fbpx

11 Resepi Masakan Ayam Yang Sedap

0

Saya nak share Resepi Ayam yang simple tapi lazat gila. Ayam ini boleh dipelbagaikan masakan dimana setiap masakan pasti akan ada keenakannya sendiri. Jadi di sini saya sediakan 11 jenis masakan ayam yang anda boleh buat sendiri di rumah.

Lepas ini anda tak perlu beli di kedai kerana resipi ini agak ringkas dan mudah dibuat. Siapa yang rasa nak pikat hati yang teristimewa tu perlu cuba pikat dengan masakan sendiri.  

1. Ayam Masak Kicap

ayam masak kicap
Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • 10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana)
  • 2 ketul ayam daging (potong sederhana)
  • 1 ketul Bunga lawang
  • 3 ketul cengkih
  • 1 ketul kecil kayu manis
  • 2 buah pelaga
  • Kicap
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan : 
  • Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan.
  • Masukkan minyak 
  • Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga sehingga naik bau. 
  • Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis. 
  • Kemudian masukkan kicap (Ikut suka) 
  • Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah.
  • Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi.
  • Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya.
  • Angkat dan hidangkan

2. Ayam Goreng Berempah 

ayam berempah

Bahan-bahan : 

  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 1 biji bawang putih
  • 3 bawang merah besar
  • 20g halia
  • 4 batang serai
  • 15g lengkuas
  • 2 batang daun kari, daun sahaja
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara Penyediaan :

  • Masukkan bawang putih , bawang merah , halia , serai dan lengkuas kedalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan.
  • Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.
  • Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.
  • Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.
  • Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warna kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.
  • Kemudian angkat ayam anda dan tapiskan minyak terlebih dahulu.

3. Ayam Goreng Kunyit

ayam kunyit

Bahan bahan :

  • Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
  • 2 batang kacang panjang - potong 2 inci
  • 1/2 batang karot - potong panjang
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
  • 1 batang cili merah - hiris
  • 2-3 batang cili padi - jika suka
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • Gula
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar.
  • Masukkan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar.
  • Kacau rata sehingga sayuran lembut.
  • Masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa.
  • Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan.

4. Ayam Paprik

ayam paprik

Bahan-bahan : 

  • 4 ketul ayam - dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
  • 2 helai daun limau purut - disiat-siat
  • bunga kobis - dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung - dihiris serong
  • 1/2 biji karot - dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air
Cara Penyediaan : 
  • Panaskan minyak kedalam kuali dan tumis bawang ke sehingga naik bau. 
  • Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  • Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  • Tutup api dan hidangkan.

5. Ayam Bakar

ayam bakar

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap

Bahan Kisar :

1 batang serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
(semua bahan ni kisar atau tumbuk)

Cara Penyediaan :

Campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu.
Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam.
Bergantung pd oven memasing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat.
Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjust api.

6. Ayam Panggang

ayam panggang

Bahan bahan :

  • 1/2 ekor ayam - potong 2
  • 2 biji ubi kentang - belah 2
  • 1 batang karot
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos tiram Maggi
  • Sedikit madu sudu besar 
  • Maggi Cukup Rasa 
  • Lada hitam secukupnya - tumbuk kasar
  • Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara Penyediaan : 

  • Kisar halia dan bawang putih sehingga halus.
  • Masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa. Lumur pada ayam.  
  • Tuangkan sos tiram Maggi dan lumur rata.
  • Tuang pula madu, dan lumur rata rata termasuk di celah celah bawah kulit ayam.
  • Akhir sekali tabur serbuk lada hitam secukupnya.
  • Taburkan sekali lagi dalam 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya.
  • Biarkan dalam 15-30 minit.
  • Masukkan ayam ke dalam loyang bersesuaian.
  • Susun ubi kentang dan karot.
  • Renjis dengan minyak zaitun sebelum dibakar dan ketika sedang dibakar.
  • Bakar pada suhu 180C sehingga ayam masak.
  • Saya bakar lama dalam 45 minit dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.
  • Kuah dari baki membakar ayam, bolehlah disudukan dan hidang sebagai kuah pencicah ayam panggang.

7. Ayam Masak Kurma

ayam masak kurma

Bahan bahan :

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji buah tomato - belah 2
  • Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar :

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
  • Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kurma. Kacau rata.
  • Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 
  • Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang.
  •  Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
  • Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping.
  • Akhir sekali, masukkan buah tomato.
  • Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

8. Ayam Halia 

ayam halia

Bahan-bahan : 

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:

  • Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin.

9. Ayam BBQ

ayam bbq

Bahan-bahan : 

  • 2.0 kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara Penyediaan : 

  • Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  • Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  • Perap ayam tersebut 1 malam di dalam peti ais. (Lagi lama perap lagi sedap!)
  • Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. 

10. Ayam Masak Kari 

kari ayam

Bahan bahan:

  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
  • 6 ulas bawang putih - hiris
  • 3 inci halia - hiris
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan :

  •  Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
  • Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.
  • Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  • Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula santan.
  • Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.
  • Renihkan sehingga pecah minyak.
  • Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

11. Sup Ayam

sup ayam

Bahan bahan:

  • 1/2 ekor ayam - 600 gram
  • 1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/2 batang karot
  • 2 batang saderi
  • 1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
  • 6 gelas air
  • Sedikit minyak

Bahan Tumbuk :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Hias :

  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan 6 gelas air atau secukupnya.
  • Masukkan ubi kentang.
  • Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot.
  • Masak sehingga ubi kentang empuk.
  • Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk.
  • Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup.
  • Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup.

Tiada lagi alasa untuk anda malas untuk masak kerana resepi resepi diatas tadi cukup ringkas untuk dimasak. Sedap lagi. Kepada anak dara yang dala proses untuk belajar memasak tu bolehlah menggunakan resepi ini untuk langkah kemajuan dalam masakan anda. Selamat mencuba ye.

Leave A Reply

Your email address will not be published.