fbpx

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

0

Kali ini kita lihat kawasan Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan. Negeri Sembilan terkenal dengan neegeri beradat dan mempunyai banyak sejarah yang lampau tanah melayu. Jadi nak tahu dimana tempat best di Jelebu mari kita lihat. 

Titi Eco Farm

Titi Eco Farm

Titi Farm adalah salah satu tarikan di Jelebu dimana disini terdapat resort didalam taman yang menyajikan permandangan yang menarik dan nyaman. Anda pasti anda merasa perbezaan jika menginap di resort ini malah disini juga menjadi tempat tarikan pelancong untuk melihat kebun bunga yang berbagai jenis terdapat disini. Jadi penggemar bunga boleh juga dapatkan bunga kegemaran anda disini. Resort yang disediakan juga cantik, bersih malah berpatutan. 

Muzium Adat

Muzium Adat

Credit : www. TempatMenarik.my

Muzium Beradat terletak di dalam Pekan Jelebu dimana muzium ini mempunyai 3 tingkat. Tingkat bawah merupakan pengenalan adat di Malaysia, aras satu adalah adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia seperti kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi. Selain itu, aras 2 pula adalah mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultana Raja-Raja Melayu. Manakala, aras 3 adalah adat perpatih tentang adat merantau Minang dari Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan. 

Lata Kijang

Lata Kijang

Credit : www.naturemalaysia.com

Lata Kijang merupakan salah satu tarikan di Jelebu dimana menjadi tumpuan untuk pengunjung berkelah dan mandi-manda. Terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 hektar dan sejauh 78 km dari bandar Seremban. Air Terjun ini setinggi 80 meter dan merupakan Air Terjun tertinggi di Negeri Sembilan. Pengunjung disini dapat melihat alam semula jadi dan burung yang hinggap sekitar hutan ini. Bahkan disini juga terdapat tandas dan dewan serbaguna untuk melakukan apa-apa majlis.  

Jeram Toi

Jeram Toi

Terletak di Hutan Simpang Berembun yang berkeluasan 3.4 hektar malah ia juga terletak sejauh 28km dari Seremban. Yang istimewa adalah air terjun ini mempunyai 4 tingkat dan boleh dijadikan tempat perkhemahan untuk 50 peserta. Lengkap dengan kemudahan tandas, surau dan bilik persalinan. Malah anda juga tidak perlu risau kerana disini terdapat orang menjual di gerai makanan. 

Kampung Orang Asli Kg Tohor

Kampung Orang Asli Kg Tohor

Anda ingin melakukan rombongan memasuki perkampungan orang asli dan melihat bagaimana cara Orang Asli Kg Tohor ini hidup. Namun anda harus berjumpa dengan ketua kampung atau dikenali Tok Batin di Kg Tohor ini terlebih dahulu. Bahkan mereka melayan tetamu dengan baik dan ramah. Anda juga boleh melihat cara pergaulan mereka, pakaian, makan dan adat mereka. Kebanyakan mereka sebenanrnya masih lagi ke belakang namun mereka selesa hidup dengan sedemikian. 

Semoga Tempat Menarik di Jelebu Negeri Sembilan itu dapat memberi manfaat buat anda. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.