Golek-Golek Suasana Kampung
Kebanyakan orang KL sebenarnya perantauan dari kampung. Sudah tentu anda lebih sukakan makanan kampung daripada makanan barat bukan. Jadi di Gombak terdapat restoran Golek-Golek Kampung yang menyediakan pelbagai lauk pauk kamoung seperti ketam gulai kuning, ikan cencaru sumbat, udang masak merah dan sebagainya. Dihidangkan pula dalam talam seperti zaman dahulu memang akan membangkitkan memori.
Restoran Tuu Dok Ko 1488
Melalui nama restoran sahaja kita sudah ketahui bahawa owner nya mesti dari Kelantan. Sudah pasti makanan yang disediakan kebanyakannya makanan Kelantan. Disini saya paling suka makan nasi kerabu mereka. Tidak sama dengan pasar malam dan kedai lain. Sedap bahkan boleh bertambah satu lagi pinggan. Harga disini juga berpatutan dan murah. Ada yang dari Meru sanggup meredah jam demi nasi Kerabu di restoran ini.
Wira Seafood @Taman Sri Gombak
Wira Seafood pula menengahkan makanan laut sebagai hidangan mereka. Makanan laut disini pastinya segar dan besar. Hidangan yang dipesan untuk makan 3 orang boleh dimakan sehingga 5 orang. Banyak dan enak. Rata rata pengunjung sukakan tomyam seafood, sotong celup tepung dan udang galah masak sambal. Sungguh menyelerakan.
Restoran Kari Kepala Ikan SG
Anda sukakan kari kepala ikan ? Tidak perlu bersusah ke Penang lagi demi mendapatkan kari kepala ikan. Di Restoran Kari Kepala Ikan SG menyediakan kari kepala ikan yang enak. Cukup dengan rempah ratus dan kepala ikan yang besar. Memang anda patut bawa ramai ramai untuk nikmati hidangan ini. Malah mereka juga mempunyai menu yang lain seperti nasi lemak, daging bakar dan macam macam lagi.
Aliff Nasi Kukus
Selain itu di Gombak juga terdapat gerai Alif Nasi Kukus, jika anda melihat ada orang beratur panjang, maka itu mesti Aliff Nasi Kukus lebih lebih lagi pada waktu tengah hari. Keenakan nasi mereka bersama ayam goreng yang rangup, gulai ayam yang pekat sangat menjadikan kombinasi nasi kukus mereka sedap.
Banana Café
Banana Cafe pula adalah restoran yang mempunyai dekorasi yang unik dan cantik. Malah mereka juga menawarkan pelanggan pelbagai makanan yang enak seperti masakan thai dan juga western. Orang kata Siakap 3 rasa dan tomyam seafood disini sangat lazat. Anda harus mencubanya sendiri.
Nasi Lemak Ujang Corner
Restoran Taj Hadramawt @ Melati Utama
Bagi penggemar nasi Arab pula, Restoran Taj Hadramawt adalah salah satu restoran yang terkenal dengan masakan arab nya. Menu yang digemari disini adalan nasi beriyani kambing dan shawarma. Sangat menyelerakan. Daging yang lembut bersama perapan yang sempurna. Namun harga disini agak mahal sedikit.
Warung Tranung Kite
Ayam Penyet Surabaya
Anda sukakan kepedasan ? Uji tahap kepedasan anda di Ayam Penyet Surabaya ini. Anda boleh memilih sendiri tahap kepedasan yang anda suka iaitu biasa, pedas dan extra pedas. Rata rata pengunjung mengaku kalah dengan extra pedas. Hehe. Bagaimana dengan anda pula. Namun jika anda sekadar ingin mencuba pesanlah tahap yang biasa sahaja. Jangan cuba seksa perut anda.
Jika anda ke Gombak atau anda sudah berada di Gombak, wajib ke 10 Tempat Makan Menarik di Gombak ini. Rugi jika tak cuba !