10 Tempat Makan Menarik di Cyberjaya ini pula pasti akan membuatkan anda merasa lapar dengan hidangan yang disediakan. Patutlah Cyberjaya ini sering dikunjungi pengunjung, rupa nya untul makan makanan kegemaran mereka di sini.
Mad Ayam Kampung
Mad Ayam Kampung merupakan hidangan yang menjadikan ayam kampung sebagai hidangan utama mereka. Bagi yang suka akan makanan kampung, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda makan kerana selain ayam kampung, terdapat gulai kuning udang, budu, ulam-ulaman dan sayur lemak. Memang kena dengan tekak. Mereka menyediakan makanan hidang sebegini membuatkan kita seperti makan dirumah.
Cendol Station
Aroii Thai
Aroi Thai ini pula menawarkan hidangan makanan thai. Pelbagai makanan thai yang disediakan seperti somtam, pad thai,pulut mangga, kerabu meggi dan macam macam lagi. Aroi thai ini menjadi salah satu tumpuan orang KL sebenarnya kerana keenakan makanan yang disediakan dan bervariasi. Tidak hairanlah setiap kali lalu didepan Aroi Thai ini selalu fullhouse. Hebat penangan makanan thai ini ye.
Lauk Kampung@Tamarind Square
10 Gram
10 Gram pula merupakan lafe yang menyediakan makanan barat seperti pizza, chicken chop, spagetti bolognese,lamb chop dan macam macam lagi. Harga juga murah ! Mana nak dapat chicken chop di Cuberjaya dengan harga bawah RM10 ! Namun kebiasaannya jika kedai itu sesak, bukan harga yang menjadi ukuran namun rasa yang diberikan. Kebanyak mereka suka akan pizza buatan mereka. Anda juga boleh memlilih topping yang anda suka. Bahkan ada pengunjung yang mengatakan bahawa pizza di 10 Gram ini lebih enak berbanding di Pizza Hut.
Volcano Shabu Shabu
Volcano Shabu Shabu pula merupakan salah satu restoran makanan steamboat. Disini mereka menyediakan makanan yang sudah tersedia tidak seperti kedai steamboat yang lain yang perlu diambil oleh pelanggan. Anda boleh memilih sama ada mahu kuah sup ataupun tomyam. Nak pilih dua dua pun boleh. Kuah steamboat memainkan peranan penting kerana jika sedap kuah nya makan sedap lah semua yang ada.
Burger & Taco
Bagi penggemar burger , saya ada berita gembira buat anda yang tinggal Cyberjaya dan sekitarnya. Ini kerana Burger & Taco telah dibuka untuk anda menjamah selera. Lihat sahajalah dengan patty burger nya yang tebal dan cheese yang meleleh. Sungguh menggugat diet ! Patty burger yang dibuat dengan ramuan rahsia dan dipanggang sempurna membuatkan bila dimakan menjadi rasa sempurna di dalam mulut. Tak terungkap rasa nya dengan kata-kata. Namun, disini terdapat juga menu barat yang lain seperti spagetti carbonara, chicken Margiana, dan macam-macam lagi.
Ole-Ole Bali
Anda ingin menukar selera ? Saya sarankan anda mencuba selera kepada masakan Bali pula. Menu di Ole-Ole Bali ini sangat unik dan sukar untuk didapati di Malaysia namun disini memberikan anda aneka pilihan makanan ynag asal dari Bali. Kebanyakan yang sudah mencuba sudah pasti jatuh cinta dengan masakan mereka. Malah restoran ini juga didekorasi dengan tema Bali. Jadi bila menjamu selera anda merasa seperti ada angin pantai Bali meniup anda.