edu.my

Pantai Teluk Ketapang ini terletak dekat dengan Airport Telaga Batin (Airport Sultan Mahmud) Kuala Terengganu.

Jika dibandingkan dengan Pantai Batu Buruk, pesisir pantai disini lagi luas dan lapang. Sesuai untuk main layang-layang atau berjalan-jalan sambil bersantai bersama keluarga.

Oh ya, disini tak boleh mandi sebab ombaknya kuat.


10. Uptown Kontena/Dapo Pata

Sumber gambar: Facebook Page Amazing Terengganu

Bersesuaian dengan namanya, Uptown Kontena, uptown ini menempatkan kedai-kedai makan yang diperbuat daripada kontena.

Orang Terengganu memanggilnya Dapo Pata, yang bermaksud Dapur Pantai.

Tidak kira siang atau malam, tempat ini menarik untuk anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.


11. Kampung Losong

Sumber gambar: https://www.tempatmenarik.my

Terengganu terkenal dengan keropok lekor. Untuk dapatkan keropok lekor yang sedap, boleh lah singgah ke Kampung Losong.

Disini juga terdapat makanan-makanan Terengganu. Jika 'jalan-jalan cari makan' merupakan pilihan anda, tempat ini wajib dikunjungi!

Tempat ini tidak jauh dari Taman Tamadun Islam.


12. Pusat Sains Kreativiti Terengganu

Sumber gambar: Facebook Page Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Pusat Sains Kreativiti Terengganu agak cerdik bunyinya. Selain aktiviti melawat permandangan cantik di Terengganu, bolehlah bawa anak-anak untuk mempelajari ilmu sains di sini!

Pusat Sains Kreativiti Terengganu ini terletak di Pusat Dagangan Terengganu.


13. Chinatown

Sumber gambar: https://www.backpackingmalaysia.com

Hampir setiap negeri di US terdapat Chinatown. Malaysia pun apa kurangnya. Berkunjung ke Chinatown ini ibarat pergi melancong ke negara China. 

Chinatown di Terengganu terletak di Kuala Terengganu. Sesuai untuk anda yang ingin berjalan-jalan melihat permandangan sambil ber-selfie!


14. Rantau Abang

Sumber gambar: https://www.jomjalan.com.my

Rantau Abang ini terkenal bukan sahaja kerana pantainya cantik, tapi juga kerana ianya adalah tempat penyu bertelur.

Musim penyu bertelur kebiasannya antara bulan Mac hingga Ogos. Jadi, rancanglah sebaiknya jika anda betul-betul ingin lihat penyu bertelur.


15. Tasik Kenyir

Sumber gambar: Terengganu State Department of Information

Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar.

Ianya terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah Selatan.

Tempat penginapan, infrastruktur, dan tempat rekreasi terdapat di kawasan ini. Bolehlah rancang bersama keluarga atau sahabat untuk spend masa di Tasik ini.


16. La Hot Springs

Sumber gambar: https://www.tempatmenarik.my

La Hot Sping ini terletak di Jerteh. Lokasinya agak jauh dari bandar. Namun perjalanan ke lokasi ini berbaloi kerana anda dapat menikmati kolam air panas ini.

Air hangat yang mengalir ini mengandungi 'sulfur' dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celcius. Ianya berkhasiat mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi.


17. Pulau Kapas

Sumber gambar: https://www.jonesaroundtheworld.com

Di Pulau Kapas lah Mat Dan jatuh cinta dengan Malaysia! Anda perlu lihat sendiri kenapa Mat Dan memilih untuk tinggal di Malaysia selepas berkunjung ke Pulau Kapas.

Pulau Kapas dipanggil sebagai kepas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas!


18. Pulau Redang

Sumber gambar: http://www.rescubaworx.com

Di Pulau Redang, Pantai Pasir Panjang menjadi tarikan. Namun, kesemua tempat di Pulau ini cantik-cantik tak boleh bawa bincang.  

Selain Pantai Pasir Panjang, terdapat pantai lain yang menarik seperti Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit.

Beberapa lokasi ini juga membolehkan anda untuk lihat penyu dan beri makan secara langsung pada mereka!


19. Pulau Perhentian

Sumber gambar: http://www.adventureliesinfront.com

Kecantikan Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas ini membuatkan anda terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Pulau Perhentian mempunyai 2 pulau utama iaitu Pulau Kecil dan Pulau Besar.

Pulau Kecil lebih 'happening' dengan aktiviti dan kebanyakan restoran and dive shop banyak terdapat di Long Beach yang terletak di Pulau Kecil ini.


20. Pulau Lang Tengah

Sumber gambar: https://blog.pakej.my

Pulang Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. 

Sekiranya anda datang ke sini dari bulan Mei hingga September, anda mungkin dapat melihat kehadiran penyu yang mendarat untuk bertelur di kawasan pantai.


21. Pulau Gemia

Sumber gambar: https://www.viramon.com

Pulau Gemia ini terletak 800m ke arah utara Pulau Kapas. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang inginkan privasi dan inginkan ketenangan.

Pulau ini juga sesuai dijadikan destinasi honeymoon. Hanya terdapat 1 resort disini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort. 

Walaupun pelancong yang yang bercuti ke pulau ini lebih sukakan aktiviti santai, namun aktiviti snorkeling dan berkayak turut disediakan.


Leave A Reply

Your email address will not be published.